22
Assalamualaikum

Petang nie otak jadi freeze atas sebab sesuatu yang betul-betul mengguris hati nie..Tapi biarlah ianya menjadi rahsia.

Bila dalam keadaan macam nie,stress,kecewa,hanya dia seorang sahaja yang boleh membuatkan hati ummi dia nie sejuk..Bila cerita pasal dia,bila dengar dia ketawa,bila dengar dia menjerit.menangis sekalipun..Terubat rasa kekecewaan,sedih,penat bila dia berada di depan mata..Touching??memang pun...

Dah hampir 5 bulan aku menjaga dia,Dan dalam masa hampir 5 bulan tu,banyak kegembiraan yang aku dapat bila Nur awfiyah hadir dalam hidup..Tersentap seketika apabila otak nie terfikir benda-benda yang negatif..Apa akan jadi kalau Nur awfiyah diambil orang.pleeeaseee...stop all the crazier imagination tu...

Macam-macam ragam yang mencuit hati apabila dia menginjak dari bulan ke bulan..SeBaran mana pun aku dulu,tapi bila dengan dia,tak pernah timbul sikap baran dalam hidup ni untuk dia..oooo..pleasee....stop the tears!!!!

eh...chill jelah sikit petang-petang nie..Ketepikan segala masalah dulu...anak ummi dah semakin sihat dan semangat..sampaikan nak dirikan dia lama-lama pun dah tak larat..Kalau dibaringkan confirm taknak dah..Kalau kena baring pun,tak lama lepas tu mesti nak suruh di dukung..Bila ummi dia sidai baju pu,terpaksa letak dalam stroller menghadap ummi dia buat kerja..Kalau dibaringkan,di tambah pulak takde orang yang nak menjaga dan mengagah dia,confirm tak lama lepas tu dia menangis..


Minat dia sekarang nie..Tetap nak meniarap walaupun kepala tak kuat lagi nak angkat

Kalau tidur pun sekarang nie dah mula berdengkur..tidur pun mulut ternganga..

Daialah intan payung,dialah nyawa ummi..

Post a Comment

  1. geramnya,, comel sangat, betul anak pengubat kan syukur alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. awfiyah ni memang tembam..geram betul tengok badan dia yg berketul2 tu

    ReplyDelete
  3. Tembamnya....rasa nak gigit2 lengan tu hehe

    ReplyDelete
  4. amboi... bila unty nak jumpa dia ni, hari tu jumpa.... awak nangis pulak... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh...bila jumpa nie mama...ala..kenapa tak tegur akak..hihihi

      Delete
  5. Buah hati ummi... Hihi. Masuk stroller ngadap ummi.. Menarik tu kak.hihi

    ReplyDelete
  6. pipi dengan lengan dia, buat orang geram...hehe

    ReplyDelete
  7. alahai.. bambamnyee.. geram tgk dye..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Sis....geramnya tengok Awfiyah ni...comel jer Sis....

    ReplyDelete
  9. comel fiyah..alhamdulillah membesar dengan sihat.

    ReplyDelete
  10. Lama tak nampak entri tentang Awfiyah. Alolo..comel nye tido nganga tu. Masuk lalat kang. Hiks!

    ReplyDelete
  11. kalau tgk anak memang hilang semua yg bersarang kat kepala kan...all is well dear.

    ReplyDelete
  12. Lebatnya rambut dia

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  13. Comel je dia tidur.. semoga Allah melindungi & sentiasa permudahkan segalanya buat Aida sekeluarga... aamiin.

    ReplyDelete
  14. Comelnyaa dia..bambam sudahhh..aida byk2 berdoa ya..ketepikan memikirkan yg negatif tu..buang jauh2 ya aida..

    ReplyDelete
  15. rasa nak gigit lengan tu..hehe comel sgt! >,<

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top