8
Assalamualaikum

Sumber:google

Itu sudah menjadi lumrah bagi ibu yang mengandung.Mungkin dari mulut si ibu ni,tak kisah jantina anak yang bakal dilahirkan.Tapi pada zahirnya,tetap tertanya-tanya jantina yang dikandungnya.

Macam tu lah jugak perasaan aku ketika ni,bila dah meningkat dari bulan kebulan,nak tau jugakkan jantinanya..Tapi ramai yang cakap,aku mengandung anak perempuan..Wah..nampaknya Nur awfiyah akan dapat geng bergaduh...

Walaupun baby bump taklah nampak dengan ketara,tetapi terasa jugaklah kesenakkan kadang-kadang.uppfhhh...ummi dah tak boleh tidur dengan tenang.Hari ni saja menggoogle cara mengetahui jantina di dalam kandungan.

Ada beberapa petua dan cara mengetahui Jantina anak di dalam kandungan..antaranya.

  1. Mengalami mual-mual yang agak teruk selama Trimester pertama,itu petanda akan mendapat anak perempuan,tapi sebaliknya tidak mengalami mual-mual pada awal kehamilan,maka korang mengandungkan anak lelaki..(Masa trimester pertama ni,memang aku mengalami morning sickness yang agak teruk.agak-agak korang?..hehehe)
  2. Tonjolan perut tinggi tu petanda anak lelaki.Sebaliknya jika tonjolan perut rendah petanda mendapat anak perempuan.(buat masa ni tak boleh nak menentukan samada tonjolan ini berbentuk macam mana)
  3. Tubuh kita akan terasa lebih bengkak terutama pada peha dan punggung dipercayai sebagai tanda anak perempan yang sedang mengambil kecantikkan ibunya.Tapi jika kelebihan berat badan cenderung ke depan itu petanda anak lelaki(takde lagi perubahan seperti itu,tunggu lah dua bulan lagi kot)
  4. Lebih suka makanan yang mengandungi proteinseperti daging serta suka makanan yang masin dan asam itu petanda anak lelaki.Sebaliknya jika suka makanan manis dan buah-buahan tanda anak perempuan.(ni aku musykil,sebab aku memang suka makanan yang masam-masam dan tak suka yang manis.Tapi aku suka makan buah-buahan.)
  5. Posisi tidur jika lebih kearah utara dipercayai petanda anak lelaki,tapi sebaliknya jika lebih senang tidur ke arah selatan petanda anak perempuan.(ni pun aku tak sure la,tapi aku banyak tidur mengiring sebelah kanan.

Banyak lagi la kot kita nak ketahui jantina dalam kandungan,ni je yang aku dapat masa menggoogle..So,nanti kalau ada lagi,aku akan update...Apa pun aku tak kisah samada lelaki atau perempuan.Yang penting dia sihat..insya allah..


Post a Comment

  1. Da je tnda tu tapi x betui pun.. Hehe .. Nk nfirm kn scan.. Tapi scan tu pun 100% tepat... Moga dipermudhkan kak ida..

    ReplyDelete
  2. Btl kata MF,kekdg x tepat juga tu..yg pnting baby sihat,x kisah juga ppuan or lelaki kan

    ReplyDelete
  3. Pas ni mesti swtiap kali saya tengok orang pregnant saya nak teka tu baby apa.

    ReplyDelete
  4. masa saya ada orang cakap anak lelaki tapi keluar perempuan. saya tak mual masa awal tu. tapi berbanyak berdoa. InshaAllah sihat yang penting kan.

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan segala urusan ... Semoga ibu Dan kandungan sentiasa sihat ...

    ReplyDelete
  6. Kalau lya ,.mmg tak kisah jantina samada lelaki atau perempuan ,.janji anak yg bakal kahir sihat walafiat ..

    ReplyDelete
  7. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips dapat anak lelaki.

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top