9

Assalamualaikum

Cerita ni aku dapat dari whatssap en.husband..

Kisah benar tentang Qurban Aidil Adha ini mungkin boleh memberi pengajaran dan keinsafan kepada kita..

Menarik kisahnya seorang anak dan ibunya yang sudah tua dan uzur bersama seorang pedagang binatang Qurban..

Alkisah di ceritakan oleh seorang pedagang binatang qurban tentang pengalamannya:

Suatu hari seorang ibu di usia awal 40an datang memperhatikan dagangan saya. Dari penampilan luarannya, nampaknya dia tidak akan mampu membeli haiwan ternakan ini. Namun saya cuba juga menghampiri dan menawarkan kepadanya,

“Silakan ibu…”, lalu ibu tadi menunjuk salah seekor kambing termurah sambil bertanya,” ye kalau yang itu berapa Pak?”.

“Yang itu 700 ribu (RM190) bu,” jawab saya ringkas. “Berapa Harga terendah?”, Tanya kembali si Ibu.

“600 ribu (RM160), harga itu untung saya kecil, tapi tak apalah…… .
“Tapi, wang saya cuma ada 500 ribu sajer (RM130), boleh pak?”, pintanya.
Waah.., saya jadi pening, kerana itu harga modalnya, akhirnya saya berbincang dengan teman dan saya pon bersetuju walaupon tidak untung..
Nah.. tak apalah, ambillah. Lalu saya berikan saja dengan harga modal itu kepada ibu tersebut.

Saya pun menghantar kambing Qurban tersebut sampai kerumahnya.  Sebaik sahaja tiba dirumahnya, lalu saya terkejut..
“Astaghfirullah……, Allahu Akbar…, terasa menggigil seluruh badan kerana melihatkan keadaan rumah ibu itu yang sangat uzur.

Rupa-rupanya ibu itu hanya tinggal bertiga, dengan ibunya dan anak lelakinya yang masih kecil dirumah usang yang berlantai tanah tersebut. Saya tidak nampak pon ada tilam, ada kerusi di ruang tamu, apatah lagi perabut mewah atau barangan elektronik. Yang saya lihat hanya katil kayu yang beralaskan tikar dan bantal lusuh. Rumah yang tidak ada bilik dan terhalang dari pandangan.

Diatas katil kayu itu, terbaring seorang nenek tua yang kurus.

“Mak….. bangun mak, tengok nih, saya bawakan apa di rumah ini.?”, kata ibu itu pada seorang nenek yang tidur dan akhirnya terbangun.

“Mak, saya sudah belikan emak seekor kambing untuk di buat Qurban, nanti kita hantarkannya ke Masjid ya ma
k….”, kata ibu itu dengan wajah penuh kegembiraan dan puas.

Si nenek tadi sangat terkejut meski nampak bahagia, sambil dia membelai kambing yang berdiri di sebelah katilnya..

Lalu nenek itu mengucapkan rasa syukur “Alhamdulillah, kesampaian juga kalau emak mahu berQurban”.

“Ini Pak, wangnya, maaf jika saya menawar harga kambing ini terlalu murah, kerana saya hanya tukang cuci di kampung sini. Saya berusaha mengumpulkan wang sekian lama untuk membeli seekor kambing yang diniatkan buat qurban atas nama ibu saya….”, kata ibu tadi.

Kaki ini bergetar, hati terasa sebak, dada terasa sesak, sambil menahan titisan air mata, saya berdoa ,
“Ya Allah…, Ampuni dosa hambamu ini,
Aku malu berhadapan dengan hamba-Mu yang pastinya lebih mulia ini, seorang yang miskin harta namun kaya Imannya. Ibu ini begitu luar biasa”.

“Pak, pak... ini ada sedikit wang upah  kerana mengantar kambing ini ke rumah…”, panggil ibu itu,”
Saya tidak melihatnya dan tidak mahu ambil tahu berapa nilaiannya lalu dengan rasa sayu, saya berkata..

"Sudah bu, biarkan tambang kendaraanya saya yang bayar’ dengan wajah yang malu dan sayu.

Saya cepat-cepat pergi sebelum ibu itu tersedar yang mata ini sudah basah air kerana tidak sanggup mendapat teguran dari Allah yang sudah mempertemukan dengan hambaNya yang sangat sabar, tabah dan penuh keimanan ingin memuliakan dan menggembirakan orang tuanya..
Masyaallah.. Allahu Akbar.!

Morale of the story, wahai diriku dan sahabat2ku..

Untuk menjadi mulia ternyata...
tidak perlukan harta berlimpah dan berjuta-juta,
tidak juga perlu mempunyai gelaran kenamaan Dato, Datin, Tan Sri, Puan Sri Diraja ataupun Tun,
tidak perlu punya kedudukan yang tinggi sebagai Sultan, menteri, ketua pengarah atau pun Mufti tidak juga perlu punya kuasa superpower dan pengaruh yang di beli dengan wang ringgit...
Cukuplah kita belajar dari sifat keikhlasan yang luhur dari si ibu tadi.. demi untuk mencapai erti kemuliaan hidup.

Berapa ramai diantara kita yang diberi kecukupan dan kekayaan serta kemewahan demi kemewahan..., namun masih
ada sahaja keengganan dan pelbagai halangan untuk berQurban, bersedekah, menginfaqkan sebahagian harta ke jalan Allah, ..
Kalau pon bukan harta dan wang ringgit,
Sekurang-kurangnya masa dan tenaga untuk pengorbanan di jalan Allah..

Ramai dari kita termasuk diri ini masih tersangat sayang akan harta dunia yang sudah di kumpul setinggi gunung,
masih khuatir simpanan akan berkurangan dan habis di berikan kepada orang lain.

Kita boleh sahaja membeli handfone yang mahal, jam tangan dan beg yang berjenama, ataupun pelbagai  aksessoris yang melekat di tubuh kita yang harganya jauh lebih mahal dibandingkan harga seekor haiwan Qurban ataupun sebahagian darinya, iaitu 1/7 bahagian.

Kenapa kita rasa macam tidak mampu, atau masih lagi suka menangguh-nangguhkan melakukan perkara-perkara dan kerja-kerja kebajikan dan amal soleh.?
Hakikat sebenarnya kita mampu..!..
kita boleh sahaja sediakan hampir segalanya..
Kita mampu melanggan Astro, kita mampu melancung ke dalam dan luar negara,
Kita mampu makan makanan yang mahal-mahal di restoran dan hotel yang mahal-mahal..
Kita mampu membeli atau membayar ansuran motorsikal berkuasa tinggi, ansuran kereta mewah dan ansuran rumah yang mencecah lebih dari harga satu bahagian lembu Qurban....
Namun sering kita sembunyikan di sebalik kata-kata "TIDAK MAMPU"  ini. Terimalah hakikat dan kenyataan ini..

Muhasabah diri:
Tanya pada diri kita yang mampu ini, sudahkah kita mengerjakan ibadah qurban sebelum Allah menarik sedikit demi sedikit rezeki yang dikurniakannya sementara kita masih lagi diberi nafas untuk hidup.!

Fikir fikirkanlah..

Terasa sangat keinsafan, sering kali kita mengeluh dan merungut tidak punya wang yang cukup. Astaghfirullah.. ambillah ini sebagai iktibar, sebagai nasihat, sebagai peringatan dan muhasabah untuk diriku jua.,
Terimakasih kepada semua kerana tidak jemu membaca dan menerima leteran ini.. Leteran buat diriku sebenarnya…

#copy n paste

Post a Comment

  1. Ibadah qurban ni sebenarnya adalah pelaburan kita utk akhirat.. semoga qurban yg dilakukan dgn ikhlas beroleh keberkatan utk kehidupan kita... aamiin. T kasih atas perkongsian ini Aida..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah..betapa kerdilnya diri ini. Muhasabah diri kathy. Terima kasih atas entri ini ye sis..

    ReplyDelete
  3. Niat yang baik pasti Allah permudahkan jalannya..InshaAllah..

    ReplyDelete
  4. Bersyukur dgn rezeki yang ada walaupun sikit

    ReplyDelete
  5. Sedihnya sis, Allah akan mempermudahkan andai niat kita baik. ;)

    ReplyDelete
  6. Sedih baca entry ni ... Kita seharusnya bersyukur dengan rezeki yang kita perolehi ...Semoga Allah permudahkan segalanya

    ReplyDelete
  7. sayu baca entri ni... muhasabah diri...

    ReplyDelete
  8. Zumal pun teringin nak buat Qurban... Moga ada kesempatan ^_^

    ReplyDelete
  9. Sedih juga membacanya...terharu..belum buat qurban lagi, kerana nak mendulukan akikah anak

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top