Thursday, December 31, 2015

Ke Penghujung Tahun 2015

Thursday, December 31, 2015 15 Comments
Assalamualaikum

Alhamdulillah..Esok bakal menemui tahun yang baru dengan semangat yang baru insya allah.Ramai dah blogger update tentang entry terakhir untuk tahun 2015.

Bila bercerita pasal hujung tahun ni ,ramai gamaknya mempunyai status bercuti,shopping untuk keperluan anak sekolah,hantar anak sekolah,dan macam-macam lagi lah..Yang penting keseronokkan dalam menyampaikan cerita setiap satu tu mesti ada..
Aku?? emm..belum ada lagi pengalaman menghantar anak ke sekolah.Apa taknya,anak-anak baru umur setahun lebih dan sorang lagi baru 6 bulan.Cuma azam untuk mendapatkan cahaya mata sendiri tu,dikabulkan oleh Allah swt.Bersyukur tak terhingga kerana dikurniakan zuriat sendiri.Syukur kerana kehadiran puteri sulung itu banyak hikmahnya.Itu tak perlu aku ceritakan.Bagi mereka yang mengikuti perkembangan kehidupan aku,mesti faham apa yang aku maksudkan.

Untuk Tahun 2016 pulak macam mana pulak??Tambah anak?? itu belum aku fikir lagi memandangkan tahun ni baru lepas Czer kan.Kurang-kurang pun dua tahun.Mungkin akan lebih dijarakkan selepas ni.Azam tahun depan kononnya nak berniaga..Tapi KIV dulu sebab nak meniaga ni memerlukan modal.Takat jadi dropship macam sekarang ni kira oklah tu kan.

Seperkara lagi...Banyak aku terima whatssap tentang ekonomi kita tahun depan akan lebih teruk lagi.Semuanya meningkat..Subhanallah...Itu aku malas nak fikir..bukan apa,kalau difikirkan pun buat sakit kepala je.Kalau kita bersuara  pun,ada ke orang nak dengar.Cuma aku mengikuti perkembangan je,bebel tu tetap bebel la...tapi orang tak dengar...hehehe.Lantakkan je lah kan.

happy new year 2016
sumber:google

Bagi aku,biarlah tahun 2016 kita sambut dengan seikhlas hati.Tamo ada yang takut untuk melangkah.Walau apa pun yang berlaku,selagi kita hidup ni,kita perlu hadapi.Lebih banyak berdoa untuk dapat yang lebih baik disamping usaha yang lebih.Kan TMP suruh buat satu kerja dalam satu hari...hahaha

Moga aku akan terus menjadi ibu yang baik dan bertanggungjawab,pekerja yang bertanggungjawab,isteri,menantu dan anak yang bertanggungjawab dan baik...hehehe..kita memang baik pun...bhaha

Tuesday, December 29, 2015

Tutorial Shawl By Nur awfiyah

Tuesday, December 29, 2015 9 Comments
Assalamualaikum

Hai korang..selasa  Dah!!Dah naik keje..Kalau ikutkan hari ni takmo naik keje lagi memandangkan Nur awfiyah pulak yang demam sabtu tu.Uishh..Dah cuti lagi ummi dia.Bila anak dah tak sihat ni,tak sampai hati pulak nak tinggalkan dia dengan nenek kat kampung.Lebih rela jaga anak sendiri.

Walaupun still demam tak kebah lagi,tetapi aktivti mengemas dan mengekor bontot umi dia berjalan macam biasa.Yang peliknya siang takdelah pulak demam,Bab malam mula lah batuk-batuk beserta dengan demam.Kalau dah batuk tu,sure punya dia muntah..Haishh...Ummi memang tak boleh nak tidur bila dia demam.Lagi la pulak temp badan sampai 39..Korang rasa!! nak tido jugak ke dengan lenanya ke.uishhh..haruslah tak kan.

Walau dalam keadaan yang tak sihat tu,ada jugak keletah dia yang membuatkan ummi dia ketawa.

Aksi dia bila tengok umi dia pakai shawl
Actually malam tu saja je ummi dia dok beraksi depan cermin,nak menggayakan shawls yang baru dapat tu.Apa lagi,dia pun dok kemain lagi nak bershawl jugak dengan ummi.Belum lagi berbedak sakan satu badan...lipstick satu baju..semuanya dah dicubanya./Pantang apa yang orang buat,dia akan buat..ishhh..bahaya...bahaya..So ummi kena behave bila berdepan dengan anak dara ni..Tak boleh nak buat benda yang salah depan mata dia.

Tengok jelah aksi dia di dalam video tu..Ummi nak pakaikan pun tak kasi..siap minta butang dengan ummi nak pakai kat shawls  tu..
Memang lawak betul masa dia pakai shawls..asyik nak tergelak je..
Nampak sangat mak jemah dia kat situ...






Thursday, December 24, 2015

Bila Anak Tak sihat

Thursday, December 24, 2015 7 Comments
Assalamualaikum

Blog mula menyepi bila anak dah tak sihat.Tak keruan bila demam masih tak kebah.Orang kata demam sebab nak beralih bulan.Demam diikuti dengan selsema dan batuk,memang ambil masa nak pulih.

Hari selasa,ummi time off kejap sebab hantar Naura ke klinik,Semalam,rabu ummi tak masuk kerja sebab demam masih tak kebah.Check doktor lagi takut kena denggi ke ape..Takde..Doktor kata ok je.Sepatutnya semalam Naura perlu dapatkan imunisasi Dtap yang kedua.Tapi nampaknya terpaksa di tunda lagi.Masuk kali ni dah dua kali tergendala.Tanya balik kat doktor tu,takde ape ke kalau asyik postponed je imunisasi.Doktor kata kalau dah dapat yang pertama tu,selamat lagi la..Jangan tak dapat terus.

Hari ni ummi terpaksa la kerja jugak sebab dah banyak sangat cutinya.Kalau ikutkan hati memang taknak tinggalkan dia.
Ummi sapukan air asam jawa untuk hilangkan kepanasan badannya.

Memang setiap kali demam,baju memang ditanggalkan.Pagi tadi check,cuma tinggal batuk dan selsema je.Demam dah kebah.Dah boleh gelak-gelak dengan kakak dia dah malam tadi.Kalau tidak asyik merengek je kerjanya..Yelah..orang tak sihatkan..

Oklah..nak siapkan kerja yang pending..Satgi membebel lagi..


Last but not least..Salam Maulidur Rasul untuk umat islam di dunia ni.

Monday, December 21, 2015

Suprisekan Insan Tersayang Dengan Dulce Suprise

Monday, December 21, 2015 15 Comments
Assalamualaikum

Trend terkini kan,Suprisekan yang tersayang di hari jadi,annversary dan sebagainya.Bila dah dapat suprise macam tu of courselah senyum sampai ke telinga kan.Gila tak suka suprise macam ni.hehehe...

dulce surprise jb
Dah banyak peniaga yang buat bisness ni termasuklah salah satunya iaitu Dulce Surprise.

Dulce Suprise menyediakan khidmat surprise planning untuk any kind of occasions macam birthday,anniversary dan lain-lain.

Kepada sesiapa yang nak kasi loved and special ones diorang melting,memang sesuai sangat buat surprise kerana semua orang sukakan surprisekan!
Korang tak perlulah risaukan apa yang nak diberikan kepada yang tersayang kerana Dulce surprise menyediakan bouquet/basket,balloons dan lain-lain item upon request.


dulce surprise jbdulce surprise jb

Untuk warga JBrians,if korang nak surprisekan seseorang boleh la terus ke instagram/facebook Dulce Surprise untuk mengetahui pakej yang mereka sediakan. Banyak lagi Testimoni bergambar untuk Surprise gift dari Dulce Surprise.Boleh jeling-jeling kat IG mereka.

Ini adalah antara pelanggan yang menggunakan khidmat Dulce Surprise.
                          
 Dulce suprise juga menyediakan Birthday party set up within their budget of RM200 to RM250.Ikut apa yang korang nak ler kan.
dulce surprise

Di bawah ni,customer request untuk Convocation day for kids.

dulce surprise jb


Untuk Maklumat lanjut boleh layari instagram/facebook Dulce Surprise



 Instagram :https://www.instagram.com/dulcesurprise/
Facebook :https://www.facebook.com/dulcesurprisejohor/
Contact : 013-7016350/019-7128913
Email : dulcesurprise@gmail.com

Jom Happykan yang tersayang!!!

Thursday, December 17, 2015

Cik Cinderella Dan Encik Tengku

Thursday, December 17, 2015 11 Comments
Assalamualaikum

wit..wit.. selamat pagi korang..Semangat betul pepagi ni..Segar rasa badan..Rahsia???takde rahsia apa-apa pun..Mungkin penangan cerita malam tadi..SYOK beb!! Walaupun terlambat masuk office hari ni..Scan pukul 8.10 am..Iskkk..Mau kena tolak gaji.Ala...tak kisah la,Janji datang keje..Bukan selalu.

Oh No!!.Nak cerita.Tertengok sebenarnya cerita tu malam tadi..serius..memang terjatuh cinta lagi dengan lakonan Syukri Yahya yang awesome tu.Seperti tajuk entry aku la ni,Cik Cinderella Dan Encik Tengku ni.Memang boleh layan la episode pertama dia ni.Kita tengok pulak nanti episode kedua pulak..

Cik Cinderella Dan Encik Tengku

Oh ye..Meh aku ceritakan sedikit sinopsis cerita Cik Cinderella dan Encik Tengku ni.Sebenarnya cerita ni adalah adaptasi dari sebuah Novel karya  Airisz.

Mengisahkan Puteri Nuraisha yang kehidupannya bersama keluarga yang seakan meminggirkannya, Puteri mempunyai seorang ibu tiri dan kakak tiri, Puteri sering terasa terpinggir akan layanan ayahnya yangg sering melebihkan kakak tirinya iaitu Sha. Puteri mempunyai seorang kekasih yang bernama Ashraf, seorang lelaki yang sering mengharapkan wang perempuan. Kehidupan Ashraf yang sering dilimpahkan wang oleh keluarganya sendiri, membuatkan perasaan Puteri terhadap Ashraf semakin pudar tatkala Ashraf yang sering meminjam wang tanpa membayarnya semula, semakin hari sikap Ashraf semakin membuatkan Puteri semakin bosan, perkenalan Puteri dengan Daniel yang dikatakan mempunyai raut wajah yang elok membuatkannya semakin jauh hati dengan Ashraf. Sedikit demi sedikit Puteri telah jatuh cinta terhadap Daniel dalam diam, dengan sikap Daniel yang sangat menyenangkan membuatkan Puteri semakin berbunga-bunga terhadap Daniel, tapi dalam masa itu Puteri juga dalam dilema untuk mengahwini Ashraf. Puteri terperangkap antara cintanya terhadap Daniel dan perkahwinan tanpa rasan cinta dengan Ashraf kerana amanat arwah ibunya,. 

Segala perancangan perkahwinannya bersama Ashraf telah dirancang dengan rapi oleh ibu tirinya. Pelbagai persiapan telah diatur, dalam masa yang sama tanpa diketahui oleh Puteri, kakak tirinya iaitu Sha telah menjalinkan hubungan cinta dengan Ashraf. Sha dan Ashraf telah lama menjalinkan hubungan cinta tanpa diketahui oleh sesiapa, sungguh bijak mereka merahsiakannya, segala perilaku Puteri sering dipantau oleh Sha akibat rasa cemburunya. Andai Puteri berjumpa dengan Ashraf, pertelingkahan sering terjadi antara mereka, segala yang dirahsiakan oleh Sha dan Ashraf selama ini terbongkar dengan kejadian yang sangat mengaibkan, segala perncangan perkahwinan Puteri dan Ashraf terganggu dek kerana Puteri tidak ingin meneruskannya lagi. Konflik terjadi tatkala persiapan telah direncanakan dengan bajet yang melampau, kerana peristiwa yang memalukan itu semuanya menjadi kucar kacir sehingga Sha sanggup menjatuhkan maruahnya sebagai seorang perempuan demi cintanya terhadap Ashraf. Saat genting inilah Daniel terus bersama Puteri, apakah yang terjadi seterusnya? Apakah Puteri akan bersama dengan Ashraf walaupun peristiwa yang memalukan itu telah terjadi demi sebuah amanat seorang ibu? Atau Puteri mengenepikan amanat itu dengan memilih Daniel? Apa pula yang akan terjadi kepada kakak tirinya Sha? 
Jalan cerita memang best la...Tapi tak tau pulak kan kesudahan cerita ni sebab aku tak pernah baca pun Novel ni.
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Cerita ni diadaptasi dari Novel ni lah..


JUDUL : CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU
EPISOD : 13 episod
TARIKH / MASA : 16/12/2015 Rabu-Khamis 9 malam Tv3
SIARAN : Slot Lestary TV3
NOVELIS: Airisz
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : -
PELAKON : Zahirah Macwilson, Shukri Yahaya, Shah Iskandar, Puteri Aishah, Dato' Eizlan Yusof , Aleeza Shadan, Aida Khaleeda, Sherry Al Hadad, Zulin Aziz



So,hari ni boleh sambung tengok lagi cerita ni..hehehe

Wednesday, December 16, 2015

Percutian Singkat di Gambang Waterpark Kuantan

Wednesday, December 16, 2015 9 Comments
Assalamualaikum

Alhamdulillah..Tertunai sudah hajat nak bawak anak-anak jalan.Walaupun Naura masih kecil dan tak dapat merasai nikmat percutian,tapi kakaknya dapat lah jugak kan.Suka sangat Nur awfiyah bila dapat mandi manda di sana.

Percutian singkat ni sebenarnya dah lama di rancang.Tapi belum ada kata putus,Bila tetiba husband bagitau yang dia da lama beli vaucher untuk percutian 2 Hari 1 Malam di Gambang Waterpark.maka keputusan untuk ke sana di buat pada 7 disember hari tu.Kalau ikutkan boleh je lepak rumah abang ipar di Kuantan tu.Ala...tak jauh mana pun..Takat perjalanan cuma mengambil masa 10-15 minit je dari rumah.Tapi disebabkan nak merasai kenikmatan percutian tidur hotel la best kan.

Actually,percutian singkat tu memang tak puas kalau ikutkan,tapi disebabkan percutian tu akan ada menyinggahnya di satu tempat masa kami ondway balik ke johor bahru.

Check in di Carribbean pada 8 December pukul 3 petang.Tapi pagi tu kitorang dah pi waterpark.Sampai je kat Waterpark,tengok air,awfiyah dah sibuk nak pergi ke kolam tu..Tak menyempat nak letak barang,dia dah mengaruk sangat..heheh..
Nak taknak,makcik dia dah bawa berendam..Belikan dia pelampung kecil..So tak risau sangat.Tu pun tak lama sangat dia duduk dalam pelampung tu.Nak lepas je..Ummi dok risau takut dia lemas je.
Ni masa mandi kolam di hotel..pagi sebelum check out petang tu.Sempat lagi sedas main air
Pun taknak orang pegang dia..isk...risau ummi

Actually husband memang dah lama booking Family suite di Carribean untuk 2 hari 1 malam..Meh aku share sedikit suasana bilik yang luas..Boleh masuk lagi orang kat sini..Bawak je toto..so boleh masuk lagi satu family.Di percutian kami masa tu,family abang ipar pun join sekali.Cuma diorang booking bilik Studio suit je..Tak pulak aku amik gambar salam bilik tu.

Ok,dalam Family suit,ada dua bilik tidur,dua bilik air..Memang luas..puas hati la..



Bilik utama yang menghadap suasana luar

Bebudak dengan bapak budak dok landing kepenatan dah tu..

Ruang tamu untuk family suite

Mesti ke kena snap kat bilik air..ini je yang sempat aku snap.Nak berehat sebab malam tu ada aktiviti lain pulak

Tak banyak gambar yang aku snap sepanjang percutian aku ni.Sibuk dengan anak dan aktiviti kami.So xbanyak masa nak pegang handphone.


Malam tu aku just keluar makan di kawasan berdekatan dengan family.Nasib baik anak-anak tak meragam.Ingatkan adik aku nak pi safari night.Disebabkan nak tutup dah safari night tu,so decide pergi keluar makan awal..Yang penting dah takde aktiviti yang menarik di situ.

Balik makan malam,masing-masing terus tidur kepenatan..Awfiyah pun sampai tak terjaga nak menyusu..Jadi ummi boleh tidur dengan aman.

Esok pagi dah bawak awfiyah mandi kolam.Tengahari kitorang dah checkout.Lepak rumah abang ipar dulu,lepas makan tengahari terus gerak gi rumah adik aku kat rompin pulak.Esoknya baru balik JB.Tapi sebelum tu sempat la aku jumpa mak yang pada masa tu ada kat Kota tinggi.Hah!! yang tu nanti aku cerita kat next entry ye..

Itu sahaja cerita pasal percutian singkat di Gambang Waterpark.Kiranya inilah kali kedua aku ke gambang.Masa pertama kali pergi aku tak stay sana pun...





Tuesday, December 15, 2015

Petua Merawat Terkena Benda Panas

Tuesday, December 15, 2015 8 Comments
Assalamualaikum

Cerita pagi tadi sebenarnya ..Baru dapat update petang-petang gini.Sementara tunggu nak balik ni,sempat la updat eentry untuk hari ni..Super duper Busy hari ni.Sebagai Orang dapur ni,kita tak boleh lari dari kekadang terkena benda panas seperti terkena periuk atau kuali atau minyak panas.

Bila dah terkena tu,maunya pedih,dah terus takde mood pulak nak memasak kan.Begitulah yang terjadi pada aku pagi tadi,huwa...Nangis kejap sebab pedih sangat terkena tepi kuali tu.Macam terkena apa pulak kan sampai nangis bagai..But seriusly memang pedih kot.Ingatkan nak rasa masakan yang ada dalam kuali tu,Sudahnya  terkena pulak tepi kuali di bahagian tangan aku ni..Bagitahu kat husband pasal ni,terus suruh letak kicap.

Kalau nak tau ada pelbagai jenis petua untuk merawat terkena benda panas ni.Aku ambil yang mudah jelah ye.Mana tau berguna untuk aku dan jugak korang kat luar sana kan.Yang penting kita kena ikhtiar supaya ianya tidak melarat..Aku ambil petua ni dari sini untuk kongsi bersama

1.Sapu bahagian kulit yang terkena tu dengan sedikit lendir daun lidah buaya/aloevera dan buah manjakani yang telah ditumbuk lumat.

2.Oleskan Kapur sirihpada bahagian yang melecur dan biarkan sehingga kering.Setelah kering,oleskan lagi .Anda akan rasa selesa tanpa meninggalkan parut.

3.Tepek kopi serta merta pada bahagian yang melecur.Anda akan rasa pedih seketika,Selepas anggaran 10 minit,tanggalkan.Anada akan dapati kulit tidak melecur atau melepuh.

4.Sapukan getah pelepah pisang pada bahagian yang berkenaan dengan sekata.Elakkan terkena air supaya kulit tidak melepuh.

5.Pecahkan sebiji telur dan kacau.Sapukan teluir pada bahagian yang berkenaan menggunakan kapas.Apabila kering,sapukan lagi.

6.Gosok perlahan-lahan bahagian berkenaan dengan cecair sabun mandi.Lakukan sehingga rasa sakit hilang.

7.Sapukan ubat gigi,Kicap atau marjerin pada bahagian berkenaan.Biakran hingga kering.Elakkan dari terkena air anggaran selama setengah jam.Kulit akan berasa sedikit gatal dan mengelupas tetapi tidak mengelembung dan berair.

p/s. Aku buat yang no 7 tu je..Yang paling senang dan cepat.Harap petua ni jugak boleh membantu korang di saat-saat kecemasan..Insya allah...Tapi kalau dah teruk sangat,silalah ke hospital atau klinik yang berdekatan.







Monday, December 14, 2015

Shampoo Dove Volume & Nourishment Di genggaman

Monday, December 14, 2015 6 Comments
Assalamualaikum

Alhamdulillah...Dah pun berada di genggaman..Sebenarnya shampoo ni dah lama dah dapat kat aku..Baru ni nak update..Baru balik dari bercuti..Mood untuk mengarang entry pun masih kurang.Kerja pun banyak lagi nak settlekan.Actually Shampoo Dove Volume & Nourishment ni aku dapat melalui giveway dari yaya natsumi..Ni..cer korang jeling-jeling kat link ni Yaya Giveaway

Mula terfikir masa dapat parcel ni sebab Besau Ko!!

Shampoo Dove Volume & Nourishment

Ok..Meh aku cerita sedikit tentang Shampoo Dove Volume & Nourishment yang baru aku terima ni.
Dove Volume  & Nourishment  dirumus dengan Teknologi Oxyfusion dan dicipta khusus untuk menjadikan rambut lebih kelihatan tebal dan bermaya sehingga 95% serta memberikan khasiat supaya rambut kelihatan cantik dan sihat.Penyelesaian bagi rambut yang nipis..

Shampoo Dove Volume & Nourishment


Di Dalam box ni mengandungi 

Shampoo Dove Volume & Nourishment
Shampoo
Conditioner
Towel yang cantik tu!!


Ehem..sempat la kan berselfie dulu dengan hadiah yang dimenangi tu



So far memang aku suka bau dove ni..Tapi dove yang baru ni bau dia lain sikit la,tak sama dengan bauan Shampoo Dove yang lama tu..Tapi bau tetap wangi..heheh

Jimat la nak beli shampoo selama dua bulan ni..Bagi aku penting jugak mencari shampoo yang sesuai dengan rambut kita.Bukan main boleh beli je..Lagi satu kenalah try and error kan.Nak lagi jenis yang bertudung.Tak semua shampoo sesuai.Satu tips dari aku,Kalau  nak mencuba sesuatu,aku akan pastikan beli yang bersaiz kecil dahulu.Kalau ok,barulah beli yang besar terus.Lagipun rugi pulak kan kalau terus beli yang besar,lepas tu tak sesuai dengan kita.

So far Dove Volume & Nourishment  boleh dikatakan sesuai dengan aku.





Saturday, December 05, 2015

Hadiah Headband Dari Mommy Irrayandotcom

Saturday, December 05, 2015 6 Comments
Assalamualaikum

Semalam lagi dok terfikir bila dapat parcel kecil dari poslaju..Memang tak tau apa isi dalam parcel tu.Apatah lagi bila tengok nama pengirim,.Sumpah tak kenal.Sebabnya dalam blog memang la nama pendek je kan.

Alhamdulillah..Mommy iran kirimkan hadiah ni khas untuk anakanda Nur Naura Auni..Bukan Naura je yang boleh pakai,kakak dia pun boleh jugak..Boleh la melaram dengan headband baru hari ni,


Hadiah Headband Dari Mommy Irrayandotcom

Syukran,banyak betul kan headband yang mommy ira bagi kat anakanda umi ni.Sebenarnya ada dua lagi headband yang takde dalam gambar ni.Dah diagih kepada dua orang officemate yang kebetulannya jatuh kelahiran yang sama bulan dengan Naura.Apa salahnya berbagi-bagi kan..Hari ni rezeki anak dia,esok lusa,rezeki anak kita pulak.Satu lagi yang warna pink tu Baby bibs..Nanti Naura dah boleh makan,boleh la guna bib tu..

Anyway..Thanks sangat kat mommy ira sebab kirimkan headband yang cantik ni..
Sesiapa yang nak membeli boleh la jengah kat onlineshooping Mommy ira ni di sini http://onlinestore.irrayyan.com/


Nanti Naura dan Awfiyah pakai,ummi upload gambar kat blog ye...


Friday, December 04, 2015

Naura Tidur Meniarap

Friday, December 04, 2015 14 Comments
Assalamualaikum

Kebaikkan dan Keburukkan bayi tidur meniarapSalam pagi jumaat korang!!Pepagi ni dah bercerita pasal anakanda sorang tu..Posisi tidur yang paling disukai Naura sekarang adalah Meniarap!!

Bila dah tidur meniarap ni,rasa risau jugak la kan,kot tak boleh nak bernafas ke,wallahualam.Ada orang-orang tua kata bagus sebab baby tidur meniarap ni,perut tak masuk angin..Tidur pun lena.Tapi tu semua ada pro dan kontranya la..Sebab hasil pembacaan aku di sebuah blog mengatakan ada kebaikan dan keburukkan Tidur meniarap ni.Pernah juga terfikir macam mana tidur yang paling selamat untuk bayi ni.

Aku ambil dari hasil pembacaan aku di SINI Tentang Kebaikkan dan Keburukkan bayi tidur meniarap

American Academy of Paediatrics berkata,posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah secara terlentang dan bukan meniarap atau mengiring.Kejadian kematian bayi secara mengejut atau Sudden Infant Death Syndrome-SIDS telah berkurangke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992.Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat pernafasan.


Kelebihan Tidur Meniarap

  • Tengkorak bayi bulat dan tidak kemek di belakangnya
  • Leher,bahu dan dada bayi kuat dengan lebih cepat,sekaligus membantu bayi belajar merangkak dengan lebih mudah
  • Bagus untuk perkembangan otak bayi
  • Tidur bayi akan lebih lena dan nyenyak.
  • Dapat mengelakkan bayi dari masalah kembung perut
Yang di atas ni aku setuju sangat sebab Naura pun macam tu

Keburukkan Tidur Meniarap
  • Meniarap akan memberi tekanan pada rahang bayi dan menyebabkan saluran nafas sempit
  • Meningkatkan risiko SIDS(Sudden Infant Death Syndrome).
  • Apabila bayi tersembam,mereka tidak kuat mengangkat semula kepala untuk membolehkan mereka membetulkan kedudukan kepala dan bernafas.

Sekarang ni kita tengok pula apa Langkah Keselamatan Tidur Meniarap
  • Menggunakan tilam yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras yang boleh menenggelamkan muka bayi.
  • Tidak menggunakan bantal,alas tilam atau sebarang mainan berdekatan dengan muka bayi.
  • Memastikan selimut sentiasa berada di bahagian bawah paras dada.
  • Sentiasa awasi bayi anda ketika mereka tidur.
  • Pastikan jarak anda tidak jauh dari bayi dan jangan biarkan bayi tidur


Langkah Keselamatan Tidur Meniarap
  • Menggunakan tilam yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras yang boleh menenggelamkan muka bayi.
  • Tidak menggunakan bantal, alas tilam atau sebarang mainan berdekatan dengan muka bayi.
  • Memastikan selimut sentiasa berada di bahagian bawah paras dada.
  • Sentiasa awasi bayi anda ketika mereka tidur.
  • Pastikan jarak anda tidak jauh dari bayi,
Ada info extra yang dikongsikan di sini
Sebahagian daripada ulama menghukumkan makruh tidur dengan posisi meniarap.Mungkin mereka memutuskan hukum tersebut berdasakan hadis di bawah ni

Dari Abu Zar RA,Beliau mengatakan,
"Suatu hari Nabi s.a.w sedang berjalan melewatiku ketika itu aku sedang tidur secara meniarap(tidur atas perut).Maka baginda membangunkan aku  menggunakan kakinya dan berkata,"Hai Junaidib(panggilan Abu Zar),sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara terbaring penghuni neraka."
Hadith Riwayat Ibnu Majah)
"Sebaiknya jauhilah tidur dengan posisi meniarap sebagai meraikan pendapat ulama yang menghukumkan makruh disamping kajian perubatan moden juga membuktikan ia boleh membawa mudarat. Tidur yang terbaik adalah seperti tidur Nabi s.a.w


Kekadang bila malam,aku kurang tidur nyenyak.Lagi pulak Naura dah tidur lasak.Semakin lasak.Kadang-kadang aku alihkan posisi dia tidur..Tu pun dia akan balik semula kepada meniarap.Risau lah jugak kan..

Dah Masuk 5 bulan Naura.Rasa masam baru semalam je lahirkan dia.. Sekarang dah pandai meniarap,angkat bontot tinggi..angkat tangan,kepala tinggi..Tak lama lagi akan maju ke depan..Syabas nak!!





Thursday, December 03, 2015

Teaser : Akan di Kongsi Nanti

Thursday, December 03, 2015 5 Comments
Assalamualaikum

Teaser Weh!!.Tak pernah lagi dalam blog ni aku buat macam ni..Tapi dari apa yang korang nampak dan alert,mesti korang tau apa ni,.

Aku memenanginya dalam satu penyertaan blogger jugak.Alhamdulillah..Memang dah lama idam nak dapat ni,sebabnya aku memang pengguna product ni..Taklah idam sangat sebab tiap-tiap bulan kot aku beli barang ni.Tapi yang ni ekslusif sikit..tu yang bestnya..heeeee



Nanti aku cerita di lain entry..Saja nak buat post ni kat korang..ececeh...Tau ke ape ni..cer teka...tapi takdak hadiah tau..hehehe



Wednesday, December 02, 2015

Kadar Bayaran BRIM 2016

Wednesday, December 02, 2015 13 Comments
Assalamualaikum

brim 2016Kadar Bayaran BRIM 2016 | Seperti yang sedia maklum,selepas Bajet 2016,Kadar bayaran BRIM untuk tahun 2016 telah meningkat mengikut pendapatan isi rumah.Pembayaran BRIM telah dinaikkan manakala satu lagi kategori baru telah diperkenalkan.Dalam Kategori baru BR1M,penerima BRIM yang tersenarai dalam program E-Kasih dan berpendapatan bulanan bawah RM1000 akan menerima bantuan BRIM sebanyak RM1,050.






Kadar bayaran bantuan BRIM 2016 

brim 1 malaysia

Pendapatan Isi rumah Bawah RM1,000(e-kasih) RM1050
  • Ansuran Pertama = RM350 (Januari 2016)
  • Ansuran Kedua = RM350 (Mei 2016)
  • Ansuran Ketiga = RM350(September 2016)
Pendapatan Isi rumah Bawah RM3000 (RM1000)

  • Ansuran Pertama = RM300 (Januari 2016)
  • Ansuran Kedua = RM350 (Mei 2016)
  • Ansuran Ketiga = RM350(September 2016)

Kategori Isirumah RM3,001-RM4,000(RM800)


  • Ansuran Pertama = RM250 (Januari 2016)
  • Ansuran Kedua = RM250 (Mei 2016)
  • Ansuran Ketiga = RM300(September 2016)
Kategori BRIM Individu Bujang
  • RM400(Januari 2016)

Sumber: Sini


Kepada Penerima BRIM yang lepas dan yang bakal membuat pendaftaran,permohonan dan kemaskini BRIM 2016 online hanya akan dibuka pada 5 Disember 2015


Tempoh Permohonan dan Kemaskini

1 Disember-31 Disember 2015

Penerima BRIM sedia ada tidak perlu mendaftar lagi,tetapi hanya perlu mengemaskini maklumat peribadi termasuk alamat,maklumat anggota keluarga dan akaun bank.Pemohon sedia ada yang gagak mengemaskini BRIM 2016 akan menyebabkan permohonan gagal diproses

Kaedah Permohonan BRIM 2016

  1. Online
  2. Cawangan LHDN atau Kaunter Khas






Tuesday, December 01, 2015

Jadual Imunisasi Naura Tertunda

Tuesday, December 01, 2015 15 Comments
Assalamualaikum


Sebelum tu,Entry untuk anakanda Naura terbengkalai dek kerana ummi terlalu busy.Walaupun niat nak update tentang Happy 4th  Monthsary Naura selalu tergendala,tetapi umi tetap ingat tentang perkembangan anak-anak ummi.

Semalam sepatutnya Naura dah dapat Imunisasi DTAP 2 sedangkan orang dah habis dengan DTAP 1-3 tetapi disebabkan anak ummi dah dua kali demam bila nak dapatkan injection.Terpaksalah postponed kan..Masuk ni dah dua kali postponed..Tapi apa nak buat.Kesihatan adalah yang paling utama.Takkanlah anak demam,nak bagi injection pulak kan.Lagi satu dekat mulut Naura ada kulat susu sikit..Jumpa doktor ,dia kata tak teruk sangat..Lega hati ummi..Kakak awfiyah pun pernah kena kulat susu tu 

Syukur demamnya tak lama..Mungkin demam nak beralih bulan je tu.Tapi sebagai ibu,kita tetap akan rasa tak sedap hati bila anak dah demam ni.Mulalah malam payah nak tidur,asyik sekejapan tengok keadaan dia..Check jugak samada badan semakin panas atau tidak.Biasalah bayi ni kalau dah panas takut kena sawan je..

Part tu yang paling merisaukan ummi..Alhamdulillah..kakak dia sihat walafiat sehingga sekarang.


Walaupun demam,tapi still ok lagi masa kat klinik.Tak banyak meragam
Waktu ni kakak tak ikut.kat rumah je..Kesian pulak kalau nak bawak dia,dengan bersesak-sesak orang kat klinik tu,tak selesa pulak.


Nampaknya bulan depanlah baru ambil injection DTAP2.Harap-harap tak demam lagi lah masa tu.



Happy Monthsary sayangness!!! Moga menjadi anak yang solehah..


DocLab Face Ampoule Review

Tuesday, December 01, 2015 3 Comments
Assalamualaikum


Doclab Face Ampoule Review | Merupakan produk terkini untuk rawatan kecantkan dirumus dan dihasilkan dan dihasilkan di Korea Selatan ternyata menjadi dambaan wanita kini.Rumusan bahan terbaik tanpa penggunaan sebarang alkohol mahupun bahan bahan daripada haiwan,juga tiada silikon ataupun paraben,Antara bahan utama yang terkandung di dalamnya adalah seperti asid hyaluronikmekstrak ginseng,kolagen dn juga ekstrak daun Aloe Vera,Paling dititikberatkan semestinya produk ini mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM)

DocLab Face Ampoule Review


Kalau korang nak tau,Doclab Face Ampoule mampu untuk meningkatkan kelembapan kulit dan penghidratan mendalam dengan teknologi Asih Hyaluronic.Dengan Kolagen dan Ekstrak ginseng sebagai bahan utama,Ampoule ini mampu mengembalikan kegebuan kulit ,menganjalkan ,melembutkan serta menteksturkan  kembali kulit,menjadikan kulit anda licin serta melindungi  kulit daripada bajam kimia yang berlebihan kesan daripada kosmetik yang lain.Melalui penggunaan yang berterusan,produk ini mampu membuatkan solekan anda tahan lebih lama,kulit lebih terhidrat,mengawal sebum dan menjadikan kulit wajah kelihatan kurang berminyak,mengetatkan liang roa,menguatkan liang roma,menguatkan kulit serta anti kedutan


Doclab Face Ampoule ini boleh membantu
  • Memelihara lembapan kulit
  • Memperbaiki sel dan struktur kulit 
  • Mengurangkan kedutan,garis garis halus dan kesan penuaan.
  • Mengatasi masalah kulit kering
  • Meningkatkan ketegangan dan keanjalan kulit
  • membantu make up kekal lebih lama
  • Membantu kulit anda menyerap produk penjagaan kulit lain seperti serum dengan lebih berkesan

DocLab Face Ampoule Review
Doclab Face Ampoule di dalam satu kotak.Dan satu kotak ni berharga Rm128.

Dalam 1 kotak ni ada 5 ampoule yang comel dan setiap satunya cukup untuk digunakan pada keseluruhan muka dan memberikan satu hasil yang luar biasa.Biasanya aku gunakan untuk keluar bersiar-siar je untuk mengekalkan make up aku agar tahan lebih lama..Kalau boleh nak pakai hari-hari supaya kulit lebih cantik.Produk ini juga Anti wrinkles..Boleh la hilangkan kedutan di bahagian muka ni.Maklumlah..bila umur meningkat,maka kedutan juga meningkat...hehehe

DocLab Face Ampoule Review
Bekas kaca yang sangat comel.
Disebabkan ianya kaca,so kena ada jugak cara untuk membuka glass container ni..Bukan boleh main redah je ye anak-anak..


Meh perhatikan bagaimana untuk membuka Ampoule ini
DocLab Face Ampoule Review
Step 1 -Perhatikan ada garisan di bahagian neck ampoule ni..
Step 2 -Hamparkan tisu di bahagian neck 
step 3-Patahkan terus seperti gambar step 2
Step 4- Letakkan ke tapak tangan sebelum apply ke seluruh muka.

Sifat Doclab face Ampoule ni sangat ringan untuk di apply di muka.Ia juga cepat menyerap ke muka dengan tidak mengambil masa yang lama sebelum korang apply make up.

Muka yang tak nampak berminyak dek kerana make up yang tahan lama..
Actually aku jarang bermake up kat office..Just letak foundation dan bedak compact skit..Jarang pekena lisptick..hehe..
See..muka no editing ok..


So far ,setelah menggunakan Produk Doclab Face Ampoule ni,Kulit muka kurang berminyak tetapi nampak lembap.Skin tone juga sekata dan kulit sangat flawless.Bila mengenakan make up,ianya boleh tahan lama dan of course la tak perlu nak tambah-tambah lagi bedak.Actually,memang puas hati sangat-sangat dengan produk ni.


DocLab Face Ampoule Review


Untuk Maklumat Lanjut,sila layari

Facebook : fb.com/doclab.my
Instagram :  instagram.com/doclabkr
Website : www.doclabkr.com



Friday, November 27, 2015

Guna Dan Tebus Point Dari Drypers Club

Friday, November 27, 2015 6 Comments
Assalamualaikum

Hanya Mak-mak je yang masuk kelab Drypers ni kan..Takkan ler anak dara nak masuk kelab  ni pulak..Bila dah jadi mak-mak ni,apa je yang melibatkan anak,mesti dia nak try and error.Bila dah ada kelab-kelab yang macam ni,of courselah semua nak masuk.

Baru-baru ni aku ada buat survey pasal drypers ni,dapatlah 500 bonus untuk dikreditkan dalam akaun drypers aku..Eh..Korang dah join ke belum ek..Kalau belum boleh la join ni..Kalau korang pengguna tegar Drypers ni,aku syorkan korang join kelab ni..Sambil tu,korang boleh kumpul point dari setiap pembelian Drypers tu..

Senang je..Meh aku ajar cara bagaimana korang nak join kelab Drypers ni

Perkara pertama adalah korang adalah pengguna Pampers Jenama Drypers ni la

Kedua,Klik Link ni untuk Mendaftar >>> Register Sini
drypers

Ketiga,korang lengkapkanlah borang yang diorang bagi ni

drypers
Lepas tu korang ikut je langkah-langkah yang diorang suruh

So,bila korang dah jadi ahli kelab Drypers ni,korang boleh dapat banyak maklumat tentang parenting dalam kelab ni.Sebab kelab ni ada buat forum..

Bawah ni,cara untuk collect point dari setiap pembelian Drypers..Setiap Drypers berbeza point yang dia berikan..Nanti korang tau lah kan

drypers

Aku pun banyak jugak skip penebusan Dyrpers ni,so taklah banyak sangat point yang aku dapat

Kita tengok,apa yang boleh ditebus dari setiap pembelian pampers tu..Meh aku tunjuk sikit

drypers

Tapi belum cukup untuk buat penebusan..Simpan dulu..nanti boleh buat tebus pampers...hehehe..
Semalam baru dapat lagi 500 point ...yeayy!! suka-suka


Lepas ni kena selalu beringat bila beli pampers,mesti masukkan kod,sebab dah banyak kali aku lupa untuk masukkan kod...heh!! Nyesal








Thursday, November 26, 2015

Tips Untuk Ibu Menyusu

Thursday, November 26, 2015 12 Comments
Assalamualaikum

Sebenarnya entry ini bertujuan untuk share tips-tips yang pernah aku gunakan sepanjang penyusuan Naura.Ini cuma sekadar perkongsian untuk mereka-mereka yang memerlukan sekaligus memberikan semangat kepada aku sendiri..Bila kita tulis,kita juga perlu lah praktikkan apa yang ditulis.


Sebenarnya macam berat hati jugak nak tulis entry ni,bukan apa,salah satunya aku takut entry aku disalah ertikan sebagai menunjuk-nunjuk kononnya macam aku breastfeeding anak sorang kat dunia ni.Dan satu lagi aku takmo orang kecam aku bila aku syok sendiri nak share pada mommies  di luar sana tentang pengalaman yang sedikit tu ...

Sebenarnya kalau ikutkan kemampuan,rasanya tak termampu nak betul-betul breastfeeding anak.Yelah mana masa nak kejar bekerja lagi,Nak fikir sediakan makanan anak-anak yang lain,kerja rumah lagi..Itu belum masuk lagi nak buat stock susu.Satu lagi kalau susu merundum,nak kena buat kerja lebih sikit..Jadi,semangat untuk menyusukan anak tu datang secara tiba-tiba..Tiada siapa yang suruh je,Boleh je kalau nak bagi FM kat anak,tapi bila fikir-fikir balik,niat kita yang inginkan BF anak tu,perlu jugak kita teruskan.Lagi satu,aku nak juga merasai pengalaman menyusukan anak.Tak tau lagi lepas ni aku berpeluang untuk BF anak ke tidak kan..wallahualam..

So,taknak lah aku membebel panjang...Meh aku share tips untuk para-para ibu menyusu di luar sana..Meh aku cerita sikit sejarah pertama kali aku menyusu Naura.

Naura dapat susu ummi dia selepas hari ketiga dilahirkan..Alhamdulillah..dia dilahirkan dengan keadaan yang baik dan sihat..Syukran.Cuma ummi dia ada masalah semasa bersalinkan Naura.Korang pun tau kan,Aku bersalin Czer.Sebab aku Czer adalah kerana doktor takut jantung aku tak dapat nak mengepam,ataupun tak boleh nak push bila baby keluar.Memang aku ada maslah jantung sehingga sekarang.Doktor dah nasihatkan aku/sarankan aku supaya tak ambil risiko lagi untuk mengandung.
Tips Untuk Ibu Menyusu
Sumber:google

Kita ambil Tips Untuk ibu Menyusu yang mudah je lah kan untuk kita buat.

1-Tambahkan Kekerapan mengepam(atau Direct feeding)
Ini yang selalu aku praktikkan.Kalau korang nak tau,alhamdulillah..kat office,Allah swt selalu permudahkan aku untuk mengepam.Department aku ni banyak lelaki,tapi mostly mereka macam faham kalau ada bunyi-bunyi  halus dari pam yang aku gunakan.selalunya bila mengepam,aku akan bukak music kuat-kuat sikit,jadi taklah dengar sangat kan.Di office,aku memang takde jadual mengepam buat sementara ni,selagi ada masa terluang,aku akan gunakan untuk mengepam.Itu bagi permulaan untuk mereka yang kurang susu..boleh praktikkan..Bila stock susu korang dah meriah,susu pun dah banyak,so bolehlah korang jadualkan aktiviti mengepam tu ye.Bila malam pulak,Aku memang takde jadual untuk menyusu Naura,Bila dia mintak,memang aku bagi..

2-Power Pumping 
Masa aku dalam pantang,memang takde wujud nak baca pasal power pumping ni.Sebab tu aku nasihatkan korang,kalau korang ada niat nak breastfeeding anak,kena dalami ilmu-ilmu breastfeeding ni.Bukan aku kata aku ni da expert sangat tentang ilmu ni,cuma aku nak share apa yang aku tau dan apa yang aku buat..tu je..Masa mula-mula nak buat power pumping memang ler malas nauzubillah..Mana taknya,korang kena peruntukkan 1 jam untuk buat power pumping..Bagi yang ada double breastpump tu senang la kan..xpayah nak bertukar-tukar pump kiri kanan.Just tekan button je
Waktu yang seeloknya buat power pumping ni adalah lebih efektif pada waktu malam kerana hormon  prolaktin lebih tinggi.Selalunya dalam pukul 10 dah buat power pumping sampai pukul 11 malam.Jarang buat tengah² malam buta,,Yelah..esoknya dah kena kerja kan..So buat yang termampu jelah.Cuma tulah,aku kena lebihkan mengepam pada waktu siang dan direct feeding pada waktu malam

3-Direct Feeding
Seperti yang dah aku sedia maklum,haruslah perbanyakkan direct feeding.Kalau seharian tak kerja,aku memang kerajinan nak bagi direct feeding si Naura.Perlu untuk menyusu kedua-dua belah payudara sehingga bayi taknak.Selepas korang menyusukan bayi,selepas tu korang perlu mengepam sekurang-kurangnya 5-10 minit untuk tujuan stimulasi

4-Pengambilan Makanan yang banyak Protein
Hah!! yang ni wajib korang ambil untuk perbanyakkan protein seperti soya ,ayam,ikan,daging dan sebagainya serta kalsium untuk hasilkan lebih banyak susu badan.Kalau korang nak tau,protein dari unsur soya mengambil masa kurang setengah jam untuk diuraikan dan serap badan berbanding protein dari unsur seperti ayam daging,ikan yang mengambil masa berjam² untuk terurai.Jadi pemilihan protein soya yang berkualiti tinggi amat digalakkan. Minuman wajib yang perlu aku ambil adalah horlicks dan juga milo serta susu kambing..Alhamdulillah...so far memang memberi result yang terbaik selain pengambilan Habassyi Oil tu

5-Banyak Minum Air
Sekurang-kurangnya 3 liter sehari.Buat masa ni,kalau time office hour ,aku memang rajin minum air,.kekadang sampai 4 liter pun ada..hahaha...Tapi bila da kat rumah,agak malas sikit..Nak-nak kalau time berjalan.Tapi bila korang dah terbiasa minum air 3 liter sehari,insya allah..korang akan terbiasa.Macam aku kan,beli botol yang boleh letak air 1 ltr..cuba habiskan 2 botol air masa di office dan 1 botol lagi di rumah..Tapi taklah sekali minum 1 liter tu..haisshh..jenuh weh nak habiskan 1 botol tu.


6-Banyakkan Berehat
Jangan asingkan tempat tidur untuk memudahkan penyusuan dan perbanyakkan sentuhan kulit ke kulit untuk menggalakkan bayi menyusu lebih lama..

7-Susukan Bayi sebelum pergi bekerja
Selalunya dalam pukul 5 pagi aku akan bagi susu kat Naura menggunakan kedua-dua belah payudara aku..Disebabkan adik aku yang  jaga baby,so xde masalah la..So make sure korang bagitau baby sitter korang pukul berapa korang bagi susu kat baby ye

8-Elakkan
Banyak yang perlu korang elakkan untuk tidak susu tu jatuh merundum,Kadang-kadang ada perkara yang boleh membuat susu kita drop seperti penggunaan pil perancang,kedatangan haid juga salah satu sebab penghasilan susu berkurangan,elakkan stress,jaga kesihatan,Sebab tu,pengambilan supplement membantu korang secara tidak langsung.



Alhamdulillah,,setakat hari ini,stock untuk Naura sangat-sangat mencukupi..Tapi tak bermakna ummi boleh goyang kaki..Jangan disangka stock yang banyak tu boleh cukup untuk sebulan..kena kerja keras lagi untuk terus menambah stock..Maklumlah..Makin lama,makin kuat Naura menyusu..

So jom lah kita usaha sama-sama untuk berjaya breastfeeding anak kita sehingga umur dia 2 tahun..Insya allah..amin

Friday, November 20, 2015

Shopping Kasut Di Zalora

Friday, November 20, 2015 16 Comments
Assalamualaikum

Wanita dan shopping ni memang tak boleh nak dipisahkan.Kekadang dari nak window shopping terus tershopping..Tapi wanita pandai tau!! Time offer je diorang lebih ramai dan lebih berminat untuk shopping.Sebab apa..kalau dah diskaun sampai 95% ke,maunya tak korang putih mata kalau terlepas kan..

Berbanding dengan lelaki,diorang ada sesetengahnya bila nak bershopping ,memang tak kisah samada ada sales ke tidak.Bagi diorang antaranyalah,bila ada sales ni confirm sesak,so nak shopping pun macam tak best kan.

Tapi aku tak cakap semua lelaki atau semua perempuan lah yang suka macam tu .Jangan dok kecam aku pulak.Berbezanya zaman sekarang ni,Kalau ada sales,duduk depan pc je..hahaha..Pun boleh jugak..Contohnya tunggu sales dari Zalora atau mana-mana shopping online ..Tu kira berbaloi jugak..

Lagi pulak sekarang ni Zalora dok sibuk buat sales sempena Christmas ni kan..Banyak jugak barang yang terpilih diorang buat sales..So,xdelah korang penat-penat meredah jammed dan meredah orang yang ramai kat shopping complex tu kan.Kat sini pun korang boleh shopping kot..

Oklah..Malas nak berhujah panjang-panjang..tau korang takkan baca kalau panjang-panjang ni,Actually baru sehari yang lepas aku terbeli kasut dari Zalora ni.Harga boleh tahan..Lagipun aku pakai sandals yang biasa-biasa je..Dah takde pakai high heels dah pun..Pakai kasut flat macam ni sangat sesuai dengan aku dan persekitaran.Lainlah kalau pergi wedding ke,berjalan-jalan ke..Tapi aku tetap haruk sandals ni je..hehehe.Dulu keje bahagian HR department boleh la melawa bagai..Ni keje tempat persekitaran macam ni,memang tak payah nak melaram bagai la..pakai tshirt dan seluar pun takpe...xde law pasal pakaian kat sini..sedangkan amoi keje sini pun pakai skirt macam nak gi pasar malam.

Ni la kasut yang aku pakai pi kerja..simple kan..Lagi pun dalam office aku tak pakai kasut..

Yang ni pulak untuk adik aku..upah jaga anak-anak..hehehe

Pattern orang tua kan..oklah..janji selesa memakainya..kasut aku yang lama tu tertinggal dalam kereta mak aku..sampai sekarang tak amik2..hua...

takpelah..janji selesa untuk di pakai..



Wednesday, November 18, 2015

Breasfeeding Journey :Beli Breastmilk storage di 11street.my

Wednesday, November 18, 2015 18 Comments
Assalamualaikum

Breasfeeding Journey :Beli Breastmilk storage di 11street.my | bagi ibu-ibu yang breastfeeding anak ni mesti fikirkan pasal storage kan..hehehe...aku la tuh..Nak cari breastmilk storage bag ni pun kekadang payah jugak.Yelah..kat pasaran sekarang ni,ada yang jual mahal,ada yang jual murah.Ada jugak yang jual combo macam pembelian sebanyak 5 box ke atas dapat diskaun ke..tu CONTOH!!

Dari 1st journey aku breastfeeding Naura,Mulanya macam tak kisah la kan storage bag tu harga berapa sebab masa tu stock pun tak banyak.

1st Breastmilk storage bag yang aku gunakan adalah jenama fiffy..
Jenama Fiffy 
harga rm11.90(kalau tak silap aku lah) Ni aku beli kat kedai baby di bandar penawar


Lepas tu aku beli pulak jenama autumz..Aku suka jugak pakai yang ni...Tapi masa tu aku tak berapa nak consider dengan harganya
Jenama Autumnz
Aku suka jenis ni..Tapi baru 2 kali aku guna jenama ni beb..harga lebih kurang jugak la rm13.90 kot

Then lepas tu stock dah banyak..Aku guna pulak bekas dadih sebab lebih murah dan banyak.Tapi....
Tak cukup ruang pulak untuk simpan stock susu..yelah..bekas dadih tu kan besar jugak..takat freezer rumah aku ni,bukan lebih simpan banyak sangat.Habis ayam,ikan tu dah tak dapat ruang dengan selesa dengan lambakkan stock tu..ececeh...Actually,stock aku tu taklah sampai beratus-ratus..Tapi tetap bersyukur dengan stock yang ada.Alhamdulillah..

La ni..sibuklah mak ni dok mencari storage bag yang murah-murah..Bukan apa..Kalau guna breastmilk storage bag ni,jimat ruang sebenarnya.Boleh la korang leperkan dia macam kat bawah ni

ni ha..macam ni..uih..jeles sey tengok dia yang super banyak ni...kalah den...heheh
Kenyang anak kalau susu mak banyak ni.
sumber:aku google je

Sebab tu aku syorkan pada bakal bakal ibu yang berniat nak BF anak,cari ilmu semasa/sebelum  korang mengandung lagi..At least bila dalam pantang,korang tau apa yang korang kena buat untuk buat stock EBM sebelum korang naik kerja.

Kena buat jadual untuk mengepam waktu pantang..Kena kerja kuat sikit la kan...Tapi jangan skip DF anak tu.Pastikan korang minum air banyak.Disarankan 3 liter sehari..Kalau tak minum air banyak,maka takdelah suus beb..Yang paling penting amalkan konsep Demand vs Supply.Apa tu??Maksudnya semakin banyak kita DF dan pump,semakin banyak la susu yang terhasil kan.

Itu adalah kesilapan aku masa berpantang..Tak buat stock,tak buat power pumping dan tak rajin nak minum air dan tak juga menggunakan kaedah demand vs supply tu..No..No..jangan ikut aku..Nasihat ni aku bagi yang betul-betul niat nak Breasfeeding anak dia..Tapi aku tak salahkan mereka-mereka yang menggunakan susu formula tu..Sebab apa,,Allah maha mengetahui untuk sekian umatnya..Mungkin ada sebab mereka-mereka yang tak boleh nak BF anak..wallahualam

Oklah..jangan lupa nasihat aku..La ni..dok terkial-kial nak kumpul stock..Buat power pumping sekerap yang mungkin..Untuk dapatkan stock yang banyak..Tambah lagi sesi mengepam..Dan kerap DF naura.Takde had untuk DF Naura pada waktu malam..Time dia nak.memang selalu bagi..Nanti dia dah tidur barulah ummi terkial-kial buat Power pumping.

Lenguh wehh menaip..Untuk tujuan aku yang asal..setelah puas menggoogle dan survey storage bag di online shopping,maka dengan gumbiranya,mak terjumpa yang murah dan berkualiti..yeayy!!
breastmilk storage bag
5 X Autumnz Double Ziplock Breastmilk Storage Bag (12oz)



Murah ke dok!!..Bagi aku ni dah paling murah...ada double lock..jadi takde la leaking susu tu kan..Korang rasa murah ke mahal ni...tu ada diskaun lagi rm10 kalau korang sign up kat 11street ni

Kalau nak tengok lain-lain brand pun ada..kroang boleh ke sini http://www.11street.my

Dah pun buat payment...tunggu barang sampai jelah nampaknya ni..
Cer korang cerita jugak,pasal storage bag yang korang beli..murah ke mahal..nak jugak tau...kalau cerita panjang berjela,korang letak link ,nanti aku baca pasal breastfeeding journey korang.

My breastfeeding journey..pic of the day...walaupun tak berpuluh oz sehari,tapi alhamdulillah..syukran..cukup untuk Nur Naura Auni..






Monday, November 16, 2015

Hello(Adele) Cover by Leroz Sanchez

Monday, November 16, 2015 7 Comments

Assalamualaikum


Sebenarnya lagu ni lama dah dalam simpanan aku..Actually aku memang suka lagu-lagu Adele walau tak semua lagu Adele yang aku tau.Tapi bila tengok youtube ,ada pulak yang dok cover lagu ni..Hah ni..budak lelaki ni..Apa ke nama dia ek..Jap aku tengok!!Nama dia Leroz Sanchez..Nama dia mangai!!! terbelit lidah..nampak handsome..heheh..suara memang superb..tu yang dok berkali-kali dengar lagu dia ni..Saja lah nak share apa yang aku suka dengar...mana tau korang nak dengar jugak.





Hello, it’s me
I was wondering if after all these years
You’d like to meet, to go over everything
They say that time’s supposed to heal ya
But I ain’t done much healing
Hello, can you hear me?
I’m in California dreaming about who we used to be
When we were younger and free
I’ve forgotten how it felt before the world fell at our feet
There’s such a difference between us
And a million miles
Hello from the other side
I must’ve called a thousand times to tell you
I’m sorry, for everything that I’ve done
But when I call you never seem to be home
Hello from the outside
At least I can say that I’ve tried to tell you
I’m sorry, for breaking your heart
But it don’t matter, it clearly doesn’t tear you apart anymore
Hello, how are you?
It’s so typical of me to talk about myself
I’m sorry, I hope that you’re well
Did you ever make it out of that town
Where nothing ever happened?
It’s no secret
That the both of us are running out of time
So, hello from the other side
I must’ve called a thousand times to tell you
I’m sorry, for everything that I’ve done
But when I call you never seem to be home
Hello from the outside
At least I can say that I’ve tried to tell you
I’m sorry, for breaking your heart
But it don’t matter, it clearly doesn’t tear you apart anymore
Ooooohh, anymore
Ooooohh, anymore
Ooooohh, anymore
Anymore..
Hello from the other side
I must’ve called a thousand times to tell you
I’m sorry, for everything that I’ve done
But when I call you never seem to be home

Hello from the outside
At least I can say that I’ve tried to tell you
I’m sorry, for breaking your heart
But it don’t matter, it clearly doesn’t tear you apart anymore

Jom nyanyi sesama...hehehe

Follow Us @aida_yusof81