Monday, June 30, 2014

Ketuk-Ketuk Aidilfitri Giveaways

Monday, June 30, 2014
Assalamualaikum

Ketuk-Ketuk Aidilfitri(KKA) merupakan satu program pertama di Malaysia yang diasaskan oleh Puan Siti Aisyah Bt Zulkifli Ramond yang merupakan seorang pengarah pemasaran dalam syarikat Farich Holdings Sdn. Bhd. Program ini merupakan hak milik dan diuruskan oleh Farich Holding Sdn. Bhd secara sepenuhnya. Program ini direka untuk memberi peluang niaga kepada setiap individu yang berminat menjadi usahawan terutama usahawan muslim.

KKA mengumpulkan pengeluar-pengeluar 'premium cookies' iaitu pengeluar biskut dan kek lapis terbaik dari seluruh Malaysia yang menggunakan bahan-bahan berkualiti dalam menghasilkan biskut mereka. Biskut-biskut dari seluruh malaysia ini dikumpul di HQ(Farich Holdings Sdn Bhd) untuk dijenamakan dibawah program KKA sebelum diedarkan kepada stokis-stokis di setiap negeri sebelum dijual kepada pelanggan. 

Produk KKA ini adalah 100% keluaran muslim dan mempunyai 20 produk iaitu 18 jenis biskut dan 2 jenis kek lapis kukus yang berkualiti dan beraneka rasa. Setiap jenis dihasilkan dengan bahan-bahan yang berkualiti yang berjenama seperti 'Butter Anchor'. Setiap kotak biskut mempunyai 36 keping hingga 60 keping biskut bergantung kepada jenis. 

Senarai jenis dan harga  biskut dan kek lapis boleh dilihat pada katalog dibawah;




Anda boleh dapatkan biskut raya "Premium Cookies Ketuk-Ketuk Aidilfitri' daripada stokis dan agen berhampiran anda.


**tempahan produk-produk KKA akan ditutup selepas minggu pertama puasa 2014**

**update terbaru senarai agen sila ke D'nialiciousBlog**



Ketuk-Ketuk Aidilfitri Giveaways by D'nialicious Cakehouse

Monday, June 30, 2014
Assalamualaikum


Dah Order Kuih raya untuk Raya ni?


Apa kata kita pakat join GA ni,mana tau korang bertuah untuk mendapatkan Kuih Raya..

Jom join GA dari D'nialicious Cakehouse

Antara hadiah yang bakal direbut oleh pemenang adalah Kuih raya di bawah ni..So dah boleh budget untuk duit raya pulak...hehehe







Sangat menarik kan...Jom la join

Kad Raya untuk tahun ni

Monday, June 30, 2014
Assalamualaikum

Bila dah masuk ramadhan nie,of courselah sibuk nak bagi kad raya pada kawan-kawan yang jauh kan...Kalau masa sekolah dulu,kawan sebelah meja pun nak kasi kad raya...betul tak..

Kad raya nie memang dah sinonim dan makin lama makin kurang orang nak bagi kad raya..Tapi start tahun lepas,rasa macam kembali zaman bersekolah dulu..banyak dapat kad raya dari rakan alam maya khususnya rakan blogger...Seronok ooo...Rasa nak kumpul lagi..


Kalau tahun lepas aku memang tempah khas kad raya nie untuk rakan bloggers,tapi tidak tahun nie...Sebab banyak sangat perancangan yang terbengkalai yang aku tak dapat nak laksanakan..cewahh...

Mungkin aku akan beli kat kedai yang cute miut...Ingat nak beli yang versi kartun tu..Nostalgia kan..
Macam kat bawah nie...suka tak..suka tak...hehehe...
macam ni pun ok jugak kan
sumber:google
yang ni pun ok jugak.sumber gambar : google

Tak pun yang macam ni..Nostalgia kan...
sumber:google


Walau macam mana payah pun,aku still akan membalas kad raya mereka yang memberi..masih lagi berhutang kepada Top Komentar aku...huhu..sedihnya..

Berniaga Di Bazar Ramadhan

Monday, June 30, 2014
Assalamualaikum

Alhamdulillah..Dah hari kedua kita berpuasa...Insyallah..Semalam berbuka puasa beramai-ramai di kampung..memang menyeronokkan..Rasa taknak balik je..hehehe...Tapi terpaksa jugak balik malam tu.Memang malam tadi,banyak kenderaan,mybe sebab mereka pun pulang ke kampung untuk berbuka bersama keluarga kan

Ada yang start bercuti puasa ke..ehehehe...tu jawab dalam hati je eh!! nanti korang segan pulak,especially bagi wanita la kan...

Oklah,nak bercerita pasal perniagaan yang kami buat tiap-tiap tahun di Bazar Ramadhan tempat aku nie.Tempat aku nie merujuk kepada kampung aku la yer..

Selalunya berniaga minuman,tetapi kali nie berubah arah pulak.Berubah menu pulak la kan..
Oklah menu kali nie adalah menu yang sama tahun lepas iaitu BuBur Kemboja..Aku pernah bagi resepi nie kat dalam blog ni.Korang nak,boleh terjah entry tu ye..Menu wajib tahun ni adalah Rangka Ayam Panggang Dan ayam salad..Aku tak sempat nak amik gambar semalam sebab busy memasak kat rumah..
So,dekat tempat aku nie,kurang lah orang berniaga ayam panggang nie..Just family kami je yang jual..Alhamdulillah,habis semua jualan,cuma Bubur Kemboja tu je yang tak berapa nak habis.

Ni masa awal preparation..hehehe..saje nak tangkap gambar tu kan..

Memang best berniaga nie kalau apa yang kita jual tu mendapat sambutan..Bestnya bila berbuka di tempat berniaga,kita dapat banyak makanan dari penjual-penjual yang lain..Suka bila bertukar-tukar menu nie..memang dasar ler suka makan kan..hehe..Bila bulan puasa nie,mata jadi rambang bila tengok makanan,rasa semua nak dibeli..tapi jangan terlalu ikut nafsu ye..kang dah berbuka,sendat pulak perut tu nak makan semua..

p/s:Moga En.husband diberikan kesihatan yang baik di bulan yang mulia ni,masih tak dapat nak mengubati penyakit goutnya tu.Kot la korang ada petua boleh kongsi dengan aku tak..





Sunday, June 29, 2014

Persiapan Baju Raya Untuk Nur Awfiyah

Sunday, June 29, 2014
Assalamualaikum

Nak kata nak yang teruja nak beraya tu mustahil la kan sebab Nur awfiyah kecil lagi..Manalah tau nak mintak baju raya bagai..Apa yang umie beli tu,itu jugak yang akan dipakai oleh Nur awfiyah..hehehe..Mak ko nie yang terlebih excited nak oiii!!..
Orang lain rileks yilekss lagi..Eh..sape kata..Dah ramai aku tengok dok update persiapan raya untuk anak-anak..Dah siap post gambar pi shopping bagai..Nak jugak...hehehe..

Tapi dalam entry nie,umie Nur awfiyah nie takdelah interframe lagi dalam gmabar-gambar nie..Takde orang kot nak tolong amik kan gambar masa shopping baju Nur awfiyah..haha

Yang bestnya si Awfiyah nie rileks je umie dia letak dalam bakul-bakul baju dekat dalam butik tu..kau Hadoo!!,,kalau kat pasaraya tu kompem aku kena marah sebab letak anak macam tu..manalah tau,dalam keghairahan mak bapak bershopping sakan,tertinggal pulak anak kat pasaraya tu.Memang Kes naya ler jawabnya

Tak beli banyak pun baju Nur awfiyah..Takat nie baru beli 5 helai baju dan 2 helai baju yang dah disponsor oleh makcik-makcik Nur awfiyah..Seronok ko nak ek!!...Takde pulak orang nak sponsor baju untuk umi ko nie ...hahaha..

baru perasan beli baju banyak baju yang ada minnie dan berwarna pink..kelas anak aku nie..

Baju kurung???memang non-hado la jawabnya...Kang tak pasal-pasal si awfiyah nie mengamuk pakai baju kurung...Masa nie biarlah pakai baju-baju macam nie...insyallah,tahun depan dah boleh pakai baju kurung..

Bulan depan dah boleh beli uminya pulak..so nur awfiyah tak boleh beli lagi...hehehe...yelah tu.hehehe..

Eh..ada yang tak sambu puasa ke hari nie..Bagi yang wanita tu aku faham,yang lelaki tu,pun kena faham-faham jugak la kan..

Selamat berbuka puasa ye korang..jangan lupa baca doa makan dlu,

till meet again tomorrow...bye


Saturday, June 28, 2014

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1435H

Saturday, June 28, 2014
Assalamualaikum


yeaayyyhh!! jumpa lagi...Dah pun siap-siap nak pi balik kampung..nak sambut puasa dengan family dan adik beradik kat kampung..

Alhamdulillah..malam semalam dah pun pengisytiharan puasa pada esok,iaitu ahad 29 June 2014.

Di kesempatan ini aku memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersilap dalam perkataan dan tutur bicara sepanjang aku berblogging..Moga Di bulan ramadhan nie,memberikan kita ketenangan jiwa,kedamaian hati dan juga ketulusan dalam berpuasa..

Jauhi diri dari perbuatan yang membatalkan puasa.Jaga mulut dalam berbicara,Jaga mata dari pandangan yang jahat.Dan jaga semua perkara untuk mendapat keberkatan di bulan Ramadhan Yang mulia ni


Untuk peringatan kita bersama
sumber foto : google

Gout : Punca Dan Cara Mengatasinya

Saturday, June 28, 2014
Assalamualaikum

Salam sabtu....wah...memasing dah excited kan nak puasa esok..Semalam pun dah diisytiharkan hari AHAD nie puasa...alhamdulillah...insyallah,jumpa kita di bulan ramadhan nie..
penyakit gout
sumber : google
Pepagi nie dah nak bercerita pasal penyakit gout.Korang tau ke apa itu penyakit Gout..

Apa Itu Gout??
Gout nie adalah keadaan di mana berlaku keradangan yang menyakitkan di Tendon,sendi dan bengkak.Sendi Metatarsal-phalangeal di tapak kaki memang biasa terjadi.Ia mungkin gout biasa atau mungkin ada tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang,urate nephropathy dan tophi.Ia juga disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.

Korang tau apa punca Gout nie?
Ada beberapa faktor seperti pemakanan,genetik dan masalah di buah pinggang.Uols nak tahu,ia adalah sebahagian dari penyakit atritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik(iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin(protein)berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi,terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi.Ia juga di panggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak kibu jari kaki,menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.
Korang nak tau tak,banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut,kekacang,daging merah dan daging organik tinggi purine.Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout.Purine nie ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak.Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.


Beberapa Cara mengatasi Gout 
  • Mengamalkan diet rendah Purine dengan mengurangkan pengambilan makanan berprotein yang mengandungi Purine.Contohnya organ dalaman(paru,hati),bilis ,sardin,herring,telur ikan,kekacang,alkohol,lemak haiwan,asparagus,bunga kobis,cendawan dan yis(roti putih dan roti manis)
  • Ceri dan strawberi dikatakan mampu untuk mengurangkan asid urik.
  • Mengamalkan minum banyak cecair,terutamanya air,untuk mencairkan dan membantu proses penyingkiran urate
  • Pengawalan berat badan-kegemukkan juga boleh menjejaskan keupayaan badan menyingkirkan asid urik,
  • Bersenam



sumber :sini







Friday, June 27, 2014

Minggu Yang Menyedihkan

Friday, June 27, 2014
Assalamualaikum

Dah dua hari tinggalkan blog tanpa entri..Tak sempat nak autopublish satu pun entry semasa ketiadaan aku dua hari nie.Ini juga meyebabkan jumlah pageview semakin merundum...Korang tak ingat aku eh!!..
google
Start dari isnin tuari bercuti sebab bawa en.husband ke klinik.Tak taulah ape kena dengan kaki en.husband sampai tak boleh nak berjalan..mengikut kata doktor,sakit kaki en,husband boleh meyebabkan gaut dan juga kencing manis..Kat situ dah risau tahap gaban..risau dan tak keruan rasanya..

Petang selasa pulak dapat berita kematian pakcik di Melaka..Memang tak sempat nak menatap wajah terakhir arwah disebabkan aku tak boleh nak kemana-mana..Syukur masa arwah sakit,MIL sempat la menziarah arwah..Jadi taklah terkilan sangat masa arwah pergi..Mengikut kata mereka Arwah meninggal disebabkan kolestrol terlalu tinggi sehingga darah tidak boleh di pam.disebabkan itu jugak arwah terpaksa di operate bagi mengeluarkan darah yang membeku di bahagian kepalanya..

Dapat berita pun dah lambat masa hari selasa tu..Jadi lepas balik kerja,terus bertolak ke Melaka..memang tak sempat pun nak tengok arwah dikuburkan sebab selepas asar arwah dikuburkan...
Jadi kalau kami rushing balik pun,xkan sempat nak berjumpa dengan jenazah..Biarlah dia pergi dengan tenang..Dan pada masa yang sama,kaki en.husband sakit,aku pun tak boleh nak drive sebab kena pegang Nur awfiyah..Nak tak nak,en.husband terpaksa jugaklah drive walaupun sakit kaki..

Satu-satu dugaan yang datang...Alhamdulillah...kami hadapi dengan tenang..Semalam pulak Nur awfiyah jatuh dari buaian..yang sedihnya besi spring terkena pada pipi nur awfiyah..Bila tengok keadaan anak macam tu,luluh hati ni,bila melihat darah mengalir di pipi walaupun taklah banyak mana.tapi aku tetap rasa bersalah..Maafkan Umie ye nak!!.Nasib baik rumah kampung..Rumah papan,dan bernasib baik jugak,buaian Nur awfiyah beralaskan bantal..Alhamdulillah...kalau tak,aku tak dapat bayangkan bagaimana keadaan dia..Mungkin keadaan kelam kabut masa tu..Etahlah..aku pun tak tau nak cerita macam mana..Tapi sehingga sekarang aku rasa sedikit down disebabkan hal semalam..Allahuakbar..

Sempat pergi mintakkan air untuk Nur awfiyah sebab takut dia terkejut..Alhamdulillah...mudah-mudahan..hari ni aku memulakan tugas dengan tenang...Insyallah..amin

Tuesday, June 24, 2014

Cerita Minggu Lepas

Tuesday, June 24, 2014
Assalamualaikum

Anak sape la ni kan...

Kesian Nur awfiyah umi letak dalam troli je..Memang tak plan pun lepas pun nak ke Pasaraya Tesco petang sabtu tu.Hari sabtu tuari plan cuma nak cari baju raya untuk Nur awfiyah..Saja umie nak beli awal sikit memandangkan puasa nanti nak beli baju raya umi pulak..hehehe..kalau dlu taklah sibuk sangat nak beli baju awal-awal..Sejak dah ada Nur awfiyah nie nak kena plan awal-awal takut tak cukup budget nak beli baju raya untuk dia.,..Untuk umie dia,walau tak banyak pun takpe..janji dia ada banyak baju raya..yelah kan..Selalunya budak-budak nie kalau takat 2-3 pasang memang tak cukup.

So lepas balik kerja tuari,plan ngan kakak ipar aka babysitter Nur awfiyah ke Anakku...Memang pebret aku pi Anakku nie..Baju cantik-cantik...Tu belum pi AEON Jusco..Memang rabak la mata umie ko ni nak..Huh!!Memang tak payah nak ke sana bagai memandangkan dia tak boleh duduk diam-diam dalam stroller..
Disebabkan keterujaan membeli baju untuk Nur awfiyah ,buat kad sekali,,senang sikit..Dapat diskaun kalau buat kad Anakku nie..
yeay...i memang suka kalau bab buat kad nie..Cuma tambah rm10 je untuk buat kad nie..
Untuk baju raya Nur awfiyah sempat lah rembat 5 helai...hehe..dah ada 2 helai yang orang bagi belum pakai sebab besar..mybe raya nanti dah boleh pakai...santekk...umie ko nie suka sangat tau..lagi satu Huh!!memang pening cari baju raya anak pompuan nie..ASyik nampak pink je...Takde nampak warna lain..Bila pilih warna lain,rasa macam tak cantik..Tapi taknaklah tengok anak aku nie pinkish all the time..selit jugak la biru ngan purple...Oklah tu nak..

Lepas pada tu,kakak ipar bagi cadangan nak ke Tesco lak..Eh...dengan stroller tak bawak,nak letak Nur awfiyah kat mana lak nie..Nasib baik ada alas stroller dalam kereta...Bawak jelah...Hari tu angin anak aku nie baik je...Letak dalam troli tu..dodoi kejap,terus tido...Boleh la mak ko nie cuci mata..Aishhh...

Tapi sedihnya umie ko ni,masa nak keluar duit,teringat pulak kad pada babah..Terus call babah nak kepastian..Confirm!!!..memang cuci matalah jawabnya sebab duit dah habis beli baju tadi..ada sikit je baki tinggal..Ada hikmah di sebaliknya sebab mata umie ko nie dah nak terjojol tengok baju cantik-cantik..nak rembat pampers ngan susu pun dah tak cukup nie..Dapat la beli groceries sikit..hhuuhu..




banyak jugak la baju yang buatkan umie ko ni belek berjam-jam..tapi tak beli pun..hahaha



with my anak saudara yang suka melawa ni..nampak si awfiyah tu lena tidur...maklumlah dalam air cond...Cuba kat tempat panas..Dah lama mengamuk


Dah..dah...penat nak membebel...tepek wajah Omel umie nie..bambam...


Oklah,umie nak sambung blogwalking...semalam bercuti..

Sunday, June 22, 2014

Segmen I Love Nuffnang by Dunia Sebenar Shida

Sunday, June 22, 2014
Assalamualaikum




Salam Hujung Minggu korang!!!..alhamdulillah..dapat berehat kat rumah dengan ditemani Nur awfiyah...Sempatlah Nak join contest nie..Pada Korang yang ada masa lebih ni,boleh la Join Segmen nie..


Pengalaman aku dengan Nuffnang...

Sejak pertama kali aku buat blog atau mana-mana blogger mesti akan mendaftar dengan Nuffnang.Tak sah kalau mereka tak mendaftar dengan Nuffnang termasuk aku kan..Memang dulu aku tak tau apa sebenarnya benefit yang aku dapat dari Nuffnang..Bila orang letak,aku pun letak jugak...heheh..
Masa 1st berblogging nie memang takdelah fikir pasal apa yang aku dapat dari Nuffnang nie..Padahal aku dah berblog lebih dari 5 tahun..Start dari blog lama sehinggalah blog baru nie.
Aku aktif berblog dan tauhu pasal CPUV/BE nie pun 3 tahun kebelakangan nie..Banyak juga aku pelajari macam mana nak daptkan cpuv/BE dari blogger -blogger otai..Salah sorang dari mereka adalah Shida..
Kalau newbies yang nak tahu pasal Nuffnang boleh la lawati blog beliau

Boleh klik sini,atau korang boleh kat menu tab tentang TIPS NUFFNANG di Blog Shida nie.

Pertama Kali Aku dapat Check dari Nuffnang adalah pada tahun lepas..Saja nak simpan banyak sikit..
Kalau kita rajin update Survey dan rajin update entry dan juga rajin menyinggah di Blog-blog lain dan naikkan pageviews korang,insyallah,Korang boleh buat duit dengan Berblogging..Memang sejak dulu aku setia dengan Nuffnang..Tak pernah lagi nak beralih arah bila aku tau Nuffnang sangat membantu untuk aku mendapatkan side income..Selain berblogging,aku jugak dapat duit yang orang lain tak boleh bagi ..hehe

Kalau korang nak lebih masyuk dengan Nuffnang,boleh la mencuba nasib di Campaign Blogbuster.Cuma aku je tak pandai nak buat video pendek..hehehe..

Oklah korang,kalau nak join cepat-cepat ye sebab segmen nie berlangsung selama seminggu jer..
Hadiah sangat-sangat menarik.
Agak-agak tak menarik lagi ke hadiah dari segmen nie

Hadiah untuk Segmen bersama Nuffnang | ok ini antara hadiah yang shida tawarkan dalam Segmen bersama Nuffnang esok :) hadiah tak seberapa pun tapi ikhlas shida beri kepada pembaca setia semua :) Segmen ini berlangsung sempena ke 100 Cpuv Campaign shida, tak percaya?? klik sini ya! entri masih fresh lagi hehee. Jika shida menang cash dari Giveaway Cash RM150 MrJocko akan tambah wang tunai dalam Segmen ni nanti "kalau menanglah" :) Syarat sangat-sangat mudah sebab shida sorang saja yang sponser semua hadiah ni :) Hadiah (5 Button Badge Nuffnang 14 Bookmark Nuffnang +5 Voucher dari Watsons + Cash/Topup jika menang) yang shida beri kepada 14 pemenang di pecahkan kepada 2 kategori iaitu 5 pemenang untuk Best Entri dan 9 pemenang untuk random dari shida sendiri. So Good Luck semua yang join nanti :)

Menarik kan...Jom Join sebelum terlambat..Just klik banner kat atas tu ye..




Saturday, June 21, 2014

Nur Awfiyah Dengan Spring Bouncer

Saturday, June 21, 2014
Assalamualaikum

My Dear - Spring Bouncer 19004
Ingat zaman Dolu-Dolu

Kalau dulu inilah yang selalu mak-mak gunakan untuk dodoikan anak dia...Taknak biasakan baby dipegang je.

Sekarang dah makin canggih..Dah makin cantik..Teringin gak nak beli,tapi rasa macam rugi je sebab mahal sikit..Lagipun guna tak lama sangat.
pattern sekarang nie...nie dah makan rm100++ jugak..


Nur awfiyah dapat sponsor lagi dari Maklong dia..Sebenarnya Spring bouncer(tak tau betul ke idok ejaan nie) ni turun temurun jugak..Masih elok digunakan jugak..Kalau nak tahu,family kitorang nie memang macam ni..Beli baju anak-anak yang mahal-mahal pun disimpan dengan baik dan boleh digunakan lagi oleh anak-anak yang lain.

Bukanlah jenis kedekut untuk membeli semua tu,tapi bila fikirkan bayi ni cepat membesar,jadi pakaian yang baru di beli pun tak sampai berbulan dah tak muat nak pakai..Sebab tu aku kalau nak beli baju anak nie,cari yang size besar sikit dari dia..Jadi boleh pakai lama..Ikut pemahaman dan cara masing-masing la ye..hehehe...Keluarga besar macam kami nie memang macam nie..hua..hua..

Oklah,berbalik cerita Nur awfiyah,Bila diletakkan atas spring bouncer tu,wah..ligat je kepala dia tengok kiri kanan..lagilah kalau digoyang-goyang kan ,memang dia suka je..Senyap terus...Pandai betul anak aku ni memilih...

La ni,pepagi dah ajak nak berbual,kekadang time nak menyusu pun siap main-main lagi...letih omak ko nak tunggu hisap susu sampai habis nak Oiii..


Ekspresi muka bila naik jongkang jongkit nie..

Seronok tengok perkembangan Nur awfiyah sekarang ni...

Till meet again..Nak buat keje jap...






Friday, June 20, 2014

Nur Awfiyah Dah Ada Stroller

Friday, June 20, 2014
Assalamualaikum

Alhamdulillah...Nur awfiyah dah ada stroller sekarang nie..Stroller nie kepunyaan makcik Nur awfiyah.Thanks Cik Fatin sebab bagi Nur awfiyah pakai Stroller nie

Kalau tengok harga pasaran,stroller jenis nie dalam harga rm400 hingga rm500 jugak..Disebabkan dulu anak pertama cik Fatin pun guna stroller ni dengan baik,Maka bila sampai kat Nur awfiyah pun dalam keadaan yang  baik jugak..Insyallah,akan dijaga dengan baik untuk kegunaan sepupu -sepupu akan datang.
Betul tak?? Kalau nak beli yang baru rasa rugi pulak...Sekarang nie misi nak mencari car seat pulak..Car seat nie kegunaannya bukan untuk beli saja-saja,tetapi memudahkan untuk aku meletakkan Nur awfiyah bila dihantar ke baby sitter..Kesian pulak hanya diletakkan di seat sebelah aku nie..Terpaksalah alas dengan toto dan bantal..baru nampak selesa..Ni boleh la baby sitter tak jauh lagi..Nanti dah pindah,dapat baby sitter yang jauh,payah jugak nak letak dia macam tu je..Kot la aku break kereta emergency,uiih....selilisih..


Lepas nie,setiap petang umie akan bawak awfiyah jalan-jalan kat luar,Ambil angin petang..Bagi dia tengok dunia luar...Baru lah boleh bawak Nur Awfiyah jenjalan pi shopping jugak..hehehe..



stroller/harga stroller
Abaikan background yang ada kat belakang tu ea..

Alhamdulillah..rezeki untuk Nur awfiyah sentiasa ada..Insyallah..Nak beri dia yang terbaik disamping mendidik dia menjadi insan yang berguna satu hari nanti...amin..



CPUV June : Invest Smart Campaign

Friday, June 20, 2014
Assalamualaikum

Tergendala untuk update pasal CPUV/BE ni semalam..

Hari nie baru dapat update ..Banyak keje yang nak kena buat...Banyak ke?? hehehe
Alhamdulillah..Ada jugak yang sedang melekat..Memang lama dah aku tak dapat CPUV/BE lately nie..Nuffnang Merajuk ker???eh..takdelah...sebab aku tak pernah curang pun dengan Dia..

Mybe Nuffnang nak kasi peluang kat orang lain pulak dapat CPUV/BE lebat..hehehe..perasan sangat kan..

invest smart campaign



Sekian sahaja...hehehe...nanti nak hapdet lagi...

Update pendek sangat kan pagi nie..oklah tu..nak warm up sikit..

Thursday, June 19, 2014

Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Untuk Tahun 1435H/2014

Thursday, June 19, 2014
Assalamualaikum


Alhamdulillah..Dah hampir dengan Ramadhan..Moga kita dipertemukan dengan Ramadhan nanti Insyallah..
Bila dah nak puasa nie,mulalah kan nak tahu jadual berbuka puasa untuk tahun ni.Siap-siap tampal dekat tepi komputer dan dekat rumah...Itu dah memang wajib aku buat setiap tahun..Tak lupa jugak,mesti nak bukak radio sebab nak dengar azan..yelah..kekadang azan kat luar tak berapa nak dengar...So bukak la radio...
Tak sabar nak berbuka puasa beramai-ramai bersama family tersayang...


Sumber: google

Sebelum tu,nak tanyalah kat korang nie,Puasa dah ganti ke belum..Yang belum tu,ada masa lagi nak ganti hokeyyy..

Bagi Korang yang ingin nak Download Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Untuk Tahun 1435H/2014

Hokeh!!!..Mood untuk berpuasa dah datang...Mood nak raya pun dah datang jugak..Yang penting mood nak beli baju raya...hehehe...


Sumber: sini

AL-fatihah - Perginya Blogger Syuhada Baharuddin

Thursday, June 19, 2014
Assalamualaikum

Siapa yang tidak kenal dengan Blogger cantik dan peramah nie,Pergi sahaja ke blog beliau,pasti korang akan melihat komen-komen dibalas oleh beliau..

Beliau juga tidak lokek dalam menyampaikan ilmu perniagaan dan juga motivasi di dalam setiap entry yang beliau update.Walau aku tidak pernah berjumpa dengan beliau,melalui rakan-rakan yang pernah bertemu dengannya pasti mengatakan beliau seorang rakan yang baik hati dan tidak pernah lokek dalam segala hal..

Syuhada Baharuddin

Pemergiannya amat mengejutkan semua rakan-rakan blogger..Allah lebih menyayanginya apabila beliau dijemput Allah swt petang semalam(dari info rakan-rakan Fb)


Buat mu Syuhada Baharuddin,Damailah engkau disana,berehatlah dengan tenang.Terima kasih kerana menjadi kawan walaupun hanya di alam maya,sesungguhnya dirimu sungguh istimewa sehingga Allah swt menjemput mu terlalu awal.

Buat rakan-rakan,pinjamkan masa mu sebentar untuk membacakan al-fatihah untuk disedekahkan kepada Beliau...
Al-fatihah



Amin..Kepadanya kita datang,dan kepadanya kita kembali..

Wednesday, June 18, 2014

Review Product CLIO yang Superb

Wednesday, June 18, 2014
Assalamualaikum

Dah lama rasanya tak buat Product Review nie..Memang jarang amik job tu sekarang nie..Ni pun dah berkurun lama gambar terperam dalam Handphone...

Sebenarnya aku dapat 3 produk kosmetik ni dari bulan lepas dan dah guna pun...
Apa yang aku suka dengan produk nie adalah tahan lama dan tidak mudah luntur menggunakannya.

1st produk yang aku dapat adalah bedak compact CLIO VF21 Cushion C.C 001 Pink yang memang superb bila memakainya..Memang puas hati.Sebelum ni aku pakai bedak compact yang kering je.Tapi bila dah menggunakan Clio VF21 Cushion Pink nie,rasa berlainan bila bedak compact ini basah dan senang sangat nak apply dekat muka..Korang dah tak payah nak pakai foundatoion bagai dah..







Harga untuk CLIO VF21 Cushion C.C 001 Pink adalah rm89.90 selepas Offer 25% sekarang di Hishop
Klik Link ni Untuk melihat Harga dari Hishop 

Produk Kedua pulak yang nak aku perkenalkan kat korang adalah  CLIO Waterproof Pen Liner Killblack 001 Black

Yang ni pun produk yang superb,yang pernah aku jumpa...Kalau sesetengah Eye liner bila kita pakai,berpeluh sikit,mesti dah meleleh kat bawah mata...Dah jadi mata panda kan..
lagi satu Produk nie senang nak ditanggalkan tau...I Loikee...Sayang pulak aku nak guna untuk ke tempat kerja...


mata yang tajam..senang untuk lorekkan

hasil lukisan aku..hehehe..abaikan ek...

Harga untuk LIO Waterproof Pen Liner Killblack 001 Black adalah Rm45.80 selepas Offer 18% sekarang di Hishop
Klik Link ni Untuk melihat Harga dari Hishop 

Dan Yang last sekali,Ha....ni memang aku tak pernah lagi jumpa produk nie dekat pasaran..Ni dia..
CLIO Virgin Kiss Lipnicure 007 Tension Red.Memang best Lipstik dia nie...Melekat kat bibir...Tapi yang tak bestnya...Merahnya Makngah!!!!

Aku dah merasai menggunakannya,memang payah nak tanggal kalau kita tak guna remover make up tu..Kalau korang makan pun,memang takkan tanggal punya...wah...Kelas ko Kiah!!!Merah gitu..
Lisptik nie dah pun dirembat oleh adik aku sebab dia sangat teruja untuk memilikinya..Haishhh!!!! 
CLIO Virgin Kiss Lipnicure 007 Tension Red
Comel je Lipnicure nie


Harga untuk CLIO Virgin Kiss Lipnicure 007 Tension Red.adalah rm44.90 selepas Offer 25% sekarang di Hishop
Klik Link ni Untuk melihat Harga dari Hishop 

Lipnicure ni,kalau ada warna pink lembut ke,memang aku dah repeat order dah...harap-harap adalah jual...Nak kena survey lagi ni kat Hishop..


Untuk keterangan Lanjut korang boleh la lawati laman web seperti dibawah nie ye

‘Like’ us on Facebook: https://www.facebook.com/hishopmy 
Follow us on Twitter: http://www.twitter.com/hishop.my
Subscribe to HiShop for exclusive updates: http://www.hishop.my/subscribe



Tuesday, June 17, 2014

Souviner Dari Vietnam

Tuesday, June 17, 2014
Assalamualaikum


Alhamdulillah...Dapat souviner dari Cik TB kita ni.Minggu lepas dia berlepas ke Vietnam untuk menemani housemate dia ke sana..

Tujuan mereka kesana lebih kepada percutian dan jugak cari barang untuk berniaga...Tak sempat nak suruh TB belikan baju kurung siap dari sana..Di Vietnam,baju kurung cotton baru sehelai Rm30 yang paling murah tau tak..Tapi disebabkan aku terlewat nak inform TB awal,last-last ini je yang dapat..rugi..rugi..

By the way,thanks TB sebab bagi akak souviner ni..Cantik...

Pouch Jenama Kipling

Fridge magnet dan Keychain

2 sachet kopi terbaik vietnam..kata TB la...

By the way,thanks TB bagi akak souviner nie..Kalau dapat baju selai lagi best...hehehehe



Mungkin Masih Bukan Rezeki Kami

Tuesday, June 17, 2014
Assalamualaikum

Sakit Pinggang,Period pain yang teruk dan period yang berpanjangan kebelakangan ini terjawab pagi tadi bila keluar ketulan kecil berwarna putih dan karung kecil.
sumber:google

Apakah Itu???
Termenung sekejap dalam bilik air sebelum aku sempat panggil En,husband untuk mengesahkan apa yang aku tengok tu..Bila diingat balik awal tahun ini,beginilah rupa waktu aku keguguran .Cuma kali ni lebih kecil dari yang lama,kalau yang lama tu besar sikit dari yang ini.Mungkin kehamilan ini baru je masuk beberapa minggu..Sedih????? Of course..Anak kedua kami..aku masukkan dalam plastik dan masuk dalam peti ais...Nak confirmkan sekali lagi dengan doktor..itu sahaja..Bila terpandangkan Nur awfiyah,hilang sekejap kesedihan itu..

Dan sekarang aku di tempat kerja???? Malas nak cuti sebab keadaan aku yang masih ok dan normal,boleh lagi ke tempat kerja..Alhamdulillah...Tak seperti yang pertama kali keguguran..

Mungkin bukan rezeki kami lagi untuk kali ini..Memang sebelum terjadinya peristiwa malam tadi,aku dah dapat rasa akan kehadiran orang baru bila munculnya tanda-tanda kehamilan..Tapi disebabkan Kedatangan Haid yang tak menentu,aku biarkan dulu untuk seketika.

Mungkin sebab itu Nur awfiyah selalu merengek dengan aku??wallahualam..

Tak sabar nak balik hari ni....Nak kepastian lagi...








Monday, June 16, 2014

Genap 2 Bulan Nur Awfiyah Semalam

Monday, June 16, 2014
Assalamualaikum


Setiap ibu pasti ingin merakamkan detik-detik seharian anak-anaknya dari mula keluar dari dalam perut sehinggalah anak itu dewasa kan..Begitu jugaklah aku...Walaupun tidak mempunyai pengalaman melahirkan anak,tapi masih ada sifat keibuan tatkala aku memegang Nur Awfiyah ketika dia berumur seminggu..Teringat semula,Bila Nur awfiyah dalam pangkuan aku ketika itu,terlalu sarat airmata walaupun aku tak tahu kenapa aku harus menangis ketika itu..

Bila aku dapat berita yang aku akan menjaga Dia,sepantas yang mungkin aku ajak en.husband untuk mempersiapkan segala kelengkapannya walau waktu itu,takdelah sangat yang kami boleh sediakan untuk dia..

Sedar tak sedar dah hampir dua bulan dia bersama dengan aku..Bila dia dah besar nanti,tak taulah dia terus bersama dengan kami ke tidak..

Kepada Nur awfiyah sayang,walau dirimu tidak aku lahirkan,tapi percayalah sayang,umie tetap sayangkan kamu dunia dan akhirat..Allah swt memberikan kamu untuk penyeri hidup kami,kami bersyukur tatkala umie dan babah bersedih diatas pemergian orang terdahulu sebelum kamu..Mungkin dia kakak dan mungkin juga dia abang..babah dan Umie redha.Ada hikmah disebalik berlakunya keguguran umie dulu,apabila datangnya kamu dalam hidup kami.Moga kamu menjadi anak yang solehah dan berjaya suatu hari nanti...Insyallah...amin


Entry nie aku akan abadikan setiap bulan dan setiap peningkatan yang ada pada Nur awfiyah Umie..


Misi Mencari handphone Murah dan tahan Lama

Monday, June 16, 2014
Assalamualaikum

Entry nie sebenarnya saja nak bercerita pasal handphone canggih masa kini yang semakin mahal dan kadang kala amat menyusahkan.

Entry kali nie bukan berlaku pada diri aku..Berlaku pada en,husband yang aku rasa dah 3 kali kot tukar handphone...hehehe..Si wife dia nie baru pakai satu je handphone sepanjang tempoh 3 tahun nie.Blackberry tu lah ajer..Bukan tak terniat nak pakai gadget canggih lagi manggih macam mereka-mereka tu,Niat hati sebelum beli tab tu memang aku nak guna cap SAMSUNG!.Tapi bila dah jadi blogger nie,kononnya naklah update tanpa batasan..So selepas riki-riki,belek-belek,belilah juga Tab 10.1 yang aku pakai tu.still jugak samsung kan....So,bila dah ada gadget dan semakpong nie,taklah nak pakai internet dua dua sekali,AKu just tathering je..Share internet..Sebab kat rumah dah pakai wifi,so tak payah la nak membazir untuk semua tu kan..
 

sekadar perhiasan diambil dari google


Bagi En.husband pulak,memang pakai cap samsung,Tapi makin lama bateri makin buat hal,dah tukar bateri pun still jugak problem..Sampai aku pun tak tahulah sebabnya,..Dah bagi suggestion supaya guna cap Nokia murah tu je...Lagi bagus..Baling kat dinding pun still boleh on lagi..betul tak..

Siapa pernah pakai cap Nokia nie..ni aku memang suka pakai sebab baling kat dinding pun still boleh guna lagi...Bateri memang tahan lama dan tak cepat rosak..hahah...harga pun murah...

Ingat nak cari satu lah...Memang untuk emergency nie...Yelah...tak payah nak berinternet akses sampai bateri kong kan..

Nak beli kat kedai biasa takut pulak kena tipu pulak..Sekarang nie bukan boleh percaya sangat..Survey-survey kat Lazada,macam ada offer je...


En.Husband,apa kata u pakai je handphone cap atas nie,,malam nie kita cari eh!!..lagi puas hati..hehehe...tak payah nak berLenovo sangat...muahahaha..Ha...baca sampai habis...lepas tu boleh call kita kat sini...