6
Assalamualaikum

Ha...dah bape hari tak menghadap blog ni kan..semak dah rasa blog ni..Ni semua angkara si empunya blog yang on/off je semangat..ahaha...

Banyak cerita yang nak aku tulis dalam blog dari percutian hari raya china hinggalah sekarang.Entah-entah ramai yang dah tak kenal si empunya blog ni..sob..sob..sedih jap..

Dah...straight to the point je...Malam minggu tuari..Aku ngan en.husband pi dating..Tinggal budak tecik tu..Bukan tamo bawak,risau keadaan kesihatan makin parah..Tu yang ditinggalkan dengan nenek kat rumah.
Ummi ngan babah nak cari makan malam tu.Kitorang decide nak cari kedai makan yang lain dari biasa kitorang pergi..Baru ingat nak makan kat Bola-Bola Chicken Chop..Aku pernah ceritakan kedai tu di entry ini Makan Di Bola Bola Chicken Chop .

Tapi disebabkan ramai sangat orang dan takde pun tempat duduk yang available,maka carilah kedai makan yang lain.Ternampak satu daripada restaurant yang menyediakan makanan dari Timur Tengah.Ingatkan nak juga mencuba,mana tau best,


Tapi tak seindah yang disangkakan..Malas la nak sebut kedai tu..Biarlah rahsia..Nama kedai memang superb..Masuk pun macam ada la sikit ala-ala arabnya..Tapi makanan utama takde.Alasan semua dah habis..Tak masuk dek akal kot.Last-last cuma order makanan yang biasa kitorang makan kat seafood biasa..En.husband just order Teh tarik dan aku pulak sikitlah special..Kedondong juice..Memang seumur hidup tak pernah la kot minum air kedondong.,.Selalu makan je..Memang best..sedap ko...hahaha..sikit jakun.Untuk makanan lak,en.husband order nasi ayam paprik..Dan aku just order keawtiaw Latna.

Bila makanan en.husband dah sampai,aku tunggu giliran aku pulak..Tunggu punya tunggu,tak jugak sampai-sampai..Setengah jom kot..Orang kat situ cuma dua tiga kerat je.aikk..takkan ler lama kan..Nampak waiter kat situ hantar makanan orang yang baru datang..aikk...macam nak naik je darah gemuruh ni..haishh...geram dah..Last-last aku dengar chef kata dah salah hantar makanan..Si waiter tanya aku,kak,boleh tak menu akak tu tukar dengan keawtiaw apentah namanya..aku pun tak tau..Nak je aku marah budak tu..perut dah lapar ni..Tapi teringat pesan mak,Orang ngandung tak boleh marah-marah..hahahaha...terus aku kata..Boleh la..perut saya dah lapar ni..
Makanan untuk en.husband..dia kata sedap..

Makanan aku??Terus takde mood nak ambil gambar..Nak review restaurant tu pun hamba keciwa,..Terus makan dan blah cepat-cepat.....

So malam tu,tak dapatlah nak makan makanan dari timur tengah kan...apa pun tak boleh..



Post a Comment

  1. Kalau macam tu, tak sesuailah namanya restoran makanan timur tengah kan? Baik letak nama restoran siam je... :(

    ReplyDelete
  2. Hhmmm... saya dpt merasakan kehampaan tu.. dulu pun pernah terkena mcm tu.. Potonggg mood selera makan...

    ReplyDelete
  3. org nak meniaga, dia nak jugak...Sally g ke Klebang pun semua hampa...harapkan harga mahal dr kualiti

    ReplyDelete
  4. habis mood nak makan kan..harap dorang tingkatkan service yang lebih bagus

    ReplyDelete
  5. nasib baik yg diorder masih sedap , tapi sian lah baby kat dlm x dpt nak merasa nasi arab ...

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top