14
Assalamualaikum

Itulah Ungkapan yang aku bagi kat salah seorang orang besar kat company aku ni.No Manners...Takde adab..Sakit hati bila setiap kali dia masuk office aku ni.

Kalau nak masuk department aku ni,memang kena bukak kasut..X kiralaha siapa pun yang masuk..Seharusnya kena bukak kasut..Tapi si Orang besar ni.setiap kali dia masuk,mesti susah dia nak bukak kasut..Aku faham la kalau orang production yang pakai safety boot tu,mungkin susah la kan diorang nak tanggalkan kasut..Tapi bila masuk kat office aku ni,nak tak nak diorang bukak jugak kasut..Even customers kitorang pun kalau masuk,mesti bukak kasut..ORang besar tu,cuma pakai selipar je kot,Tapi tak boleh bukak kasut..What the Hell!!!

Setiap hari cleaner bersihkan lantai,mop dan sapu..Habis tu,x gunalah kan kalau dia sesuka hati masuk office ni tanpa membuka kasut.

Kot ler terpijak taik anjing ke,kat luar sana..Kan dah payah bagi kitorang ni..Orang besar ni bukan orang islam pun.Dah nama pun orang besar kan..Belajar tinggi..Tapi bila disiplin macam ni tak boleh nak ikut..Jangan harap la orang bawah ko nak ikuit jugak kan...Haishh..Geram pulak aku..Nak je sound tepat2..Tapi kang kena buang keje lak..Diorang ni memang bahaya..Kang tak puas hati ngan kita,diorang buat sampai kita berhenti kerja pulak..habislaaa...

Habis tak habis pun dapat maki hamun kat sini jelah jawabnya..Cakap Kat HR pun macam tak guna jugak...
Ha..kan dah terkeluar ketidapuas hatian aku pada Orang besar tu..Haishh..besar kecik,besar kecik je tengok dia...



Post a Comment

  1. hmm..bawa bersabar ye sis..macam2 ragam manusia ni..

    ReplyDelete
  2. Sabar ye. Dia tak faham kot tu. Kene cakap direct dengan die baru die faham.

    ReplyDelete
  3. hahaha..relax,relax..biasanya mcm tu la perangai org besar ni..walaupun tak semua,tapi most of them..tapi tu la,dorang selalu nak kita respek dorang padahal dorang punya manners tahap bawah daripada yang bawah..

    ReplyDelete
  4. gitu le kak ... ade perumpamaan untuk orang cenggini. Pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar.

    ReplyDelete
  5. Kalau macam itu gaya menagih kesabaran yg tinggilah Eda.

    Office kakak pun masuk kena buka kasut. Kami siap pasang signboard kasut yg kena cross tu. Jadi kena fahamlah. Tapi bila nak masuk kami ada sediakan selipar khas buat mereka yg dtg. Kalau siapa pun tak kira CEO ke siapa yg tak buka kakak akan sound direct aje Eda. Biasa mereka akur. Nasib kakak baik sikit sebab big-big boss kakak jenis hormat kita sama...

    ReplyDelete
  6. Ketuk kepala dia ckit...baru betul kut...hahahaha
    Blog Mama Hebat

    ReplyDelete
  7. gitulah kalau orang dah rasa dirinya besar..opis saya pon kena bukak kasut tapi ramai je malas bukak..kalau tapak kasut tu cantik takpe jugak

    ReplyDelete
  8. susah juga orang camni kan..nama je belajar tinggi..moral tak berapa nak tinggi

    ReplyDelete
  9. Saya pun bengang klu ada org mcm tu... sabar je lah hmmm....

    ReplyDelete
  10. Sabar sabar. Orang maacm ni kena said terus depan muka baru paham. al maklum kurang sivik minded.

    ReplyDelete
  11. Kat office saya ni ramai jer orang yg no manners. Dah hadam dgn org spesis mcm nih. Memang tak respek langsung lah.

    ReplyDelete
  12. aduhai...susah jugak macamni...sabar yer...

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top