9
Assalamualaikum

Disebabkan tak sempat pagi tadi nak menggoreng nasi.Bawak je roti gardenia dan Tuna ke tempat kerja..
Dalam kereta lagi dah berbunyi-bunyi perut ni.Lambat makan sekarang ni,perut cepat naik  masuk angin.

Pepagi pukul 4 tadi.awfiyah dah terjaga.Lepas buatkan dia susu,aku tengok dia macam tak tenang nak tido.Aku pun heran jugak,selalunya lepas susu,terus amik puting kopek dia,dan senang je dia tido.Pagi tadi lain macam pulak pusingnya,sampai ke bawah kaki aku dia berpusing.Resah gelisah semacam je aku tengok.Last-last,bangun jugak ummi dia ni.Loh...ajak main-main pulak..alahai si anak,napelah pepagi dah kejutkan ummi.Mungkin dia tak selesa sebab dia kena kulat susu...Nanti aku cerita ea

Masa tu jugak perut ummi ni dah berkeriuk mintak diisi..Adik dalam perut ni nak mintak makan gaknya.Jarang benau makan pepagi sebelum subuh..Buat air milo,lepas tu cicah biskut je.Lepas tu baru tidokan awfiyah dalam buai.Ummi dia pun ikut la tido sekali.

Sekali pepagi tadi dah terlajak laris,ha....amik ko..bangun 6.30 pagi dengan mata yang kelat..Nak tak nak kena jugak bangun.

Nasib baik malam tadi dah shopping sikit barang makanan dan keperluan perut ni tatkala lapar tengah malam.Actually malam tadi,pi bawak awfiyah shopping barang dia..Drypers and puting susu wajib kena beli sebelum stock kat rumah habis.


Sempat ni jelah...Oklah buat alas perut kan..Nasib baik semalam beli..Kalau tak,tak menyempat nak menyinggah beli sarapan pagi tadi.

Post a Comment

  1. sally makan biskut cicah milo je kak...sbb tak sempat breakfast kat rumah :)

    ReplyDelete
  2. Roti pun bikin mgenygkn juga tu sis

    ReplyDelete
  3. nasib baiklah sempat ye... roti pun dah okay daripada xde pape :) nasib baik jugala Awfiyah tidur. kalau xtido, jadi satu kerja lak

    ReplyDelete
  4. Diana sis hari2 bawa bekal pergi tempat kerja...kalau tak sempat buat sarapan...bawa roti tau biskut pun jadilah...hihi

    ReplyDelete
  5. Simple pun sedap... Jrang sarapan berat2 pepagi .

    ReplyDelete
  6. selalunya roti mmg penyelamat breakfast di rumah ...

    ReplyDelete
  7. kalau lambat memang capai roti jek.. tu pon kalau ada.. kalau tak pon capai biskut kering jekk. janji perut tak kruk kruk..

    ReplyDelete
  8. Nasib bawak roti n tuna..kalau tak berkeroncong perut nak ke tengahari..breakfast jangan skip :)

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top