Friday, October 31, 2014

Pisang Goreng Cheese Yang sedap

Friday, October 31, 2014 28 Comments

Assalamualaikum

Petang petang macam ni, teringin pulak nak makan Pisang Goreng Cheese
Actually, sesekali je, tapi kalau dah hari hari maunya muka pun macam keju.Takpun bertambah segala lemak yang dah ada ni.

Nasib baik la ada yang sudi belikan petang tadi.Minum dengan teh panas, lagilah menyelerakan.
Alhamdulillah. Kenyang...

Miracle of Wisdom( 1)

Friday, October 31, 2014 10 Comments
                                                        Assalamualaikum

Bermula hari ni, aku akan terbit entry Miracle of Wisdom semula bertujuan untuk memberikan semangat untuk diri sendiri dan rakan yang datang menyingah di blog ini.



Dala kehidupan ni kita tak boleh lari dari kekecewaan, tapi kita ada Allah swt untuk kita mengadu dan memberikan kita ketenangan.

Apa pun kita harus tetap bersyukur..

Thursday, October 30, 2014

Internet bermasalah

Thursday, October 30, 2014 22 Comments

Assalamualaikum

Dua hari termasuk hari ni, ada masalah dengan internet.Memang tak boleh nak blogwalking ataupun update entry sekalipun dengan iternet yang bermasalah macam ni.

Apa pun tak boleh buat.stress dah tahap gaban bila semu kerja tak boleh nak siapkan. SEGMEN PENCARIAN BLOGLIT NOVEMBER & DISEMBER KISAHSIDAIRYDOTCOM masih lagi berlangsung dan akan tamat pada jam 12 malam nanti.

Sebelum tu aku nak minta maaf kat korang yang singgah tapi tidak terbalas komen korang tu.insha allah, bila masalah internet selesI aku akan membalas segala komen korang.

HNya dapat klik +G korang je..ni pun aku update entry guna tab sahaja.yelah..takat update kat tab ni, taklah sepuas menggunakan komputer kan..akh kurang selesa guna tab..hehehe

Harap korang dapat support segmen dari aku...thanks..

Tuesday, October 28, 2014

Kenapa Blog terabai??

Tuesday, October 28, 2014 25 Comments
Assalamualaikum

Ingat tak hari tu aku ada update tentang percutian tanpa dirancang.Aku ada ceritakan sedikit kenapa percutian tu dirancang di SINI

Actually bukanlah namanya percutian Indah selama 5 hari tu,tetapi kepada Emergency Leave sebab MIL masuk hospital Selasa malam rabu lepas.Memang Shock sangat bila MIL masuk hospital.Yelah,dengan keadaan nya yang uzur tu,risau terjadi apa-apa kat dia.My MIL nie,sebelum ni,memanglah seorang yang tak reti duduk diam,ada je kerja yang dia nak buat walaupun dalam keadaan kurang sihat.

Selama nie pun,dia memang selalu ambil ubat homeopati tanpa membuat rawatan di Hospital.Sebelum dia di masukkan ke Hospital,MIL memang dah kerap sakit.and as usual,dia takkan ke Hospital.Disebabkan dia kurang sihat,kami hantar dia balik ke Melaka,At least ada SIL yang boleh jaga makan minum dia.Bila MIL duduk sini,susah aku nak pantau dia,disebabkan aku dan husband kerja kan.

Hari Rabu tu kami dah bertolak balik Melaka,Memang tak sempat nak update apa-apa sekalipun.No social Media langsung yang aku sentuh.heheh..Risaukan keadaan MIL yang uzur sangat masa kami melawat dia diHospital.

Setiap hari memang ulang alik ke Hospital,MIL pun darah tinggi tak stabil,kekadang naik,dan kekadang turun..tu yang merisaukan kami.
Saja nak letak.

Tapi bila dah beberapa hari di Hospital dan di pantau dengan doktor dengan baik,maka hari sabtu tu MIL discharged.Alhamdulillah..lega kami semua.Cuma MIL tak secergas dulu la,,nak kena pantau kesihatan dan pemakanan dia yang totally berubah sebab darah dalam badan terlalu pekat.Ia akan menyebabkan darah tak dapat mengalir ke jantung dengan betul.So MIL tak boleh nak makan sayuran berdauan..emmm..

Bila dah tua-tua nie kan,banyak benda sebenarynya yang kita kena pantang.Tak boleh dah sembarangan makan-makanan yang boleh menyebabkan kita jadi macam tu.



Monday, October 27, 2014

CPUV baru Sepanjang Percutian

Monday, October 27, 2014 15 Comments
Assalamualaikum

Dah beberapa hari tak menjenguk blog.Sepanjang percutian itu jugak,ada juga CPUV yang menjengah dekat blog nie.

Percutian atau Emergency Leave beberapa hari tu tanpa dirancang.Nama pun Emergency Leave kan.
Oklah..tak nak campur adukkan entry CPUV nie dengan percutian panjang aku tu.

By the way,thanks jugak kat korang ,walaupun empunya blog tak pedulikan blog sepanjang 5 hari bercuti tu,ada juga yang sudi menjengah blog.sayang korang.

2 CPUV yag menjengah tu adalah MGIA parents campaign dan satu lagi nie..

2 CPUV yang melekat..

Ada banyak kerja yang tertangguh,aku settlekan dulu mana yang penting na,nanti aku sambung cerita pasal cuti aku tu kat next entry ye

Tuesday, October 21, 2014

Mudahnya Berniaga di Facebook

Tuesday, October 21, 2014 26 Comments
Assalamualaikum




Di zaman sekarang ini Peniaga online bagaikan cendawan yang tumbuh..Terlalu ramai yang memulakan perniagaan secara Online.Mungkin lagi senang dan tidak memerlukan modal yang besar untuk memulakan perniagaan.

berniaga di facebook
Tetapi,berniaga Online ini perlu mempunyai strategi untuk menarik pelanggan membeli barangan yang dijual.Berniaga di Facebook adalah satu fenomena terkini yang semakin ramai yang menggunakannya.Namun,untuk berjaya melakukannya pasti ada caranya.

Kepada mereka yang sudah berniaga mahupun ingin mula untuk berniaga online bolehla mencuba untuk mendapatkan pakej panduan "Mudahnya Berniaga di Facebook"iaitu siri video yang 100% dihasilkan sendiri oleh Zulfadzli dan berdasarkan pengalaman beliau berniaga melalui facebook.

facebook


Melalui Video ini anda akan pelajari dari ZERO sehingga mempunyai sebuah facebook page untuk jualan produk anda.Sudah pasti anda mahu belajar cara menjual yang berkesan.Jangan risau kerana di dalam video ini disertakan juga satu pendedahan bagaimana menulis ayat jualan yang efektif untuk anda gunakan di facebook page anda.

Apakah yang terdapat di dalam video ini

Mudahnya Berniaga di Facebook





Satu Testimonial yang boleh menjadi sumber semangat anda untuk mendapatkan video ini 
TESTIMONI: “Video Mudahnya Berniaga di Facebook merupakan ilmu yang dinanti-nantikan oleh usahawan online ‘newbie’ seperti saya. Sebagai newbie, saya mengambil masa yang lama untuk memahami selok belok strategi dan teknik berbisnes di Facebook. Dengan adanya video ini, saya belajar asas bisnes di facebook langkah demi langkah dan ia dapat juga diaplikasi di medium lain seperti website. Banyak strategi dan trick yang simple tapi superb dikongsikan dalam 15 video ini. Sebelum anda “melebur” lebih banyak duit dalam bisnes, saya sarankan untuk kuasai ilmu asas yang simple dan superb ini dulu.”
Ros Atiqah Fatin, Pemilik Perniagaan Rafa Legacy

Untuk mendapatkan CD ini dengan harga yang sangat murah,Sila terus ke Link ini :-
                                                  Mudahnya Berniaga di Facebook





Mealshakes Makanan Tambahan Paling Best Untuk Anak Anda

Tuesday, October 21, 2014 14 Comments
Assalamualaikum

Mealshakes merupakan makanan tambahan untuk kanak-kanak yang berumur setahun ke atas. Ianya seakan-akan susu berasaskan protein susu lembu, tetapi tidak sesuai dijadikan minuman utama kerana fungsinya hanya sebagai makanan tambahan. Diadun dan ditambah bersama 24 jenis vitamin seperti folat, vitamin B, zinc, zat besi dan pelbagai lagi menjadikan ia satu-satunya makanan tambahan paling lengkap di pasaran dan paling sesuai untuk kanak-kanak.

Mealshakes Shaklee paling ramai diambil oleh kanak-kanak picky eater. Picky eater bermaksud anak yang memilih makan. Jarang-jarang anak ini ingin memakan masakan harian anda. Ibu bapa mana yang tidak risau apabila melihat anak kurus keding dan hanya suka makan makanan segera seperti keropok dan sosej. Makanan tersebut bukan sahaja tidak seimbang malah bahaya untuk kesihatan dan otak kanak-kanak yang dalam proses membesar dan belajar. Maka, Shaklee yang mempunyai kandungan zinc di dalamnya membantu menaikkan selera anak-anak dengan cara yang lebih selamat.

Selain itu, Mealshakes juga tinggi serat yang mana dapat membantu anak-anak yang kerap kali menangis apabila ingin membuang air besar kerana masalah sembelit. Memang ianya kerap berlaku di kalangan kanak-kanak yang tidak sukakan sayuran. Sayuran dan buahan merupakan serat yang membantu melembutkan najis, tetapi jika anak-anak mengambil kedua-dua sumber ini dengan jumlah yang sangat minimal, memanglah masalah sembelit akan mengganggu masalah pembuangan anak anda. Kesian kan?
cara mengatasi kanak-kanak sembelit
Anak anda mempunyai masalah eczema? Bila ada masalah eczema, tentu sekali anak-anak sering mengalami kegatalan dan rengsa kulit. Adakalanya anak akan menangis apabila kepanasan. Anak saya yang sulung juga mempunyai masalah eczema. Kadang-kadang kasihan apabila dia terpaksa berpantang makan terutama apabila kami ke restoran. Masuk sahaja dalam kereta, cepat-cepat suruh saya bukak penghawa dingin kerana tidak tahan gatal di bahagian leher dan pelipat-pelipat. Alhamdulillah dengan mengambil Mealshakes dan sapuan Herbal Blend secara konsisten, parut eczemanya makin berkurang. Protein yang terdapat di dalam Mealshakes membantu membuang sel-sel rosak dan menggantikannya dengan sel-sel baru yang lebih baik. Hasilnya kulit, kuku, gigi dan tulang menjadi bertambah sihat, kuat dan cantik. Sekarang, jarang-jarang sekali mendengar keluhan Qistina mengalami gatal-gatal apabila kepanasan dan memakan makanan laut. Suka sangat bila anak sendiri mendapat kesan positif selepas mencuba Mealshakes.
cara mengatasi masalah eczema kanak-kanak
Paling menarik apabila Mealshakes juga membantu ramai kanak-kanak yang mengidap masalah asma. Sahabat saya sendiri, seorang doktor sering rasa sebak setiap kali anaknya diserang asma. Apatah lagi anaknya masih kecil. Kerap pula terpaksa berkejar ke klinik kerana perlukan bantuan nebulizer. Menitik air mata tau. Hati ibu kan sensitif, tentu sahaja sedih bila melihat anak tidak cukup oksigen untuk bernafas. Jika boleh bertukar kesakitan, ingin rasanya digantikan sahaja tempat anaknya itu. Dan syukur, setelah menggunakan Mealshakes,Omega Guard dan Chewable Vitamin C nafas anaknya jarang berbunyi ketika tidur. Jarang-jarang sekali kena tahan wad walau dahulu tidur di wad adalah satu kewajipan selang beberapa bulan. Kini Mealshakes, Omega Guard dan Chewable Vitamin C merupakan kawan baik anaknya itu.
Selain membantu anak-anak yang cerewet dalam memilih makanan, sembelit, eczema dan asma, Mealshakes juga boleh membantu:
  • meningkatkan imunisasi anak-anak yang kerap kali sakit dan mudah dijangkiti penyakit
  • liat untuk bersarapan sebelum ke sekolah. Pengambilan satu sudu kecil dibancuh dengan air kosong atau dimasukkan dalam susu sangat membantu anak-anak cergas fizikal dan minda sepanjang hari
  • membentuk sel darah merah yang sihat
  • sesuai untuk anak-anak yang tidak suka makan ubat atau vitamin berbentuk tablet
  • juga diambil oleh ibu hamil yang mengalami masalah alahan yang teruk. Mineral yang terkandung di dalam Mealshakes boleh membantu melengkapkan keperluan harian ibu hamil yang sering muntah-muntah apabila cuba untuk makan

cara atasi masalah kerap sakit kanak-kanak

Harga Mealshakes Shaklee

Harga satu canister Mealshakes ialah 113.75. Satu canister mampu bertahan sehingga dua ke tiga bulan bergantung kepada umur anak. Bermakna anda hanya peruntukkan lebih kurang RM38 sebulan untuk keperluan lengkap anak anda.
Tapi, yang bestnya bulan ini promosi beli 3 percuma 1 memang best!! Anda hanya perlu kumpulkan 3 orang kawan dan buat belian seorang satu canister. Harganya jatuh RM85.30 untuk satu canister dengan promosi besar-besaran kali ini. Tetapi, jika anda ingin borong kesemua empat canister apa salahnya kan?
cara mengatasi masalah semebelit kanak-kanak, eczema kanak-kanak, asma kanak=kanak, kerap sakit dan cerewet makan

Promosi Mealshake Shaklee julung kali diadakan dengan pembelian BUY 3 FREE 1.Promosi ini akan berakhir 10 hari lagi.Bermakna jika anda beli 3 canister, anda akan perolehi satu lagi mealshakes secara percuma.

Mahu lebih jimat dan keuntungan berlipat ganda? Terus sahaja sign up jadi ahli Shaklee. Anda akan memperolehi 15-20% penjimatan apabila jadi ahli Shaklee. Untung dapat, anak sihat. Siapa tidak suka kan?
Sekiranya anda berminat, jangan ragu-ragu lagi untuk menghubungi puan maria untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi.
FB: https://www.facebook.com/mamaposhy
emel : poshykidz@gmail.com 
sms/whatsapp : 0146692610 
ID Shaklee: 894220 
COD Vitamin Shaklee : Nilai, Seremban, Sepang, Damansara, Mont Kiara  

Nur Awfiyah Suka Dengan Walker

Tuesday, October 21, 2014 22 Comments
Assalamualaikum


Selamat Pagi korang.Ada yang dah bercuti ke hari nie.Mood nak bercuti esok makin terasa...Mesti rakan India kita dah bercuti hari ni kan..Tapi kesian kat sorang kawan India nie,Esok nak raya,hari nie baru gaji..Itupun tak tentu lagi gaji masuk pukul berapa.Company ni memang ada rasist sikit..Siapa yang tahan tu,boleh la teruskan kerja kat sini..Macam aku lah kan...hehehe

Ok..Back to our story eh..Hari sabtu tuari aku dah belikan walker untuk anak dara sorang nie..EH...nenek dia belanja walker untuk cucu...Aku ada ceritakan kat ENTRY ni.

Punya seronok dia kayuh kaki gerakkan walker dia tu..Tapi dia tolak ke belakang..Cuma bila dah masuk walker ni,tak boleh la lama-lama kan..sebab sakit badan pula..Nak² dia belum pandai lagi nak tegakkan badan dia dengan betul.

Masa 1st time masuk walker...sorry ye..quality gambar kurang memuaskan sbab berada dalam keadaan gelap.

Pose comel dari Nur awfiyah .Hi auntie n Uncle...kita dah ada walker baru 

ralit main denga bola-bola tu...

Walker nie dah pun berada di rumah baby sitter.Yelah..awfiyah pun siang dia kat sana kan..Kalau letak kat rumah,tak tau pulak bila masa dia nak bermain dengan walker.

Oklah..see uols jap lagi ek..ada kerja yang kena buat nie..



Mudahnya Berniaga di FB

Monday, October 20, 2014

Santai Hujung Minggu

Monday, October 20, 2014 22 Comments
Assalamualaikum

Hari minggu yang lepas,maksud aku hari Sabtu la kan.Balik kerja ,My SIL ajak pi makan kenduri.Wah..memang best.Lama jugak tak makan kenduri.Lagipun kenduri tu melibatkan orang kat Taman kitorang jugak kan..Kebetulan mak datang,so angkut sekali dengan Mak.
Sempat babah snap picture anak dia kan..Jadi termasuk la ummi dalam adegan ni.

Lepas kenyang makan kenduri,Ajak mak Jenjalan di Mydin Taman Rinting.Dah alanag-alang aku pun belum lagi menjengah Mydin yang baru siap tu..Why not aku angkut semua sekali pi jenjalan.

Of courselah sempat snap picture with my lovely dotter tu.
Sempatlah jgak snap walaupun tak bersedia..janji budak tembam ni tengok kamera

Lepas dok lepak kat Mydin,walaupun tujuan utama nak cari Walker untuk my debab ni,tak jadilah sebab takde yang berkenan.Lagipun my Mak yang nak belanja walker untuk cucu dia nie.
Dapatlah sebat dua helai baju tidur Nur awfiyah..walaupun dah berlambak baju Nur awfiyah tu,ummi dia tetap nak jugak beli sebab misi utama cari baju tidur yang berlubang-lubang tu..

Lepas tu ingat nak isi perut kali kedua di Mydin tu,tapi disebabkan tak menarik je tengok Menu yang dijual,terus keluar dari mydin.

Selepas tu Ke Masai lama..Misi.???.Of courselah nak cari walker..Dan..dah dapat pun walker tu.Walau tak mahal mana,tapi takpelah kan..janji ada..Tak tergamak pulak nak ambil yang mahal,sebab my Mak yang belanja kan.

Dah penat ke sana ke mari,perut ni mula berkeroncong.So,tempat yang paling mudah dan anak-anak ni suka adalah KFC...ha!! tu jelah keje diorang..Dah melepas nak masuk Pizza..Pun..my Mak belanja hari tu.


kitorang ambil set kombo family ni je..tu pun tak habis sebab kurang umpphh ayam² tu

My debab dengan Nenek..amboi..tetiba gambar dia putih melepak kan..



Lepas dah isi perut,kitorang pun choww balik sebab dah nak maghrib.Tapi sebelum tu sempat lah pekena Cendolah Rolla Mamaniza.Saja nak bagi try kat SIL ngan My mak.Aku pernah ceritakan kat sini pasal Cendolah rolla nie kat sini



Komisen Pertama Dari Ashadee

Monday, October 20, 2014 20 Comments
Assalamualaikum

Alhamdulillah...Walaupun bermula dengan hasil yang sedikit,Tapi sedikit sebanyak menyumbang kepada semangat untuk terus mencuba.

Hasil pertama komisen dari Ashadee.Walaupun kecil nilainya tetapi tetap bermakna..memberikan semangat untuk meneruskan  lagi usaha menulis.

Berkat dari perkogsian cerita dari Blogger HasrulHassan yang senantiasa menerima komisen dari Program Affiliate ,aku cuba untuk menjana pendapatan dari program² seperti ini jugak..Mana tau

Program seperti ini,kalau kita giat untuk mencuba,insha allah,mesti tersangkut dua atau tiga komisen..Sebab tu kita harus terus mencuba dan menghasilkan entry-entry terbaik untuk mendapatkan hasil yang lumayan.
komisen ashadee

Ashadee merupakan satu platform Affiliate kepada blogger untuk mendapatkan pendapatan sampingan.Bukan sekadar sampingan,tetapi juga boleh dijadikan bisness online sendiri.

Tanpa memerlukan modal,kita juga boleh mendapatkan pendapatan yang tinggi dengan hanya melalui Affiliate Program seperti ini.
belajar teknik Penulisan

Komisen yang diberikan juga bergantung kepada sesebuah produk tu jugak.Ada komisen yang melebihi 80% untuk setiap produk..wah..menarik kan..

Banyak Ebook dan buku yang kita boleh pelajari untuk Buat duit dengan Afiilliate .Selain itu juga ,kita perlu mempuyai sedikit sebanyak ilmu tentang SEO untuk menarik ramai pembaca atau pembeli mengetahui lebih lanjut tentang Produk tersebut dengan membaca Kitab Teknik SEO merah Jambu.Harga yang ditawarkan untuk teknik SEO Merah Jambu ini sangatlah berpatutan.



so kepada korang yang ingin mencuba,teruskan usaha.Jangan pernah untuk berputus asa..emm...apa lagi...jom jana pendapatan dengan Program Affiliate dari Ashadee nie.



Sunday, October 19, 2014

Timbang Berat Blog

Sunday, October 19, 2014 24 Comments
Assalamualaikum


Lama kot rasanya aku tak timbang berat blog nie.Dah bertahun agaknya...Nak refresh balik entry-entry tu rasa malas pulak.

So kali nie aku nak timbang berat blog..Nak tengok berapa kilo naik..Banyak tak lemak yang terkumpul kat blog ni.

Korang rasa perlu tak kita timbang blog tu..Dan Kenapa perlu timbang ya?

Aku setuju dengan kata-kata dari kak Mialiana kat Sini

"Pentingnya blog yang ringan dan cepat loading, supaya memudahkan pengunjung yang mempunyai capaian internet yang lambat, masih boleh buka blog kita lagi. Kalau berat dan lambat loading, sudah tentu pengunjung tidak selesa dan mungkin malas menunggu semasa blog kita loading. Sayangnya.."


Jawapan aku.walaupun tak selalu,sesekali kita kena jugak timbang berat blog dan melihat berapa kelajuan loading blog.Bila blog berat,akan menjadi satu masalah apabila orang nak buka blog kita,bila dah lambat sangat loading,terus mereka pangkah blog kita..Mereka takkan sanggup menunggu terlalu lama untuk loading blog.

So bila dah lama tak berbuat demikian,kena amik tau jugak walaupun tak selalu timbang.At least sebulan sekali atau pertambahan widget di blog semakin banyak..Kenalah usaha supaya blog tidak terlalu berat kan.

Let's chek it out!!!!

Korang rasa???
Berat lagi tak blog nie nak loading..

kalau berat jugak,cuba tengok kondisi wifi korang..

ececeh...saja je..ehehehe..

Korang nak timbang blog korang ??? Meh pergi LINK nie

Saturday, October 18, 2014

Tapak Iklan Untuk Disewa di blog Kisahsidairy.com

Saturday, October 18, 2014 13 Comments
Assalamualaikum

tapak iklan untuk di sewa di blog

Wah...dah ada tapak iklan pulak sekarang nie..hehehe..sebenarnya memang niat hati aku nak buat tapak iklan nie dah lama..Tapi tak buat -buat pulak.

Tapi bila ada yang bertanya tentang tapak iklan,why not aku mencuba untuk letakkan kat blog aku nie.

Pengiklanan tu penting sebenarnya untuk meningkatkan lagi pengeluaran sesuatu produk atau melariskan lagi produk.Kalau tiada iklan yang disiarkan,mana kan pula sesuatu produk tu boleh dijual.Kebanyakkan peniaga menggunakan social media seperti facebook,instagram dan salah satunya adalah beriklan di blog.


Ramai Peniaga yang tidak menyedari bahawa internet merupakan satu platform pemasaran yang jauh lebih baik pada masa sekarang.Blog adalah salah satu medium yang digunakan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan.Secara amnya,Pengguna akan meng"google" sesuatu produk untuk mengetahui tentang sesuatu produk itu.Dan apabila melihat review dan testimonial di dalam blog itu dihasilkan,maka mereka akan langsung membuat pembelian menerusi pengiklanan di blog.

Caranya sangat mudah,hanya mengiklankan produk di tapak tapak iklan di sesebuah blog.

untuk itu saya ingin menawarkan harga tapak iklan yang murah di blog kisahsidairy.com

Tapak Iklan berukuran 140 x 140  untuk sebulan dengan harga sewaan yang cukup berbaloi.
Selain itu juga saya membuat servis review produk dan harga bergantung kepada perbincangan.


Jika berminat untuk menyewa tapak iklan atau pun membuat review produk boleh hubungi saya di

  • Emel : sitirohaida81@gmail.com
  • Fanpage :Blog Si Dairy

Have a Nice Saturday!!

Saturday, October 18, 2014 9 Comments
Assalamualaikum


sumber:google


Sabtu yang sangat lemau...Lagi lemau bila My mom ada kat rumah tu..Rasa tak nak gi kerja je..Nasib baik hari ni half day.Semalam petang My mom datang rumah...Tapi bukan rumah aku,rumah abang aku lah.Rumah abang aku tu pun bukan jauh sangat..Selang beberapa buah rumah je dari rumah aku..Lagipun mak lebih selesa kat rumah abang.

Masa hantar awfiyah rumah abang aku tu terus je melekat sampai pukul 7.30...pehhh...memang tak menghengatkan nak gi kerja..Memang berat je nak gi kerja ni bila semua ada.Tapi takpe...gagahkan diri jugak nak kerja sebab hari ni halfday...yuhaaaaaa....

Sukalah budak tembam tu ramai yang keromon dia..Malam semalam pun tidur lambat sebab ada orang yang melayan dia bermain..

Entry pendek pagi ni sudahlah..ada kerja yang perlu diselesaikan sebelum balik..Nak sambung blogwalking mana yang sempat sebelum balik...hehehe


Tepek satu gambar awfiyah la...Nanti boleh jeling  jeling sikit dia ni.



Friday, October 17, 2014

Dah Payah Nak Tido

Friday, October 17, 2014 21 Comments
Assalamualaikum

Si budak Montel Awfiyah ni dah payah nak tidur...Kakak sepupu dia semua dah tidur.Dia sorang yang berjaga tengahari tadi..Gambar ni SIL aku yang kirim melalui Telegram.

Sejak ada Telegram ni,senanglah dia nak hantar gambar awfiyah..apa yang dia buat,semuanya akan di snap picture lepas tu dihantar ke Telegram..AKu memang download Telegram untuk desktop.Jadi tak payah nak sibuk sangat sekejap² tengok handphone..Kang tak pasal-pasal cctv tu plak yang snap gambar aku dok main phone je.

Rindu pulak kat budak montel ni,tu yang suruh selalu SIL hantar gambar...ececeh..ngengada sangat kan..macam tak jumpa anak kat rumah..emmm...tu jawapan orang yang anak-anak dah besar..Yang macam aku ni,orang yang baru je dapat anak ni,perasaan memang macam tu..kekadang rasa nak duduk rumah je,main main ngan dia..Tamo keje dah..

Sekarang nie dia lebih suka orang dirikan dia..Sesambil tu sukalah dia melompat-lompat..sampai lenguh tangan siapa yang pegang dia..Kekadang bila dah penat sangat,saja letakkan dia kat toto..tamo angkat dah...adeh..lama-lama boleh kurus jadiknya tangan ummi nie..

Lambat pulak rasanya nak balik..Cepatlah 4.45 petang..nak balik dah ni...hehehe



Cara Menguasai Bahasa English Dengan Mudah dan Cepat

Friday, October 17, 2014 16 Comments
     Assalamualaikum


                                               
buku english itu mudah

                Buku Fizikal English Itu Mudah - Belajar Grammar English Dalam Bahasa Malaysia

Mempelajari Bahasa inggeris ini amat diperlukan di zaman sekarang ni.Setiap pekerjaan memerlukan penguasaan bahasa Inggeris sekurang kurangnya adalah asas.

Penguasaan Bahasa Inggeris adalah bermula dari Sekolah rendah lagi.Setiap Pelajar didedahkan dengan penguasaan bahasa Inggeris sehingga ada Sekolah mempunyai satu hari yang dinamakan seperti English Day.Kadang kadang bila di sekolah,ramai pelajar yang tidak dapat menumpukan pelajaran ke atas subjek ini.Guru-guru juga turut membantu mengadakan kelas tambahan bagi pelajar pelajar yang lemah dalam subjek tersebut.

Dengan adanya English Itu Mudah,Para pelajar boleh mengulang kaji dan mempelajari  hanya di rumah pada bila bila masa sahaja.Panduan yang lengkap dengan grammar english dan disampaikan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu.

Bukan setakat pelajar sahaja yang boleh mempelajarinya,Mereka yang sudah berkerjaya dan ingin memantapkan lagi penguasaan bahasa Inggeris juga boleh memiliki buku ini.Mungkin ada diantara kita yang kadang-kadang tidak mempunyai masa untuk mempelajari Bahasa ni,atau malu untuk hadir ke kelas atas faktor usia..

Kini terlalu mudah untuk mempelajari Bahasa Inggeris hanya di rumah sahaja.Tidak perlu menghadiri kelas-kelas diluar..Mempelajari Bahasa Inggeris dirumah,tak kira masa samada malam atau siang.

Buku Fizikal English Itu Mudah merupakan sebuah buku yang mengupas semua yang berkaitan dengan Grammar English,mengandungi 18 topik setebal 129 halaman mukasurat

9 SEBAB MENGAPA WAJIB BELI BUKU ENGLISH ITU MUDAH 

  • Buku ini dapat membantu anda kuasai grammar English dengan lebih MUDAH ,CEPATdan BERKESAN.
  • Selalu gagal dalam subjek matematik ,sains dan English kerana lemah grammar English.
  • Mampu belajar secara kendiri di rumah dan menjimatkan masa selain lebih efektif
  • Tidak perlu malu untuk bertanya di dalam kelas kerana semua jawapan sudah tersedia didalam buku ini
  • Banyak masa yang telah diluangkan,menghadiri kelas dan banyak wang telah dihabiskan sehingga bosan dan putus asa.
  • Banyak perkataan yang tidak tahu,nak buka kamus pun malas,jaid terus tension dan malas belajar.
  • Tiada buku rujukan English lain yang didedahkan  dalam bahasa melayu di pasaran sekarang,dan ini peluang untuk memilikinya dan mengubah masa depan.
  • Ramai graduan masih tidak bekerja ramai pekerja tidak naik pangkat,susah nak dapat kerja di swasta gara gara lemah dan tidak dapat menguasai bahasa inggeris dengan betul.
  • Penerangan grammer english dalam bahasa melayu bersama-sama ilustrasi yang menarik dah mudah difahami ,pasti tidak akan buat anda pening lagi.

Untuk memilikinya dengan harga yang murah dan berpatutan,korang boleh membelinya melalui online sahaja.Mudah kan..tak perlu ke bookstore untuk mendapatkan buku ini.

Harga seperti dibawah


Harga + kos Penghantaran
Semenanjung : RM30
Sabah & sarawak :RM35

*** Promosi sangat terhad,so dapatkan segera ye,.***

Klik SINI untuk Pembelian

Thursday, October 16, 2014

Penyediaan Makanan Sudah bermula untuk Nur awfiyah

Thursday, October 16, 2014 17 Comments
Assalamualaikum

Sejak sejak Nur awfiyah ni dah pandai makan,gigih la ummi dia mencari resepi yang mempunyai khasiat khas untuk anak dara sorang nie.

Banyak blog dan forum yang aku jelajah semata-mata nak berikan yang terbaik untuk anak kan.Masa mula-mula tu,ingat nak bagi makan nestum je,tapi bila fikir,lebih baik masak sendiri,khasiatnya mestilah lebih dari apa yang terdapat pada nestum kan.

Selalunya pepagi lagi aku dah masakkan bubur,kekadang aku campur lah kentang,brokoli,lobak dan campur sekali dengan ikan bilis.Kekadang aku buat sup ikan,blend sekali dengan bubur..Kalau ummi dia dah rasa sedap,anak dia apatah lagi kan.Tapi tak pernah la aku letak garam lagi dalam makanan anak dara tu

Sekarang tak risau sangatlah kalau hantar kat babysitter.Babysitter tu pun maklong awfiyah,so dia akan masakkan bubur untuk awfiyah..hehhe...nasib baik kan...

Kekadang pun aku refer sini jugak.
sumber:google

Sekarang ni banyak bahan rujukan yang boleh kita baca untuk persiapan makanan anak kita.Lebih baik buat sendiri dari kita beli yang dah siap macam nestum tu..Khasiat nya lebih banyak yang anak kita boleh dapat..

oklah..nak sambung cari resepi untuk awfiyah..Nak dia membesar dengan sihat...insha allah

Wednesday, October 15, 2014

Happy Monthsary to My beloved Nur Awfiyah

Wednesday, October 15, 2014 29 Comments
Assalamualaikum



Happy Monthsary  to my Beloved dotter..Semakin membesar anak ummi.Semakin banyak keletah yang dia buat,membuatkan ummi dan babah sentiasa gembira melihat perkembangan mu sayang.
Alhamdulillah,genap kamu 6 bulan hari ini.Bila melihat kembali sewaktu ummi bertemu dengan mu buat kali pertama,tersentuh hati ini,melihat kamu tidur dengan nyenyaknya.Ingin mendakap dirimu walaupun tatkala itu ummi belum berkemampuan nak berbuat demikian.

Pertama kali dirimu hadir dalam hidup ummi dan babah,alangkah bahagianya kami.Biarpun kamu hanya dipinjamkan Oleh Nya,Ummi dengan babah sentiasa akan menyayangi dirimu sehingga ke akhir hayat kami.

Doa ummi dan babah,moga Nur Awfiyah menjadi seorang anak yang solehah,baik hati,penyayang,lemah lembut dalam berbicara,bertanggungjawab dan menjadi orang yang berguna kepada masyarakat nanti..Insyallah..




Tuesday, October 14, 2014

CPUV Zurich Insurance Contest

Tuesday, October 14, 2014 21 Comments
Assalamualaikum

Baru aku sedar yang blog nie dapat lagi CPUV terbaru..wah..ramai blogger yang dihujani dengan banyak CPUV dari Nuffnang...Pssstt...Nuffnang ada muslihat ke ape ek...hehehe..STOP!!!
Fikirkan yang baik baik dah la,

Thankslah kat Nuffnang sebab membanjiri blog nie dengan CPUV yang banyak...Banyak dan banyak lagi ye..pstt...jumlahnya pun mestilah banyakkan..

Jangan CPUV je lebat,tapi yang dapatnya ciput...pfffttt..














oklah..jumpa korang esok ye..banyak keje ni nak buat..banyak berhutang untuk blogwalking blog korang..lately nie sempat update je tapi tak sempat nak blogwalking..

Need Some Rest? Should I?

Tuesday, October 14, 2014 14 Comments
Assalamualaikum

Tetiba petang ni keluar pasal nak rehat bagai ni dah kenapa kan..But it's true..Sometimes wee need some rest.Stop from thinking,dreaming and talking.Semua tu nak dengan secara tiba-tiba tanpa aku ketahui apa puncanya,

Kekadang tak tau kenapa perasaan tu datang..Mungkin sebab memikirkan sesuatu.Masalah tu akan sentiasa ada,walaupun kita tak dapat menanganinya dengan cepat,sebaliknya  kita memerlukan masa untuk merehatkan minda.Memberi ruang untuk kita berfikir.

sumber:google

Monday, October 13, 2014

Monthly Check Up Nur Awfiyah Hari ni

Monday, October 13, 2014 16 Comments
Assalamualaikum


Selamat hari isnin korang..FUhh...Halfday hari ni.Nak hantar Nur awfiyah Monthly check up hari ni.
Kalau nak ikutkan nak je ambil cuti satu hari,tapi sayang pulak cuti tu..So,lebih baik halfday jelah.Lagipun appointment pukul 3 petang.Banyak lagi masa.

Kerja pagi ni,settelkan dokumen untuk test esok..Prepare awal-awal,taklah kelam kabut sangat esok..hehe
Hari nie Nur awfiyah kena lagi injection untuk 6 bulan.

Kalau korang nak tau pasal suntikan yang perlu bayi dapat semasa proses pembesaran mereka seperti di bawah ni
jadual suntikan bayi

SO hari nie awfiyah akan dapat suntikan untuk campak..Risau dah nie takut dia demam..
Tapi aku ada amalkan petua nie sebelum awfiyah diberi suntikan iaitu memberikan dia ubat demam sebelum ke klinik..Aku tak pasti benda nie boleh atau tidak tanpa saranan doktor,SO far awfiyah takdelah demam sebelum-sebelum nie..Risau jugaklah...emmm,,.Harap dia sentiasa sihat hendaknya..amin..



Sunday, October 12, 2014

Bila dah kepenatan

Sunday, October 12, 2014 20 Comments

Assalamualaikum

Malam baru sempat update.Sesambil tengok AF2014 ni, sambil tu boleh la up sikit entry.
Hari minggu macam ni, memang banyak aktiviti nak dibuat.Dari sarapan, kemas rumah pergi pasar, sediakan makanan tengahari, tido, bangun .hehehe..tu pun kira termasuk dalam aktivit harian la kan.

Tadi bila dok pi barang dapur, sempatlah mencuci mata di Pasaraya green point..Cari baju basahan untuk awfiyah sesambil cuci mata barangan yang lain.Nak cari baju awfiyah ni bukan senang, baju yang biasa dipakai hari hari perlu yang ringkas dan tak panas.kalau boleh yang tak berlengan.Budak sihat, mana boleh nak pakai baju yang terlalu heavy fashion dia.hehe.

Kalau tengahari nak tidur, memag confirm tak berbaju.Tadi setelah kepenatan balik dari pasar, gara gara ikut ummi dia la ni.balik je, minum susu, terus lena kat bawah.Takde tunggu nak masuk buai dah..

Dengan tak berbaju, dia dah tertidur kepenatan.Masatu lah ummi kena marathon untuk cepat cepat memasak..Kalau dia dah bangun, jangan haraplah ummi nak masak dengan tenang..Maunya dapur tak berasap bila dah mengadap dia..

Orang kepenatan sangat tu

Saturday, October 11, 2014

Last Day Nur Awfiyah Ke Taska

Saturday, October 11, 2014 17 Comments
Assalamualaikum

Ingatkan,aku ada cerita pasal Nur awfiyah di hantar ke Taska 2 hari lalu..Kalau korang tak ingat boleh baca entry aku kat SINI
Throwback gambar Taska Nur awfiyah

Bukan Taska Permata yang menggerunkan tu ocay..Taska nie berada di dalam Politeknik Sultan Ibrahim di Pasir Gudang.Di khususkan kepada pekerja-pekerja Politeknik sahaja.So,taklah risau sangat bila berada dalam kelolaan Politeknik.

Sebenarnya sehari je Nur awfiyah ke Taska nie,Disebabkan Taska ni bercuti pada hari Jumaat dan sabtu,so terpaksalah Nur awfiyah di hantar ke rumah Owner Taska ni.

Alhamdulillah,Nur awfiyah dijaga baik.Lagipun Family Owner Taska yang bernama Sue tu.Nampaknya Family sue tu dah suka dengan Budak Gemuk tu.Panggilan Nur awfiyah kat rumah Sue tu..Happy je dia kat sana,sebab ramai adik beradik sue yang melayan.Amboiiii...ko nak..kalau kat rumah kemain manja lagi..Nak berkepit..isk..iskk

Hari nie last lah dia kat rumah Sue,Minggu depan insyallah,my SIL akan jaga dia pulak..Memang dia dah balik hari jumaat,tapi disebabkan My SIL tu demam,so biarlah dia berehat.

Nak bawa dia balik ke kampung hari ni,Nanti aku cerita sebab kenapa aku nak bawa dia balik kampung..


Friday, October 10, 2014

Kaedah Mudah Mencetak Baju dengan Jomcetakbaju

Friday, October 10, 2014 13 Comments
Assalamualaikum

Perniagaan mencetak baju bagaikan Cendawan tumbuh di Malaysia sekarang ini.Kebanyakkan Mereka mencari bisness yang boleh dibuat secara Offline ataupun Online.

Mungkin mereka tidak mengetahui cara terbaik untuk melakukan perniagaan Mencetak Baju dengan Mudah dan mempunyai perolehan pendapatan sehingga 100%.



 

Jomcetakbaju.com adalah pereka grafik yang menjalankan perniagaan mencetak baju Silkscreen bermula pada tahun 2008.Jomcetakbaju.com berkongsi pengalaman untuk mereka yang diluar sana yang ingin mengetahui tentang perniagaan mencetak baju silkscreen.Dengan itu lahirnya sebuah Ebook yang boleh membantu mereka yang memerlukan.





Rahsia tentang  Teknik Cetakan Baju yang perlu kita tahu mestilah

  • Sangat mudah
  • Tidak memerlukan Mesin
  • Kos permulaan yang rendah dengan hanya RM250
  • Untun yang berlipat kali ganda
cetak baju


Apabila anda mengetahui Rahsia dan Teknik Cetakan baju ini,Dengan tempahan 100 helai baju anda akan mendapat keuntungan sehingga rm1,725.Tempahan 45 helai baju mendapat keuntungan RM517.50.

Nak tahu cara dan Rahsia Teknik cetakan baju yang boleh membawa keuntungan berlipat kali ganda?
Di sini saya nak perkenalkan Ebook Jomcetak Baju dengan harga yang menakjubkan.

Apabila anda memiliki Ebook ini,anda akan mendapat

  • Cara cara mencetak baju langkah demi langkah
  • Lengkap dengan Imej dan panduan bervideo
  • Beberapa kaedah lain yang boleh digunakan untuk mencetak baju seperti Heat Transfer.
Pakej yang terkandung dalam  keseluruhan pakej Jomcetak baju bersaiz 2.00GB
  • Pakej Ebook
  • Sumber Rujukan
  • Tshirt Design
  • Video Tutorial
Di dalam Ebook ini ,diterangkan juga tentang teknik pemasaran yang betul yang boleh diikuti dari A hingga Z.Anda akan diajar untuk menjadi seorang designer dan juga penjual T-shirt.Dengan modal yang rendah,dan mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda

Untuk mendapatkan Ebook Jomcetakbaju ini, Klik SINI untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya


.

Thursday, October 09, 2014

Dapat lagi Doorgift dari Pengantin

Thursday, October 09, 2014 19 Comments

Assalamualaikum

Wah...banyaknya dapat.Masa datang majlis tuari ada 3 bekas untuk aku sefamily.Hari ni pengantin baru naik . Alhamdulillah, pengantin dah memakai hijab sekarang.Mungkin kerana beralih ke fasa seterusnya , dia inginkan perubahan..

Oklah, nak cerita pasal doorgift..yeayyy..dapat lagi 3 hari ni, Mungkin ada banyak yang belum habis.So, dia bagi2lah rakan office dari membazir kan..

Nur Awfiyah Ke Taska Buat Kali Pertamanya

Thursday, October 09, 2014 21 Comments
Assalamualaikum

Memang ikutkan hati nak je sambung cuti lagi.Dari pagi tadi memang tak senang duduk dibuatnya.Maklumlah,hari ni adalah hari pertama Nur awfiyah ke Taska.

Sebelum ni Nur awfiyah dijaga oleh my SIL.So,aku tak rasa risau sangat kalau dia dengan My SIL.Tapi bila my SIL balik Kelantan,Dia amik cuti selama seminggu.Sepatutnya hari dah dia balik.Tapi dia nak extend cuti.Jadi ummi awfiyah terpaksa jugak cari orang untuk menjaganya.Nak suruh jiran-jiran,mereka pun dah ramai jaga anak orang..Lagipun Nur awfiyah dah mula meraung bila sampai kat orang yang dia tak suka..demand sungguh anak aku nie.

Tapi disebabkan Taska tu di buka didalam Politeknik Ibrahim Sultan,di mana ia hanya dibuka untuk pekerja-pekerja disitu sahaja..Nasib baiklah En.Husband pekerja kat situ..Jadi tiket untuk aku mempercayai Taska tu 50% adalah.

Memang dari hari jumaat minggu lepas lagi aku bercuti..Hari ni dah kena naik kerja.Takut pulak cuti lama,nanti kena marah pulak dengan bos.Sebab company aku ni bukan jenis yang memahami.Cuti aku pun taknak sign lagi..Kena KIV dulu dengan bos,itupun dah cukup buat aku bengang.Ingat suka-suka ke nak cuti goyang kaki duduk rumah,

Isnin ni lagi nak bercuti,tapi halfday je sebab bawa Nur awfiyah monthly check up.Tu pun aku tak tau samada cuti aku approved ke tak..

Taska di mana Nur awfiyah sekarang nie berada

Dua tiga kali gak aku call nak tanyekan awfiyah..Yelah..orang dah biasa tidur buai.Bila dekat Taska dia memang takde buaian kan.

Paling best,aku lupa nak bawak puting kosong dia,sampai babysitter tu bagitau,awfiyah kebas puting orang sebelah..amboii..main kasar nampak anak aku tu ye.


Esok Taska bercuti,terpaksa pulak hantar rumah penjaga.takpelah...cuma 3 hari nie je kena berkorban.
Dibayar mengikut hari.Hari bekerja charge untuk jaga baby adalah RM20.Hari jumaat dan sabtu diorang ikut jam..rm5 perjam..Tapi diorang mintak rm30..alhamdulillah..boleh bertolak ansur jugak.

Tak sabar nak balik ambil awfiyah..macam manalah dia gaknya...emmmmm

Merasai Kehebatan Cendolah Rolla dari Mamaniza.com

Thursday, October 09, 2014 36 Comments

Assalamualaikum

Cerita semalam,baru hari ni dapat update.Disebabkan semalam masih bercuti,maka,dapatlah berjumpa dengan Owner blog Mamaniza ni..Of courselah korang kenalkan siapa pemiliknya..
Beliau adalah seorang blogger yang sedang pun membuat satu perniagaan Cendol yang telah diinovasikan mengikut peredaran zaman.

Perbezaan Cendolah Rolla ini dengan cendol biasa,adalah penggunaan santan yang digantikan dengan karamel.Terdapat lebih dari 20 karamel yang berasaskan rasa cendol dengan pelbagai rasa dan variasi.

Mamaniza juga merupakan usahawan pertama yang menjadi Nadi Penggerak Cendolah Rolla di Malaysia ni.Wow..Syabas mama..

Kepada Korang khasnya warga Johor,jangan lepaskan peluang merasai Cendol yang diinovasikan dengan cara moden ini.Mamaniza akan update Event-event yang akan diadakan sekitar Johor Bahru,

Semalam bertempat di Taman Tasik Pasir Gudang,pertemuan antara blogger mama dan aku berjalan dengan lancar.Mengenali mama,memang mudah kerana mama jugak seorang yang humble dan senang dibawak berbual.Dah macam lama kenal je dengan mama nie.

Sempat jugak merasa 3 flavour dari Cendolah Rolla iaitu Cendolah Elganthia Cornisia, Crushico Shake Strawberry and tapau satu lagi Crushico Shake Apple..Memang mabless sangat.




Semalam sempatlah merasa 3 jenis cendol yang sangat superb...rasa teringin lagi tekak ni nak merasai Cendolah Rolla nie.

Kepada warga JB, Cendolah Rolla nie akan berada di Tasik Pasir gudang jika tidak terlibat dengan Event-event lain.



Jangan lupa untuk Like Fanpage Cendolah Rolla ini untuk mengetahui lebih lanjut dimana event-event Cendolah Rolla ini akan berada,



Follow Us @aida_yusof81