Tuesday, November 25, 2014

Dah Berkejaran Dengan Dia!

Tuesday, November 25, 2014 27 Comments
Assalamualaikum

Seronok sebenarnya bila cerita perkembangan terbaru dari Nur awfiyah ni..Dah macam macam karenah yang membuatkan ummi dan babah tersenyum.Dan..kadangkala geram jugak kan..heheh

Dah 7 bulan ni,dah pun pandai menyiarap dan mengengsot ke depan...Semakin lama semakin laju nampaknya dia kedepan..Kalau dengan walker jangan cakap lah..Sampai ke dapur dia ronda.
Lagi satu,kat rumah ni dah tak boleh nak berhias bagai dah..Kerusi meja semua tolak tepi bagi memberi ruangan kat Nur awfiyah ni berjalan-jalan..Semua pasu bunga dan perhiasan terpaksa dialihkan kerana bila dah naik walker,dah boleh berjalan sana sini,mulalah dapat tarik alas meja,pasu bunga..akuarium ikan kecil tu pun dia nak tarik jugak..Penyudahnya ummi terpaksa lah kemas buat naik rumah atas...


Sekarang ni pantang lepa kalau dah ummi kat dapur,mesti dah mengengsot ke pintu..isk...isk..wahai anak,sungguh bahaya tau...SERIAU ummi ni.

Part paling dia suka tang Langsir dan Mosaic..Habislah dok jilat.dah macam jilat ais krim pulak

Bila anak dah aktif macam ni,macam macam kena fikir dan macam macam jugak nak kena jaga.Tak boleh la letak apa apa barang yang kecil kecil kat lantai tu,lantai nak kena sentiasa bersih.Semua nak jaga.isk..kalau tak memang lah penyakit senang nak hinggap kat baby tu kan..


Walaupun ummi dan babah penat sikit,tapi bila tengok keletah dia,seronok dan rasa gembira sangat.

Moga menjadi anak yang solehah ye Nur awfiyah.

Sunday, November 23, 2014

Malware lagi ke?

Sunday, November 23, 2014 18 Comments
Assalamualaikum


Rasa sejak hari jumaat lagi aku tak dpat nak access apa apa.Jumaat aku MC.memang dah tak boleh nak ngadap PC satu hari.petang aku terus balik Kota Tinggi..Alang alang MC tu terus balik kampung kan.lagi pulak sabtu tu dah memang cuti umum kan.


Bila balik dari kota ni,siap siap kemas,terus tengok blog.Memang dah perasan status blogger Mar Mansor,tapi masa tu aku belum lagi tengok blog aku ni.


Tup Tup..Korang tengok je lah kat bawah ni


Ni aku tak tau lah malware ke hape


Bukan tak pernah terjadi perkara macam ni,dah banyak kali jugak,so taklah aku terlalu terkejut beruk ke sampai nak fengsaann..

Bila dah terjadi macam ni,aku terpaksa removekan semua bloglist aku memandangkan aku tak tau dari mana benda ni datang.

Then,bila dah buang semua tu,maka blog aku dah jadi macam biasa...patutlah takde orang datang jengah kat sini..huhu..sedih

Thursday, November 20, 2014

Hadiah dari Giveaway bugslock mialiana

Thursday, November 20, 2014 20 Comments

Assalamualaikum

Baru ni sempat update pasal ni.Sibuk sikit dengan urusan keluarga lately ni, membuatkan aku jarang update blog.

Ni ada sikit kesempatan untu aku update pasal hadiah yang dah selamat aku terima dua hari lepas.

Alhamdulillah, aku antara 34 pemenang giveaway dari mialiana.com.

Nihaku dapat dua bugslock untu aku gunakan nanti.tak sempat nak review lagi.ada masa akushae dengan korang ye.

Wednesday, November 19, 2014

CABARAN NOVEMBER #2 BY KATHY R'BAIN : HARI 6- Gambar Header Blog kisahsidairy

Wednesday, November 19, 2014 17 Comments
Assalamualaikum


Meh..meh nak promote sikit Header blog aku ni...Citarasa aku yang diberikan sentuhan yang cantik hasil keras tangan blogger Fiza...Nak order boleh terus pi Blog dia ye


Header blog ni aku tempah dengan Azhafizah .Memang aku puas hati la kerja kerja Fiza...


Jom tengok

Kisah Si Dairy
Kalau cantik tu macam aku..hahahaha...ok..bye

Tuesday, November 18, 2014

Takut Kita Nak Approved Friends

Tuesday, November 18, 2014 27 Comments

Assalamualaikum

Selamat malam...belek belek Facebook.Bila dah boring dok komen kat blog Denaihati untuk #cabaran #iphone5s tu, beralih pulak kat facebook ni.

Baru perasan yang aku tak approved friends yang berpuluh tu.Berpuluh je..bukan beratus pun.Lagi pulak aku bukan famous.Bukan senang aku nak approved rakan di facebook.Kekadang bila kita approved nama melayu, bila dah approved tetiba nama Awang Hitam pulak..acaner tu.

Last last aku kena tapis dulu mereka yang ade aku.Kebanyakkan yang aku tak approved tu profilenya meragui...So sebab tulah aku tak approved mereka ,mereka tu.

Kalau korang tengok nama mereka pun meragui kan.risau mereka ambil kesempatan bila aku approved diorang..


Abaikan jelah kan...aku bukan retis pun..

CABARAN NOVEMBER #2 BY KATHY R'BAIN : HARI 5- Gambar gajet kesayangan aku

Tuesday, November 18, 2014 6 Comments
Assalamualaikum



Fuhh...hari keempat suda..tak sempat nak update entry selalu sekarang ni.Tapi untuk blog tercinta,gigihkan juga update hari ni


Nak tau gadget kesayangan aku yang ada sekarang ni..Satu je pun..tak banyak...Tapi takde gambar yang betul betul dari gadget aku ni..so aku google je gambar gadget yang aku ada..


Nilah gadget kesayangan aku.Bewarna putih ..masih lagi dalam keadaan yang baik.Ni lah yang tolong aku dalam aktiviti blog..Dah dekat 2 tahun aku guna tab ni..alhamdulillah..

CABARAN NOVEMBER #2 BY KATHY R'BAIN : HARI 3- Gambar Pemimpin yang Di kagumi

Tuesday, November 18, 2014 8 Comments
                                                                        Assalamualaikum

Wah..ni paling best ni..Baru je baru baru ni aku melawat Galeria Beliau..Memang terpesona melihat pencapaian yang dilakukan oleh beliau di Galeria itu.Bukan muat pun satu Galeria untuk menyimpan barang barang beliau..Penyelia tu kata,terpaksa ganti ganti barang yang dipamerkan tu..iskh...dahsyat kan

Siapa tak kenal Mantan Negara kita iaitu Tun Dr.Mahathir Mohamad.Seorang pemimpin yang aku sangat kagumi.Pencapaian Beliau dalam membangunkan Negara Malaysia.amat lah meluas.Cuba tanya mereka di Luar negara sana,siapa tak kenal dengan Tun..Semua orang kenal kan...

Masa Di Galeria,sempat aku bergambar  di Potret yang dihadiahkan oleh rakan Tun,tapi aku tak ingat dari mana,Potret ini sangat unik,kerana kita akan rasa kita diperhatikan oleh Tun di mana sahaja kita berdiri di Galeria tersebut

galeria tun dr.mahathir
Aku bersama Dengan Adik dan anak saudara..Masa ni Nur awfiyah tak de lagi

Ok..habis cabaran ketiga..Tunggu cabaran keempat pulak ye

Monday, November 17, 2014

CABARAN NOVEMBER #2 BY KATHY R'BAIN : HARI 2- Gambar Insan yang Disayangi

Monday, November 17, 2014 13 Comments
                                                                 Assalamualaikum


Dah pun masuk cabaran hari kedua...Kali ni nak letak la gambar insan yang disayangi..Actually nak letak gambar insan insan yang disayangi..Kalau insan je,maknanya sorang ye yang sayang..hehehe

Oklah...Sebelum tu of courselah insan yang disayangi aku adalah Emak,ayah,adik beradik,suami,anak aku cik fiyah tu.dan mereka yang senantiasa ada bersama aku susah dan senang..tapi kalau nak masukkan semua..mau berat entry ni kan..
Displaying IMG-20140729-WA0000.jpg
Masa ni ramai yang tak ready dan tak complete...tapi sebahagian dari insan yang aku sayangi.

Ok..jumpa di cabaran seterusnya ya

Sunday, November 16, 2014

Menu Yang Paling sedap Di petang hari Minggu

Sunday, November 16, 2014 24 Comments
Assalamualaikum

Bila petang petang ni,lagi pulak hujan.Perut memang sentiasa akan lapar jelah kan.Bila duduk berdua dengan Nur awfiyah,ummi pun dah terasa lapar.

So dengan kerajinan petang tadi,maka terciptalah lempeng dan sambal tumis ikan bilis.Memang sedap bila kena dengan Teh panas.Nak tunggu en.husband memang lambat lagi dia balik.So lepas bagi makan Nur awfiyah,ummi pulak bedal Lempeng.Dapat dua keping lempeng tu pun dah kenyang.Tinggalkan babah punya lempeng jelah kan.

Memikat selera kan bila nampak lempeng ni,lagi pulak time hujan ni.memang perut senantiasa lapar jelah

lepas tu dah boleh sambung blogwalking 

Entry Khas Untuk Blogger Mamaniza

Sunday, November 16, 2014 14 Comments
Assalamualaikum

Siapa kan tak kenal dengan blogger Mamaniza ni.Seorang yang peramah walau pertama kali korang berjumpa dengan mereka.

Pertama kali bertemu dengan mamaniza adalah di pelancaran Cendollah Rolla di Tasik Pasir Gudang.Walaupun pertama kali kami berjumpa,tapi bagaikan sudah lama kami kenal dan berkawan.Memang mama bukan seorang yang sombong..Sentiasa ada je cerita yang kami bualkan.

Yang rapat dan kenal dengan mama,pastinya tahu,mama akan berhijrah kembali ke Selangor tempat lahir mama..Segala suka dan duka mama,pasti dirindui kat sini kan mama..
Tapi kalau itu yang terbaik untuk masa depan dan family,akak sentiasa doakan yang terbaik untuk mama dan keluarga.
Kenangan pertama kali kami bertemu 




Sebagai blogger,memang kita tidak lari dari pandangan sinis masyarakat.Tetapi kalau mereka adalah blogger,dan tau tentang apa itu blogger,nescaya perkara sebegitu takkan berlaku kepada mamaniza.

Allah swt menentukan segalanya mama,insha allah..Mungkin ada yang lebih baik dari ni,yang kita tak tau Allah dan sediakan untuk kita.Jangan pernah menyerah kalah dalam kehidupan dan sentiasa menghadapinya dengan tenang.

Akak berharap agar kehidupan mama kat sana lebih baik,peluang mama untuk menjadi blogger yang lebih baik dan mendapatkan peluang yang lebih terbaik dari sekarang..insha allah..
Dipertemuan pertama blogger JB


Rasa sedih bila tidak dapat berjumpa dengan mama buat kali terakhir di bumi Johor ni..Tapi berharap sangat dapat kembali berjumpa dengan mama..Nasib baik jugaklah husband mama satu kampung..Boleh la roger roger dengan akak nanti.


Terima kasih menjadi kawan,adik dan seorang yang boleh mendengar apa sahaja masalah dan berkongsi segala galanya di dalam dunia blogger atau dalam cerita harian kita..




Kenali Wanita Dari Warna

Sunday, November 16, 2014 12 Comments
Assalamualaikum


Santai hujung minggu kan..sesambil tu jom kita melayan macam mana nak kenali wanita ni melalui warna..Eh..aku yang perempuan ni pun tak tau pasal tu..Takpe..kita baca dan share info nie ek..kalau berfaedah baguslah kan

UNGU
Wanita yang suka warna ungu adalah:
Seorang murah hati,
Merdeka hatinya dan tidak mahu diperintah.
Penuh inisiatif,
Pandai tetapi tidak emosi,
Dingin dan kehendaknya meluap-luap,
Jarang berjaya.

HITAM
Wanita yang suka warna hitam adalah:
Seorang yang suka bermurung,
Prihatin,
Kuat menghadapi petaka apa sahaja,
Tidak mudah terpengaruh,
Setia pada suami,
Hatinya baik dan cepat tersinggung.

BIRU MUDA
Wanita yang suka warna biru muda adalah:
Seorang yang suka merendahkan diri,
Suka mengalah,
Suka berkorban peranan,
Cerdas,
Pandai dan berotak berlian.

KELABU
Wanita yang suka warna kelabu adalah:
Seorang yang suka sekali mengelamun,
Romantis,
Sabar,
Tenang tetapi hatinya suka mengembara,
Suka mengada-ngada dan gossip.

MERAH
Wanita yang suka warna merah adalah:
Seorang yang berwatak berani,
Emosional dan tegas,
Tamak serta serakah,
Tahan melarat dan suka hidup bersenang-senang.

BIRU
Wanita yang suka warna biru adalah:
Seorang yang setia paa suami,
Senang pegang wang,
Kuat kemahuan,
Berterus terang dan jujur,
Cepat memberi maaf dan tegas.

KUNING
Wanita yang suka warna kuning adalah:
Seorang yang amat menyukai ilmu,
Gemar membaca,
Tekun dan cerdas,
Tabah menghadapi cabaran.

PUTIH
Wanita yang suka warna putih adalah:
Seorang yang mempunyai perangai yang suci bersih,
Fikirannya tidak banyak prasangka,
Berkata benar, jujur dan rendah hati,
Ramah dan bersopan-santun,
Kuat menerima ilmu,
Damai dan berubah alam fikirannya,
Suka menolong dan hidup dalam bertawakal.

COKLAT
Wanita yang suka warna coklat adalah:
Seorang yang mempunyai sifat keibuan,
Suka merendah diri,
Sopan dan halus budi,
Hatinya sentiasa was-was kerana takut salah.

HIJAU
Wanita yang suka warna hijau adalah:
Seorang yang subur dan damai,
Cintakan kebahagian,
Tidak suka perang,
Patuh pada agama,
Teguh pendirian hingga kelihatan agak kolot.


korang yang mana satu ek

CABARAN NOVEMBER #2 BY KATHY R'BAIN : HARI 1- Gambar Selfie Aku

Sunday, November 16, 2014 9 Comments
                                                                Assalamualaikum



Dapat juga join cabaran dari kak kathy.Bila takde idea untuk menulis,ini adalah langkah terbaik untuk kita ikuti supaya blog tidak terabai begitu sahaja kan


Cabaran pertama di bulan November ini untuk hari pertama aku menjoinkan diri dalam cabaran ni adalah Gambar selfie aku.Sejujurnya.Dah jarang aku bergambar selfie.Kebanyakkan dengan Sibudak tenit tu.Kebanyakkan gambar banyak dia yang kongker...hehehe


Let's see apa gambar selfie yang aku ada.


Gambar ni je yang ada dalam simpanan..hehehe...Masa ni raya...Yang lain ada tersimpan dalam Handphone babah awfiyah...

Saturday, November 15, 2014

Happy 7 monthsary Nur Awfiyah

Saturday, November 15, 2014 11 Comments
Assalamualaikum

Alhamdulillah..genap hari ni Nur awfiyah 7 bulan.Pejam celik ,pejam celik,dah besar anak ummi ye.
Dari tapak kaki sekecil ibu jari ummi,sekarang ni dah besar dengan sihat...alhamdulillah..

Happy 7 Monthsary sayang..Ummi dengan babah akan menyayangi mu hingga ke akhir hayat



Friday, November 14, 2014

Car Seat Untuk Nur Awfiyah

Friday, November 14, 2014 18 Comments
Assalamualaikum

Lama benau aku tak cerita pasal Nur awfiyah kan.Dan dah lama juga aku tak bercerita pasal Parenting dan Lifestyle ni.Ini semua kerana kekangan masa dan masalah internet yang pernah aku ceritakan di dalam entry lama aku.

Sekarang ni aku cuba cari inisiatif bagaimana untuk aku create entry dan publish dengan tiada masalah.Lepas dah dapat idea,terus lah aku buatkan..hehehe..AKu draft dulu entry aku kat emel,lepas tu aku emel balik,jadi dekat Tab aku just copy paste je dalam Blog..Kalau korang tak faham cerita aku takpelah kan.Abaikan..heheh

Ok..Meh aku nak cerita.Memang dah lama aku berhajat nak belikan Nur awfiyah car seat ni.Yelah..Nak beli yang beratus tu tak mampu..So aku beli je yang harga boleh tahan tu..Bawah Rm100.Itupun dari pendapatan aku berblog.
Korang klik SINI untuk paparan Lebih jelas ye
harga Car seat ni di Lazada Berharga RM93.00


Kalau nak tengok ciri ciri yang ada pada car seat ni boleh refer bawah ni

pecifications of Sweet Cherry LB321 Fiji Infant Carseat Brown

SKU
SW288TBAP2NBANMY-692865
Price
RM 93.00
ModelLB321
Size (L x W x H)69x42x58
Weight2.5
ColorBrown
Bila aku masukkan Awfiyah dalam baby car seat ni,wah kemain suka lagi dia,jakun sampai tersengih sengih budak montel ummi ni
1st Reaction dia masa aku masukkan dalam Car seat ni...

Meh aku tunjukkan pula gambar sebenar car seat ni ye




​Oklah kan tu..Lepas ni tak payah la pegang awfiyah sambil memandu...Walaupun dekat tapi bahaya sebab dia dah tak reti duduk diam sekarang ni.Risau juga kalau jadi macam macam nanti.

Dia paling suka kalau aku letak dalam car seat ni.Bagi je mainan satu,dia dah duduk diam..Kalau ke Taska lepas ni,dah tak risau sebab car seat dah ada kan...

So tu jelah Story aku pasal car seat ni.Impian aku untuk belikan awfiyah tercapai walaupun taklah mahal mana..Belanja ikut kemampuan kan..Lainlah kalau ada orang sponsor..Baru best..heheh


Thursday, November 13, 2014

Wednesday, November 12, 2014

Tuesday, November 11, 2014

Review Produk-Syampu Shayla

Tuesday, November 11, 2014 13 Comments
Assalamualaikum

Siapa tak risau kan kalau kita ada masalah dengan kulit kepala.Lagi pulak bagi mereka yang bertudung macam aku ni.Kekadang sampai tak de masa nak  ambil tau.Tapi bila kulit kepala disinggahi kelumumur,maka masalah tu timbul

Rambut yang ditutupi bukan sahaja boleh membuat kelumumur timbul,tetapi juga boleh menyebabkan rambut tidak sihat.Bila tidak sihat,pastinya rambut akan banyak gugur.Dan juga bagi mereka yang pernah buat rambut macam perangkan ke,buat curl ke,kerinting ke,mesti lama lama rambut akan rosak kan.

Macam masalah yang aku hadapi adalah kelumumur dan rambut gugur.Kalau mandi tu,bila syampu rambut,masyaallah,dah macam orang sakit bila tengok banyak rambut gugur.Kalau dlu aku tak rajin guna satu syampu yang popular kat iklan,tapi bila kelamaan masalah kelumumur tu sering sangat menghantui aku.lagi pulak kalau aku campur syampu.Dari dulu aku memang cari syampu yang khas untuk kelumumur je.Tak de ke syampu yang all in one.jadi tak payah la aku nak beli pelbagai jenis untuk kelumumur dan rambut gugur.

Rasa dah botak sikit rambut dari dulu rambut lebat bukan main.

Pssst...dah lama nak cuba syampu ni sejak diiklankan.tapi ada je yang menghalang.Last last semalam,masa ku jalan kat Maslee berdekatan dengan rumah tu,aku nampak syampu Shayla ni.
Aku guna yang kelumumur sahaja


kali ni pun sama,aku memilih untuk membeli anti kelumumur.Syampu SAFI SHAYLA Anti Kelemumur. Mengandungi Habbatus Sauda serta bahan aktif ZPT dan Menthol yang mencegah kelemumur bermula dari cucian pertama serta haruman yang mampu kekal sehingga 24 jam.


Baunya aku suka,sangat wangi.yang aku suka pasal safi shayla ni,ianya mengandungi habbatus sauda.

​Lepas ni harum semerbak la kan rambut aku ni.Untuk size yang kecil harganya rm7.70(600ml) dan rm12.70(320ml) Murah dan berbaloi.Pakai sikit pun dah banyak buih..i loikee

Kat mana nak dapatkan ni?
Di mana mana pasaraya pun ada jual,kedai runcit biasa pun aku rasa ada jual.so takde masalah sangat nak cari.sambil shopping barang dapur pun boleh rembat sekali syampu ni..hehehe..

nak tau lebih lanjut tentang Safi Shayla ni boleh layari laman web SAFI SHAYLA

Review produk -Mirabella Skincare

Tuesday, November 11, 2014 16 Comments
Assalamualaikum


Hi alls,

Mirabella skincare set contains :-
  • Mirabella Skincare
  • Mirabella Uv Cream
  • Mirabella Beauty Cream
Mirabella Skincare


Mirabella Cleanser
  • To cleanse and refresh your skin
  • To get rid of pore clogged
  • To balance and keep your skin well nourished
  • No harmful ingredieants used such as hydroquinone and mercury.
  • Removing excess make up,as these oily substances cannot efectively be removed through washing alone

How to use Mirabella Skincare
-Dispense desired amount onto palm,lather with water and gently massage on face and neck.Rinse well

Mirabella UV Cream
  • Protect my skin from UV light
  • Promotes a brighter healthy skin
  • No harmful ingredieants used such as hydroquinone and mercury.
  • Prevent and treat dry skin,protect sensitive skin,improve skin tone and texture
  • Active ingredients used helps to protect the skin from premature aging,giving a radiant and youthful skin
Instruction
-Apply cream evenly onto the face and neck every morning and daytme

Mirabella Beauty Cream
  • Intended to whitten and lighten skin color
  • Enhance performance of the skin nutrients
  • New,safe and effective skin-whitening and skin brightening
  • Based on natural ingredients in the skin care product formulation
  • No dangerous active chemical ingredients which can caused serious skin complications
  • Reduce hyper pigmentation
  • Skin toner corrector
  • prevent prematre signs of aging
  • Reduce age-related dark spots,skin pigmentation,freckles and other skin pigmentation disorder
  • Friming and moisture skin
How to apply
-Apply cream evenly onto the face and neck every evening

To buy Mirabella skincare please click this link http://www.hishop.my/mirabella-skincare-set?filter_name=mirabella










For Info please this link :-

‘Like’ us on Facebook: https://www.facebook.com/hishopmy 
Follow us on Twitter: http://www.twitter.com/hishop.my
Subscribe to HiShop for exclusive updates: http://www.hishop.my/subscribe

Monday, November 10, 2014

Big Apple Menjadi Kemestian bila di Tesco

Monday, November 10, 2014 21 Comments

Assalamualaikum

Siapa yang tak pernah merasa Big Apple Donut ni kan.Franchaize big apple ni pun dah kat manamana je.Memang senang nak cari.Sememangnya aku adalahsalahseorang peminat donut ni.Kalau dulu aku memang suka sesangat masuk Dunkin Donut , tapi bila kedainya sangat payah sekarang ni, so aku beralih arah ke Big Apple pulak. Eh!! Selain dari tu aku jugak suka makan dekat J Richo. Mana mana kedai ni, kalau aku nampak, mesti aku nak masuk.

Satu kemestian jug bila aku shopping di tesco seri alam, pasti sebelum balik, aku akan singgah kedai ni.Aku memang suka donut ni sebab ianya lembut dan mudah di makan.

Bila tengok donut donut di jual di kedai ni, rasa macam nak test je semua donut tu.tapi yang aku suka sangat adalah pink twister, white cashew, choclate dan banyak lagi la..
Ni antara yang aku bawak balik semalam.


Aku ambil set yang 12 pcs untuk rm25.Disebabkan ramai kat rumah tu, kenalah beli banyak sikit.Kalau takat 4 biji donut tu, rileks je aku habiskan..hehehe
Sedap dan lazat, tapi tak boleh la kan makan selalu.takut obesiti pulak

CABARAN NOVEMBER #2 BY KATHY R'BAIN : HARI 2- Gambar Insan yang Disayangi

Monday, November 10, 2014 3 Comments
                                                                    Assalamualaikum


Dah pun masuk cabaran hari kedua...Kali ni nak letak la gambar insan yang disayangi..Actually nak letak gambar insan insan yang disayangi..Kalau insan je,maknanya sorang ye yang sayang..hehehe

Oklah...Sebelum tu of courselah insan yang disayangi aku adalah Emak,ayah,adik beradik,suami,anak aku cik fiyah tu.dan mereka yang senantiasa ada bersama aku susah dan senang..tapi kalau nak masukkan semua..mau berat entry ni kan..
Masa ni ramai yang tak ready dan tak complete...tapi sebahagian dari insan yang aku sayangi.

Ok..jumpa di cabaran seterusnya ya

Sunday, November 09, 2014

Aiskrim Malaysia Sedap

Sunday, November 09, 2014 21 Comments

Assalamualaikum

Wah..inilah yang palin disukai oleh kanak kanak dan juga orang dewasa.tipulah kalau orang dewasa tak suka Aiskrim Malaysia ni.

Sekarang ni bukan senang tau nak cari orang jual aiskrim ni.Kebanyakkan kedai jual paddle pop, emmm..apa entah lagi..aku pun tak ingat.

Kebetulan semalam pergi rumah adik aku, ala...yang aku cerita adik aku sambut birthday anak dia.Bini adik aku memang jual aiskrim malaysia ni.

Ni je yang aku bawak balik..eh..bukan..ni je yang sempat aku nak masukkan dalam peti ais kat rumah tu.
Sebelum masuk, sempat lagi snap gambar.

Memang sedap kalau dpat makan dua tiga batang aiskrim ni.

Rata rata harga untuk sebatang aiskrim tu adalah 30 sen.yang pendek tu 20 sen.

Oklah..aku nak menikmati sekejap aiskrim ni.

Check Nuffnang Dah Selamat Sampai

Sunday, November 09, 2014 23 Comments

Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu.apa aktiviti korang hari ni.Mesti ramai yang ada aktiviti luar hari ni kan.Aku cuma duduk rumah hari ni, kemas rumah, melayan anak dara sorang ni.My husband kan kerja hari ni, so terpaksalah duduk rumah je hari ni.semalam sempqt jugak balik kampung.Balik pun sebab adik aku celebrate birthday anak dia.

Nih, aku saja nak cerita kat korang, check Nuffnang aku dah selamat sampai.alhamdulillah, ada juga rezeki untuk nur awfiyah.Boleh la aku belikan car seatuntuk dia, memandangkan tak lama lagi awfiyah akan dihantar ke Taska.

Walaupun tak banyak, tapi boleh la tambah tambah buat beli car seat tu nanti.

Ini merupakan kali ketiga aku cashout Nuffnang.

Still tak boleh nak blogwalking lagi...nanti aku bayar hutang korang ye..oklah.kita jumpa lagi di entry yang lain.

Friday, November 07, 2014

Blogger buat duit online

Friday, November 07, 2014 44 Comments
Assalamualaikum

Blogger juga boleh mendapatkan income pasif melalui Blog..Tak percaya??Tanyalah mereka mereka yang sudah berjaya mendapatkan income dari blog seperti blogger-blogger otai.

Segala peluang untuk menjana pendapatan melalui berblog ini terlalu banyak dan terlalu luas.Cuma ianya bergantung kepada kita untuk membuat atau tidak.Buat duit secara online ni bukan mudah seperti yang disangka..Tetapi bila kita tahu cara dan kaedahnya.ia amat mudah untuk mendapatkan hasil yang lumayan

Bagaimana membuat duit dengan Blog.Sebenarnya ada banyak cara.Antaranya ialah

Meletakkan Banner Advertising tetap seperti
salah satu hasil yang telah aku dapat dari pemasangan iklan di blog

Selain dari itu blogger juga boleh menjana pendapatan dari Program Affiliate 
Hasil dari program Affiliate 


Pendapatan dari blog tertumpu juga pada Pengiklanan seperti penyewaan tapak iklan di blog.Dari situ blogger juga boleh mendapatkan satu tapak dengan harga rm10 maksima.


Pendapatan yang sering aku dapat adalah dengan pengiklanan dengan cara review produk dan tempat atau homestay.Alhamdulillah.setakat nie,banyak juga peluang yang aku dapat dari hasil berblogging.

Kepada blogger yang mempunyai bakat menghasilkan koding atau template yang cantik,mereka memberikan servis  pengubahsuaian template blogger dan mengenakan cas yang berpatutan dari hasil yang diberikan.


Selain dari itu,program lain seperti menjoinkan diri dalam Segmen dan Giveway adalah cukup mudah untuk dibuat.Tetapi tetap bergantung kepada Tuah blog kita.
Contohnya dengan memasuki Cabaran iPhone 5s gajet impian setiap blogger anjuran Denaihati

Mudah kan menjana pendapatan melalui blog.Ramai sekarang nie blogger seperti hasrulhassan,,berjaya mendapatkan income melalui Blog




Cabaran terakhir dari Denaihati  memberikan cabaran dengan menulis entry Blogger buat duit online

Seramai 70 peserta bakal merebut hadiah berupa 5  unit Iphone 5s 16gb untuk 5 pemenang Utama tajaan

Penaja Utama
  1. http://amariman.com
Penaja Individu
  1. http://www.ombakcreatives.com
  2. http://ejamothman.com
  3. http://www.eridy.com
  4. http://www.hilalazmi.com
  5. http://www.eizil.com
  6. http://www.asamboi.my
  7. http://www.diarymama.com
  8. http://pendekarberkuda.org
  9. http://www.saji.my
  10. http://abangensem.com
  11. http://www.enveeus.com
  12. http://www.pakarniaga.com
  13. http://anarm.net
  14. http://www.daddydee.net
  15. http://www.sunshinekelly.com
  16. http://sweetkurma.com
  17. http://awn.my
  18. http://mawarmerah2008.com
  19. http://www.blogieta.com
  20. http://www.broframestone.com
  21. http://www.akmaomar.com
  22. http://khairilmazri.com
  23. http://wowberita.org/
  24. Japan Budget Trip




Follow Us @aida_yusof81