26
Assalamualaikum

Kalau korang perasan,takde satu pun entry aku post pada 23hb sept 2014.fuhh..penuh pulak kan tarikh aku bagi tu.Hari tu memang aku cuti EMERGENCY LEAVE ko!!

Apa kaitan emergency leave ni dengan si pencuri..meh aku cerita

Pagi selasa tu,dalam pukul 5 pagi la kot,telefon rumah aku bunyi,ingat alam handphone,so aku biarkan jelah.tapi bila aku sedar,aku perasan,bunyi tu bukan dari alarm phone aku,rupanya ada call masuk.
Kali kedua berbunyi baru aku sempat nak angkat.Tertanya-tanya jugak,mesti ada berita-berita penting yang nak disampaikan bila dah pepagi subuh ni call.

Angkat phone,rupanya emak call.Masa tu dia dah menangis teresak-esak dah.Dia cuma cakap,rumah dah kena pecah masuk..teus off handphone..Aku dah tercengang-cengang dah..WHAT!!!! kena pecah masuk?
Terus call mak balik untuk kepastian.emmm...rupanya betul,memang kena pecah masuk.aku terus tanya keadaan mak.ayah ngan adik.risau pencuri tu apa-apakan family aku je.

Terus siap-siap nak balik kampung.Aku memang tak boleh kalau mak call nangis-nangis macam nie.memang rasa nak terbang terus je.Siap-siap ambil kakak ipar aku,sampai kampung dalam kul 7 pagi.

Sampai rumah memang mak tengah menangis lah..Orang tua tu dah makin sensitif nampaknya.Dulu tak pernah pun dia menangis depan anak.sekarang nie mudah sangat dia keluarkan air mata dia..Oh..MY MOM!!

Oklah..back to story...Mak bagitahu aku,pukul 5 pagi dia bangun tengok pintu dapur terbuka,mak ingat ayah keluar gi kerja tak tutup pintu.Tengok ayah masih berlengko kat tempat tidur.Mak terus tengok kat luar rumah,barang-barang dan file-file mak semua bertabur kat luar.Mak tengok beg dia kat dalam rumah memang takde.Ayah bangun check rumah,memang pencuri masuk.
Keadaan tingkap yang dia dah potong.Dari sini lah pencuri tu masuk
dari dalam rumah.

barang yang dia sepahkan..sebenarnya dia dah ambil beg mak aku tu,dalam nie ada purse mak
hari isnin malam mak ambil gaji dia semua,dan malam tu jugak ,anak buah mak bagi duit untuk bayar AMANAH IKHTIAR MALAYSIA,
Semua sekali duit yang ada dalam beg tu adalah RM2300

yang tu sette,bersih pencuri tu ambil,memang tak tinggal sesen pun

Motor Ego ni.nilah satu-satunya motor yang mak aku bawak.memang mak aku kunci motor ni,tapi pencuri tu nampak kunci-kunci yang disangkut kat tepi pintu,semua kunci dia ambil,mungkin nak cuba kunci tu dekat motor.Lepas tu kunci-kunci yang lain di campaknya keluar.

Satu lagi,ayah aku tak perasan pencuri tu masuk bilik dan selongkar semua baju-baju dan ambil wallet ayah aku.habis bersih.3 biji handphone ayah aku semuanya dikebas.Yang peliknya,ayah boleh tak perasan pencuri tu masuk,sedangkan dia senang untuk terjaga.Selalu pergi bilik air tengah malam.

Sebelum keluar,pencuri tu sempat makan dan habiskan makanan atas meja..memang kurang ajar kan.
Notebook adik aku,habis dia kebas,anggaran rasanya ada dekat 10k jugak.

Dugaan untuk keluarga aku.Lebih kesian kat mak lah,terpaksa menanggung duit orang yang hilang tu.
Mungkin bukan rezeki kami semua tu kan.Tapi alhamdulillah la,si pencuri tu tak apa-apakan family aku,
Untuk dapat balik barang yang hilang tu memang payah la kan.
Moga lepas nie bertambah rezeki mak.insyallah..Nasib baik jugak ayah tak terjaga masa pencuri tu masuk bilik,kalau ayah terjaga,apalah pencuri tu nak buat dengan ayah kan..






Post a Comment

  1. Pencuri tu mesti ada guna ilmu pukau... Sebab tu dia nak keluar dia makan dulu... Berdasarkan pengalaman kita.. Diorang nie amik limau kat peti ais mak tu.. Kulitnya jumpa kat bus stop

    ReplyDelete
  2. moga cpt menerima balasan..

    mmg truk mcm tu..

    risau sgguh mcm2 skg..

    ReplyDelete
  3. macam kes kena pukau pun ada ni kak. Seram betul dengar kes pencuri rompak masuk rumah ni. Tapi tulah kan bersyukur kalau mereka tak apa apakan kita..yang lain boleh di cari tapi nyawa itu je lah yang ada. harap pencuri tu menerima balasa yang setimpal..senang senang je curi hasil titik peluh orang..salam takziah kak..harap family akak bersabar dan moga Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih besar.

    ReplyDelete
  4. ya Allah kak... seram dengar.. kuang ajaq betul la pencuri nie.. boleh pulak dye makan tu.. buat solat hajat kak..biar org tu panas je badan dye.. ambil harta yg bukan milik dye.. semoga bertambah2 rezeki mak akak nanti..aminn..

    ReplyDelete
  5. saya pernah alami kejadian yang sama..masa tinggal menyewa dengan kawan-kawan kolej dulu.pencuri masuk dalam rumah dan bilik dalam keadaan kami semua tidur dan angkut tv,hp dan wallet kitorang. Peliknya kami tak dengar bunyi pun..selalu pintu kalau kena buka akan bunyi pintu..mungkin kena pukau juga..tapi, alhamdulillah kami semua tidak disentuh atau di apa-apakan..takutnya bila ingat balik kejadian tu..

    ReplyDelete
  6. kurang asam betul pencuri tu, gerr plak bila baca. bnyak bersabar ye utk mak akak, :) smoga pncuri tu trima balasan dia,

    ReplyDelete
  7. Kurang ajar punya pencuri semua dia kebas..mungkin kna pukau tu semua org x sedar.

    ReplyDelete
  8. Assalammmualaikum... KSD,

    Allahuakbar... pencuri masuk rumah nie.. seriau gak. Dulu kat rumah kampung pernah pencuri masuk ikut pintu belakang.. kejadian pecah rumah nie menjadi2 kan... insaallah moga2 lepas nie bertambah rezeki...Amin..

    mselim3

    ReplyDelete
  9. ya allah .... byk juga yg hilang tapi tak pe asalkan famili suma ok

    ReplyDelete
  10. Perghhhh, siapa makan tu kak. Teruknya pencuri tu. Sabar ye.

    ReplyDelete
  11. iskk.. pukau ke ni? lama betul dia mencuri siap boleh makan tapi orang rumah tak sedar. yang heran tu, cam tau-tau je time bila orang ada cash banyak kan?

    ReplyDelete
  12. Jahat betul la si pencuri ni ..sempat lagi tu g mencuri umah orang siap makan2 lagi tu ..hampehh ..Ni mesti kena pukau ni Aida..Kalau yang biasa2 nak curi diaorang mmg takde masa nak makan2 bagai ..Diaorg dah pukau ni sebab tu la tak terkejut semua kat umah tuu ,..Banyak2 sabar ya Aida..Nasib la diaorg tak apa2kan ahli keluarga Aida... InsyaAllah ada rezeki lain tu untuk Mak ayah aida ..

    ReplyDelete
  13. guna ilmu ni kalau dah xsedar semuanya..tumpang simpati kak yg menimpa keluarga apa..mujur xde pape tp tu lah 10k mana nk cari huhuuu :(

    ReplyDelete
  14. memang kurang ajar... takziah kak... moga2 lepas ni rezeki akak sekeluarga bertambah yer...

    ReplyDelete
  15. melampau sangat².. sabar ye sis..dugaan buat keluarga sis tu...

    ReplyDelete
  16. kesian kat mak akak, nak kena tanggung duit orang.memang tak berhati perut pencuri nie.semoga Allah memberi balasan kepadanya.geram tul. harap mak akak tabah atas apa yang terjadi.moga bertambah rezeki mak akak.

    ReplyDelete
  17. Berdebar-debar akak baca entri ni KS.. tapi Alhamdulillah keluarga KS tak diapa-apakan ye.. semoga diberi rezeki yg berlipat ganda buat keluarga KS.. sabar lah dengan musibah ini..

    ReplyDelete
  18. Takut zumal dengar cerita nie. Teringat lak kisah pagi kat rumah zumal...

    ReplyDelete
  19. Kongajar punya pencuri. Siap makan tu. Ker pencuri ni ada pakai ilmu sampai ayah KSD pon tak sedar?

    Bertabahlah. Smoga pencuri tu mendapat balasan yg setimpal. Kat dunia mungkin lepas. Tapi kat SANA nnt tanggung lah azabnya. Alhamdulillah family sis selamat.

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah, mak dan ayah Aida tak diapa2kan...insya Allah, mudah2an rezeki keluarga Aida melimpah ruah lepas ni...

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah family akak tak diapa2kan. . Kurang ajar pn pencuri...tak berkat la hidup dia!!!

    ReplyDelete
  22. Awak dulu rumah kita selalu kena masuk pencuri ayah kita sama macam ayah awak malam senang terjaga walau pon bunyi perlahan yang peliknya bila pencuri masuk ayah boleh tidur lena tak sedar...
    tingkap macam gitu berkali kena then renovate ke tingkap ada grill pon tetap boleh masuk jugak rupanya dia potong grill tingkap cantik and pasang balik...
    sabar ye awak

    ReplyDelete
  23. Ya Allah..Lama tak buat blogwalking, baru arini tau. Takziah Ida dan keluarga..semoga cepat ilang trauma mak Ida tu ya. hai pencuri, semoga cepat kau insaf. tapi macam dia tau je dalam beg mak Ida tu ada banyak duit. Polis dah abis siasat ke? takut org yang kenal je

    ReplyDelete
  24. Kurang ajar.. penjahat betullah. Semoga Allah yg membalasnya nnti... aamiin.

    ReplyDelete
  25. hurm... senang hidup... mencuri aje... kesian mak kak ida... kurang ajar betul pencuri tu.. kat akhirat kena lah dia, jangan halalkan apa yang diambil... hmmm

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top