13
Assalamualaikum

Alhamdulillah..setelah dua hari mc,hari ni perlu meneruskan tugas di Office pulak.Lama jugakkan tak bercerita pasal si Jantung Hati aku tu..Kesian dia,,.sekarang ni,jarang sangat update pasal dia..Bila aku mc,tak dapat nak luangkan masa untuk dia,terpaksa hantar ke rumah SIL.kalau kat rumah pun,kesian pulak dia takde orang yang boleh nak melayan..Kekadang tu,rasa simpati kat dia..Harap dia memahami keadaan ummi dia yang tengah membulat ni.

Bila makin hari,semakin banyak keletah yang membuatkan aku rasa sayang nak tinggalkan dia..Banyak sangat yang membuat kan hati ni terhibur.

Bila duduk dengan SIL,selalu sangat lah SIL update pasal dia..Upload gambar untuk tatapan ummi dia.Bila tengok gambar-gambar yang di upload tu,tersenyum pulak sorang-sorang.

Hari ni,Lepas makan biskut 5 keping,mandi,main..tetiba terus tertidur tanpa buai.Alahai anak ummi ni,Semakin hari semakin lasak..Kaki aku ni,dah banyak kali luka dek kerana terkena walker dia tu.Kalau duduk dalam walker,boleh tahan laju kayuh..hehehe..

Tertido kepenatan bermain..Trompet ajaib dia tu memang selalulah ada menjadi teman..Tak tau lah kenapa tetiba nak tidur macam tu pulak..

Tunggu ummi balik petang ni ye..Mulut kecoh ni pantang kalau ummi dia pakai tudung,confirm dia dah menjerit dari jauh selagi tak dokong dia..Gambar ni di post oleh SIL tadi..So aku ceritakan sikit di blog ni untuk hari ni...




Post a Comment

  1. alololo...mmg seronok bila tgk dia membesar depan mata kan kak... :D

    ReplyDelete
  2. geram pulak tengok kaki dia kak..

    ReplyDelete
  3. Allolo ciannya dia, makin lasak suda ya

    ReplyDelete
  4. alahai..comelnyee..lame dh tak dtg sini tgk budak tembam nie.. geram..hihi..

    ReplyDelete
  5. hahaha...budak byk akaiii tuuu...so cute...hihihi

    ReplyDelete
  6. penat sangat tu ... tak sempat nak panjat katil hehe.

    ReplyDelete
  7. Btol2..anak bila nak membesar ni mcm2 ragamnye..syg punya pasal ikutkan saje =)

    ReplyDelete
  8. anak kita makin membesar makin menjadi2 pulak manjanya..x larat nak layan..hihi

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. moga terus dlm perlindungan Allah.,,

    ReplyDelete
  10. Penat sangat tu Fiyah tu camtu..tengah nak membesar macam² ragam fiyah ye

    ReplyDelete
  11. memang comel..yela kan macam2 ragam bila nak membesar ni

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top