Wednesday, January 29, 2014

Sunday, January 26, 2014

Pekena Cendol Kampung

Sunday, January 26, 2014

Assalamualaikum

Bila dekat kampung nie, macam macam benda yang aku nak makan.
Siapa suka makan cendol..?????

Yang pastinya sesiapa yang duduk ingin merasa makan cendol yang sedap, bila singgah ke kota tinggi, bolehla singgah di simpang Sungai Mas.Nak cari kedai ni bukan susah sebab ianya terletak betul betul di Jalan Besar.

Kalau korang ke Desaru, boleh la singgah ea...

Specialnya kat aini ada cendol pulut hitam, kacang, cendol special.Hargabsetiap cendol tu rm1.70 je, kecuali cendol special.Ada lagi yang specialnya iaitu laksa johor...

Setiap hari memang ramai orang kat kedai ni, Kalau yang tak bernasib baik, pergi lambat sikit, cendol sure habis...hehe..

Jom jamu selera.

Selamat BerHujung Minggu

Sunday, January 26, 2014

Assalamualaikum

Salam pagi ahad.Selamat berhujung minggu semua.Bila berhujung minggu nie, banayk aktiviti yang boleh dilakukan bersama sama keluarga kan..Masa nilah boleh menikmati bersarapan bersama, Makan tengahari bersama dan bersantai bersama keluarga..

Apa aktiviti korang hari ni.seronok kalau dapat bersantai di tepi pantai..oopssss..Harap korang jauhkan diri dari bermain laut ye.Musim musim macam nie, memang tidak sesuai untuk mandi laut.Yelah dengan cuaca yang sejuk dah macam kat genting tu...hehehe...tipu..taklah macam kat genting sangat..Tapi kalau kat kampung aku nie, pepagi memang tak sah kalau tak pakai sweater atau cardigan..yelah..sejuk dah lain macam je.Sampaikan tidur malam pun dah tak payah nak bukak kipas atau air cond..Sure dah sejuk..

Apa pun aktiviti korang hari nie, just take care urself ye...Jaga diri dan kesihatan.
Selamat berhujung minggu...

Friday, January 24, 2014

Makan Bakso Pula

Friday, January 24, 2014

Assalamualaikum

Sebenarnya entry ni patut di publish semalam.Tetapi disebabkan tenet sangat lembab, jadi entry ini tergantung.

Disebabkan keboringan kat rumah, aku ikut mak pi bank.Lepas pi bank, mak ajak pekena bakso di Tasik Bandar Penawar.
Tapi Bakso rasanya so so je...Tak seperti diharapkan.Di tambah pulak tak boleh nak makan terlalu pedas, jadi bakso tu menjadi biasa biasa je...hihi..
Disebabkan mak yang belanja makan, so..memang best...Just snap gambar makanan je, sebab empunya blog ni pun so so je keadaannya...

Blogwalking

Friday, January 24, 2014

Assalamualaikum

Rasa dah lama tak blogwalking.Sebelum tu aku nak minta maaf kat korang sebab tak menyinggah balas blog korang.

Sekarang nie aku tengah berpantang.Macam pelik pulak tulis perkataan Berpantang ni.Selalunya berpantang ni bagi ibu ibu yang dah melahirkan anak.Tapi aku berpantang  sebab kes keguguran tempohari.Kenalah ikut kata orang tua yang nak betul betul aku berpantang.Walaupun keguguran, tetap juga kena berpantang dan lebih teruk dari orang bersalin..Tak sangka pulak kan..
Bila bercuti di Kampung nie, aku up entry hanya menggunakan tab sahaja..so, untuk blogwalking seperti biasa tu mungkin tidaklah.of course lain tenet lembab dan rasa tak selesa nak Blogwalking kan.

Insyallah, lepas raya cina ni, aku dah mula bekerja..Rasanya dah fit untuk bekerja..Kalau duduk rumah pun, aku dok asyik melayan perasaan jugak..teringat pada baby aku tu...

Pada korang, jangan berkecil hati ya kalau aku tak menyinggah..insyallah, lepas sihat betul betul nie, aku akan balas semua komen korang eh..

Nak ucap thanks  kat seorang blogger yang korang sendiri kenal dengan panggilan abang Abil..si Pemilik buku Warkah untuk isteri tu.Thanks abg abil sebab singgah blog ni.Dulu mmg selalu jadi silent reader kat blog abg abil.Suka baca dia berceloteh tentang Kak Gee..

Sumber:google

Thursday, January 23, 2014

Bubur Jagung Untuk Minum Petang

Thursday, January 23, 2014

Assalamualaikum

Bila duduk dirumah ni, ada saja menu yang difikirkan..Lebih dari jagung yang tak habis di makan semalam, boleh juga di buat bubur..

Idea dari adik ipar.Bila duduk kat kampung ni, macam macam boleh buat...selalunya adik ipar aku nie yang rajin nak memasak..aku....tengok jer...hihi..

Wednesday, January 22, 2014

Entry khas to my beloved husband-happy birthday

Wednesday, January 22, 2014

Assalamualaikum

Hari ni adalah hari jadi en.husband..tak dapat nk meraikan hari jadinya..cuma ucapan dari wife yang jauh di mata dekat di hati..

Selamat hari jadi yunk, tau mesti baca entry ni..ingat nk tepek gambar gedabak dalam entry ni..Tapi ingat dah....tuari dah kena warning sebab masukkan gambar dia...hihihiii..

Selamat hari lahir...moga di panjangkan umur..di berikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki.Menjadi suami yang soleh.Moga dikurniakan lagi permata pengikat kasih sayang kita..
Hadiah terpaksa postponed sebab terpaksa berpantang di kampung.so, x dapat nk cari hadiah yang you request tempohari...

Tak tau pulak orang keguguran kena pantang macam orang lepas bersalin..
Thanks pada yang beri komen untuk entry pagi tadi...baru hari ni ada kekuatan untuk menulis entry..

Tuesday, January 14, 2014

Hampir Makan Panadol

Tuesday, January 14, 2014

Assalamualaikum

Disebabkan kelupaan petang tadi, aku hampir sahaja makan panadol.Mungkin dah terbiasa bila sakit kepala panadol selalu jadi teman.

Memang orang kata, pengambilan panadol sangat sangatlah tak bagus..aku memang ada migrain sejak belajar lagi...so panadol dengan aku memang tak boleh nak dipisahkan.
Selepas kahwin dengan en.husband, dia memang tak amalkan makan panadol ni.Selalu dibuatkan air limau suam untuk aku..Aku ni bila sakit memanglah manja sikit..hehehe..

Selalunya en.husband akan urut di satu tempat yang aku rasakan memang takde kena mengena dengan sakit kepala aku...jenuh gak dok fighting dengan dia..Tapi satu je yang aku maklum, tentang urutan, tak semestinya bila kita sakit kepala, kita perlu urut kepala..of course kena cari urat yang menyebabkan kita sakit di bahagian tertentu..
Contohnya yang selalu en.husband buat bila isteri dia ni sakit kepala adalah urut bahagian atas bahu hingga ke hujung lengan serta bahagian dada..
Bila kena di tempat tertentu yang aku rasakan sakit, baru dia akan urut di tempat tu sehingga aku lega...tapi memang betul...lepas tu akan terasa lega..cuma wife dia je yang ego..hehehe..tak percaya..

Bila berbadan dua nie of courselah dilarang sama sekali untuk mengambil panadol kan,,
Apa yang harus aku buat????
Just letak minyak kapak di sekeliling kepala dan rehatkan badan..tu jelah.
Rasanya nak merehatkan badan sikit...

Desktop Wallpaper Calendar 2014 By Azhafizah

Tuesday, January 14, 2014
Assalamualaikum

wallpaper
Desktop wallpaper dah bertukar sekarang nie...Peserta trawal yang menyertai GIVEAWAY BIRTHDAY AZHAFIZAH pasti dapat Desktop Wallpaper nie...


Bagi korang yang nakkan Desktop Wallpaper Calendar 2014 nie boleh la pakat join GA dari Fiza

Klik link sini >>  GIVEAWAY BIRTHDAY AZHAFIZAH

Specialnya Desktop Wallpaper ni of courselah dari hasil tangan Fiza sendiri..Dan di tengah2 wallpaper tu diletakkan Nama Blog peserta..Comelkan.. Seriusly aku memang suka dengan hasil tangan dari fiza..Teringin satu hari nanti nak buat vector dengan fiza...tapi belum berkesempatan lagi..

So korang,jangan Lepaskan peluang untuk menyertai GA nie ye...







Selamat menyambut Maulidur Rasul 1435H

Tuesday, January 14, 2014
Assalamualaikum

Selamat pagi korang...Alhamdulillah...Kita menyambut Maulidur Rasul Hari ini 14.01.14-1435H.Cantikkan no tu..


Pastinya ramai yang bercuti hari nie,Tapi tidak aku..Aku still bekerja hari nie..En.Husband je bercuti hari nie..
Ramai ke bloggerians yang bercuti hari nie..Apa aktiviti korang hari nie...

sumber:google

Marilah kita perbanyakkan selawat hari nie ye

“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]

 

Monday, January 13, 2014

Giveaway Birthday Azhafizah

Monday, January 13, 2014
Assalamualaikum

Salam pagi isnin semua..Pepagi nie dah semangat nak join GA dari Blogger Azhafizah..
Keterujaan bila tengok hadiah yang bakal dimenangi nanti,.,

Klik Banner nie untuk join

Haidah yang bakal diMenangi memang best...harap dapat salah satu dari hadiah-hadiah di bawah nie
TOP REFERRAL 1
Full Design Blog

TOP REFERRAL 2
Header Blog

TOP REFERRAL 3
Watermark

ENTRY KREATIF
Vector Potrait x 3 pemenang[Soft Copy only]

Bila korang join GA dari Azhafizah nie,korang juga layak menerima softcopy calendar 2014 desktop wallpaper...cantik tau...bolehlah ganti wallpaper nanti..


Jom join hari nie..Giveaway ini bermula pada 7:00 am 13 January 2014 dan akan berakhir pada 11:59 pm 7 February 2014.


Sunday, January 12, 2014

Esgesee.com:Pemborong Terbesar Fesyen Korea Di Malaysia

Sunday, January 12, 2014
Assalamualaikum

Sudah menjadi trend Di Malaysia dengan fesyen-fesyen baju wanita dari Korea Dan jepun sekarang ini.Ramai wanita yang suka bergaya dengan fesyen seperti ini.Melihat kepada fenomena KPOP sekarang ini,Mereka lebih tertarik dengan fesyen yang digayakan oleh pelakon dan penyanyi dari korea.Fesyen Negara itu menjadi sambutan masyarakat di Malaysia.

Kepada peminat Fesyen Korea,Pastinya mereka tercari-cari Penjual Pakaian Korea yang murah dan berkualiti.Rata-rata penjual mengambil inisiatif untuk menjual pakaian-pakaian dari Korea yang mendapat sambutan hangat di sini.Peniaga online juga tidak kurangnya,memilih untuk menjual fesyen pakaian tersebut.
Mereka yang menggilai fesyen korea ini,mencari peniaga-peniaga yang menjual fesyen korea harga murah kerana rata-rata peminat fesyen ini terdiri daripada remaja yang masih belajar.

Logo Esgesee.com

Esgesee.com adalah Pemborong pengeluar terbesar di Malaysia dengan harga murah dan berkualiti yang mampu untuk dimiliki oleh semua lapisan.Penggemar fesyen Korea tidak perlu ke kenanga Wholesale City,Mereka boleh terus membeli secara online melalui website Esgesee.com

Esgesee.com memberi Jaminan tiada kerosakkan,walaupun kecil pada pakaian.Mengamalkan servis yang pantas untuk pembeli-pembelinya membuktikan bahawa Esgesee.com adalah pemborong pengeluar fesyen korea yang terbaik.Sebelum menghantar pesanan kepada pelanggan pelanggannya,Esgesee.com akan memastikan pemeriksaan akan dilakukan pada setiap pakaian yang akan dihantar.
Esgee
Esgesee.com juga menyediakan dropship service kepada pelanggan pelanggannya bagi memastikan barangan yang di beli sampai ke tangan dengan masa yang tepat.
Mungkin ada wanita yang mencari baju sesuai dengan imej bertudung.Tidak perlu dirisaukan kerana Esgesee.com juga menjual baju lengan panjang sesuai di pakai dengan tudung.Wanita sememangnya suka bergaya,dengan itu Esgesee.com akan memastikan pakaian pakaian yang dijual memenuhi citarasa dan imej pengguna-penggunanya.

Anda juga tidak perlu risau lagi untuk mencari Korean Fashion wholesale kerana Esgesee.com memberikan harga yang murah,barangan yang berkualiti dan servis yang baik.

Untuk melihat fesyen fesyen terkini,anda perlulah ke website Esgesee.com untuk mendapatkan fesyen fesyen terkini dari Esgesee.com


esgesee
GREAT WORK+PERFECT SEWING!

Esgesee.com


Saturday, January 11, 2014

Hari Sabtu!!

Saturday, January 11, 2014
Assalamualaikum

Sudahpun berada di hujung minggu....Seronoknya kalau dapat bercuti hari nie..
En..husband bercuti hari nie..Nasib baik aku halfday hri nie..Boleh lah luangkan masa bersama nanti...Cadangnya hari nie nak pergi ke tesco..Nak cuci cuci mata..
Nak shopping pakaian sikit..Sejak dah tak boleh nak pakai seluar jeans nie,berpakaian juga terbatas..
Lebih kepada baju kurung.Nak pakai seluar pun tak boleh la pakai seluar jeans...Kena pakai yang loose...Kena pakai seluar seperti palazo tu...Barulah rasa selesa...

Ada yang bekerja hari nie??? Mulalah malas nak menaip entry hari nie..Ada kerja sedikit yang nak di uruskan.Hari nie Nak blogwalking sebanyak yang boleh..Lately nie tak ramai kunjungan dari sahabat blogger..Entah ek...tak tau kenapa.Sebab aku kurang buat entry kot..
Mybe,apa yang aku tau ramai blogger di Malaysia nie terdiri daripada mereka yang masih bersekolah dan belajar.Masa 2 bulan lepas blog nie memang rancak..mereka yang datang lebih dari 1k setiap hari.Tetapi masuk tahun baru,agak berkurangan sedikit..Usaha nak kena lebih kan..mengharap???? perlu ker?
bagi aku perlu untuk memastikan blog di tahap yang selesa.Nak mencapai impian aku untuk terima gaji bila duduk di rumah sahaja...mybe 3 tahun lagi kot...Sebab tu aku nak blog aku berada di keadaan selesa...Ramai yang menyinggah..ramai yang suka blog nie..Tapi blog nie hanya blog peribadi..Tak ramai yang mencari kan...

Eh...Dah melalut pepagi nie...Start nak buat kerja...lepas rehat nanti dah boleh blogwalking ye..

Thanks kat korang yang sudi menjenguk blog aku...

Friday, January 10, 2014

Juara Mimbar Pencetus Ummah-Hafiz

Friday, January 10, 2014
Assalamualaikum

Salam pagi jumaat buat rakan rakan blogger...Siapa yang tengok semalam..

Aku just dapat tengok PU rahmat yang last sekali...Nie semua angkara malam tadi nak pi cari barang dapur..huhu..Terlepas nak tengok..Masa mengeteh dekat kedai mamak,nak je suruh diorang bukak...Tpi tak mungkinlah kan diorang nak bukak Channel tu..Sudahnya cakap ngan en.husband nak balik cepat..

Ramai yang meramalkan PU rahmat menjadi Juara..Ada juga yang mengharapkan Mamu jadi pemenang...hehehe...Mamu tu panggilan aku..Nama sebenarnya PU Shahul...Tapi kitorang panggil dia mamu...hehehe...Dr kata dia ada 3 orang isteri..wahhhhh..
sumber :mstar
Tapi segalanya berpihak kepada PU Hafiz.Hafiz berjaya membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Prius C, wang tunai berjumlah RM50,000, pakej umrah untuk dua orang, pakej percutian halal ke China dan sebuah trofi.

Hafiz, 32, memilih tajuk Pendakwah: Untung Dunia, Untung Akhirat sebagai tazkirah untuk pusingan pertama, manakala tajuk Kehidupan Rasulullah Sehingga Kewafatannya bagi pusingan kedua dengan tema cinta Rasulullah.

Alhamdulillah...Moga lepas nie Ada lagi Mimbar Pencetus Ummah kedua dan seterusnya..

Thursday, January 09, 2014

Jom Naikkan Trafik Blog 2014!

Thursday, January 09, 2014
Assalamualaikum


 
Sesiapa yang nak menaikkan traffic blog untuk awal tahun ni boleh la join ni...Jom Naikkan Trafik Blog 2014 yang dianjurkan oleh Mak dara..Tak Kenal Mak dara..Boleh klik sini Siapa Mak Dara???

Selamat datang kepada korang yang menyinggah di blog aku nie..Blog ini merupakan blog personal yang menceritakan tentang suka duka kehidupan si pemilik Blog.Bukan itu sahaja.Blog ini juga adalah blog review product kecantikkan dan Kesihatan..Untuk korang yang baru terjah blog nie,Salam perkenalan dan kepada rakan blogger yang sudah lama mengenali diri ini,Terima Kasih tak terhingga diatas kunjungan kunjungan yang tidak jemu jemu untuk memberi komen dan menjadi pengkritik..ececeh..macam retis pulak..

                                               NOTA PENTING!!
Jika anda telah menyertai segmen ini anda perlulah terjah ke blog blog yang bakal mak berikan listnya nanti dengan sebanyak mungkin ye dan jangan lupa untuk tinggalkan jejak anda di blog itu.. Dan jika blog anda menerima lawatan dari yang menyertai segmen ini anda haruslah membalas lawatan mereka itu.. Dengan cara itu kita dapat membantu dalam menaikkan trafik blog sesama kita ..
Psttt.... Dari pengalaman mengadakan segmen beberapa kali tak berapa lama yang lalu, para peserta bukan sahaja mendapat menaikkan trafik blog mereka malahan ada juga mendapat follower baru dan lebih penting mendapat ramai kenalan baru.. so apa lagi moh le join ;)


Melawat Ayah!!

Thursday, January 09, 2014
Assalamualaikum

Baru berkesempatan nak cerita pasal semalam...Bukan sibuk sangat pasal kerja...Tapi sibuk pasal baca tentang kehamilan...Banyak nak kena timba nie..Kalau dulu tak pernah ambil tahu pun...hihihi...

Cerita semalam..

Pepagi lagi aku dah tengok adik update kat wassap ayah tak sihat...Ayah memang ada semput..Dari dulu lagi...Dah memang bergantung dengan Haler tu..Kalau takde,memang dia akan terbaring jerk,..
Satu sikap ayah yang aku tak suka adalah dia memang tak suka nak ke hospital..Lebih suka makan ubat-ubat farmasi dan juga ubat-ubat herba...Tu yang buatkan aku marah setiap kali kalau dia ambil ubat-ubat itu..Dulu memang selalu sangat suruh ayat buat check up kat hospital..Dia kata takde masa dan takde cuti..
orang tua memang macam tu..Bila nak hantarkan macam-macam alasan dia..

Aku pernah ceritakan kat korang pasal ayah aku nie..bacan <Sini> Pagi semalam ibu kata dia tak kerja...semput memang dah 2 bulan jugak...tapi dia bergantung pada ubat jerk...

Semalam bila dah teruk sangat semputnya ditambah dengan sakit kepala,adik bawak dia pi hospital..
Sudahnya ayah menghidap darah tinggi,kencing manis dan semput...Kesian kat ayah...masa aku call ayah tanye keadaan dia,dia memang cool walaupun tau nada suara dia sedih..As a anak,aku cukuplah terasa...Memang kalau nak diikutkan aku nak je balik masa tu jugak...Masa tu jam pukul 2 petang..

Oho...dok wassap2 ngan adik beradik lain tentang ayah,,,semuanya tau sedang bersedih..yelah disaat usianya 64 tahun,dia menghidap penyakit2 tu..Balik bila bgtau kat husband,mybe husband nampak kesedihan aku,dia ajak aku balik kampung kejap...Yelah at least bila ayah tengok anak dia balik walaupun tak semua,hilanglah sedikit kesakitannya tu kan..lepas dah bincang2 dengan en.husband,aku call kakak ipar ajak dia balik sebab abang aku keje tak dapat nak balik..Pukul 5.30 aku dah bertolak balik..hehehe...surprise kat ibu ngan ayah...Rupanya masa masuk je kat kampung aku,kereta ayah ada kat  belakang..Diorang baru balik ambil adik aku...hehehe..
Ayah tanya kenapa balik...Saja nak tengok ayah..Waktu salam ngan ayah tu,terus ayah cerita pasal sakit dia tu...nampak tak kesedihan dia,bila dapat tau dia ada penyakit lain selain semput..
Aku belikan makanan banyak untuk dia..sebab dia memang jenis pemakan orangnya.Tapi bila dia sakit,dia kata takde selera nak makan dah...nampak cengkung dan badan pun kelihatan uzur ...kalau dlu dia boleh menyanyi nyanyi ..sekarang ni dah banyak senyap jerk..Sampai kitorang balik pun dia takde hantar kat depan pintu..Sebab itulah rutin ibu ngan ayah kalau anak2nya balik..

kalaulah aku mampu untuk membiayai semua pelajaran adik2 aku,dah lama aku suruh ayah berhenti kerja..
Aku masih ada 3 orang adik  yang masih belajar..2 di IPTA dan seorang di asrama...
Harap Allah berikan dia kekuatan untuk melawan penyakitnya itu..Sentiasa di berikan kesihatan yang baik.
Walaupun dia bukanlah ayah yang mewalikan aku...tetapi dia tetap kuanggap ayah dunia akhirat..Sebak dah nie..Rasa nak balik lagi...

Wednesday, January 08, 2014

Adakah Betul Minyak Petrol Naik??

Wednesday, January 08, 2014
Assalamualaikum

Terbaca status tentang kenaikkan harga Minyak Ron 97 Dinaikkan sebanyak 5 sen..Adakah betul...
Kalau baca entry tentang kenaikkan harga minyak di blog Fuh.My , memang berita tu masih tidak pasti..
Boleh rujuk entry beliau disini >> Benarkah Harga Minyak Ron 97 Naik 5 Sen?

Aku harap apa yang dinyatakan tidaklah benar..Semua nak naik dalam satu masa,memang sangat sangat terasa... Mungkin sedikit sebanyak membebankan pengguna kan... Tapi siapalah kita untuk bersuara..

Disebabkan itu,bulan lepas aku dan en.Husband mencuba satu produk untuk penjimatan minyak kereta dan minyak motor.. Mula mula aku memang tak yakin sangat nak guna minyak nie.Tetapi bila En,husband bagitahu yang dia dah dapat jimatkan minyak dia ,so why not aku try kat kereta pulak kan..

Alhamdulillah..setakat nie dapatlah kami berjimat sedikit..Selalunya untuk seminggu aku tuang minyak dalam rm30..Tu pun tak sampai hari ahad dah kena tuang semula..Itu hanya untuk pergi dan balik kerja..Kalau kami gunakan kereta tu untuk berjalan-jalan atau pergi pasar...confirm dah kena tuang lagi...
La nie senyum je... 

Inilah Dia Save Oil 1 World
saudagar minyak
Sape pernah tengok benda nie sila angkat tangan...hehehe...

Kelebihan lain penjimat minyak nie adalah
  • Block Piston sentiasa Licin ini bagi membantu kerja naik Turun Piston Enjin Juga membantu kerja minyak Hitam
  • Valf Sentiasa bersih Dan Tertutup Dengan Rapat Angin Tidak akan Masuk di Bahagian Ini
  • Bateri akan tahan lebih lama dari jangka hayat nya

SUKATAN PENGGUNAAN: Kereta, MPV, SUV, Lori, Bas dan lain-lain. 
Penggunaan permulaan: 1 botol Save Oil 1 World  (20ml) untuk 1 tangki minyak berjumlah 50Lt petrol atau 25Lt diesel.
Penggunaan berikutnya : 1ml Save Oil : 5 Lt (RM10.00) petrol/diesel.
SUKATAN PENGGUNAAN : Motosikal dibawah 125 CC:
Penggunaan permulaan : 10 titik Save Oil 1 World /tangki penuh.
Penggunaan berikutnya : 3 - 4 titik Save Oil 1 World/tangki penuh.

kalau korang nak senang kira sukatan penggunaan ikut macam aku lah..
1liter bersamaan dengan 3 titik save oil.
kalau korang isi 15 liter >>15ltr x 3titik = 45 titik..

Setakat nie aku dan En.Husband berpuas hati menggunakannya..
Harga setakat nie adalah mampu milik..satu botol nie dijual dengan harga RM10...Tapi selalu aku beli satu kotak lebih menjimatkan..1 kotak nie ada 5 botol dengan harga RM39..Berbaloi lah rasanya..

alang-alang ada yang berminat boleh wassap aku eh.nanti aku cerita detail.... 0187719787..(ni entry yang aku tambah)..hahaha

Tuesday, January 07, 2014

Segment Bloglist MyCherita #1 2014

Tuesday, January 07, 2014
Assalamualaikum



SEGMEN BLOGLIST MyCherita #1 2014
Buat pertama kali nya Mycherita melancarkan Segment Bloglist MyCherita #1 2014.Untuk segmen ini seramai 10 orang blogger akan di pilih menghiasi bloglist MyCherita  dalam  masa 3 bulan (Januari-Febuari-Mac 2014).

Oleh yang demikian berikut adalah syarat-syarat penyertaan :

1. Follow blog  MyCherita ( wajib )

2. Add G+  MyCherita ( wajib )

3. Like Facebook Fanpage MyCherita ( Wajib )

4. Buat satu post entri dan beri tajuk segmen "SEGMEN BLOGLIST MyCherita #1 2014 ".

5 . Follow Twitter MyCherita ( jika ada )



Mudah kan..???

 Mari sama-sama join segmen ini agar traffic backlink kita akan berterusan mengalir bagi memantapkan kan lagi saham blog kita semua.. ;-)


Sila klik banner diatas untuk menyertai

Segmen bermula 06 Januari 2014 Sehingga 15 Januari 2014

Diharap segmen ini mendapat sambutan dari rakan-rakan semua.

Terima kasih.

Terima Bookmark Calendar Dari Dua Blogger

Tuesday, January 07, 2014
Assalamualaikum

Baru sempat nak up entry...Padahal dah 2-3 hari jugaklah dapat.. Tak sempat nak snap gambar.. Ni pun pakai camera tab..Tak berapa nak cantik sangat..Atau aku tak pandai nak snap gambar..hehehe

Apa pun terima kasih kat dua blogger nie yang memberikan aku Bookmark calender,Name Card Blogger,Keychain dan Calender Poket..

Memang selalu dapat dari dua blogger nie.Rasa bertuah pulak,,

Dari Blogger Hazwan Hairy >>> www.hazwanhairy.com
Thanks tau bagi akak nie..Walaupun akak tak selalu nak menjengah ke blog dia,Ni disebabkan company/computer aku bermasalah untuk masuk link blog beliau...Tapi kalau berkesempatan di rumah,aku terjah jugak..hihihi

Ni pulak dari blogger shida >>> www.duniashida.com
Aku pun rajin dapat hadiah dari Shida nie..Eh..berkenan sangat dengan doodle kat namecard tu..
Calendar pocket tu pun cantik tau.. Biasalah warna kegemaran shida adalah biru...hehehe...Ye kot

Yeay...Dah penuh satu kotak barang-barang yang dihadiahkan blogger kepada aku..Insyallah..akan aku simpan... Tu..tu.... yang dalam kotak Hishop tu..Penuh satu kotak tu key chain dan kad blogger...


Thanks korang...Eh...sape nak bagi lagi...boleh bagi...aku terima dengan hati yang terbuka...wakaka..

Monday, January 06, 2014

Ranking Alexa Kisahsidairy Menurun

Monday, January 06, 2014
Assalamualaikum

Dah lama sebenarnya tak check Ranking Alexa untuk blog nie..Sejak dua bulan lepas aktiviti berblogging berkurangan sebab kemalasan nak update entry dan juga blogwalking...
Bila dah tak rajin nak blogwalking dan update entry,kuranglah pengunjung yang datang kan..

Hari nie saja nak semak balik berapa agaknya penurunan blog nie dari bulan november lepas

Klik link atas nie ..Entry terdahulu yang mencatatkan ranking Alexa di malaysian adalah 665 yang bagi aku dah cukup membanggakan...

Tapi hari ini,dah cukup menyedihkan...Untuk memulihkan ranking nie,kena lah ambil masa dan peluang untuk mengubahnya...
alexa
betapa banyak penurunnya tu...


harap lepas ini akan lebih baik.. Kalau kroang nak tau mengenai alexa..Boleh baca di entry Bubblynotes..
Nampak sangat pemalas...hahahaha... kejar masa nak buat kerja nie...



Hujan

Monday, January 06, 2014
Assalamualaikum

Kisah Hujan pagi nie... Keluar dari rumah tepat pukul 7.05 minit..Tiba tempat yang memang setiap hari jammed,hari nie makin bertambah jammed..Biasalah kalau jammed yang teruk,confirmlah sebab hujan..
Ye...Hujan...Dari malam tadi Hujan sehingga ke pagi ni,masih tidak berhenti.. Macam manalah ye tempat yang selalu kena banjir... Sekarang nie banjir tak.. Harap banjir nie ,banjir yang last lah untuk mereka..Kesian mereka kan.. 

Selalunya bila hujan tak berhenti,walaupun taklah selebat mana,air sungai pun akab naik... Air di longkang dan parit jugak akan naik.. Bagi mengelakkan berlakunya banjir kilat,Longkang dan parit nie tak boleh la tersumbat..Kadang kadang sebab itulah berlakunya banjir kilat kan.. wallahualam..

sumber google

Harap hujan berhenti lah nanti... Bila dah meredah jammed tadi,kaki pun dah rasa sakit sebab asik tekan brek dan clutch(haha...tak tau betul ke tak ayat aku nie)..Rasa dah macam nak tegang je dekat betis nie..Cepat cepat sapu minyak gamat...Takut kena simpul biawak..adoyai...sakit tu.

klah...dah boleh start sambung kerja... Dah settle boleh la blogwalking. Kerja yang wajib dilakukan adalah membuat report...




Sunday, January 05, 2014

Laksa penang menu hari minggu

Sunday, January 05, 2014

Assalamualaikum

Mablesss..hihi... dari minggu lepas macam teringin nak makan laksa penang..Aku bernasib baik sebab kalau nak makan apa apa kakak ipar sedia buatkan..
Sediakanlah sahaja bahannya..confirm dia buatkan.Disebabkan hari ni hari miggu bagi kami kami yang tertentu ni, maka planning lah aku dengan kakak ipar buat Laksa Penang.

En.husband hari ni kerja..so xde apa nak buat...lepak rumah abang aku..kalau nak tau rumah kami satu taman je.Jalan kaki je nak gi rumah dia..
Taklah bosan..

Apa menu korang hari ni.

Saturday, January 04, 2014

Bila Majlis Kahwin Bertukar Hari

Saturday, January 04, 2014
Assalamualaikum

Walaupun baru sahaja memulakan tahun baru 2014,ramai pasangan pengantin yang berkahwin.
Mungkin bagi mengelakkan keadaan banjir dan hujan tidak menentu pada bulan disember.

Selalunya di Johor,kebanyakkannya majlis perkahwinan diadakan pada hari Ahad..Tetapi pada tahun ini,Mereka membuat majlis pada hari sabtu pula..

Oleh kerana aku bekerja di hari sabtu,itupun nasib baik halfday.Dapatlah juga  menghadirkan diri ke majlis tu..Skemanya ayat aku nie kan...hehehe...macam buat karangan pulak.Selalunya kalau majlis hari sabtu,aku jarang nak attend...Tapi kalau berdekatan dengan rumah boleh la lagi...melainkan saudara mara terdekat..haruslah ambil cuti kan..Tapi kalau ada saudara mara atau jiran yang buat majlis jauh di lokasi tempat aku duduk,contohnya di Muar atau di batu pahat,Pukul berapa pulak nak pergi majlis tu..Yelah bukannya dekat kan..
eh...cantik kan purple nie...hehehe...sumber aku ambil dari google..patutlah cik akak suka purple kan...hehehe...jangan marah cik akak ea...

Entry dua tiga hari nie,memang entry tak puas hati sebenarnya..hahah.sebab tulah asyik cerita pasal cuti jerk.Tunggulah kalau dah dapat sesuaikan diri dengan hari cuti nie,barulah hilang entry tak puas hati nie..ye kan,...

So,hari nie tepat jam 12 dah nak terpacak dekat punch card...En.husband hantar hari nie sebab dia tengok wife dia tak berupaya nak bawak kereta...baru aku tau macam mana perasaan orang mengandung..hehehe...
En.husband dah excited nak sruh wife dia pakai baju ngandung walaupun perut tak berapa nak nampak lagi..hahaha...kelakar sungguh...


Friday, January 03, 2014

Hari nie Tidak Bekerja??

Friday, January 03, 2014
Assalamualaikum

Salam Jumaat semua...Rasa janggal pulak hari nie En.Husband tak bekerja...Selalunya dok iron kan baju dia, la nie,iron baju sendiri je...(hehehe...tu pun kalau rajin) ..

Nak biasakan diri dengan situasi sekarang nie,agak susah sikit la... Susahnya bila nak balik ke kampung...tak taulah macam mana... Aku dah confirm sabtu bekerja setengah hari.. Macam mana nak balik kampung kalau dah setengah hari je... Ahad En.Husband dah mula bekerja.. Entahlah...Kecewa tu memang kecewa,tapi nak buat macam mana kan...Kita nie takde hak nak bersuara.. Ikutkan jelah..Company nie pun bukan nk ikut  goverment... Alasan nak ikut singapore punya cuti... Yelah diorang confirm la anak beranak kerja swasta...apa nak kesah sangat kan..

Kalau masih single mingle takpelah jugak... Bagi yang dah kahwin dan berkeluarga...macam mana lah pulak...emmm....susah la nak cakap...

Layankan aje lah.. Hidup mesti diteruskan jugak walaupun payah.. 

Oklah korang...yang bekerja selamat bekerja...yang tidak bekerja hari nie,Jangan lupa menunaikan solat jumaat ye... 


Thursday, January 02, 2014

Dapat Hadiah Dari Blog Coklateyes

Thursday, January 02, 2014
Assalamualaikum

Barang nie dah selamat sampai 2 hari lepas...Tapi baru hari ni baru up entry..Bukan apa..Kemalasan untuk upload gambar dari tab ke computer nie..

Sebenarnya tuari Blog Coklateyes ada buat contest untuk mendapatkan satu minuman kesihatan yang dah terkenal sekarang nie.

Tak sangka pulak boleh terpilih...Many thanks to Blog coklateyes sebab pilih blog ni ye...hehehe
Inilah dia...dua paket Clinicell Oral Skincare
korang boleh baca maklumat lanjut tentang product Clinicell nie dari blog Coklateyes ni


sumber :sini
Sedikit info yang aku copy paste dari entry blog beliau tentang khasiat yang ada pada Clinicell Oral Skincare nie

1. mencegah penyakit kanser & penyakit yang berhubung kait dengan sel seperti strok & parkinson
2. melembap & memutihkan kulit
3. anti oksida & anti penuaan
4. mengurangkan kedutan & garis-garis halus
5. menggalakkan pertumbuhan semula kolagen
6. membantu keluarkan toksin dari badan
7. mengurangkan masalah sendi otot


Boleh tahan banyak jugak tu... paling aku berminat tu untuk penyakit kanser & penyakit yang berkaitan dengan sel. Bukan senang nak dapat penawar untuk penyakit tu kan? Ini sebabnya CLINICELL menggunakan bahan-bahan semulajadi yang berkualiti tinggi seperti AstaREAL P2AF Astaxanthin yang mana ciri kehebatannya seperti di bawah ni : 

- 6000 kali lebih kuat dari Vitamin C
- 800 kali lebih kuat dari CoQ10
- 550 kali lebih kuat dari Vitamin E
- 75 kali lebih kuat dari Alpha Lipoic Acid
- 40 kali lebih kuat dari Beta Cerotene


wau....banyak kan khasiatnya....Tapi aku tak dpat nak merasmikan product yang aku dapat nie.. yelah faham-faham lah kan...Takut juga nak makan apa-apa.risau effect kat baby pulak...

Alhamdulillah..Dah selamat sampai pada rakan blogger aku..Cik Telinga Bulat kita tu..
Bak dia yang rasa...sedap ke tak...dari aku nak simpan banyak2 pun tak boleh jugak kan...

By the way thanks to blogger Inannie sebab pos kat saya...

Jangan....Monyet!!!

Thursday, January 02, 2014
Assalamualaikum

Masih ingat kah korang tentang satu animasi pendek yang selalu disiarkan di tv sekitar tahun 80an dulu.
pastinya korang merindui cerita cerita macam tu kan....

Entah kenapa tetiba aku rasa rindu pulak nak tengok cerita-cerita tu...
Cerita pendek yang penuh dengan pengajaran... kalau di era sekarang nie,Upin Ipin menjadi perhatian kanak-kanak sekarang nie..
Tapi kanak-kanak disekitar tahun 80an,cerita-cerita pendek macam nilah yang sentiasa kami nantikan..

jom layan kejap

Aku rasa cerita cerita nie patut disiarkan kembali untuk anak-anak kita sekarang nie...Mungkin ia boleh membuka sedikit minda mereka tentang pengajaran dari cerita-cerita pendek nie kan...sape tahu?


Pendarahan ringan atau pendarahan faraj Semasa Hamil

Thursday, January 02, 2014
Assalamualaikum

Kejadian malam tadi memang menakutkan aku... Sape yang tak risau bila tetiba pendarahan berlaku,,
Kalau boleh malam tu jugak nak pi klinik..Tapi positifkan diri supaya tidak terlalu panik.

Risau juga bila terdengar cerita tentang keguguran di trimester pertama.Yelah...bukan masa yang sedikit untuk aku tunggu berita yang menggembirakan ini.. Masa Disahkan hamil 6 minggu,Allah je yang tau perasaan aku dan en.Husband,..Sudah lebih 2 tahun kitorang tunggu,tapi belum juga rezeki berpihak pada kami..
Tapi bila dah dapat berita macam tu,Siapa yang tak gembira kan.. Sebab tu bila berlaku perkara perkara macam tu membuatkan hati nie tak senang...
Pepagi datang office cari info pasal nie...Dan aku rasa sedikit lega.
Nie aku share jugak info yang aku dah baca

Apa itu pendarahan ringan dan adakah ia normal?

Spotting ialah pendarahan ringan dari faraj. Ia serupa dengan haid, tetapi ringan sedikit. Warna darahnya pula berbeza, dari merah hingga ke coklat. 

Adalah normal bagi anda merasa bimbang jika ternampak ada pendarahan berlaku. Sebenarnya, pendarahan yang berlaku dalam minggu-minggu awal kehamilan biasa berlaku. Satu perempat daripada wanita hamil mengalami pendarahan dalam trimester pertama.

Anda lebih berkemungkinan untuk mengalami pendarahan ringan jika anda telah menjalani IVF atau rawatan lain yang serupa untuk membantu anda hamil. Ini mungkin disebabkan oleh cara bagaimana bayi anda disenyawakan. Dua embrio mungkin diletakkan ke dalam uterus (rahim) dan kedua-duanya mungkin lekat, tetapi salah satu daripadanya tidak kekal. Ini dipanggil kembar yang hilang, dan ia boleh menyebabkan pendarahan.

Dalam kebanyakan kehamilan, pendarahan ringan tidak mendatangkan masalah dan dianggap sebagai "salah satu perkara biasa sahaja". Walau bagaimanapun, ia juga boleh menjadi tanda bagi keadaan yang lebih serius seperti keguguran. Sebab itulah lebih baik bagi anda mengambil serius terhadap sebarang pendarahan semasa kehamilan dan mendapatkan pemeriksaan doktor. 


Sumber :sini

Tak sabar nak tunggu appointment dengan doktor pertengahan bulan nie...harap harap baby dalam keadaan yang sihat.Insyallah..Doakan ye...

Wednesday, January 01, 2014

Handphone GiveAway by Syuhada1981.com

Wednesday, January 01, 2014
Assalamualaikum

Klik banner nie kalau korang nak join ye..

Keterujaan untuk menjoinkan diri dalam GA by Syuhada nie...Sebab suka tengok handphone comel tu..
Hope boleh dapat buat collection...Santek!!!

Syarat-syaratnya mudah jerk

1. Buat satu entri yang bertajuk Handphone Giveaway by Syuhada1981.com

2. Copy banner diatas dan linkkan semula ke entri ini.

3. Like Fanpage Syuhada1981.com (boleh klik di sidebar)

4. Follow Blog Syuhada1981.com (boleh klik di sidebar)

5. Follow Google SyuhadaBaharudin (boleh klik di sidebar)

6. Follow Twitter @JustSyuhada (jika ada)

So let's Join...

Daftar Gennie SSP

Wednesday, January 01, 2014
Assalamualaikum

Pernah tak korang dengar tentang  Geniee SSP??

Meh aku share sikit dengan korang..

Dibangunkan oleh Geniee, Geniee SSP adalah platform yang direka untuk penerbit web untuk memaksimumkan pendapatan mereka. 
Ia membolehkan pengguna untuk menyampaikan iklan untuk mendapat hasil yang maksimum daripada iklan tulen, Platform Permintaan, Real Time Bidaan melalui Ad Exchange, rangkaian iklan, dan iklan affiliate.

 Geniee SSP Deliverables
Perkongsian Geniee dengan rangkaian iklan domestik dan antarabangsa menyediakan pelbagai inventori iklan untuk menyampaikan kepada syarikat-syarikat media.
Aliran Pelaksanaan
Selepas proses kajian semula itu selesai, kami akan menyediakan tag yang boleh dilaksanakan pada laman web untuk mula menghantar iklan.
contoh keuntungan yang diperolehi hasil dari mendaftar sebagai affiliate..

Kalau korang perhatikan diatas header nie,ada satu iklan yang dikeluarkan oleh Geniee SSP.

Untuk korang yang ingin menyertai affiliate ini boleh la mendaftar di sini


Pastikan pendaftaran korang diisi dengan memasukkan kod ini untuk mengaktifkannya.Kod itu adalah : 1427

isikan maklumat korang disini beserta kod di kotak merah itu

Setelah itu korang akan mendapat emel dari publisher untuk mengaktifkan dan diberi kod untuk Banner dan diletakkan di dalam blog korang..

Korang juga boleh inform pada publisher yang korang tidak menerima pengiklanan tentang Arak dan rokok.sama seperti nuffnang.

Jom Jana pendapatan Melalui Geniee SSP...