18
Assalamualaikum



Baru  je masuk kerja ni..Pepagi tadi,bila dengar nafas Nur awfiyah berbunyi terlalu kerap,rasa tak sampai hati pulak tengok..MIL dah sibuk suruh bawak pi klinik.Yelah takut melarat.

Memang dah lama nak bawa gi klinik,tapi masa tu belum la tahap macam tu sekali.Jadi aku halfday hari ni untuk awfiyah..Untuk anak,kita sanggup berkorban apa sahaja..Harap satu hari nanti,dia akan menghargai pengorbanan ummi ngan babah dia.Insyallah...Bukan nak balas dengan wang ringgit.Cukuplah sekadar jadi orang yang berguna dan boleh dibanggakan dengan pencapaian pelajaran dan kehidupan..Insyallah..amin..


Sempat lah snap gambar dia masa dia tidur tadi..Nak pi klinik pun masih terlalu awal.So,biarkan dia tidur,taklah nanti dok merengek bila kat klinik.

Keluar rumah tadi pun dah pukul 10.30 pagi,alhamdulillah klinik tak ramai orang.Selalu aku gi klinik Dr.Bakuni,tapi hari ni beralih arah sebab macam kurang serasi ubatnya tu.

Ni dengan Dr.Abdullah yang sukakan budak-budak..wah bukan main geletis awfiyah dok ketawa..amboi-amboi...hehehe

Tepek gambar Nur awfiyah sebijik..Sempat ambil gambar masa dia tidur tadi..Kain yang dia pegang tu,kalau nak tidur mesti nak kena ada..Kalau tak,tangan dia akan merayap kat puting tu.Lepas puting tu dia cabut,mulalah dia mengaruk..isk..isk..anak ummi nie..

Oklah,ada keje lagi nak buat nie..see u then..

Post a Comment

  1. tak try bawak klinik yuslina seri alam...? bagus klinik tu.. mama kat situ je kak sakit pening..

    ReplyDelete
  2. Cian awfiyah moga cpt sembuh ya

    ReplyDelete
  3. Kesianya Awfiyah Sis....semoga cepat sembuh yer Awfiyah....

    ReplyDelete
  4. semoga awfiyah cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  5. klinik yuslina yg disuggest mamaniza tu ramai kata bagus tp tiap kali saya nak pegi ramainya orang..

    ReplyDelete
  6. Demam ke cmne kak? Semoga doktor baru ni serasi sikit...

    ReplyDelete
  7. kain tu dah macam bantal bucuk dia laa kan... kalau takde, tak boleh tido... hehe

    ReplyDelete
  8. comel betul fiyah la.. geram betul nengok..

    ReplyDelete
  9. Nak tanya... Apa makna Awfiyah ye? Nama saya Wafiyyah... Tak pernah dengar pulak Awfiyah ni... Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur Awifyah bermaksud : cahaya + berani dan kuat..insyallah :)

      Delete
  10. kesihatan anak lebih penting kak..demam skit pon dah naik risau..
    keje tu keje la jugak..

    ReplyDelete
  11. Semoga Awfiyah cepat sembuh ye... aamiin.

    ReplyDelete
  12. tenang je hati dapat tgk awfiyah tido.. semoga cepat sembuh sayang :)

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top