Tuesday, December 16, 2014

Beli Coklat Cadburry dan Dapat Keychain Coklat yang comel

Tuesday, December 16, 2014 41 Comments
Assalamualaikum

Selamat malam semua..Selamat merehatkan badan..Emmm...sebelum berehat,jenguk kejap blog ni..Al maklumlah,malam je dapat update blog.Waktu siang jarang ada masa..

Oklah,siang tadi,en.husband belikan coklat cadburry untuk isteri tersayang...ececeh...hehe..yelah,
Macam macam bini dok mengidam..Tapi taklah mengidam nak makan cadburry ni.Sejak dah disahkan HALAL oleh JAKIM,belum lagi pernah nak membeli coklat ni.

Entah apa angin en.husband baik hati belikan..Masa memula kawen dulu,memang rajin belikan..Dah lama ni,jarang belikan coklat la...Belikan apa yang nak di makan je.

Sebenarnya Aku memang ler minat dngan coklat ni,Tapi sejak berlaku kes yang cadburry tak halal sikit masa dahulu,terus aku lupakan untuk makan sebarang coklat..Merajuk kot...


Biasalah..snap gambar waktu malam..So ginilah kekdahnya kan


Dua keychain coklat yang aku suka..Kenapa ada dua?.Sebab en.husband beli dua la..

Bila dah lama tak makan coklat,rasa sedap pulak..Tak cukup satu,rasa nak beli banyak lagi lepas ni..


Korang nak tau pasal kes Halal atau tidak Cadburry ni,boleh rujuk JAKIM atau ke website Cadburry Malaysia di Sini.

Monday, December 15, 2014

Berapa Kali Dah ni!

Monday, December 15, 2014 29 Comments
Assalamualaikum

Masih lagi bercerita pasal pregnancy ni..Bukan mudah kan nak buat kad pink tu..Upppffhhh..Lama benau menunggu..Buat kad je dah 2 jam..Jumpa doktor, lagi..Kena pulak check semua sekali..Memang aku rasa akulah yang paling lambat balik semalam..Buat kad dari pukul 2 hingga jam 5 petang..Kebanyakkan staff nurse semua dah balik..Last jumpa doktor semalam,sempat doktor suruh buat check ECG..Nak check jantung aku ler tu..Kalau korang tengok entry aku semalam,mesti korang tau cerita.




Kalau tak ingat,korang boleh klik SINI je.Tapi bukanlah itu yang sebenarnya aku nak cerita..Tapi nak cerita dan mengomel sikit pasal amik darah semalam..Uihhh...Kena cucuk 6 kali disebabkan darah aku tak mau keluar...Sakit bukan kepalang.Dah lunyai tangan aku dibuatnya..Tangan kiri kanan dicubanya...Yang aku peliknya tu,apsal darah tak nak keluar..Nak kata aku takut tu,memang ada lah...Bila dah lama tak kena amik darah,gini lah jadinya.

Jarum yang kelima baru la darah keluar sikit..Itu untuk satu tiub je..Belum lagi tiub yang satu lagi tu.
Dan,Aku rasa ada 3 orang nurse dan sister yang dok kerjakan tangan aku..Last2 sister yang penyayang lagi berseloroh jugak yang dapat darah aku tu..Dan suntikan jarum yang keenam tu pulak yang darah aku melimpah ruah...Cukup sangat satu botol..iskk.sayang sungguh darah aku.Bila aku fikirkan balik,Mungkin darah tu taknak keluar sebab aku ni nervous sangat..Adeh..meleleh la jugak air mata ni,bila dah banyak kali kena cucuk...


Agak agak lepas ni kena ambil darah lagi tak..


Happy 8 monthsary Nur Awfiyah

Monday, December 15, 2014 9 Comments
Assalamualaikum


Alhamdulillah...Dah 8 bulan dia di dalam jagaan ku..Memberikan aku dan keluarga kasih sayang yang tak terhingga.Bersyukur kepada Allah swt meminjamkan aku untuk aku meluahkan rasa kasih sayang.Berkongsi kegembiraan bersama.Kehadirannya dalam hidup kami sangat bermakna..





Semoga menjadi anak yang solehah,membesar dengan sihat.Menjadi orang yang berguna satu hari nanti insya allah..Moga Allah permudahkan urusan mu sayang...Ummi dan babah sayang sangat kat kamu ..


Keletahnya senantiasa membuat kami tersenyum..W love you sayang!!





Sunday, December 14, 2014

Dah pun buat Kad pink

Sunday, December 14, 2014 27 Comments
Assalamualaikum

Alhamdulillah..Hari ni,dah pun selamat buat kad pink..Aku rasa korang pun tau kan apa itu kad Pink..Kad pink ni kad ibu mengandung.Walaupun ianya terlalu awal untuk aku buat kad ni,Tapi memandangkan tak nak kejadian yang tidak diingini berlaku lagi untuk kandungan kali ni.Cepat -cepat aku buat kad..At least pemeriksaan awal,dapat mengelak kejadian yang tak diingini berlaku.

Tapi menurut kata doktor tadi,bagus aku buat kad awal,Apa taknya baru buat kad,dah ada tulisan merah...Risau bukan kepalang bila dah di awal kehamilan ada pulak masalah masalah tu.

Kalau korang mengikuti perkembangan blog ni,korang akan tau empunya blog ni pernah menjalani pembedahan Jantung berlubang pada tahun 1996.Perjalanan hidup aku semasa aku kecil dulu bukan macam kanak kanak yang lain.Aktiviti sukan dan permainan tak boleh nak sertai disebabkan aku cepat penat dan kekadang pengsan.Bila setiap kali perhimpunan,aku sorang je yang boleh duduk di kerusi..Yang lain pulak,macam biasalah kan,berdiri.Allah masih menyayangi aku kerana sehingga ke hari ni,aku masih lagi bernafas..Syukran..

Hari ni pulak,bila check doktor suspect,Jantung aku tak normal,maksudnya Penyakit aku tu ada lagi..Denyutan jantung tak normal macam orang sihat la...Fuuuhhhh...Tu yang risau..Ada jugak aku tanya dengan doktor tu,Orang macam aku ni,memang tak boleh mengandung ke?Tapi doktor tu cakap,kalau takde masalah ..insya allah...semuanya berada dalam keadaan baik.Cuma aku kena selalu check up dan kenalah jaga kesihatan betul betul..

tengoklah tu..Ada je tulisan merah kan...

Bila fikirkan pasal tu,risau teramat sangat..Yelah..kandungan pertama dah gugur,Risau kandungan ni pulak..Harap tak de pape lah kan..

Doakan aku dan kandungan berada di dalam keadaan yang baik ye..



Wednesday, December 10, 2014

Khasiat Buah Delima Untuk Ibu yang mengandung

Wednesday, December 10, 2014 23 Comments
Assalamualaikum


buah delima



Mungkin ramai yang dah ketahui akan kelebihan khasiat yang ada pada buah delima ni kan..Lagi pulak untuk ibu yang mengandung..Memang terlalu banyak khasiatnya..

Ini diakui oleh mereka yang sudah membuat kajian terhadap buah delima ni.Menurut penyelidikkan,ibu ibu mengandung yang berisiko melahirkan anak pramatang sangat disarankan mengambil buah Delima ni

Bahkan Nabi Muhammad saw pun pernah bersabda

 Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)dan “Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.” (HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi).

Mari kita tengok khasiat yang terkandung dalam buah delima ni.Buah delima mengandungi Potassium yang besar jumlahnya,selain dari mineral mineral lain seperti,Fosfor ,Kalsium,zat besi,sodium dan vitamin vitamin A,B1,B2,B3 dan C.sumber sini

Khasiat buah Delima untuk ibu mengandung :-

  • MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
    • Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.
  • DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI 
    • Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.
  • MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
    • Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki sel yang rosak. Delima mengandungi 'flavonoids' dan 'polyphenols' yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.
  • MERANGSANG TENAGA BATIN
    • Jus delima kya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga dapat mencegah ketidaksuburan dan kemadulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra' dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.
  • MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
    • Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.
  • MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
    • Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima 3 bulan dapat merendahkan atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. "Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksidan yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis".
  • MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MOCROBICIDE
    • Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat meyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan sernagan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.
  • MENGELAKKAN KANSER KALENJAR PROSTAT
    • Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kalenjar prostat. Kebayakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.
  • DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
    • Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Winsconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.
  • MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
    • Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.
  • MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
    • Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.
  • MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyayuk)
    • Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer's daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.
  • MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
    • Kandungan asid askorbik ( vitamin C ) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.
  • MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
    • Delima mengandungi 'potassium' yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitamin-vitamin A, B1, B2, B3 dan C. Mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.
  • DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
    • Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
    • Menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya)
    • Menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungdi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
    • Menjadikan kulit bayi sihat, gebu dan cantik
    • Menunjuang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
  • MELINDUNGI OTAK BAYI
    • Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juda dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi 'potassium' di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam. sumber sini


Harap dapatlah nanti cari buah delima...Mungkin baik untuk kandungan nanti..Insha allah...


Tuesday, December 09, 2014

Dapat MC selama dua hari

Tuesday, December 09, 2014 19 Comments

Assalamualaikum

Alhamdulillah..harap dua hari mc dapat mengembalikan kembali kesihatan yang terganggu semenjak dua menjak ni.

Disebabkan pagi pagi lagi, aku dah rasa memang tak sihat dan selalu sangat muntah muntah, menyebabkan takdelah tenaga untuk aku ke tempat kerja.walaupun pagi lagi dah bersiap ke tempat kerja, dengan kepala pusing, baik tak payah teruskan ke tempat kerja kan.yelah risau jugak, kepala terhuying hayang nak drive.Nur awfiyah pun terpaksa aku suruh SIL aku amik.risau tak terjaga dia dalam keadaan aku macam ni.Lepas husband pi keje je, aku dah baring...tak larat nak bangun, setiap kali bangun, memang  membuak la tekak ni.

Petang baru aku pi klinik, nasib baik dapat doktor yang memahami.bagi mc kat aku selama dua hari...Alhamdulillah. ..boleh rest secukupnya..

Sunday, December 07, 2014

Curi Masa Rehat Untuk Blogwalking

Sunday, December 07, 2014 17 Comments
Assalamualaikum

Rindu rasanya nak blogwalking..Sejak di office ada masalah nak bukak blog,terus mood jatuh merundum.Yelah,bila balik kerja ,kalau sempat,ada jugak aku update entry dan blogwalking sebuah dua blog..Itupun blog yang senantiasa aku kunjungi.

Lately ni pulak nak pandang laptop dan tab pun dah rasa mual..pembawakkan sungguh la...
Tapi takpe..nanti semua dah kembali sedia kala,insha allah..aku akan sambung berblog macam dulu..


Pagi pagi dah bangun,sebab en.husband kita kerja hari ni..lepas siapkan sarapan,buatkan makanan untuk Fiyah,basuh baju,kemas rumah.Rehat sekejap lah kan..Sambil tu update blog kesayangan yang dah nampak kusam ni.



Tinggal nak sidai dan memasak je..Menu ringkas hari ni,Nasi ayam..Dah lama sangat tak buat nasi ayam ni.Masa fiyah baby kecik2 dulu,memang payah nak buat.Ni dah pandai duduk dalam walker,jadi ummi dia ada kesempatan lah nak buat untuk babah dia kan.


Insha allah,nanti dah selesai memasak dan tidurkan fiyah,aku sambung blogwalking lagi..banyak dah hutang ni..


Thanks korang yang senantiasa sudi menyinggah blog ni walaupun aku jarang nak singgah blog hang.Insha allah..nanti aku cuba curi masa di rumah untuk blogwalking..Ni pun dah curi masa untuk anak..Baru sorang,nanti dah masuk dua macam mana lah ye...hehehe

Saturday, December 06, 2014

Tersenarai dalam 50 Blogger yang berjaya dalam Giveaway Ephyra Skin Bar

Saturday, December 06, 2014 19 Comments
Assalamualaikum


Wah..panjang kan tajuk entry ni...Macam biasa..tak delah mesra SEO sangat..Blogging ke laut selepas satu peristiwa tu..Nanti aku cerita kenapa selama ni mendiamkan diri dari berblogging ya..


Alhamdulillah..syukran..Tersenarai dalam 50 Blogger yang berjaya untuk mendapatkan Ephyra skin bar untuk di Review nanti..Memang aku selama ni mencari sabun yang sesuai dengan kulit muka aku ni..Dah pelbagai produk aku cuba...tapi masalah berminyak tu masih lagi menghantui muka aku ni..Dah boleh goreng telur kat pipi ni..hahaha



Aku antara 50 blogger yang berjaya di pilih untuk review Ephyra Skin Bar ni..Apa pun aku ucap tahniah kepada 49 blogger lain yang tersenarai..

Tak sabar nak rasa keistimewaan Skin bar ni.

Kalau nak tau tentang Ephyra skin bar ni,korang boleh la usha blog kak mialiana.


Friday, December 05, 2014

Wednesday, December 03, 2014

Tuesday, December 02, 2014

Giveaway Bugslock : Review Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk

Tuesday, December 02, 2014 25 Comments

Assalamualaikum

Setelah memenangi Hadiah Bugslock atau Gelang penghalau Nyamuk ni,kini,tibalah masanya untuk aku review pulak,sejauh mana keberkesanan produk ni pada aku,


Malam adalah waktu yang sesuai untuk digunakan..
yang bestnya bau gelang penghalau nyamuk ni dah macam bau minyak urut pulak.

Ok,sebelum tu,kalau korang tak tau apa itu Bugslock,meh sini aku terangkan sedikit,

Bugslock adalah gelang penghalau nyamuk yang menghalau nyamuk dengan aroma  semula jadi 100% Citronella oil(serai wangi).Ia adalah produk yang kreatif dan berbentuk band,yang menghalang nyamuk dari menghampiri dengan memakai di atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki,Bugslock akan memancarkan aroma yang serangga tidak boleh tahan.Ia adalah kecol dalam reka bentuk dan mudah dibawa,ia boleh digunakan pada bila bila masa.

Selain itu,ia adalah produk yang selamat,yang boleh digunakan walaupun pada  bayi. Semua peringkat umur boleh menggunakannya kerana ia diperbuat daripada bahan bahan bukan toksik.Ia adalah salah satu produk anti-nyamuk yang berkesan yang utama di perkenalkan..Sebelum ni memang aku tak pernah lagi la tengok mana mana produk macam ni.Aku menggunakan bugslock ni untuk elak kena gigitan nyamuk di waktu malam.Selain itu jugak,kalau korang pergi berkhemah di dalam hutan dan melakukan aktiviti di kebun,boleh la gunakan ni.


Setelah menggunakannya ,aku sangat berpuas hati kerana tiada seekor nyamuk pun yang mendekati kami,apabila kami melakukan kegiatan di luar pada  dan waktu tidur pada malamnya..Jadi takdelah Nur awfiyah kena bintat bintat dek penangan nyamuk ni.Lagi pulak musim hujan macam ni..Memang lah nyamuk berkeliaran tak tentu masa..Langkah keselamatan supaya tidak terkena penyakit yang berkaitan dengan nyamuk ni.

Lagi pulak ia selamat digunakan oleh kami sekeluarga.Nak tahan lama,lepas guna kenalah simpan di bekas plastik yang disediakan dan tutup rapat.



Bahan-bahan 
1. 100% semula jadi penting termasuk minyak lavender, dan lain-lain (30%) 
2. lengai (70%) 
3. Berat Bersih (3g) 

Jangka penggunaan: - 
Bugslock boleh digunakan untuk terkumpul sehingga 240 jam, bukan 10 hari. Contoh jika anda menggunakannya selama 10 jam, selepas 1 bulan, ia masih mempunyai baki 230 jam. Meletakkannya kembali kepada beg asal dan memeterai selepas anda mengguna. 

Bugslock boleh digunakan semasa: 
-Aktiviti luar untuk ibu bapa dengan anak-anak 
Sukan -Outdoor seperti memancing, mendaki, dan lain-lain 
Aktiviti luar -Yang tidak melibatkan air. 

Di mana untuk memakai 
-pergelangan kaki(mencadangkan untuk bayi) 
-pergelangan tangan
-babychair 


Bagaimana untuk menggunakan 
1.Koyak bungkus Bugslock bersama-sama dengan garis putus-putus atas. 
2.Buka zip dan mengambil produk. 
3.Pakai pada buku lali atau pergelangan tangan atau mana-mana tempat. 
4.Letak kembali ke dalam pakej asal apabila anda tidak menggunakannya. (Ingat untuk memeterai zip) 
5.Letak di tempat yang kering. 




Ingat..jangan ada yang membeli Produk Tiruan..Bagaimana nak membezakan samada yang kita beli tu tiruan atau tak,boleh lihat gambar di bawah ni ye.










Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk yang ORIGINAL dari Korea
boleh dibeli secara online di :- 






Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.



Follow Us @aida_yusof81