Monday, March 31, 2014

Cuti Sakit Hari ni

Monday, March 31, 2014 14 Comments
Assalamualaikum

Alhamdulillah...Lega sikit lepas jumpa dengan doktor tadi..Cuma paling tak suka selsema nie yang belum kebah lagi.Hidung pun dah melecet sebab selsema...Ikutkan hati hari nie memang tak larat nak kemana-mana..
Tapi fikirkan nak kena juga ambil medical leave,aku gagahkan juga ke klinik.Start kena demam dari balik Langkawi lagi..Entry pasal percutian tu pun aku terpaksa tunda sebab memang tak sempat nak update.

Blogwalking pun tak sempat.


Harap demam nie tak berpanjangan la.Rindu nak blogwalking kat blog korang.
Internet nie makin lama,makin melampau slow.Saja nak sruh upgrade biar laju..Padahal dulu ok jerk.Sejak2 orang TM call sruh aku upgrade baru nielah line buat hal...Komplot ke hapa!!

Nampaknya terpaksa jugak upgrade kelajuan internet nie disebabkan aku ngan husband baru je memulakan bisness baru nie.Harap harap semua impian kami Tercapai Inysallah..Amin

Lepas makan ubat selsema ni,rasa mengantuk pulak...Esok aku sambung blogwalking.Minta maaf sesangat kat korang sebab tak membalas balik kunjungan ye..



Sunday, March 30, 2014

It's my birthday

Sunday, March 30, 2014 23 Comments

Assalamualaikum

Alhamdulillah, diberi lagi kehidupan yang baik dikala usia makin meningkat.
Thanks a lot kat rakan rakan yang wish birthday aku hari ni,

Semoga semakin menginjaknya umur lagi setahun nie, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Tapi hari nie terpaksa kuarantin kat rumah sebab dari semalam aku demam dan selsema.

Eh!!! Cuba korang teka berap umur Ku tahun ni.Sesiapa yang meneka tepat umur aku siap tarikh lahir aku, hari, bulan dan tahun lahir, aku bagi hadiah...Serius ni..

Just komen jelah kat bawah ni.Nanti aku check sapa yang betul menjawab soalan aku ji..
Just komen macam ni je "18 april 2009"

Perasan sungguh ko kan...hehehe..dah tua weiii...

Need some rest lepas dah ambil ubat ni..see uols tomorrow.

KHASIAT DAN KELEBIHAN CUKA EPAL

Sunday, March 30, 2014 98 Comments
Assalamualaikum
Ambil dari cik googlw
Pernah tak korang mengetahui kelebihan mengambil cuka Epal ini?..baru Sebulan En.Husband menggunakan Cuka Epal ini untuk mengurangkan kolestrol dalam badan..Apple Cider Vinegar  ini salah satu sumber makanan yang sangat popular di barat.
Apple Cider Vinegar adalah hasil campuran makanan sunnah seperti madu dan epal. Ianya penuh berkhasiat dengan kandungan fosforus, zat besi, chloride, sodium, kalsium, magnesium, silicon dan florid . Selain mengaktifkan proses penghadaman, bahan lecithin yang yang terdapat di dalamnya membantu meningkatkan metabolisma lemak dan menukarkan lemak menjadi tenaga . Lecithin juga bertindak membantu meningkatkan konsentrasi dan daya ingatan atau memori. Bahan aktif lecithin juga menolong membekalkan nutrien penting kepada folikel rambut sekaligus menyubur dan menguatkan rambut kita.Ia juga bertindak sebagai anti oksidan bagi menghalang proses penuaan kulit akibat pendedahan kepada pancaran UV selain berfungsi mencegah jeragat , binti-bintik hitam dan pelbagai masaalah kulit, terutama muka yang berminyak. Juga amat sesuai untuk badan yang berbau.

Apple Cider Vinegar juga adalah salah satu alternative terbaru bagi membantu menurunkan dan mengawal berat badan dengan lebih mudah, selamat dan berkesan.  Ia mengandungi bahan aktif yang  bertindak degan 3 cara iaitu mengurangkan selera anda untuk makan berlebihan. Menghalang penyerapan lebihan lemak dan minyak dalam tubuh dan membantu melancarkan sistem pelawasan.

Apple Cider Vinegar ini memberikan satu kelainan buat korang yang mahukan kejelitaan wajah dan tubuh yang kekal berseri dan senantiasa kelihatan menawan.  Ianya dirumus agar kulit kelihatan lebih cantik, sentiasa muda luaran dan dalaman, tanpa mengira usia.
Antara kelebihan Apple Cider Vinegar ini ialah:


DETOX & KURUSKAN BADAN
 

Detox atau dalam bahasa mudahnya mengeluarkan toksin yang berlebihan dalam badan. Oleh itu secara tidak langsung membantu mendapatkan badan yang ideal....

Selain dari itu bahan ini mengandungi lecithin yang membantu meningkatkan metabolisma lemak dan menukarkan lemak menjadi tenaga. selain dari itu lecithin juga membantu meningkatkan daya ingatan.


GOUT & ARTHRITIS
Gout, arthritis dan sakit-sakit yang melibatkan sendi dan sengal-sengal badan.


TEKANAN DARAH

Acetic Asid yang terdapat didalam cuka epal berkesan mengurangkan tekanan darah tinggi,  menstabilkan tekanan dengan merehatkan salur darah. Penggunaan berterusan boleh menjadikan tekanan darah menjadi normal. 



DIABETES / KENCING MANIS
Apple cider atau cuka epal boleh mengurangkan kadar gula dalam darah, seterusnya berupaya mencegah penyakit kencing manis dan arthritis. 


JANGKITAN, SELSEMA & SAKIT TEKAK
Meredakan  selsema, sakit tekak dan jangkitan kuman. Sangan berkesan untuk asma atau sinus (resdung). Juga menolong menjelaskan penglihatan dan memulihkan sistem pencernaan.


KULIT
Sangat baik untuk kulit yang bermasalah seperti eczema. Merawat kulit berjerawat, tompok hitam yang tak sekata pada kulit dan selulit...

BADAN / MULUT BERBAU
Menolong meneutralkan pH badan/mulut dan membunuh kuman/bakteria penyebab bau busuk ....juga boleh untuk kaki berbau.


KERACUNAN MAKANAN

Jika terkena keracunan makanan, minum 1 sudu  setiap 5 minit selepas serangan keracunan. Juga boleh merawat cirit-birit dan diarrhea kerana bahan ini mengandungi kadar  pectin yang tinggi yang boleh menyelaputi dinding kolon yang terengsa.... (anti-diarrhea)

KOLESTROL
Menolong mengurangkan paras kolestrol dengan adanya pectin yang merupakan sejenis fiber mudah larut dalam air dan juga asid amino yang dapat meneutralkan kolestrol LDL yang teroksida... dengan kata lain mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL cholesterol type) .. kolesterol jahat ini menyumbat saluran darah  dan kalau tidak dibakar mengeluarkan sodium berlebihan dari badan (melalui peluh & perkumuhan)

AWET MUDA
Awet muda dan menaikkan seri (kerana tubuh yg bebas dari toksin menjadikan darah lebih bersih, usus bersih menyebabkan oksigen mudah sampai ke otak. Sel-sel tubuh menjadi segar. 



CARA PEMAKANAN

Satu sudu Apple Cider Vinegar dicampurkan dengan satu gelas air suam dan diminum sebelum sarapan pagi.

Cuka epal ini juga elok di minum waktu malam sebelum tidur. 

Malah Nabi (saw) sendiri suka kepada khall (cuka yang di proses daripada buah, seperti tamar, epal dss).

Seorang sahabat nabi, Ibn Jabir pernah menceritakan bahawa pada suatu hari Rasulullah saw mengajaknya ke rumah baginda. Mereka kemudiannya dijamukan dengan roti.
Kemudian Rasulullah bertanya: "Adakah apa-apa sos perasa (dip)?"
Mereka menjawab: "Tidak, hanya ada cuka."
Nabi berkata: "Cuka adalah sos yang paling baik."

Nabi saw juga pernah meriwayatkan "Rumah yang menyimpan cuka tak akan menderita dari kemiskinan" - Diriwayatkan oleh Ummu, Tarmizi, Baihaqi

Aku pun dah berjinak - jinak mengamalkan cuka epal ni...
Siapa taknak cantik kan....heheh


Sumber :sini



Saturday, March 29, 2014

Cenderahati Untuk Top Supporter Kisahsidairy.com

Saturday, March 29, 2014 23 Comments
Assalamualaikum

Korang ingat lagi tak entry aku sebelum pi bercuti..Tuari aku ada bagitau korang nama-nama top supporter untuk Blog aku nie..Top supporter nie adalah rakan blogger yang rajin menyinggah dan memberi komen di Blog aku..Atas usaha sama mereka..cewahhh!!..sedikit saguhati tanda kenang-kenangan untuk mereka yang terlibat.

Ole -ole dari langkawi memang aku beli khas untuk para supporter aku nie..

Kepada Rakan blogger yang tertera namanya dalam Top Supporter aku nie diminta kerjasama mereka untuk memberikan  nama/alamat/url blog korang pada aku.

korang boleh emelkan kepada : sitirohaida81@gmail.com dengan kadar segera...
top supporter

Link Blog mereka.Kotlah ada yang belum terjah...











Terima Kasih tak terhingga untuk korang ye.

Entry percutian aku ke langkawi tu,rasanya tak sempat lagi nak update buat masa nie,Faham-faham jelah bila dah lama bercuti,Kerja kat office ni,berlambak-lambak nak kena buat..So aku KIV dulu lah ye.


Dapat Hadiah Top komentar

Saturday, March 29, 2014 13 Comments
Assalamualaikum

Hari sabtu sudah..Nasib baik hari nie halfday...Tak berapa nak sihat hari nie..Dah agak dah,bila balik dari Langkawi hari tu,memang dah rasa badan macam tak sihat.

Balik nie boleh rest sikit..Sayang pulak nak ambil mc memandangkan hari ni bekerja halfday.

Yeay!! dapat hadiah dari dua blogger kesayangan aku ni..Thanks atas hadiah-hadiah nie,

Dua hadiah nie datangnya dari Mama Maszull

Hadiah dari Mama Maszull


hadiah dari Asha Lya

Thanks sangat coz sudi bagi hadiah nie...suka-suka...Bertambah lagi koleksi dari rakan Blogger.

heheh...aku pun ada ole-ole untuk Top Komentar aku nie,nanti aku update ye..
nak sambung kerja yang banyak pending ..

Friday, March 28, 2014

Sensual Plus Serum Borong Murah

Friday, March 28, 2014 7 Comments
Assalamualaikum

Apa itu Sensual Plus Serum?? 

Cairan yang mengandungi formula aktif yang berguna untuk memperbaiki struktur kulit.Mempunyai molekul yang sangat kecil dan mampu meresap dengan mudah kedalam kulit.Konsentrasi serum adalah 10x ganda daripada KRIM. Disamping itu juga serum mudah utk di apply ke muka.Tapi seperti yang kita sendiri sedia maklum serum biasa digunakan di salun kecantikan rawatan muka.Digunakan sebelum atau selepas melakukan rawatan muka.Ia juga sesuai digunakan kepada yang gemar menggunakan make up.
Sensual Plus Serum
Sensual Plus Serum 3.8ml Formulated Germany
Sensual Plus serum cepat meresap pd kulit, menjadikan kulit yg gebu dan cerah

15 jenis serum sensual plus serum :
1.Hydrating - melembabkan kulit dan utk keseimbangan kulit.sesuai utk kulit kering atau berminyak
2.Eye care - menghilangkan eye bag, lingkaran mata hitam
3.Collagen -kolagen supplement utk kulit yg lebih anjal
4.Soothing -utk kulit sensitif
5.Purifying -utk kulit berminyak & jerawat
6.Scar - menhilangkan parut jerawat
7.Oxygenating -pembekal oxygen terus ke epidermis kulit
8.Tigthening - mengecilkan pori2
9.Vit c -supplement utk mencerahkan kulit
10.Ligthening - mencerahkan kulit
11.Regenerating -cell renewal
12.Anti-wrinkle - mengurangkan kedut
13.Beauty Lifting - untuk kulit yg lebih tegang dan mengurangkan kedut
14.Shine Care-mencerahkan kulit
15.Bust Care -untuk ketegangan breast




Ni adalah antara Testimoni dari pengguna




Untuk mendapatkan product nie boleh whatssap di :0187719787
atau ke IG :sensualserumshoppe
Harga boleh dibincangkan untuk pembelian melebihi satu box

Menang Cash GA Emas Putih

Friday, March 28, 2014 17 Comments
Assalamualaikum

Alhamdulillah...Masa bercuti hari tu,tak sangka dapat inform yang aku memenangi cash rm50 dari GA uzu.


Thanks kepada sponsor GA emas putih sebab bagitahu yang aku dah memenangi hadiah cash tu
Sebelum nie memang tak pernah dapat cash dari GA yang aku join..

Thanks kat yantly lee sebab dah pun bagi hadiah tu...hehehe



Setelah Beberapa Hari bercuti

Friday, March 28, 2014 16 Comments
Assalamualaikum

Rindu gile dengan blog ni..Nak update masa dalam percutian memang tak berkesempatan..Hari pertama percutian adalah aku update sikit..Masuk hari ke dua memang tak sempat nak update..

Setelah 4 hari bercuti,hari nie aku bekerja dengan penuh SEMANGAT..Walaupun penat tak hilang lagi,aku gagahi jugak untuk ke tempat kerja hari ni.Itupun cuti dah terlebih satu hari sebab aku sampai ke rumah 6 pagi semalam...Nak terus ke tempat kerja memang tak larat la..

Banyak cerita yang aku nak cerita sepanjang percutian aku ni..Ada berita gembira dan ada juga berita duka..
Itu nanti aku akan cerita pada next entry.

Kalau korang termasuk dalam friendlist aku di facebook,pasti korang akan melihat notification tentang percutian aku.Dimana aku berada,semua aku up status kan..Ada juga yang menegur aku,di kala dunia sedang bersedih dengan kehilangan pesawat MH370,aku seronok bergembira dengan percutian tu.

Wahai kawan,terima kasih menasihati aku,aku terima pandangan dan teguran dari korang,Tapi tak bermakna aku bercuti dan bergembira,aku tidak mengingati apa yang terjadi di sekitarnya.

Setiap kali kami di Hotel,kami akan melihat perkembangan tentang pesawat MH370.Newspaper pun kami tak pernah tinggal semata-mata untuk melihat perkembangannya..Percutian kami tu telah dirancang sebelum pemergian MH370 lagi,macam mana nak kami cancel semua percutian yang sudah dibayar.
Tapi itu pendapat masing-masing..aku tak boleh nak bercerita panjang pasal nie kerana isu ini sangat sensitif,,
kami bergembira,bukan tanda kami tidak hormat dengan peristiwa itu..

Masih sakit sakit badan lagi..Alhamdulillah..sedikit sourviner untuk rakan-rakan office dan juga Top Supporter Kisahsidairydotcom nie.



Monday, March 24, 2014

Sampai sudah di Bumi Langkawi

Monday, March 24, 2014 22 Comments

Assalamualaikum

Walaupun lambat tiba di bumi Langkawi , tapi bersyukur sebab dapatjugak merasai bercuti di sini.
Pengalaman menaiki feri adalah merupakan satu pengalaman yang baru bagi aku.Ini adalah pertama kali aku menaikinya,
Memang 1st time menaiki Feri ni sangat sangat menakutkan.Nak nak bila Feri melanggar ombak yang kuat..Bergoyang goyang jugak...setiap kali seperti itu, confirm aku menjerit..Maklumlah ada sikit peel melatah aku..

Ni dah ondway nak balik ke Homesty.Dah melekitbadan dari malam tadi.Tak sempat pun nak mandi.

Nak rest sekejap dan sambung perjalanan petang nanti...

Sunday, March 23, 2014

Dah pun bergerak ke Destinasi

Sunday, March 23, 2014 22 Comments

Assalamualaikum

Dahpun bergerak dari tempat aku Di Kota Tinggi..Sekarang ni berehat sebentar di RNR Machap.
Harap perjalanan tiada masalah.Sedikit mabuk sebab dah lama jugak aku tak duduk dalam bus dalam perjalanan yang jauh ni.

Masa minum air di hemtian RNR tadi sempat jugak berselfie dengan family,, hahah...takde selfie sensorang pun...

Layan sedikit gambar kami kami ni..

Top Supporter Kisahsidairy.com

Sunday, March 23, 2014 15 Comments
Assalamualaikum

Entry ni khas aku dedikasi kan untuk Top Supporter blog aku.Aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kat korang yang sudi menyinggah dan memberi komen di dalam blog aku..Sebenarnya ramai lagi yang memberi komen kat blog aku.Tetapi Top Supporter nie paling banyak memberi komen kat blog aku..Alhamdulillah..
top supporter
Jom singgah blog mereka ni













Entry Autopublish nie memang aku dah siap-siap buat semalam..Aku takut aku tak sempat la nak update hari nie,So aku siap-siap buat autopublish

Tanpa korang tak kemana Blog ni kan..
insyallah,sesuatu menanti Top Supporter aku..malam nie aku Dah nak berangkat ke Langkawi..So.Doakan keselamatan aku pergi dan balik ye..


Saturday, March 22, 2014

Yeay!!! Balik Kampung

Saturday, March 22, 2014 16 Comments
Assalamualaikum


curik goole
Semangat dah nak balik kampung..Mak awal-awal dah call suruh balik cepat sikit..Sebelum berangkat malam besok,ingat nak masak-masak,bawak bekal skit..Biasalah,bila dah bawak anak-anak buah yang sekampung tu,memang la nak makan aje..untuk satu buah bas tu,memang khas family aku je..hua..hua..So,xkisah la kan nak berkampung dalam bus tu.

Hari ni halfday,baru sempat up entry..Yelah nak kena prepare segala dokumen dan settlekan sikit job2 yang pending..Dah nak selesai..balik dari bercuti nanti taklah selambak kerja menanti aku.

Semalam lagi aku dah packing baju-baju..Sibuk buat list bagai untuk 2 hari ke sana..Eleh..macam jauh sangat je kan..Tak kisah la..janji aku excited..lalala...

cilok dari google
balik kampung naik vespa ni ok jugak kan...hahaha...laju jugak la..Tak payah nak bayar tol bagai..Eleh..takat tol rm5.90 pun nak berkira...Bukan takde jalan biasa..Tapi jalan highway nie ambil masa 45 minit je nak ke rumah aku tu.Dari ambil jalan biasa,mau berjam jugak sampai.

Insyallah..aku akan update blog setiap hari.Nak jugak share dengan korang nanti apa aktiviti aku kat sana...
Esok malam aku dah gerak ke Langkawi..Hoho..Dah lama tak naik bus nie..Cuak jugak..Yelah perjalanan lebih dari 12 jam kot..Seingat aku lebih 5 tahun aku tak naik bus dalam perjalanan yang panjang..Naik bus awam pun memang lama sesangat..huhu...excited vs cuak
aku cilok kat google tadi
oh tidak....
Tak mungkin...
beruntung la ko kan dok kat Malaysia ni,tak payah nak gaduh-gadih naik bus or keretapi macam nie..



Friday, March 21, 2014

CPUV lagi!! Digi Project Red

Friday, March 21, 2014 23 Comments
Assalamualaikum

Alhamdulillah...sekali lagi...Dapat BE/CPUV dari DIGI pulak..hehehe..walaupun bukan pengguna Digi,tapi Nuffnang tetap bagi aku BE/CPUV nie..macam la Nuffnang tu tau aku pakai digi ke tak..Ade Kesah ke dia..

Rasanya Nuffnang tak putus-putus berikan aku BE/CPUV..bersyukur sangat.Terima kasih jugak kat korang..kalau bukan korang yang rajin menyinggah kat blog nie,takdenya aku akan dapat percent yang tinggi dari Nuffnang..maknanya jumlah yang dikreditkan tu bergantung kepada jumlah pengunjung jugak kan.

Maklumat lanjut korang boleh layari  Digi.com





Irine Nadia Marcello

Friday, March 21, 2014 39 Comments
Assalamualaikum
kenal ke??

Entah kenapa tetiba blog aku nie tentang Irine pulak ek?serius comel kan..

Sebenarnya tak terlintas pun kat hati aku ni blogger terkenal nie akan muncul kat Nuffnang aku..Bila dah muncul kat nuffnang ni,confirmlah dia singgah kat blog aku kan..

Seorang ibu muda kepada seorang princess kecil yang sangat-sangat comel dan isteri kepada seorang lelaki yang sangat di sayanginya.
aku ambil dari blog Irine
Blog Irine : Irine Nadia Marcello

Aku pun tak tahu apa yang dicari di blog picisan nie,tetapi mungkin sebab aku salah seorang stalker blog Irine kot.Thanks Irine singgah blog ni...hehe.mungkin kerap jugak aku stalker blog Irine walaupun tak kerap mana pun..Bukan stalker yang jahat okeh..Stalker yang suka membaca dan melihat gambar-gambar yang ada di dalam entry-entry Irine.Yang paling suka bila tengok kat IG Irine..Pasal princess dia yang comel tu..Korang tengok tak gelagat Princess Medina bila dia menangis...hehehe..cubalah korang tengok..Pasti mencuit hati..Sangat -sangat comel occay..

Thanks kat Irine Singgah Blog ni..And big thanks kat Mereka yang sentiasa melawat blog aku ni.Tanpa korang siapalah aku...cewahhh...

Entry nie bukan bertujuan untuk riak ke ape..cuma sekadar teruja la bila mana mereka yang dikatakan hebat dan mempunyai follower yang ramai dan peminat yang ramai,datang menyinggah di blog aku yang tak pernah pun komen di blog Irine..hehehe..jujur betul kan..





Bagaimanakah Cara Kita Menghadapi Dugaan Dari Allah

Friday, March 21, 2014 13 Comments
Assalamualaikum

Setiap manusia di muka bumi ini sentiasa ada Dugaan untuk dirinya.Dugaan itu samada dugaan yang ringan atau dugaan yang berat.Cara bagaimana untuk kita menghadapi dugaan itu,terpulang kepada kita.
Sesuatu Dugaan itu harus kita tempuhi walaupun berat dan pahit untuk diterima.Allah memberi kita Dugaan Hidup mengikut kemampuan yang ada pada diri kita.

Google

Allah menguji umatnya sesuai dengan masa dan ketikanya.

Apa yang kita lakukan apabila kita dilanda Dugaan yang berat? Perlukah kita meraung,menangis sekuat hati..Membuat sesuatu yang keluar dari Landasan yang sepatutnya?
Menangis, meraung, marah, mengamuk benda yang selalu dilakukan untuk mengekspresikan rasa di dalam hati. Tapi percayalah, air mata yang jatuh di atas sejadah itu lebih baik dari air mata yang jatuh di atas bantal. Mendiamkan diri itu lebih baik dari memaki hamun. Tersenyum itu lebih baik dari muka yang masam mencuka. Kerana itu lebih mententeramkan jiwa yang sedang bergelora.

“Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya dialah yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani..”
(Az-Zumar 40:53)


“ Dan tidak AKU menciptakan jin dan manusia..melainkan hanya untuk beribadah kepada AKU “
( Adz-Dzariyat 51:56 )
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta..”
( Al-Ankabut, ayat 2 & 3 )

Antara cara untuk kita menghadapi Dugaan Dari Allah sebaik-baiknya adalah

1. Sandarkan Harapan Pada Allah:
Cukup lah Allah bagi ku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal (surah At-Taubah)
2. Minta Pertolongan Dari Allah:
Dan minta lah pertolongan kepada Allah dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguh nya solat itu amat lah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk (surah Al-Baqarah)
3. Jangan Sedih dan Kecewa:
Jangan lah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, pada hal kamu lah orang-orang yang paling tinggi darjat nya jika kamu orang-orang yang beriman (surah Ali-Imran)
4. Luah kan masalah tersebut pada teman-teman yang di percayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurang nya ia dapat meringankan beban yang kamu tanggung
5. Banding kan masalah kita dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah

Thursday, March 20, 2014

Mini GA T-shirt Blogger

Thursday, March 20, 2014 21 Comments
Assalamualaikum

Nak join klik sisni Mini GA T-shirt Blogger

Syarat untuk menyertainya pun mudah

1) LIKE facebook page T-shirt Blogger
2) Buat satu entry bertajuk Mini GA T-shirt Blogger. Copy & paste gambar di atas ni. Backlink ke entry ini.
3) Letak link entry anda di bahagian komen.

Pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2014. Terima kasih & good luck :)


Aku dah join,so korang bila lagi.

Migrain Menyerang!!

Thursday, March 20, 2014 9 Comments
Assalamualaikum

Migrain nie memang dah sinonim dengan tubuh badan aku..Nak kata kerap tu taklah sangat.Tapi bila Migrain ni datang,Makan dua tiga hari jugak nak baik..Sebelum keluar rehat ni,aku dah rasa sakit kepala mencucuk-cucuk ni...Tak tau lah boleh OT ke tak ni...huhu..
migrain
google
Apa itu Migrain?

Migrain nie sejenis sakit kepala yang kronik(ha!!!,...kronik sangat ke)Mangsa Migrain mungkin tidak dapat melakukan tugas seperti biasa ,tidak boleh makan ,minum dan hanya mampu berehat sahaja ketika ianya menyerang.Migrain nie selalu akan rasa kepala berdenyut-denyut disebelah bahagian kepala..
kalau ada yang kronik tu,migrain boleh menyebabkan rasa pening,muntah,cirit birit dan juga sensitif pada cahaya dan bunyi..
Pinjam google jap..Ubat nilah aku gunakan sejak bertahun-tahun selain minyak kapak..Memang standby dalam beg je...

Hah!! korang dah tau dah!.Bila migrain ni,aku memang tak boleh nak melakukan tugas dengan sempurna..
Aku jugak tak boleh nak memandang screen komputer ni sangat sebab cahaya nya tu boleh membuatkan kepala aku terus berdenyut-denyut..Aku rasa dekat 10 tahun lebih dah migrain ni..Ubat macam biasalah..Telan macam mana pun,lambat jugak nak baik..
Selalu apa yang aku buat bila migrain,Aku akan ambil panadol atau ubat migrain yang warna kuning tu,pastu aku ambil minyak kapak dan aku akan sapu seluruh bahagian kepala dengan banyaknya..Perhhh..Skema ayat aku ni.Then,barulah aku baring or tido..Lepas tido,aku kena mandi dan siramkan air banyak-banyak kat kepala aku ni

Terbaca sebab sebab gaya hidup yang menjadi punca migrain ni,

-  Tidak cukup atau terlebih tidur, atau tidur yang tidak teratur boleh menyebabkan migrain
-  Pemakanan yang tidak seimbang 
 Perubahan cuaca (Ini termasuk keadaan pancaran matahari yang terang atau lampu)
 Bunyi dan bau kuat.
-  Menonton TV atau menghadap skrin komputer terlalu lama.
-  Tekanan emosi atau stres
-  Merokok  
-  Jantina (3 – 4 kali lebih kerap di hidapi wanita berbanding lelaki)
-  Ketidakseimbangan hormon ketika datang haid (bagi wanita). 

ada jugak yang aku baca puncanya seperti ini

Punca2 / Sebab2 Sakit Kepala

1. Kekeringan atau Penyahhidratan - Biasanya di musim panas perkara seumpama ini lebih kerap terjadi kerana kekurangan air atau cecair didalam badan.
2. Perokok Pasif- Asap dari rokok dengan mudah mencetuskan migrain dan sakit kepala
3. Stress - Tekanan emosi merupakan faktor psikologi yang menyebabkan sakit kepala Salah satu penyebab umumnya adalah lama di depan komputer tanpa rehat
4. Emosi - Fikiran yang bercelaru atau tak menentu
5. Penyakit - Menghidap migrain, kencing manis, barah dan denggi, kemurungan
6. keadaan setempat - Duduk bertentangan dengan cahaya terang, Merenung atau melihat sesuatu benda dengan keadaan mata yang kabur atau kelabu.

Namun begitu, punca sebenar penyakit ini masih belum dipastikan sehingga kini.

So aku dpat google cara mengatasi masalah migrain ni selain aku sentiasa minum air limau suam..


Cara mengatasi tanpa menggunalan ubat :
1. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh - kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat

2. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata - tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata ...rilekskan otot mata punca sakit kepala

3. Spa/ Stim/ Mandi air panas - Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah

4. Picit/ Urutan kepala - Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.

5. Meditasi/ Tidur - Cara paling mudah dan berkesan. Tutup lampu/langsir/televisyen dan lain-lain, berehat dan tidurlah dengan aman.

Insyallah..harap dapat sedikit sebanyak rakan-rakan yang ada migrain macam aku ni...Kalut kalau kena migrain nie..
segala info didapati disini dan sini

Dah Hari Khamis!!

Thursday, March 20, 2014 20 Comments
Assalamualaikum

Selamat pagi semua..Hari khamis dah...tak sabar dah nak cuti ni,Sibuk settlekan kerja yang pending.Takut nanti naik kerja dah melambak pulak kerja atas meja nie kan..Kang hado yang tak pueh hati aku bercuti..lalala...

Tak kisah lah..cuti nanti tak nak fikir hal kerja..Fikir nak seronok je..Bukan selalu dapat makan angin,walau nak makan angin kat sini senang..nganga jelah mulut tu kan..kan..

Preparation??

Tak payah nak prepare sangat la sebab bukan banyak beno baju yang aku bawak.Cukup untuk beberapa hari je..Tak cukup boleh beli...hehehe..saje je kan nak perabih duit ko mak jemah!!

puff!!! exhausted gila dari semalam dok prepare tu ini kat office ni..Kemungkinan work station aku akan berpindah..Tak tahulah berpindah ke tempat yang lebih aman atau tidak..Tapi ada ura-ura aku sendiri yang kena kemas work station yang dah berhabuk beranak pinak segala bagai..Biasalah..Company cincai macam ni..Aku follow je..Janji diorang tak kacau aku dah..

Tak ikhlas??? ,confirm korang kata,aku tak bersyukur.Hoit!!! bersyukurlah.Kalau korang duduk kat tempat aku pun korang akan mengeluh.macam tak ikhlas jugak la..Nak tunjuk workstation aku pun rasa malu..Dah banyak kali aku request untuk pindah department..tapi tak boleh..Sebabnya...malas nak bagitahu.

Korang nak tengok ke workstation aku..Kalau entry nie dapat komen lebih 100 hari ni aku amik gambar workstation aku and aku akan publishkan kat korang,.Tu pun kalau lebih 100...hahaha...

Tak bersyukur lagi??
Yelah its Unfair sangat-sangat bila Clerk lain boleh dapat workstation yang cantik,kemas dan selesa sedangkan aku...Malas nak sambung ayat tu..

bersyukur sebab aku boleh cuti bila-bila masa tanpa larangan..hehehe...Suka hati aku nak ot sampai pukul berapa..Tapi..aku yang malas...

Dah..cukup melalut...sat gi sambung lagi...Ada kerja aku nak bereskan...Sesambil tu aku blogwalking kat blog korang ea!!

p/s : Masih terasa akan kehilangan  MH370..Teruskan berdoa yang terbaik untuk mereka.
Sebelum memulakan sesuatu kerja,pagi ni jangan lupa sedekahkan Al-fatihah untuk kedua ibu bapa..Insyallah..

Wednesday, March 19, 2014

Teaser : LC Derma Review Product

Wednesday, March 19, 2014 27 Comments
Assalamualaikum

Tengok tajuk entry aku ni..Siap ada Teaser lagi...ngalahkan filem pulak...Aku memang suka untuk mencuba sesuatu benda yang baru ni,khususnya tentang kecantikkan..Walaupun tak secantik Neolofa,Tiada wanita yang tidak mempunyai hak untuk tidak menjadi cantik...cewahhhh..ayat ko kan!!.. siap bold lagi

Selagi belum ada satu product yang aku rasakan boleh memudaratkan kulit wajah aku ni,selagi tulah aku akan terus mencuba sesuatu produk..

Kulit muka aku nie memang bermasalah.Bila hormon tak stabil ni,muncullah jerawat,Blackhead dan whitehead.

Selain dari supplement dalaman,aku jugak mencari sesuatu produk yang sesuai untuk kulit muka aku ni..Bukanlah nak putih melepak,tapi cukuplah sekadar bebas dari masalah jerawat dan jugak masalah-masalah lain yang sewaktu dengannya.Kulit aku ni jenis hitam manis..Janji ada manisnya..eh...janji abang sayang la...hehehe...Orang kalau sukakan sesuatu,bukan nak tengok dari luaran kan..Of courselah dalaman nya jugak..Walau secantik model pun,tapi kalau perangai haprak,tetap nampak tak cantik...ooopssss...

Sebelum menerima sesuatu untuk Prodcut Review nie,aku akan pastikan jugak,produk tu takde bahan chemical yang boleh merosakkan kulit muka aku ni.
Hari nie aku dapat satu product dari LC Derma

Aku dapat 2 product dari LC Derma iaitu :-
  1. Lc Derma UV CC CREAM
  2. LC Derma Moisturising Serum
lc derma
abaikan pemandangan yang kat belakang tu...
Insyallah,aku akan review product nie dalam masa terdekat..



Produk nie bebas dari :-
- Pengawet Tambahan
- Mineral Oil
- Tiada lanolin
- Tiada bahan comedogenic
- Tiada bahan dari lemak haiwan dsb
- Tiada pewarna
- Tiada petrolchemicals


Yess....Maka ianya boleh digunakan oleh kulit aku nie...

Follow Us @aida_yusof81