12
Assalamualaikum

Cerita semalam petang.Dah lama en.husband dok mengidam nak makan kat Bola-Bola Chicken Chop.
Selalunya kalau gi kedai ni,confirm la ramai orang dan seat penuh..Nak tunggu memang malas la..

So semalam petang,lepas balik kerja,Cepat-cepat pergi takut nanti orang ramai pulak kan.Alhamdulillah,memang masa pergi kedai tu,orang tak ramai.Pilih tempat duduk di bahagian dalam.Lebih selesa dan selamat untuk Nur awfiyah yang baru baik dari demam.Aku ada ceritakan kat sini masa nur awfiyah tak sihat.

Masa aku makan kat sini,takde satu makanan pun aku ambil.Memang tak sempat nak snap gambar makanan disebabkan si gendut yang baru baik demam tu,terlalu aktif.

Aku pernah ceritakan tentang Bola-bola Chicken Chop tu.Aku just order Beef Grill and husband order grill chicken Chop.Lepas tu order sekali dengan nasi goreng pataya.

Aku memang suka makan kat situ sebab rasa sos lada hitam yang sedap dan daging pun lembut dan senang nak potong.

Nur awfiyah dahpun pandai nak duduk dalam Babychair.So,memang senang la nak bawak dia keluar makan.Tapi dak gendut ni memang tak reti duduk diam dalam baby chair tu.Semua nak di capai.Sampaikan bila dia tak dapat apa yang dia nak,dia akan buang puting dan barang yang ada dalam genggaman,tanda nak protes ummi dia la tu..haiii lah anak..

Lepas baik dari sakit ,alhamdulillah,selera makan bertambah-tambah..Pantang orang nak makan ape,mesti dia nak jugak..Nak ambil gambar dia pun payah.

Ni je gambar yang aku rasa elok..Yang lain memang hancusss...

Nasib baik badan dia tak terlalu susut,kalau tak ummi dia lagilah bertambah risau..Harap lepas ni,dia akan sentiasa sihat...lagi sebulan je dia nak genap setahun..Tak sangka dah hampir setahun bersamanya..


Post a Comment

  1. Singgah dan follow di sini...tq sbb sudi follow cheq da

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah fiyah dah kembali sihat..baguslah dia ada selera makan..seronok tengok budak kecil berselera makan

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah baby dah sihat .... :)

    ReplyDelete
  4. insyaAllah moga awfiyah semakin sihat dan membesar bagai juara! hehe. Aaminn ...

    ReplyDelete
  5. baby yg makan ke... ibu ayah yg banyak makan :)

    ReplyDelete
  6. Brtmbh montel la baby awfiyah lps ni ya

    ReplyDelete
  7. Brtmbh montel la baby awfiyah lps ni ya

    ReplyDelete
  8. Awfiyah dah semakin comel..:) :)

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top