15
Assalamualaikum

sumber:google
aduhhhh!!!Sakitnya ku disini...hehehe...glamour gila lagu indonesia tu kan..sampaikan Nur awfiyah dengar pun,amboi,,,kemain berjoget lagi..Dalam walker pun sempat lagi dok berenjut kaki dia..

Bukan cerita pasal awfiyah,Awfiyah beriklan sekejap je..Ni edisi ummi dia bercerita pasal kandungan pulak..hehehe..

Sakit pinggang!! rasa nak tercabut pinggang ni di buatnya..Ini disebabkan kandungan semakin membesar dan menjadi kebiasaan kepada ibu yang mengandung..betuiii tak!!

Sakit pinggang atau belakang ni memang normal bagi ibu mengandung,ini kerana ada beberapa sebab yang kita patut tau,walaupun korang dah tau
  • Perubahan pada berat badan
  • Perubahan postur badan
  • Perubahan hormon yang menyebabkan tisu penyambung meregang.
  • Otot-otot yang mula keletihan
Sumber:sini

Yang aku tau,kalau sakit tu tak terlalu kerap dan tidak juga diakhiri oleh spot yang keluar dari faraj,atau pendarahan,tak perlu risau..

Cuma tulah,kalau time sakit tu,Allah je tau macam mana sakitnya nak tanggung..Rasa nak baring time tu jugak..Kalau kat rumah boleh la baring kejap².Tapi kalau kat office ni..hadoooii..Selalunya setiap kali lepas solat kat surau,aku akan ambil masa untuk baring beberapa minit..yelah..bak kata orang,nak betulkan pinggang ni kan..

Ada juga dari pembacaan aku di internet,beberapa perkara yang perlu kita lakukan untuk Mengatasi sakit pinggang  dan belakang sewaktu mengandung.


  • Senaman khas untuk ibu mengandung baik untuk kesihatan pinggang dan membantu mengurangkan rasa sakit di bahagian tersebut.
  • Postur yang betul semasa mengambil barang di lantai juga memainkan peranan. Elakkan terus tunduk atau membongkok untuk mengangkat barang di lantai. Sebaliknya bengkokkan kaki dan pastikan bahagian belakang anda lurus. Elakkan juga mengangkat barang yang terlalu berat.
  • Pastikan anda duduk dengan posisi yang betul. Letakkan bantal kecil untuk menyokong bahagian belakang. Elakkan menyilang kaki ketika duduk dan jangan mencangkung.
  • Elakkan memakai kasut tumit tinggi. Pakai kasut yang rata dan ringkas.
  • Tidurlah di atas tilam yang tebal kerana ia membantu mengurangkan rasa sakit belakang.
  • Mintalah suami mengurut belakang anda perlahan-lahan menggunakan minyak bayi untuk melegakan kesakitan.
  • Elakkan berdiri terlalu lama.
  • Jaga-jaga dengan pertambahan berat badan anda. Pertambahan yang berlebihan juga mudah membuat anda sakit belakang.
Ni aku copy paste je dari sumber sini

Nak tidur malam pun macam tu,memang aku mengalami tidur yang kurang nyenyak..(yeke kurang nyenyak..hihi).Selalunya tidur,aku mesti nak peluk bantal dan separuh meniarap.Even dah ada awfiyah ni pun aku tak boleh kalau tak peluk bantal.Lagipun awfiyah tu kalau tidur,memang tak suka dipeluk,melainkan dia yang peluk aku..ececeh minah tu kan...
Bila perut dah ada bump sikit,memang susahlah nak tidur macam tu lagi...mulalah pulak aku mengereng kanan kiri,nak cari posisi yang baik untuk aku lena...

Ni pun dari pembacaan aku...cara tidur orang mengandung ...jom tengok


Ni cara tidur yang betul untuk ibu mengandung ye..




Cara duduk pun kena dititik beratkan jugak..


Last sekali cara ktita berdiri



Harap sakit pinggang ni taklah membuatkan aku risau dan seriau...Moga Allah pelihara anak didalam kandunganku..insya allah..amin

Post a Comment

  1. take care aida:)
    saaat2 nie nak tidur susah nak bangun susah pendekata semua susah...hikmah menjadi ibu:)

    ReplyDelete
  2. Terima kadih atas sharing...
    Bilalah agaknya mila nak mengandung lagi..dah lupa pengalaman mengandung lapan tahun lepas...yang ingat malam malam susah nsk tidur...

    ReplyDelete
  3. Take care akak...semoga sentiasa dilindungi Allah..

    ReplyDelete
  4. Hati hati sis. . btw good sharing

    ReplyDelete
  5. Semoga sentiasa dipermudahkan semuanya.. sentiasa berhati2 Aida..

    ReplyDelete
  6. itulah pengorbanan seorang ibu, melalui fasa mengandung selama 9 bulan 10 hari yang penuh cabaran, kesakitan bersalin dan berpantang..memang tak akan habis lah kan

    ReplyDelete
  7. Macam itulah Eda bukan mudah nak dpt baby kan...
    Kakak dulu pun bila dah masuk 7-8 bulan mesti pinggang sengal
    Tiap malam abang akan urut pelan-pelan sampai kakak tertidur baru abang tidur
    Apa-apa pun kena sabarlah sikit masa lagi ye Eda...

    ReplyDelete
  8. Ada rasa skt mcm period tu tak sis, klau lya period msti skt pinggang yg amat

    ReplyDelete
  9. Ada rasa skt mcm period tu tak sis, klau lya period msti skt pinggang yg amat

    ReplyDelete
  10. ha, ada juga eh lagu tu? hehe. tak pernah dengar pula. ada certain movie saya tengok, ibu2 ni ada bantal panjang dia sendiri. memang bagus eh bantal tu? akak ada tak?

    ReplyDelete
  11. Amin insyallah aida. setiap ibu mengandung pasti ade melaluinya.
    jangan lupa amalkan pengambilan kalsium yang mencukupi kalo tak nanti bertambah penat. taknak minum susu boleh la cuba ostematrix.

    thank you for sharing on the dos and donts mase pregnant. ade pulak yang terbuat masa pregnant dulu.. takpa ni boleh jadi panduan nanti.

    ReplyDelete
  12. Biasa la sakit pnggang waktu mengandung..lya dulu pon mmg selalu alami masalah ni terutama masa kandungan makin membesar,.

    ReplyDelete
  13. Pastikn dapatkn cukup kalsium...utk kudgkn sakit pinggn dan krem kaki..

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top