22
Assalamualaikum


buah delima



Mungkin ramai yang dah ketahui akan kelebihan khasiat yang ada pada buah delima ni kan..Lagi pulak untuk ibu yang mengandung..Memang terlalu banyak khasiatnya..

Ini diakui oleh mereka yang sudah membuat kajian terhadap buah delima ni.Menurut penyelidikkan,ibu ibu mengandung yang berisiko melahirkan anak pramatang sangat disarankan mengambil buah Delima ni

Bahkan Nabi Muhammad saw pun pernah bersabda

 Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)dan “Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.” (HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi).

Mari kita tengok khasiat yang terkandung dalam buah delima ni.Buah delima mengandungi Potassium yang besar jumlahnya,selain dari mineral mineral lain seperti,Fosfor ,Kalsium,zat besi,sodium dan vitamin vitamin A,B1,B2,B3 dan C.sumber sini

Khasiat buah Delima untuk ibu mengandung :-

  • MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
    • Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.
  • DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI 
    • Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.
  • MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
    • Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki sel yang rosak. Delima mengandungi 'flavonoids' dan 'polyphenols' yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.
  • MERANGSANG TENAGA BATIN
    • Jus delima kya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga dapat mencegah ketidaksuburan dan kemadulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra' dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.
  • MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
    • Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.
  • MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
    • Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima 3 bulan dapat merendahkan atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. "Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksidan yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis".
  • MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MOCROBICIDE
    • Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat meyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan sernagan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.
  • MENGELAKKAN KANSER KALENJAR PROSTAT
    • Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kalenjar prostat. Kebayakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.
  • DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
    • Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Winsconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.
  • MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
    • Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.
  • MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
    • Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.
  • MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyayuk)
    • Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer's daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.
  • MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
    • Kandungan asid askorbik ( vitamin C ) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.
  • MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
    • Delima mengandungi 'potassium' yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitamin-vitamin A, B1, B2, B3 dan C. Mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.
  • DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
    • Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
    • Menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya)
    • Menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungdi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
    • Menjadikan kulit bayi sihat, gebu dan cantik
    • Menunjuang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
  • MELINDUNGI OTAK BAYI
    • Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juda dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi 'potassium' di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam. sumber sini


Harap dapatlah nanti cari buah delima...Mungkin baik untuk kandungan nanti..Insha allah...


Post a Comment

  1. tergoda tgk gambar buah delima tu...:)

    ReplyDelete
  2. Merah menyala kalernya...tp syg akak x reti mkn buah ni. ..

    ReplyDelete
  3. Asalam sis lmanya lya x bw cne, trlalu byk khasiatnya.nak bli la juga mcm ni

    ReplyDelete
  4. kita suka buah delima...yang dari egypt sedap sangat..besar dan merah..

    ReplyDelete
  5. Mas amengandung dulu suka makan buah delima ;)

    ReplyDelete
  6. selamat amalkan makan buah delima kak..moga kandungan akak sihat² nanti..Aminn

    ReplyDelete
  7. buah delima ni memang bagus kan kak? sampai sekarang pun masih lagi amalkan...ash pun ikut sama...

    ReplyDelete
  8. Wahh banyaknya khasiat buah delima..Kak Lya mmg selalu makan buah delima..

    ReplyDelete
  9. Selera tengok gambar buah delima tu... thanks sharing Aida... :)

    ReplyDelete
  10. pernah terbaca sebelum ni, delima mmg banyak khasiatnya...

    ReplyDelete
  11. banyak khasiat delima..rasa nya pun sedap..agaknya sebab tu buah ni mahal ..kan??

    ReplyDelete
  12. Banyaknye kebaikan buah delima ni.. buahnya pun cantikkann, unik :)

    ReplyDelete
  13. Agak ssh nk dptkn buah ni... Tpi mmg ternyata baik jika sllu diamalkan.

    ReplyDelete
  14. Nampak sedap..tapi saya tak lalu nak telan..heee..
    Tahniah ida..take care ye ;)

    ReplyDelete
  15. Hi...nice to meet you, I got a nice video link that you can watch with your family. https://www.youtube.com/watch?v=JEWIVjRgWl8&list=UUAXWsrlIocVZLys7J64139A

    ReplyDelete
  16. Ehhhhh akak pregnant ke????? wahhhhh tahniah akak.. happy 4 u.. akak jaga diri dan kandungan elok2 tau.. =D

    ReplyDelete
  17. banyak memang khasiatnya...warnanya memang menarik...menyala...^_^

    ReplyDelete
  18. buah delima mmg byk khasiat..mahal jugak harganya

    ReplyDelete
  19. Perkonsian yg best... Papaglamz singgah sini.. Jom terjah entri Papaglamz ni..

    http://www.papaglamz.com/2014/12/beli-6-botol-percuma-1-botol-vitamin-c.html?m=1

    ReplyDelete
  20. Anak-anak saya memang suka sangat buah delima ni :)

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top