13
Assalamualaikum

Sudahnya...Ummi ngan babah kebuntuan bila anak kesayangan balik kampung..Petang semalam.Nur awfiyah dibawa balik ke kampung bersama dengan Nenek dan SIL.Maklumlah kan cuti sekolah ni..Ramai yang balik kampung.

Disebabkan aku bekerja,terpaksa jugaklah melepaskan Nur awfiyah ikut maklong dia balik kampung.Aku tak kisah sangat kalau dia bersama maklong..yelah..kakak sendiri kan..keluarga sendiri..Tau dia boleh jaga Nur awfiyah macam dia jaga anak dia sendiri.

Nur awfiyah pun memang rapat dengan SIL.Pantang SIL pakai tudung,confirm dia nak ikut.Petang tu,masa aku nak ambil semula dia masa dia dah masuk kereta,amboii...kemain taknak dengan ummi dia.Dah pandai nak ikut orang berjalan.Sampai lupa ummi dia.

Bila dia takde,rasa kosong sangt jiwa ni.Rumah pun takde suara riuh rendah dia yang suka menjerit-jerit tu..Kalau ikut hati,petang ni jugak nak balik rumah.Memang tak jauh mana pun kampung aku tu.Nak ulang alik tu boleh,tapi bila fikir duit minyak dan tol setiap hari tu,yang membataskan aku.

Begitulah kalau ada anak kan..Bila takde kat depan mata,kerinduan tu seolah-olah tak boleh nak dibendung.
Menangis tu dah menjadi rutin bila dia takde depan mata.


Hai lah anak!! ummi rindu sangat-sangat kat kamu tau!!..cepat balik ye..

Post a Comment

  1. Mesti rindu sgt2kan.sape sggup =)

    ReplyDelete
  2. saya macam tu la..memang tak boleh jauh dengan anak.anak pi sekolah pun kejap2 tengok jam..padahal dah darjah 2 dah..hahaahh

    ReplyDelete
  3. haii bertabah la ... hehe... tapi take time ni untuk bermanja dgn suami ehhh ehhehehehe

    ReplyDelete
  4. adoii..sedihnya hati ibu ni kalau berjauhan lama dengan anak-anak. walau kadang ada saja keletah mereka buat kita geram tapi itulah permata hati ibu ayah, bila tiada terasa tak lengkap.

    ReplyDelete
  5. saya dgn anak buah pun rindu lagi kan pula anak sendiri kan ... sabar lah .

    ReplyDelete
  6. Alololo...kesiannya diaaa...he he .. Bersabar la ye kak

    ReplyDelete
  7. kalau aku, aku tak bagi anak ikut orang... walaupun keluarga sendiri... huhu

    ReplyDelete
  8. tingal sekajap pun dah rindu nikan pulak ber hari2 huhu.....

    ReplyDelete
  9. tak pernah lagi berjauhan dgn anak2 lama2... hehe...

    ReplyDelete
  10. aduhai..sedihnya kan.IbuNoey faham tu perasaan bila berjauhan dengan anak.rasa kosong jer kan.

    ReplyDelete
  11. macam tue la perasaan seorang ibu akak.. sama la farah pun kadang dok kat ofis nie asyik teringat Emir kat rumah jer..huhuhu

    ReplyDelete
  12. Seharian bekerja dah rindu inikan balik kampung kan..

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top