Tuesday, May 27, 2014

Update Ranking Alexa yang Menurun

Tuesday, May 27, 2014
Assalamualaikum

Baru beberapa hari tak update blog dan blogwalking secara konsisten,Ranking Alexa dah merudum..Adoyaiii..Memang lately nie ,aku jarang nak blogwalking..Mungkin sebab dua tiga hari nie,aku lebih tertumpu pada Nur Awfiyah,Nak tengok lappy kat sebelah pun malas..

Lagilah ulang alik ke rumah baru untuk tengok proses renovation yang dah banyak tergendala..Duit dah 90% bayarannya..Risau jugak..Yelah walau kita kenal macam mana orang tu,tapi kalau dia buat tak elok,susah jugak kan..

Dah...dah...Nak cerita pasal Ranking Alexa yang makin merudum..Ada pulak tanda merah..Menjunam ke bawah arrow tu..Hoho...Mungkin ada silapnya kan..

Biarlah dulu ranking Alexa tu demam,Insyallah,nanti kalau dah bekerja,adalah masa aku banyak untuk blog kan..heheh..

Perbezaan Ranking alexa hari ni dan juga beberapa minggu lepas...sakit hati den!!

  
Hari ni
Beberapa minggu lepas

Tapi yang peliknya rasa lagi bagus yang hari nie kan..Tapi yang kat Malaysia je...Yang sebelah tu makin naik...buat guano khen...Sabau jelah..


Monday, May 26, 2014

Nuffnang Poll 2.0

Monday, May 26, 2014
Assalamualaikum


Terbaru Dari Nuffnang...Survey  Poll 2.0..Try jugak masuk dalam blog nie..Nak tengok jugak apa result yang akan aku dapat nanti...

Aku pasti,ramai yang dah masukkan dalam blog kan..Cuma aku terlambat sikit,Tetapi tetap jugak nak update pasal nie..

Kalau yangbelum tahu pasal nie,korang boleh check Nuffnang Korang sekarang.Dan masukkan dalam blog.Cara-caranya dah ditunjukkan..Just copy dan paste kat dalam blog.


Meh aku tunjukkan cara-caranya yang belum tahu caranya.Aku just copy/paste je dari Nufnang nie.


Step 1
Select Poll 2.0 on the dashboard
image001
Step 2
Click on “View Poll Result”
image002

Senang kan...dah pi buat sekarang nie..Eh!! nie entry autopublish...Aku balik kampung...Selalunya kat kampung jarang dapat update pape..lagipun dah lama tak topup utk internet,,

Insyallah,dah keje nanti,boleh la topup balik..hehehe




Friday, May 23, 2014

Dapat Hadiah Dari Blogger Farah Waheeda

Friday, May 23, 2014
Assalamualaikum

Alhamdulillah..Dapat lagi koleksi hadiah dari Blogger..

Sebenarnya hadiah nie dah lama sampai..Rasanya dah 2 minggu..Tetapi disebabkan aku guna alamat company,so hari nie baru ambil.

Ada Fridge Magnet Guitar dan pencil tu..

Haishh...Bila tengok hadiah nie,teringat pulak hadiah yang belum sempat aku poskan..Bila nak pos tak taulah,..Kesian mereka menunggu..huhu...Memang dekat sebulan dah terabai..Tinggal nak beli setem je tu..

Thanks Farah dengan hadiah nie..boleh akak kumpul buat koleksi kat peti ais tu..

Jom korang terjah blog Farah

♥ Blog Mrs. Secretary ♥
Sorry Farah..akak ambil header nie tanpa pengetahuan..
Korang klik Header nie untuk ke blog Farah ye

Masih berhutang blogwalking kat blog2 rakan-rakan blogger..
Busy weh!!! petang nie nak bawa Nur Awfiyah Berkhatan pulak...

Thursday, May 22, 2014

Akan Kembali Bekerja

Thursday, May 22, 2014
Assalamualaikum

Macam orang baru lepas habis pantang je kekdahnya.Dah nak naik keje bermula bulan Jun nanti..
Macam pelik kan..Kalau korang ingat entry lepas,aku dah bagitu korang yang aku dah berhenti kerja..
sumber : google
haha..Tetiba je dah nak naik keje??Memang ada satu kes masa aku nak berhenti masa tu..Ingat memang dah taknak kerja..Tapi pemberhentian aku tu digantung tak bertali..

Biarlah kes nie menjadi rahsia..hahaha...ajer sengal je kan..Tapi kenaikkan aku nanti,terpaksa dah berpindah department.
Kalau dulu aku Asisstant Supervisor untuk Store Department,sekarang nie dah jadi pulak QA/QC Asisstant..Entah pape jelah...Biasalah diorang nie,sesuka hati nak pindah-pindah...

Redha je lah!!
sumber :google
Misi untuk mencari babysitter pulak..Kalau ikutkan memang kakak ipar aku yang nak jaga Nur Awfiyah,tapi disebabkan school break nanti dia nak balik ke Kelantan,terpaksalah mencari babysitter sementara yang lain.
Nak diletakkan dekat taska tu rasa Seriau jugak...
Tapi aku akan terus mencari dikawasan yang berdekatan dengan rumah aku jugak..Risau jauh-jauh...

Mesti aku akan rindukan Nur Awfiyah bila dah bekerja lagi..Kalau takde orang nak jaga masa 2 minggu tu,terpaksalah aku hantar balik kampung buat sementara waktu..Oh No!!!lagi la tak boleh jumpa hari-hari..
Dah jadi ibu nie,Lain macam sikit perasaannya nie.

Berhutang untuk blogwalking ke segmen2 yang aku join..Lately nie memang banyak join segmen dan GA..Seronok tau kalau dapat hadiah...hehehe..


Wednesday, May 21, 2014

Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1

Wednesday, May 21, 2014
Assalamualaikum
http://www.bubblynotes.com/2014/05/segmen-bloglist-bubblynotescom-48-jam-1.html
Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1 bermula dari 20/5/2014 SEHINGGA 22/5/2014, jam 9.45 a.m... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tidak, retis atau tidak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Pertama, haruslah nak pilih 10 orang blogger yang bertuah untuk masuk bloglist Bubblynotes.Com dan nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow untuk semua blogger2 yang menyertai segmen ini. Pemenang segmen akan dipilih oleh pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 
2. Buat entri bertajuk: Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian pastekan coding seperti tutorial di bawah ini...

 
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen di bawah. 

Simple dan mudah kannn??? Segmen copy+paste paling awesome kot bagi iolss... 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org) 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/5/2014.

Monday, May 19, 2014

Cashout Nuffnang

Monday, May 19, 2014

Assalamualaikum


Semalam,sudahpun Cashout Nuffnang.Memang niat hati nak suruh beranak banyak-banyak.Tapi ada tujuannya..Rahsia tau..hehehe..Kalau nak beli baju raya pun tak sempat sebab,Kadang-kadang Nuffnang  nie cakap je 30 hari,tapi lebih dari 30 hari...Takpe..Sabr menanti.


Boleh la kumpul balik duit dari Nuffnang tu kan..Insyallah..kalau kita rajin,beranak pinak duit dalam Nuffnang tu.


Sekarang Baki yang ada kat Nuffnang tu dah Zero.


Nuffnang
see..dah zero pun

Hari nie nak settlekan blogwalking segmen-segmen yang aku dah join...Ada 2-3 segmen untuk aku settlekan untuk balas balik blog diorang..Insyallah..kena settle satu-satu..

Dapat blogwalking pun masa Nur awfiyah tidur..

See u then!!


Sunday, May 18, 2014

Segmen Blogging + Menang Hadiah!

Sunday, May 18, 2014
Assalamualaikum



KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
USB Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge magnet
Keychain

Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT: 29 MEI 2014 – Jam 11.59 malam

Saturday, May 17, 2014

Mamee Chef - Malacca Factory Visit Invitation

Saturday, May 17, 2014
Assalamualaikum

Siapa yang dapat emel nie..Wah..bestnya kalau aku dapat menjoinkan diri dalam event ni/
Memang kebetulan aku nak balik Melaka hujung bulan nie.Tapi tak boleh nak join sebab Awfiyah masih kecil lagi..Nak tinggalkan dia dengan Dearest auntie takut pulak meragam..huhu..

Nak tak nak,terpaksalah menolaknya kan..

Kot la Diorang nak adakan kat Pasir gudang ni,boleh la join.hehe..Tunggu Awfiyah besar sikit kot

Thanks Kat Nuffnang yang menjemput aku ke Event nie walau tak dapat nak join

Korang pulak macam mana..Ada yang join ke.


Info Bayi Pramatang

Saturday, May 17, 2014
Assalamualaikum

Meh sini aku nak share dengan korang tentang pembacaan aku tentang bayi Pra matang ni.Disebabkan anak aku dilahirkan tidak cukup bulan atau dikenali sebagai bayi pramatang,aku terpaksalah menggoogle tentang info Bayi pramatang nie.

sumber :google

Bukan apa,kata orang ,bayi pramatang nie memerlukan penjagaan yang extra dari bayi yang dilahirkan normal atau cukup bulan.

Sebelum tibanya waktu bersalin,bayi akan berada selama 38 ke 42 minggu untuk keseluruhan tempoh kehamilan.Nur awfiyah dilahirkan bila dia berada dalam 33 minggu di dalam perut.Jika kelahiran telah berlaku antara 20-37 minggu dalam tempoh kehamilan,ia dipanggil sebagai kelahiran pramatang.

Kalau korang nak tau,bayi pramatang ni selalunya akan mempunyai masalah kesihatan berkaitan dengan organ mereka untuk jangka masa panjang.Itu yang aku risaukan tu..Mohon dijauhkan la..Terutama sekali pada jantung dan hati mungkin belum sepenuhnya terbentuk dan matang selepas dilahirkan.Bayi yang dilahirkan sebelum 24 minggu mempunyai peluang yang tipis untuk hidup,Jika seseorang wanita ingin meneruskan kehamnila sehingga 32 minggu dari tempoh kehamilan,kemungkinan bayi tersebut akan mengalami kurang masalah berbanding kehamilan awal.Semakin awal tempoh kelahiran,semakin tinggi risiko bayi menghadapi masalah kesihatan yang serius.

Occay,apa pulak punca lahirnya bayi pramatang nie?

Kelahiran pramatang mungkin berlaku kepada semua ibu mengandung, malah kepada mereka ynag sihat dan melakukan perkara yang betul. Kebanyakkan waktu kelahiran pramatang berlaku secara mendadak sebelum waktu bersalin dan puncanya tidak diketahui. Bagaimanapun, faktor risiko seperti dibawah mungkin memberi risiko yang tinggi kelahiran pramatang:

1.
Terdapat sejarah dalam keluarga yang mempunyai kelahiran pramatang.
2.
Sesetengah komplikasi mengandung seperti pre-eclampsia (tekanan darah tinggi dan terdapat protein dalam urine) dan berlaku ‘placenta abruptio’(placenta dan dinding rahim terasing sebelum bersalin).
3.
Terdapat jangkitan seperti jangkitan pundi kencing, jangkitan rahim dan jangkitan pada ginjal.
4.
Kecacatan pada bayi, cervik, rahim dan plasenta.
5.
Merokok, penyalahgunaan alkohol dan dadah semasa mengandung.
6.
Kehamilan kembar.
7.
Membrane pramatang yang telah pecah: Lelehan keluar sebelum waktu kelahiran.
8.
Tidak kemampuan bahagian cervical untuk menutup dengan rapat. Keadaan ini mungkin boleh dirawat dengan menggunakan cervical cerclage.
9.
Kekurangan rawatan untuk penjagaan kehamilan.
10.
Kekurangan berat badan sebelum mengandung.
11.
Hamil ketika umur dibawah 18 tahun atau lebih 40 tahun.


Apa pula risiko terhadap bayi 

Bayi pramatang ni lebih cenderung untuk menghadapi masalah kesihata untuk jangka masa panjang atau masalah seumur hidup.Risiko bayi pramatang ialah termasuk :-

1.
Sindrom kesukaran bernafas. Bayi yang baru lahir memerlukan sokongan ventilator.
2.
Kesukaran untuk makan dan mengekalkan kepanasan badan. Bayi baru lahir memerlukan penjagaan kesiahatn yang sempurna dan sokongan incubator.
3.
Berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.
4.
Kematian, bayi terlalu kecil dan tidak kuat untuk hidup.
5.
Mempunyai masalah kesihatan jangka masa panjang seperti buta, cerebral palsy, kesukaran belajar dan kesukaran berjalan.

Apakan keperluan bayi pramatang?

  • Haba atau
    kepanasan persekitaran yang cukup. Bayi pramatang tidak mempunyai lemak
    secukupnya untuk memastikan suhu badan kekal walaupun jika bayi itu
    diselimutkan. Bayi ini perlu berada di dalam inkubator atau alat
    pemanas sehingga berat bayi cukup untuk mengekalkan suhu badan.
  • Pemakanan dan tumbesaran bayi pramatang memerlukan
    keperluan nutrisi yang lebih tinggi. Ini disebabkan tumbesaran bagi
    kanak-kanak pramatang secara lazimnya adalah lebih cepat daripada
    kanak-kanak cukup bulan (catch up growth) lebih-lebih lagi kerana
    sistem pencernaan makanan adalah tidak efektif seperti kanak-kanak
    cukup bulan.

Apakah makanan untuk bayi pramatang?
  •  Susu ibu adalah sumber makanan yang paling baik, tetapi bayi hanya boleh
menyusu terus atau menggunakan botol selepas 32 minggu. Memulakan
pemakanan bagi bayi pramatang perlu dilakukan secara sedikit demi
sedikit. Jika tidak ia boleh menyebabkan masalah usus yang berbahaya.

  •  Lazimnya bayi yang belum boleh menyusu, susu ibu perlu dipam dan diberi melalui tiub.
  •  Susu ibu mempunyai khasiat lebih kerana ia mengandungi protein
membantu melawan kuman dan mempercepatkan pembesaran. Oleh kerana bayi
pramatang mungkin memerlukan lebih banyak kalori dan vitamin, terdapat
formula dalam bentuk serbuk yang boleh ditambah dalam susu ibu untuk
meninggikan lagi khasiat.

Masalah bayi pramatang
  • Jaundis (penyakit kuning)
    Masalah yang paling kerap bagi bayi pramatang ialah jaundis.
    Penyakit ini disebabkan oleh bilirubin yang dihasilkan oleh pemecahan
    sel darah merah. Bilirubin ini menyebabkan kulit dan selaput mata putih
    bayi menjadi kuning. Jaundis adalah perkara biasa bagi bayi, tetapi
    jika tahap jaundis terlalu tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan
    bahagian otak atau kecacatan pendengaran.
  • Apnea
    Apnea adalah keadaan yang mana bayi berhenti bernafas. Pada
    masa itu degupan jantung menjadi perlahan sekali gus bayi mungkin
    kelihatan pucat dan biru. Apnea sering berlaku bagi bayi yang kurang
    daripada 30 minggu. Jika masalah apnea ini berlaku dengan kerap bayi
    memerlukan ubat untuk merangsang sistem pernafasannya.
  • Anemia (kurang darah)
    Kebanyakan bayi pramatang akan mengalami masalah anemia. Ini
    mungkin menyebabkan bayi tidak membesar dan juga jika tahap anemia itu
    serius ia boleh menyebabkan kegagalan jantung.


    Masalah pernafasan (respiratory distress syndrome)
    Masalah ini disebabkan oleh paru-paru yang belum matang dan
    secara tidak langsung menyebabkan bayi mengalami masalah susah untuk
    bernafas. Masalah ini agak kerap berlaku.

    Begitupun, masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan
    sejenis ubat yang bertindak membuka paru-paru (dikenali sebagai
    surfactant). Ia membolehkan paru-paru bayi pramatang berfungsi dengan
    lebih baik.

    Jika masalah pernafasan ini terlalu serius, bayi itu mungkin
    memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin pernafasan. Penggunaan
    surfactant yang dibuat secara sintetik mengurangkan komplikasi masalah
    pernafasan.
  • Jangkitan
    Jangkitan adalah masalah yang paling membimbangkan bagi bayi
    pramatang. Ini disebabkan bayi pramatang tidak dapat melawan penyakit
    sebaik bayi yang lahir cukup bulan. Jangkitan ini boleh berlaku sebelum
    bayi lahir, ketika proses melahirkan atau selepas dilahirkan. Cara
    membasuh tangan yang betul dapat mengatasi masalah jangkitan.

  • Patent Ductus Arteriosus(PDA)
    Duktus arteriosus adalah salur darah kecil yang menyambungkan
    salur arteri paru-paru dan salur aorta. Bagi bayi pramatang yang
    mempunyai masalah PDA; bergantung kepada besarnya PDA itu, dia boleh
    mengalami masalah kegagalan jantung. Ada ubat-ubatan yang boleh
    mengecilkan salur darah ini. Begitupun jika ia tidak berjaya masalah PDA ini boleh diselesaikan melalui pembedahan.

  • Masalah Retina ( Retinopathy of Prematurity)
     -Bayi pramatang mempunyai retina yang agak sensitif. Retina bayi
    pramatang boleh cedera dan ini boleh menyebabkan masalah penglihatan
    yang serius. Pada masa dahulu masalah ini dikaitkan dengan penggunaan
    oksigen yang berlebihan. Tetapi kaji selidik yang dijalankan tidak
    dapat memberi sebab kenapa ia berlaku.

Sumber:sini


Friday, May 16, 2014

Review Product : Fairy Beauty Fairy Blossom

Friday, May 16, 2014
Assalamualaikum

Wanita dan kecantikkan memang tak boleh nak dipisah kan la kenn!!..harus mencuba sesuatu yang baru untuk nampak cantik.
fairy blossom

Fairy Blossom diformulakan untuk meningkatkan kewanitaan anda,Fairy Blossom adalah padat dengan tenaga untuk memulihara hormon wanita secara semulajadi yang seakan sama dan menggalakkan ketegangan serta pembentukkan payu dara...Korang patut cuba!!
fairy blossom

10 Manfaat kelebihan Fairy Blossom nie
  1. Payudara Montel dan berisi
  2. Menegang dan menaikkan payudara yang kendur
  3. Mengentalkan pinggul.
  4. Memulihkan pelinciran vagina dan menambah kepuasan seks.
  5. Melegakan  ketegangan sebelum haid dan masalah haid
  6. Menambah kecergasan dan tenaga
  7. Mengurangkan dan melengahkan gejala putus haid(monopaus)
  8. Membaiki kualiti tidur dan mencegah kepala angin.
  9. Membaiki kesihatan tulang dan sendi
  10. menyuburkan badan dengan khasiat vitamin,zat galian,asid amino dan antioksidan
Kuasa 2 bahan semulajadi yang terdapat dalam Fairy Blossom adalah Lingoberry dan Mulberry.

Lingonberry kaya dengan sumber serat,gula ,Vitamin A,Vitamin C dan magnesium.Ia juga mengandungi kandungan besar Flavonoids dan lignans yang dipercayai adalah anti kanser.

Mulberry pula memainkan peranan penting dalam perubatan tradisional Cina dan Jepun.Kajian menunjukkan bahawa mulberry adalah sumber terbaik untuk anthocyani yang menggalakkan aktiviti antioksidan.Bahan-bahan ini mempunyai kesan yang menentang radikal bebas dan bahan buangan yang berlaku semasa menukar makanan kepada tenaga dan juga memberi reaksi kepada toksin alam sekitar seperti pencemaran udara.

Cara untuk meminumnya,amalkan pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur.
Just tebukkan straw yang disediakan dan sedia untuk diminum..
Senang je kan

fairy blossom
Botol yang comel sahaja

Botol yang dah sedia untuk diminum

Antara Testimonial mereka yan sudah pun mencuba Fairy Blossom nie

 

Untuk korang yang ingin mendapatkan produk nie..Just klik Kat Hishop nie.

Harga untuk sekotak Rm89.00 (10 x 22ml)


Untuk keterangan Lanjut korang boleh la lawati laman web seperti dibawah nie ye

‘Like’ us on Facebook: https://www.facebook.com/hishopmy 
Follow us on Twitter: http://www.twitter.com/hishop.my
Subscribe to HiShop for exclusive updates: http://www.hishop.my/subscribe

Giveaway RM100 Tunai Sempena Hari Guru

Friday, May 16, 2014
Assalamualaikum


Klik Banner untuk join GA nie

Selamat Hari Guru Untuk Guru yang telah mengajar aku dari sekolah rendah hinggalah Ke tahap pembelajaran aku sebagai student.Tanpa mereka,mungkin kita tidak akan berada di tahap seperti kita sekarang.Jasa seorang guru akan dikenang sehingga ke akhir hayat.Guru yang sentiasa berkorban memberikan kami ilmu tidak kira siang atau malam.Bangganya mereka bila melahirkan insan-insan yang berilmu dan berjaya dalam kehidupan.

Dengan penuh kesabaran mereka mendidik dan mengajar kita walau buruknya kelakuan kita terhadap mereka.
Akhir kata SELAMAT HARI GURU  kepada
Semua guru dan Lecturer
  • Sek Keb.LKTP Felda Air Tawar 5
  • Sek Men Keb Semenchu
  • Stamford College Ampang




Thursday, May 15, 2014

Nur Awfiyah Genap Sebulan Hari Ini

Thursday, May 15, 2014
Assalamualaikum

Alhamdulillah...Dah pun sebulan Usia Nur Awfiyah.Semalam bawa pi klinik untuk injection Hepatitis B dos 2 untuk dia.Nasib baik dia tak menangis berpanjangan

Cuma ada meragam sikit semalam dan hari ni.Tak taulah kenapa..Orang kata nak bertukar bulan,bayi memang macam tu..Menjaga bayi nie memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.Tapi naluri keibuan memang macam tu kan..Itulah yang ada pada seorang ibu dan tidak kepada ayah..Tahap kesabaran seorang ibu tu memang tinggi kan,

Sekejap je dah sebulan..Diam tak diam je jaga dia..Alhamdulillah,tak susah sangat nak jaga dia..Harap dia membesar dengan baik dan boleh membanggakan aku dan suami satu hari nanti..Insyallah


sumber :google

Nak blogwalking jap..

Tuesday, May 13, 2014

Update Blog!!!

Tuesday, May 13, 2014

Assalamualaikum

Alhamdulillah, dah pun sampai rumah.Semalam petang bergerak balik kota.Al maklumlah, hari ni kan cuti.En.husband dah ajak balik kampung, sukalah hati ni..hehehe..Seharian hari ni busy kemas kedai mak.Untuk pengetahuan korang, mak aku baru buka kedai menjual barangan makanan kering dan frozen food . Alhamdulillah, hasratnya tercapai.

Walaupun kedai mak, taklah begitu besar, tapi aku yakin insyallah, mendapat sambutan.kenapa aku cakap macam tu?? Sebabnya, dikampung aku, xde lagi orang jual apa yang mak aku jual.Lagipun harga barangan yang mak jual, sangat sangatlah memadai dan mampu milik..cewah.

Dari tengahari tadi, pergi beli stock kedai.dan aku adalah bagi idea untuk mencantikkan lagi kedai dan menguruskannsedikit akaun mak..fahamkan apa yang perlu mak buat untuk urusan jual beli supaya nanti mak taklah kacau adukkan duit kedai dan duit harian..Yelah, kadang kadang orang tua ni tak faham sangatkan.
So sebagai anak, apa yang mampu untuk aku tolong, insyallah, aku akan tolong.

So, lepas maghrib tadi, aku dah bergerak balik ke pasir gudang semula.Nasib baik awfiyah tak meragam sangat..

Tak menyempat nak update blog, sebab aku dah tak aktifkan internet untuk bulanan.Just guna wifi kat rumah je.Bila keluar dari rumah, terpaksalah,..so..takdelah internet..

Berangan cuti sekolah ni, nak tolong mak kat kedai..Bercuti lama la kat kampung nampaknya..suka, suka,,,

Monday, May 12, 2014

Tiada Lagi monday Blues

Monday, May 12, 2014

Assalamualaikum

Takde lagi perkataan tu untuk aku yang sudah menjadi suri rumah sepenuh masa ni.Bagi aku, hari minggu tu dah xde istilah istimewa dah.Mungkin sebab hari hari duduk kat rumah ni, melayan si fiyah 24 jam..cuma keseronokkan berhujung minggu bila en.husband ada kat rumah ni.

Esok cuti, en.husband dah janji nak bawak aku ngan fiyah jumpa atuk ngan nenek dia di kota tinggi.Yelah, dari tak kemana, baiklah balik kampung.Atuk ngan Nenek fiyah dah sibuk bertanya bila nak balik..

Nak bawak fiyah pi jenjalan pun, fiyah kecil lagi..Belum pun habis hari.Insyallah, 15 hb mei ni, genaplah fiyah sebulan..Alhamdulillah. ..tak sangka berlalu bwgitu pantas..

Awalnupdate entry hari ni, lepas bersahur tadi, terus mata dah tak boleh nak pejam.Bilandah ada anak ni, dah 4ak payah hak kunci jam bagai, sebab fiyah dah kejutkan umi dia..heheh..Alhamdulillah. .aku seronok menjadi seorang ibu...

See uols nanti..nak sambung buat keje apa yang patut..
Tahniah buat ben ashaari diatas kelahiran bayi perempuannya..suka baca karenah qaliff lately ni..

Sunday, May 11, 2014

Kisah Ranking Alexa & Pageviews

Sunday, May 11, 2014
Assalamualaikum

Lama rasanya tak update pasal Ranking Alexa kat blog nie kan..Maklum la..ranking alexa jatuh menjunam junam dek kerana kurangnya update entry di blog nie.

Dari pernah mencapai tahap 600 ranking Malaysia kini telah jatuh sehingga ke 1262..Teruk sungguh kan.

Kalau korang tak tau apa itu Ranking Alexa,meh aku kongsikan sedikit tentang nya.
alexa ranking
Apa itu Alexa
Alexa Rank ini adalah satu analisis jumlah trafik atau pengunjung setiap hari pada sesuatu blog atau website, yang dibuat oleh Alexa.com bagi menentukan ranking atau kedudukan blog atau laman web tersebut. Ranking ini boleh dibandingkan dalam sesesuah negara atau mengikut kategori laman web masing-masing.

Bagaimana Alexa Rank berfungsi?
Trafik Alexa rank ini adalah berdasarkan data trafik atau data pengunjung yang dikumpulkan selama 3 bulan dari semua pengguna internet yang menggunakan Alexa Toolbar dan juga trafik dari sumber yang lain .Trafik dari sumber lain ni, aku pun tak berapa pasti. Sebabnya, masa mula-mula perkhidmatan Alexa Rank ini dibuat, data yang diperolehi adalah sepenuhnya dari Alexa Toolbar sahaja.
Kenapa Alexa rank ini Penting?
Sebenarnya Alexa ini tak penting kalau kita buat blog untuk kita sendiri je yang baca. Tapi kalau kita nak buat duit dengan blog macam  nak menawarkan ruang iklan di blog, maka Alexa rank menjadi penting. Sebab kalau Alexa rank kita tinggi maka orang tahu blog kita ini banyak pelawat atau trafik. So mereka pun rasa berbaloi untuk beriklan disini. Sebabnya Alexa rank ini dipengaruhi sepenuhnya oleh trafik yang tiba ke blog kita. So Alexa rank ini macam first impression pelawat yang datang ke blog kita.
Sumber: sini
ranking alexa
Tapi yang bestnya,bila Pageviews makin konsisten dengan 1k setiap hari..Alhamdulillah...Berazam untuk mempertingkatkan lagi ranking Alexa dan juga Pageviews untuk blog nie..

pageviews
Kalau dulu amat payah untuk mencapai ke tahap nie,tapi alhamdulillah sekarang nie dah semakin baik..
harap berkekalan dan makin meningkat..Insyallah



CPUV Mei Dari Nestum Morelife

Sunday, May 11, 2014
Assalamualaikum


CPUV/BE melekat lagi...alhamdulillah...Rasanya ada dalam 4 yang sdang On Going sekarang nie..
Boleh la kumpul beli baju raya..hehehe..

Masa aku kecil dulu,Nestum nielah yang jadi kegemaran aku.Pantang kalau mak buatkan untuk adik,mesti aku pun nak sibuk..Last-last mak belikan Nestum khas untuk kami sekeluarga
credit pic :sini

Sekarang nie rasa dah takde dah tin yang macam nie.
nestum morelife
Nestum terbaru...aku amik pic ni dari website Nestum

Banyak produk keluaran nestum nie sekarang.So lebih upgrade sikit la dari dulu.


So,sertai sekarang dan dapatkan hadiah yang lumayan..wow!!!
nestum morelife

nestum morelife



nestum morelife

Thanks to Nuffnang dan jugak korang..


Untuk Menyertai Pertandingan ni,bolehla korang lawati Website : Nestum




Saturday, May 10, 2014

Dedikasi lagu Ini Untuk Ibuku

Saturday, May 10, 2014
Assalamualaikum


Dedikasi lagu ini teristimewa untuk ibuku 

Noramah Bt Abdul Hamid



Dengarkan lah lagu
Laguku ini
Ikhlas dari hati... Hanyalah untuk mu

Akulah anak mu
Anak mu yang selalu
Memelukmu...
Menciummu...

[Chorus:]
Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat Hari Ibu...
Ku ucap kepada mu...
Walauku jauh disini
Ku harap kau terus menanti kepulanganku
Tuk menemani mu hingga ke akhir nanti
Aku janji...

Kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
Punyai pari-pari iaitu kamu
Ku pastikan agar kau sentiasa bahgia
Ingin ku nyatakan engkau milik syurga

[Chorus:]
Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat Hari Ibu...
Ku ucap kepada mu...
Walauku jauh disini
Ku harap kau terus menanti kepulanganku
Tuk menemani mu hingga ke akhir nanti
Aku janji...

Selamat Hari Ibu...
Ku ucap kepada mu...
Walauku jauh disini
Ku harap kau terus menanti kepulanganku
Tuk menemani mu hingga ke akhir nanti
Aku janji...

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/lirik-selamat-hari-ibu-hujan.html#ixzz31HqcVsSi

Bayi kembung Dan Cara Mengatasinya

Saturday, May 10, 2014
Assalamualaikum

Entry nie berkaitan dengan Nur Awfiyah malam tadi.Memang dari malam semalam macam dah perasan Fiyah rasa tak selesa bila kerap merengek..Selalunya Fiyah merengek bila nak susu dan pampers dah basah je.
bayi kembung
Buat masa nie bila petang,aku memang tak mandikan dia.Just lap-lap je badan.Yang penting setiap kali mandi atau lap badan,aku akan urut-urut badan fiyah dengan minyak Telon.Aku tak guna minyak uyi tu sebab rasa tak selesa bila aku sendiri terasa panas menggunakannya.

Bila dah malam pun fiyah merengek,aku dah mula rasa tak sedap bila ketuk perut,rupanya fiyah kembung,
Bila dah mula dengan rengekan,maka bersambunglah dengan suara tangisan,makin lama makin teruk.Mungkin sebab terlalu banyak menyusu.Fiyah memang kuat menyusu.Kadang kadang sejam sekali,mesti nak susu,kekadang tu,setengah jam dah mintak susu...Risau jugak bila dah banyak sangat menyusu,perut pun naik kembung.

aku share info kat bawah nie untuk renungan kita bersama...hehe...

1. Cara Kenalpasti Bayi Kena Kembung Perut 

Bayi anda menangis sepanjang hari 
tanpa sebab-sebab yang jelas. Masalah perut kembung bayi ini berlarutanselama 2 hingga 4 jam sehari dan kembung perut melebihi 5 hari. Kembungperut bayi anda bermula pada umur 2 minggu dan beransur-ansur pulihapabila bayi mencapai umur 3 bulan. 

2. Punca Sebab atau Penyebab Perut Bayi Kembung 

Beberapa kemungkinan anda mengalami kembung perut Alahan terhadap laktosa. Alergi susu lembu. 
Ketidakmatangan usus. Keadaan usus pramatang bayi anda menyebabkanpencernaan karbohidrat tidak sempurna.Ini menyebabkan kembung denganangin perut yang berlebihan. 

Sendawa dengan betul selepas bayi 
menyusu badan atau bayi menyusu 
botol Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandungatau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untukkembung perut. 

Ibu bapa yang tertekan mempengaruhi kaedah penyusuan dan penjagaanbayi.0Ketidakmatangan urat saraf bayi menyebabkan ia lebih sensitifkepada faktor persekitaran. 

3. Cara Mengatasi dan Merawat Perut Kembung Bayi 
Pada kebiasaannya masalah kembung perut bayi akan pulih beransur-ansur apabila bayi mencapai umur 3 bulan ke atas. Rawatan khusus untuk perut 
kembung tidak khusus. 

Untuk mengeluarkan angin, kemungkinan doktor anda mungkin akan memberi ubat dimethicone mengurangkan simptom kembung. 

Langkah-langkah mengatasi simptom kembung perut bayi di rumah. Usapbahagian belakang bayi anda. Selimutkan dan dodoikan bayi anda denganlemah lembut . Kurangkan bunyi bising 

Bawa bayi anda bersiar-siar di luar rumah. Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek. Dapatkan bantuan untuk menjaga bayi anda,jika anda rasa tertekan atau penat dan cuba sedaya upaya untuk elakan masalah kembung perut bayi

Petua untuk mengatasi perut kembung nie pulak 
  • Apabila anak kecil menangis kerana kembung, pertama sekali yang perlu dilakukan ialah hentikan tangisannya..kerana tangisannya akan menambahkan lagi angin dalam perutnya..sebaik-baiknya dukunglah dia..untuk menghilangkan kembung perut, ambil 2-3 biji lada hitam dan ditumbuk..masuk ke dalam pusat bayi..Biarkan dan tepuk belakang badan bayi.
  • Sebaik-baiknya ialah kita elakkan masalah kembung terjadi pada bayi kita..”BURPING” adalah penting untuk bayi selepas bayi makan atau menyusu..ia juga sebagai tanda yang bayi sudah kenyang.
  • Satu lagi petua ialah apabila tali pusat bayi sudah jatuh, masukan 2-3 biji lada hitam yang ditumbuk ke dalam pusatnya.. Ini adalah petua kampung yang saya perolehi dan amalkan untuk dikongsi bersama anda..Selamat Mencuba..!!!<sumber>
  • Sapu sedikit minyak angin, minyak Mestika Bayini (minyak telon), minyak Telon pada perut, tapak kaki, betis dan bahagian belakang bayi. Gosok perlahan-lahan sambil meniarapkan bayi. Bayi akan kentut atau pun sendawa. Setelah angin keluar, bengkung bayi spt biasa dan jauhkan drp kipas yang dipasang laju atau pun air-cond atau bersiar di tempat yang anginnya dingin atau anginnya kuat.
  • Anda juga boleh bengkungkan perutnya shj dan bukan seluruh tubuhnya. Pastikan bayi tak berpeluh kuat atau terlalu panas (overheat) dgn banyak pakaian atau pakaian terlalu tebal.
  • Apabila basuh baju bayi, jangan rendam dgn air paip, tapi terus basuh dgn sabun, bilas dan sidai hingga kering di bawah matahari. Jika anda rendam dgn air sejuk, fibre meresap hawa sejuk. Bila bayi pakai pakaian yang telah direndam, maka bayi akan mengalami kembung perut. Sebelum anda pakaikan bayi bajunya, pastikan bajunya itu berasa suam atau benar-benar kering, bukan lembab atau berasa sejuk.
  • Bila bayi anda menangis kerana lapar atau kencing/berak, jangan biarkan ia menangis terlalu lama kerana lagi lama ia menangis, lagi banyak udara ia menelan, dan ia akan jadi lagi kembung.
  • Anda juga boleh dakap bayi pada badan anda, tutupkan badan bayi dgn kain nipis atau selimut ringan dan biar ia merasa panas hawa badan anda sambil mengurut betis & tapak kakinya – dgn cara begini bayi akan kurang kembung dan lebih selesa. <sumber>