5
Assalamualaikum

Selamat pagi jumaat.Pagi yang penuh barakah.Dan harap Di hari jumaat ini,memberikan kita seribu impian dan harapan untuk sesuatu yang diharapkan.Apa harapan aku hari ni?? emmm...entah ek! ada kot..Cuma tak nak kongsi ngan korang..hehehe...



Oklah..Ada sesiapa kat sini yang tak minat dengan minuman yoghurt??? Confirm ramai yang angkat tangan kan..Yup!! ku akui..aku memang minat minuman beryoghurt ni.Tak kisahlah dari jenama apa pun,tapi yang selalu aku beli adalah dari Dutch Lady dan jugak Nestle.Eh..ke semua dari produk yang sama...hahaha...confius aku.,..

Beli tu beli jugak,tapi selain dari kita membeli dan menggunakannya,nak juga kita tau kelebihan pengambilan yogurt ni kan..Ini apa yang aku baca khasiat dan manfaat yogurt untuk kesihatan.

1.Beberapa strain probiotik meningkatkan kadar Imun tubuh kita
-Probiotik bakteria yang terkandung di dalam yogurt dikatakan dapat membantu mencegah penyakit radang usus melalui pengubahan mikrofora pencernaan.Menurut kajian di Taiwan,probiotik dapat meningkatkan pemulihan serta ketahanan tubuh terhadap jangkitan(infeksi) di mana yogurt yang mengandungi dua jenis probiotik iaitu lactobacillus dan bifidobacterium,terbukti memberi kesan positf terhadapan pesakit yang mengidap H.pylori infeksi.

2.Bagus Untuk wanita lepas bersalin
-Wah....ni yang best dengar kan..Boleh la lepas bersalin nanti,mintak en,husband belikan banyak².Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk asal yakni badan sebelum hamil,khasiat yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.

3.Membantu Sistem penghadaman
-Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi membantu menghadamkan laktosa(gula semulajadi di dalam susu).Bakteria itu bertindak dengan merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam salur usus dan menghasilkan keadaa sekitaran yang lebih sihat di dalam usus,menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup,di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.

4.Mencegah Jangkitan pada Vagina.
-Infeksi atau jangkitan candida pada bagina merupakan masalah yang banyak dialami wanita pengidap diabetes.Menurut kajian,wanita yang mengambil yogurt dalam menu seharian mereka didapati mengalami penurunan (PH) serta pengurangna infeksi candida.

5.Meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah Osteporosis.
-Antara khasiat yang amat tinggi nilainyua ialah yogurt mengandungi lebih banyak kalsium,vitamin A,tiamina,Niasin dan riboflavin daripada susu.Di samping itu,yogurt juga kaya dengan zat besi,fosforus dan kalium.

6.Menurunkan Kadar Kolestrol
-Yogurt ,susu asidophilus (dari bakteria L.acidophilus) dan susu bafidus(dari bakteria a.Bifidobakterium bifidum) mampu menurunkan kolestrol darah.Ini adalah kerana zat faktor antikolestrol yang mencegah kerja enzim pembentuk kolestrol darah.Ini adalah kerana zat faktor antikolesterol yang mencegah kerja enzim pembentuk Kolestrol.Pengurangan kolestrol juga terjadi kerana pertumbuhan bakteria akan menyerap sejumlah zat kolestrol ke dalam selnya.Penyerapan ini berlaku di usus kecil dan membantu mengurangi kolestrol dalam darah.

7.Membantu mengurangkan Berat Badan
-Menurut kajian terbaru yang telah diterbitkan di dlam International Journal of Obesity.2005,hasil kajian mendapati responden yang mengambil yogurt rendah lemak di dalam hidangan mereka di dapati dapat mengurangkan berat badan kerana kandungan kalsium di dalam yogurt.

sumber : sini


Ha!!! jadi tak salah la kan kalau aku minat sangat dengan minuman yogurt ni.
Sebenarnya banyak perisa yang ada kat pasaran.Aku suka minuman yogurt bliss dan yogurt macam kat atas tu.Setiap kali pi pasaraya memang aku akan membeli  minuman ni...Minuman yogurt ni kalau korang nak tau mempunyai Vitamin A,C dan E.Rasa buah yang sebenar,kalsium dan jugak Active live cultures.

Balik ni nak beli lagi.Sedap oo minum sejuk-sejuk...Bawak bekal pi tempat kerja,Sambil buat kerja sambil minum..Last-last tinggal botol je..hahahah



Post a Comment

  1. Aik sama la minat kita sis, dah lma lya x pekena yougart.

    ReplyDelete
  2. Yogurt memang sedap... Zumal suka gak ^^

    ReplyDelete
  3. Assalam

    This is my feveret...yogurt

    ReplyDelete
  4. sedapnya..lama tak makan yogurt ni

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top