02/01/2014 - 03/01/2014 - Kisahsidairy.com

Kisahsidairy.com

Kisahsidairy.com | Parenting | Lifestyle | Beauty | Travel | Review

Hot

Post Top Ad

Thursday, February 27, 2014

Parking Kereta Tidak Selamat

Thursday, February 27, 2014 29
Assalamualaikum

Bila hari nie masuk kerja,macam macam cerita yang aku dengar..Tu baru sehari..Tapi kes nie kes yang aku rasa paling besar.Bila kena dekat korang pun,mesti korang menggelabah gila..
Apa korang akan buat bila Kereta korang yang elok parking tiba-tiba hilang,..mau terkejut beruk korang kan..

Itulah yang berlaku pada Staff di Company aku ni,semalam satu lagi kes yang berlaku kat company aku ni,kereta hilang lagi..Masuk nie rasa dah 3 atau 4 biji kereta yang dah hilang sejak company nie ditubuhkan..Ada juga motor yang hilang..

Yang peliknya company nie takde buat action ape2 pun pasal kes kehilangan tu.By the way,company aku nie hired foreigner untuk jadi pak guard..Pak guard pun asyik duduk je dalam reban dia tu..Apa pun tak boleh

sumber : google
Bila dah jadi kes seperti ini,of courselah nak kerja pun tak senang hati.Risau kan kereta punya pasal kan..
Terpaksalah ambil inisiatif sendiri untuk check sendiri keadaan kereta yang di parking kat luar tu..

Sakit hati bila guard tu dah nampak ada orang yang datang berhampiran kereta tu,tapi sibuk nak cari owner kereta punya pasal,last last buat buat lupa nak inform dengan management.Tak boleh pakai betul guard tu..

Dah buat report polis semalam,tapi macam xde benda yang diorang buat..Siasat atau ronda-ronda di sekitar nie pun takde..bab tu aku no komen la.Kang nanti dikatakan kerja diorang ,taulah diorang buat,walaupun rasa tak puas hati je..Dahlah ..tutup cerita pasal polis tu..

Company  aku ni lagi la sengal ubi,buat dono je bila kes macam nie terjadi,Tak pulak kena pada kereta management,nak tengok sejauh mana diorang akan buat pemantaun kes ini.

Lebih berhati hati sekarang nie,kereta tu dicuri di tempat parking kereta yang selalu aku Park..Staff yang kehilangan kereta tu,selalunya bawak motor je,entah kenapa tiba-tiba semalam bawak kereta pulak..Parking tempat aku selalu parking,sebab semalam aku tak datang kerja..kalau semalam aku datang kerja,..Tak dapat bayangkan macam mana kereta aku..huhu..





Read More

Wednesday, February 26, 2014

Tahniah kepada blogger Akupenghibur.com

Wednesday, February 26, 2014 24

Assalamualaikum
Msmw_2014 telah pun berakhir.seorang dari pemenang itu adalah rakan blogger yang sentiasa menyinggah di blog aku ni.Seorang anak muda yang aku kagumi dalam setiap entry yang dia tulis berkisarkan pengalaman hidup nya . kebanyakkan entry entry yang diterbitkan banyak berunsurkan nasihat serta panduan hidup kepada remaja kini.

Blogger yang dikenali sebagai acik adalah empunya blog akupenghibur.com
Acik telah memenangi Best Lifestyle Blog dalam MSMW_2014 kali ini.

Tahniah kepada Acik, moga kemenangan ini menjadi kunci kepada usaha acik untuk terus berjaya di masa akan datang.Menjadi contoh kepada anak muda yang lain Insyallah.

Tak lupa juga kepada blogger Denaihati,dan blogger blogger yang telah berjaya dalam event ni..
Majulah blogger untuk Negara...

Sumber :fb acik


Read More

Bila Demam Dah Melanda

Wednesday, February 26, 2014 17

Assalamualaikum

Blog tak berupdate.Ni semua gara gara  Demam yangmelanda en.husband dari petang semalam.Bila demam tak juga kebah, jalan penyelesaian adalah pergi ke klinik.Bila dah dapat ubat dari doktor dan rehat satu hari, barulah nampak ada perubahan sikit.

Niat hati nak pergi kerja hari ni, tapi bila fikirkan en.husband yang demam tu, tak sampai hati pulak nak tinggalkan dia sendirian kat rumah.


Harap demam en.husband akan sihat seperti biasa..



Read More

Tuesday, February 25, 2014

LC Derma Skincare Workshop

Tuesday, February 25, 2014 28
Assalamualaikum

Dapat jemputan untuk menghadiri Skincare workshop pada 7 march ni..Tapi sayangnya tak dapat nak pergi walaupun rasa nak sangat pergi.Yelah,kalau aku duduk di KL,anywhere and anytime aku boleh attend workshop or event untuk blogger.

Ada ke yang dapat jemputan ke LC Derma Skincare Workshop ni?
 

Workshop nie bagi memperkenalkan product tempatan iaitu LC Derma Skincare ni.Yang bestnya kandungan yang terkandung dalam product nie adalah bahan dari sumber asli tanpa lemak binatang.
yang bestnya Refreshments & luncheon will be provided.best gitu..hehehe..

Seriously,aku tak pernah attend mana-mana event blogger setakat ni..kenapalah diorang nie tak buat kat JB..hadooiii..Event nie juga dianjurkan oleh Hishop..Mybe diorang invite aku sebab aku salah seorang ambassador untuk Hishop nie..kalau korang perasan aku selalu buat review product dari Hishop.
Event Details:

Date: 7 March 2014 (Friday)
Time: 11am - 1.30pm
Venue:
w xyz℠ bar, Aloft Hotel KL,
No 5, Jalan Stesen Sentral,
Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur.
kalau ada antara korang yang pergi,jangan lupa update kat entry occay..bestnya kalau dapat join..bab bab beauty cosmetic ni mmg aku suka ..hihihih...
Read More

Nenek kembali Ke Rahmatullah

Tuesday, February 25, 2014 28
Assalamualaikum

"Setiap yang Hidup Pasti akan Mati"

Setelah lama terlantar di wad,Akhirnya Tiah Bt Besah menghembuskan nafas terakhir semalam.
Walaupun aku tidak dapat hadir di pengebumiannya semalam,Moga segala urusan berjalan dengan lancar.
Semoga nenek aman disemadikan..Diampunkan segala dosa dan dipermudahkan urusan di sana nanti.
sumber : google
Cukup menghibakan bila melihat dia di ward tempohari..Alhamdulillah..sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir,banyak masa yang aku luangkan untuk dia sejak sejak dia sakit.Jadi tidaklah terkilan sangat pemergiannya..Dari arwah sakit menahan segalanya bila badan dah penuh dengan cucukan jarum..Korang faham-faham lah kan bila dah kat hospital.

Sebenarnya nenek dah berumur 82 tahun.Sakit orang tua.Alhamdulillah semalam dah selesai pengebumiannya selepas asar..Tapi sayangnya Ayah tak sempat nak tengok nenek buat kali terakhir,disebabkan ketika itu ayah bekerja..Arwah di semadikan di kampungnya di Segamat.

Moga Allah mencucuri rahmat keatas beliau.Ditempatkan dikalangan orang yang solehah.Walaupun aku tak berapa rapat dengan arwah nenek,tetapi pemergiannya di rasai..pelik ke perkataan tak berapa rapat tu...hehehe..bukan bergaduh ye..Tapi ayah aku yang sekarang nie adalah ayah tiri,Ibu berkahwin dengan ayah masa kami dah besar-besar..So perhubungan aku dengan nenek jauh sedikit la.

ok,,,till meet again for the next entry...


Read More

Monday, February 24, 2014

Ranking Alexa KisahSiDairy.com

Monday, February 24, 2014 29
Assalamualaikum

Lama beno rasanya tak update pasal Ranking Alexa nie..Walaupun pagerank masih di tahap satu,tapi alhamdulillah,Ranking Alexa kembali pulih...

Ada dekat berbulan-bulan jugaklah tak update pasal Alexa ni..Sejak blog terbengkalai dua bulan lalu,ranking alexa semakin menurun..Untuk memulihkannya balik,kenalah usaha lebih sikit

alexa

Alhamdulillah,semakin membaik..harap lepas nie boleh berusaha lebih sikit...dan maintain Traffic ..



Read More

BR1M : Sudah Kah Di Gunakan

Monday, February 24, 2014 31
Assalamualaikum

Morning Semua..Semangat sikit pepagi isnin ni.Moga takdelah Blues Monday sangat kan..

Oh ya..Mesti kroang dah dapat duit BR1M tu kan...Ada ke yang tak dapat..Emmm..kena check la kenapa korang tak layak dapat kan?
Siapa yang tahun lepas dapat,sure tahun nie dapat lebih kan..Baru tahun nie aku dapat.Yelah..pendapatan isi rumah melebihi 3k tak layak dapat..baru tahun nie la kerajaan longgarkan sedikit kelayakkan untuk dapat BR1M nie .

Apa korang buat dengan duit tu...Yelah takat rm650 bagi orang orang biasa nie,sekejap je boleh habis..Tapi kalau yang fakir miskin,aku pasti mereka mesti suka dan bersyukur.Mungkin diorang boleh menjadi orang yang cermat dari kita..Tapi orang dah nak bagikan..ambil je lah..hehehe

Korang nak tau apa yang kami buat bila dapat duit tu..Alhamdulillah syukur,Di saat kami dalam kesesakkan duit,Allah bagi pertolongan kat kami..Kalau tak mana nak cekau duit tengah-tengah bulan nie.

Duit tu kami gunakan untuk membayar kerosakkan kereta kami..Kereta rosak?? Aku ada cerita kat korang masa hari sabtu tu ari..Korang boleh baca kat sini.http://www.kisahsidairy.com/2014/02/apa-yang-terjadi.html

Tapi yang sedihnya kerosakkan kereta itu disebabkan kelalaian kami..Rupanya bateri kereta dah habis..Disebabkan Kami menggunakan jenis bateri kering,bila dah bateri tu tamat tempohnya,Jadilah kejadian seperti itu..Sebelum dapat tau Kerosakkan kereta tu dari bengkel,kami memang tak boleh nak tido nyenyak..Dok fikir-fikir takutkan kena turun enjin,mau beribu jugak..

Tapi alhamdulillah,Allah bagi peringatan kat kami..Insyallah lepas nie nak kena reminder bila tamat tarikh bateri tu..En. husband,tolong berjaga-jaga ye...hehehhe...


Dah tak boleh nak cerita panjang..Ngantuk sesangat pepagi nie,sabtu kepenatan berjalan ke pesta layang-layang.Ahad pula,sibuk mengemas rumah..
Read More

Saturday, February 22, 2014

Apa yang Terjadi

Saturday, February 22, 2014 21
Assalamualaikum

Dalam Entry terawal tadi aku ada sebutkan ada berlaku semalam kan??
Dah terjah belum entry aku pagi tadi..Kalau terlepas korang boleh baca lagi..Ni semua pasal kembar..
Meh sini aku nak share ngan korang apa yang berlaku kat aku semalam...Bukan cerita pasal gaduh laki bini..hehehe..

Cerita nie mungkin sebab Allah nak menduga umatnya supaya bersabar dalam segala hal.
Rasa belum lagi habis satu masalah,masalah lain yang timbul.Tapi aku menghadapinya dengan penuh keredhaan walau dalam hati nie ada juga yang menyimpang ke lain...isk..isk..isk..

Ini juga berkaitan dengan penggunaan harian aku bersamanya..Tak sangka semalam dia merajuk..isk..iskk...Kenapalah kau merajuk ek..Rasa baru 2 bulan lepas aku belanja kau sampai rm700.bulan lepas Rm200,dan bulan nie,aku tak tau berapa pulak ko nak ketuk aku...
Kalau duit aku banyak,dah lama aku tukar lain...Tapi fikirkan kau banyak berjasa pada aku dan aku sayang sangat kat kau,jadi aku terpaksa jugaklah manjakan kau sekali lagi..

Korang tau apa yang aku maksudkan tu..
v
v
v
v
v
v
v
v
sumber :google


Ni hah!!!...saja je nak pau tuan dia...Lepas aku balik menziarah nenek aku di Hospital,aku singgah di Station minyak berhampiran dengan rumah.Lepas tu dengan penuh confident,En,husband masuk kereta semula dan start enjin...Tetiba bunyi meletop yang kuat sangat..Terkejut kami bila tau bunyi meletup tu datangnya dari kereta kami...Terkejut sakan kami,sehinggakan orang lain pun perasan.yelah!! dah bunyinya kuat..mamat sebelah kereta kami nie,siap tengok tayar kereta dia lagi..Ingatkan kereta dia meletup..

Rupanya kereta kami..Ni mungkin sebab licking yang banyak di biarkan sehingga minyak hitam kami habis..Aku pun tak pandai nak bercerita sangat bab kereta..Sebab aku tau bawak je..En.husband pun dah dekat sebulan tak check minyak hitam dan air kat kereta tu..

Memang dah sedar licking kat enjin dari bulan lepas,dah memang niat nak tukar baru,tapi disebabkan masatu raya cina,dan peniaga selalunya time nie nak cekik darah orang,.Sotak jadilah nak tukar...Hinggalah dah jadi macam nie..ada yang cakap head kereta kami dah meletop..entahla.tak pandai nak bagitau kat korang..Cuma orang lelaki taulah apa dia yang problemnya..yang aku dengar pasal gasket/piston/head...
Entah tak tau mana satu.Akhirnya kereta kami tersadai sahaja di Caltex.Mujur abang ipar balik,so dialah yang ambil kami.nak hantar kereta ke bengkel dah malam sangat..Lebih kurang pukul 10 lebih jugak la.

Pagi nie aku mintak abang aku yang hantarkan kerja..Ikut hati nak cuti je.tapi fikir nak cuti lagi nanti bulan 3,Terpaksalah juga kerja..
Tak taulah berapa pulak yangkena tu nanti..kalau dah kena turun enjin bagai,agak agak korang la..berapa la tu ye...Tu yang aku fikirkan semalam sampai susah nak tidur..

harap dipermudahkan segalanya...Nasib baik ada simpanan skit..tapi tak taulah cukup ke tidak kan..kalau kena ribu riban...huhu..risau risau..



Read More

BR1M Dah Masuk Account

Saturday, February 22, 2014 12
Assalamualaikum


brim
sumber :google

Ni bukan sambungan cerita tadi yang aku nak share kat korang...Ni pasal lain ok...Korang dah check ke account korang..

Aku pasti pembayaran BR1M nie di bayar secara berperingkat..Semalam mungkin mereka masukkan kepada yang bujang.Dan hari ini dimasukkan pula untuk orang yang dah berkahwin.Sebab semalam aku dah checkkan MIL aku,dah masuk.Tapi En.husband aku belum..Dan kebanyakkan yang aku tanya mereka yang dah berkahwin,mereka belum terima apa-apa lagi..Tapi yang bujang dah terima.
Hari ni bila check account,dah pun selamat terima..Terima kasih PM..At least boleh la tampung sedikit sebanyak masalah yang aku alami semalam..nanti aku cerita kat next entry ok.



Dah check ke account korang tu ,kurang ke lebih ke...kalau lebih kasi kat aku ea...kalau kurang korang mintak dekat diorang la..hehehee...Korang boleh tengok carta kat bawah nie...
Br1m
sumber:google

Kalau korang tak dapat bantuan nie,korang boleh la call no yang tertera dalam gambar atas nie..

Jom tengok pesta layang layang di Pasir Gudang..Esok dah last..Blogger jb..kalau jumpa tu tegur-tegur la ye...hehehe..kalau korang kenal aku ni..
Read More

Adik kembar Saya Di Johor

Saturday, February 22, 2014 14
Assalamualaikum

Salam pagi sabtu semua..wah..bila bercakap mengenai kembar nie,memanglah teruja..Kebanyakkan kembar nie selalu sangat menarik perhatian orang.Sebabnya mungkin dari pandangan kembar yang seiras dan tidak seiras.Selalunya jugak orang ingin nak mengetahui kehidupan pasangan kembar nie kan..

Begitulah keyword yang aku jumpa di Blog aku nie..Aku tak pasti kenapa orang mencari pasangan kembar nie..Siapa ada keturunan kembar..Angkat tangan??? Kalau ikut keturunan aku,ada jugak yang kembar.makcik aku yang duduk johor nie.Kalau tengok pada wajah mereka memang susah nak pastikan mana satu nama yati dan mana satu nama Nani.

Bila dah kahwin pun mereka enggan berpisah jauh,nasib baik dapat suami pun dekat-dekat je.Kalau korang tengok anak masing-masing mempunyai wajah yang sama..hehehee..yelah mungkin mak mereka kembar,Tu yang turun pada anak tu
baby kembar
Sumber : google

Teringat masa jalan-jalan di KLCC 2 tahun lepas,Terjumpa budak kembar  tiga.Memang muka mereka seiras sangat..Mak dok sibuk suruh ambil gambar si kembar nie..Memang comel..Dalam pada tu,boleh cakap kat aku,kan bagus awk dapat anak kembar tiga jugak..hehehe...yo ler tu mak..nanti mak jugak dok pening cucu ramai sangat...hahahha.

kembar
Korang boleh baca entry aku nie + Si Kembar 3

Kenapa entry aku pasal Kembar??Ini semua gara-gara Keyword di Nuffnang yang mencari kembar di Blog aku nie..hehehe..

keyword

Aku ada cerita sedih nak bagitau korang..huhuhuhu.Malam tadi tak boleh nak tido sebab memikirkan kejadian semalam..Tunggu next entry la ye...



Read More

Friday, February 21, 2014

Pemberian Di terima Seikhlas Hati

Friday, February 21, 2014 19
Assalamualaikum


Wah..wah..wah...Cik bubbly kita hari nie ber"pink" hari ni..Eh..sesuai sangat shawl tu dengan baju dan kasut..hehehe...Baca Entry dari Cik Bubbly kita nie

>> http://www.bubblynotes.com/2014/02/salam-jumaat-have-good-day.html

Dah kenyang semua?? hari ni dok pi makan nasi ayam penyet.Itu dah memang kegemaran kitorang..Sape 3 orang tu?? oh...of courselah aku,TB dan sorang officemate kita nie..

Cerita semalam,tapi belum basi lagi la..Ada hamba Allah yang baik hati bagi Apam polkadot kat aku malam tadi,.tu pun nak cerita ada kesah!!!! cerita jugak la...


apam polkadot
cantikkan bungkusan dia

resepi apam polkadot
suka tengok...menyerlah warna

Dulu pernah juga buat apam polkadot nie,tapi lebih sedaplah kalau ada orang yang bagi..lagi la bertambah kesedapannya..Rezeki....Janganlah ditolak..Dah selamat sampai dalam perut aku nih...




Read More

Renungan :Besarnya Pahala Seorang Ibu

Friday, February 21, 2014 26
Assalamualaikum

Ibu,Ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka,Engkau hiburkan selalu
Ibu,ibu
Engkaulah Ratu hatiku
pahala ibu
sumber:fb

Nabi SAW bersabda kepada puterinya Fathimah R.Anha, “ Wahai Fathimah, jika wanita mengandung anak di perutnya maka para Malaikat akan memohon ampun baginya dan Allah SWT menetapkannya baginya sehari 1000 kebaikan, menghapuskan 1000 keburukannya. Dan baginya pahala pejuang di jalan Allah SWT. Jika dia melahirkan bayinya, maka keluarlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan oleh ibunya dan tidak akan keluar dari dunia ini dengan membawa satu dosa pun. Di kuburnya, akan ditempatkan di taman-taman syurga. Allah SWT memberikan kepadanya pahala 1000 ibadah haji dan umrah dan 1000 Malaikat memohon ampun baginya sehingga hati kiamat.”

Betapa besar nilai seorang ibu yang melahirkan..Moga aku juga tergolong dari kalangan itu..Amin..

Salam Jumaat semua..

Read More

Thursday, February 20, 2014

Review Product : Simple Kind To Skin

Thursday, February 20, 2014 25
Assalamualaikum


Ini bukan review product tajaan occay..Ini review product yang aku amalkan sebulan yang lalu..
Perkara yang aku suka sangat tentang Product Simple ni adalah 100% Non Chemical.
Tak mengandungi apa apa bauan pun.

Bermulanya menggunakan Face Wash simple kind to skin nie masa aku pergi ke Negeri Sembilan bulan lepas.Of course aku terlupa nak bawa pencuci muka aku..Terpaksalah ke Guardian(itu je yang dekat).
Bila dah terlalu banyak sangat pencuci muka yang dijual,aku tak tau mana nak pilih..So,dah set kat dalam kepala nie nak cari yang natural punya pencuci muka dan non chemical..Sampailah aku terbaca di belakang pencuci muka Simple Kind to skin nie.
Aku ambil yang ni,sebab dia boleh control oily kat muka..Satu lagi dalamnya ada biji biji..tu yang aku suka.
Clear Skin Oil Balancing Exfoliating Wash
Lepas dah pakai sebulan,elok pulak sekali minum dengan Ephyra tu,aku dah tak rasa kulit muka aku boleh goreng telur..hahaha..Maksudnya dah tak oily gila-gila macam dulu la..

So,disebabkan sekarang nie dah bermacam produk yang dilistkan mengandungi chemical dan bahan terlarang,So aku decide nak tukar kepada produk yang non chemical seperti ini.
Semalam berkira-kira,masuk Guardian,ternampak set untuk product nie,terus aku beli.Harga set percubaan nie Rm19.90..So,aku fikir better cuba yang kecil je dulu..lagipun tak banyak sangat product Simple nie dijual kat sini..Product nie berasal dari UK ok...Bukan Ulu klang.

simple kind to skin
1.Facial Wash Gel(tak banyak sabun)
2.Toner
3.Light Moisturizing


simple kind to skin

Kalau korang rajin nak membaca apa yang terdapat  bahan bahan dalam Simple skin care nie 
boleh rujuk website mereka . http://simpleskincare.my/

So far aku pakai ok je. takde masalah kat kulit aku.Product nie pun sesuai untuk semua jenis kulit muka..


Read More

Post Top Ad