Saturday, April 25, 2015

Appointment Lagi!

Saturday, April 25, 2015 11 Comments
Assalamualaikum

Rasanya kalender tahun ni lah yang banyak aku conteng..Start pregnant penghujung tahun lepas,sehingga lah dah buat kad pink.Dan seiring itu jugak,kena jumpa pakar,appointment sebulan lebih 4 kali..


Uishhh...Kalau ikutkan penat jugak nak ke hulu hilir membawa badan yang semakin tak larat ni..harap terus diberikan kesihatan yang baik sehingga bersalin nanti.

Sejak Johor dah diperkenalkan cuti Jumaat sabtu ni,Bagi pekerja swasta,dah takde istilah hujung minggu bila terpaksa duduk terperap di hujung minggu.Yelah..kalau anak-anak dah sekolah,mana masanya nak beriadah bersama-sama kan.

Begitu juga appointment dengan doktor sekarang ni.Berkorban hujung minggu untuk betapa kat hospital pepagi buta.Semuanya dilakukan di hujung minggu.Jadi takde istilah nak merehatkan badan pada hujung minggu.Duduk menunggu kat hospital pun dah dekat setengah hari kan..

Baru ingat nak berehat esok,tapi terpaksa gagahkan jugak pepagi buta ke Klinik.Sebenarnya appointment aku melibatkan dua tempat.Satu hospital besar,dan satu lagi klinik kesihatan biasa.Biasanya kalau ada kes,memang kena lah pergi dua² tempat ni.Esok hanya jumpa doktor biasa je.Sebulan dua kali kena jumpa doktor.Kalau korang mengikuti perkembangan aku semasa mengandung ni,mesti korang tau kenapa mesti aku berjumpa dengan doktor pakar di Hospital besar.

Abaikan tulisan aku tu..hehehe...Setiap appointment memang aku akan tulis kat kalender..Jadi senang nak buat rujukan.

Hari ni pulak,apa aktiviti korang.Petang ni nak ke Tesco,Ada sales kat sana..Bukan sales apa pun.Dapat brocher Tesco,tengok pampers dengan susu Nur awfiyah tu murah..So sayang tak grab kan.Masa ni lah boleh beli 2-3 beg susu..Buat simpan.Nanti senang sikit..Yang penting jimat skit.

**Pepagi dengan Bebelan...

Friday, April 24, 2015

26 Weeks Pregnancy :Berat Masih Tak Naik

Friday, April 24, 2015 11 Comments
Assalamualaikum

Dah pun masuk 26 minggu kehamilan..Uih...sikit je lagi dah nak due ni..Perasaan memang ler dok dup dap je.Apatah lagi bila baby kurang bergerak..Macam -macam dah dok fikir tentang baby kat dalam ni.

Lagi satu hal start dari pregnancy ke 21 weeks sampailah dah masuk 26 weeks ni,berat masih macam tu jugak.Iskk...Sampai doktor bising kenapa berat tak naik-naik...

Selera makan ok je..Cuma kurang nak makan je..Lebih suka makan makanan ringan.Nasi pun cuma ambil sekali sehari je.Malam aku suka makan biskut cecah air je.Ataupun suruh my husband belikan burger or roti.Takpun suka makan roti canai dan mee sup.Kalau dah terlalu lapar sangat dan takde makanan,barulah jamah nasi.Muak Kot!!!..Tapi bagilah spaghetti ke hapa depan mata ni,confirm boleh habiskan.

Emm..Lagi satu..Time macam ni,mengantuk memang tak boleh nak handle lah...Mau aku tidur kejap..itu pun nak kena cover jugak..Kot kena buang kerja nanti..Masak lah...

Bila dah semakin dekat ni,rasa macam tak sabar nak tau baby kat dalam ni,gigirl or boboy..Walaupun tak kisah jantina kat dalam ni,tapi sebagai seorang ibu kan..Nak jugak tau jantinanya..Bila tanya doktor still kata tak nampak..Sajalah baby ni nak buat ummi ngan babah surprise kan.

Dah nampak sikit kan baby bump..Ramai kata perut kecil..emm..tak kisah la...janji baby kat dalam ni sihat


Eh..korang rasa dalam ni boboy ke gigirl...heheh..cer teka sikit..

Mata dah berpinar je ni nak tido..Tak sabar nak balik dah ni..Hari ni babah jadi babysitter sampai ke petang...rindu kat budak gendut tu pulak..hehehe

Teater Lakonan Ungku Ismail Aziz-Wira Samudera

Friday, April 24, 2015 5 Comments
Assalamualaikum
Ungku Ismail aziz


Sejak demam Teman Lelaki Upahan,Terus jatuh cinta dengan Hero dia,Ungku Ismail Aziz a.k.a EL.
Terus Like Fanpage EL sebab suka tengok dia..hehehe...Lepas tu semalam bila scroll fb,ternampak pulak tentang Teater yang dilakonkan oleh EL dalam Teater Wira Samudera.

Yang paling bestnya,wah..diorang buat teater ni kat Stadium tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang..Hoiii..Dekat sangat dengan aku ni..Nak pergi ke taknak ek..alah...my husband izinkan ke kalau nak gi ni..Tapi takde partner la pulak kan kalau nak gi sana...hadoiiii...Ala...nak jumpa dengan EL..

Teater ni akan berlangsung bermula pada hari ni,24hb sehinggalah 26 april 2015.Masuk percuma occay!!
Dikatakan pelakon-pelakon teater ni semuanya orang Johor..Bestkan..

teater wira samudera

Bestlah kan kalau dapat join tengok teater ni.Dah lama tak tengok teater.Last tengok pun masa muda remaja dulu kat RTM johor.



So,rakan-rakan kat Johor ni,ada ke yang nak gi..nak join jugak..hehehehe...



Thursday, April 23, 2015

Nur Awfiyah Dan Puting

Thursday, April 23, 2015 7 Comments
Assalamualaikum

Ada orang kata tak bagus bagi puting kosong pada baby.Tapi bila aku google,tak banyak keburukkan bila bagi puting ni kepada bayi.
Wefie Sikit..gambar ni aku pernah upload kat fb..saja nak dijadikan cerita..hehehe...


Nur awfiyah guna puting ni masa usia dia 4 bulan lagi.Masa kecil dia memang diberi susu formula je.Dapat susu dari mak dia pun beberapa kali je..Ada antara sahabat yang tau pasal awfiyah ni faham ler kenapa.
Masa awfiyah kecil,dia memang kerap menangis.Kadang² tak kembung perut pun dia menangis jugak.Sebab tulah timbulnya pembelian buaian dan juga puting ni.Abaikan orang nak cakap apa,dari tengok anak nangis tak tentu pasal kan.

Bila dah dapat puting,senang je nak tidurkan dia.sampailah ke hari ni.Puting akan dibawa kemana-mana sahaja..Kadang² aku spare dalam handbag.Risau jugak dia mengaruk tetiba.Mana aku nak cekau puting tu kan.hehehe..

Tapi lately ni,bila dah tumbuh gigi dua batang,dia dah jarang sangat nak pakai puting ni.Sikit-sikit dia cabut.Letak tepi,lepas tu bila dah rasa teringin,baru dia amik balik dan masukkan dalam mulut.Tapi kalau tidur malam,memang wajib la dia nak.Kalau dia merengek,memang aku masukkan je puting tu.Senyap la dia tidur.Lepas dah lena tidu,entah ke mana je puting tu kan.

Ada anak saudara aku sorang tu,hisap puting sampai umur dia 3 tahun.Memang orang kata macam gian kalau tak hisap puting tu.Tapi yang aku tengok keburukkan puting ni ada effect pada pertumbuhan gigi yang tak cantik.Harap awfiyah nanti takdelah sampai ke besar.Ni pun aku dah jarang nak bagi dia puting.Kalau dia leka bermain,aku tarik je puting tu dari mulut dia.

Masa nak makan pun sibuk berputing..



Wednesday, April 22, 2015

Pemakanan Yang Perlu Dielakkan Ketika Mengandung

Wednesday, April 22, 2015 7 Comments
Assalamualaikum


Ni bukan perut aku tau...Sumber :google

Alhamdulillah..Dah pun masuk minggu ke 26.Rasanya makin dekat je dengan due date tu..Takut??? maunya tak takut..Orang dok sibuk cerita pengalaman ngeri dan tak ngeri semasa kelahiran..

Tapi demi anak tersayang ni,aku gagahkan jugak melayan perbualan mereka tentang isu ni.Setiap wanita tu pasti merasai pengalaman macam tu kan.Itu aku tak kisah..Yang penting,bayi dan aku sihat.Alhamdulillah..Sekarang ni pun dah tak kerap nak ulang alik pi hospital.Cuma dalam 2 minggu sekali kena check up kat klinik kerajaan je.Bulan 6 nanti barulah pi Hospital balik.

Bila baby dah besar dalam perut ni,aku rajin gak menggoogle pemakanan yang perlu dielakkan semasa mengandung,Risau jugakkan bila makan yang entah ape² akan effect pada baby.

Hasil google yang aku dapat tentang Pemakanan yang perlu dielakkan

1.Keju lembut
~Keju lembut yang diperbuat dari susu yang tidak dipasteur boleh membiakkan bakteria Listeria yang merbahaya kepada ibu dan bayi yang dikandung.Listeria mampu menyeberangi uri,menjangkiti bayi dalam kandungan dan seterusnya membawa jangkitan atau keracunan makanan yang membawa maut.Seeloknya elak jenis kecju seperti brie,cemembert,feta ,blue cheese,queso blanco,queo fresco dan panela.
Maknanya cheesecake dan spaghetti yang ada cheese tu aku boleh makan la kan..hehehe...

2.Daging mentah atau separuh masak
~Hah!! yang ni tak payah elak pun takpe..aku memang tak makan pun.Daging mentah atau separuh masak ni mengandungi bakteria toxoplasma dan pelbagai jenis bakteria lain.Bila makan diluar,pastikan menu daging anda betul betul panas dan telah dimasak sempurna.

3.Jus Buah-Buahan
~Aku memang suka dengan jus buah ni.Lately ni buah pun aku suka makan.Jus buah ni kan sedap,Tapi kita kena harus berwaspada dengan jus buahan yang diperah terutama di derai makan atau restoran kerana minimun tersebut tidak dipasteur untuk melindungi dari bakteria salmonella dan e.coli.Kalau buat kat rumah tu pasti kita boleh tau tahap kebersihan sebab kita sendiri yang buat kan..

4.Sushi
~Sushi ni mengandungi bakteria dan parasit yang merbahaya walaupun makanaan laut adalah sumber yang bagus untuk protein.

5.Adunan Tepung mentah
~Kadang² bila kita buat kuih atau apa jugak yang melibtkan adunan tepung,mesti kita nak merasai sedikit adunan tu kan.Sekiranya adunan tersebut mengandungi telur mentah,walaupun sedikit adunan yng kita rasa,ia boleh membahayakan atau berisiko kepada ibu dan bayi kerana telur mentah mungkin mengandungi bakteria salmonella.
p/s:sekarang ni macam mengidam nak makan telur separuh masak lak

6.Salad Dressing
~ Telur mentah juga terkandung dalam sos dan dressing yang dibuat di rumah(homemade).Pilih sos atau dressing yang dibeli dikedai(diperbuat dari telur yang telah dipasteur)occay tak makan ni..heheh

7.Tiramisu
~ Kebanyakkan pencuci mulut (desserts) mengandungi telur mentah.kalau boleh ,elakkan pencuci mulut yang diperubat dari telur mentah yang tidak dipasteur.Melainkan anda sendiri yang membuatnya menggunakan telur yang tertulis di label"telah Dipasteur"
rajin pulak nak buat..hehehe...beli jelah..

8.Ikan Bermekuri Tinggi
~Ikan memang sumber protein yang tinggi.Namun ia boleh menyebabkan kerosakkan saraf jika di makan dalam kuantiti yang banyak.FDA mencadangkan saiz hidangan sajian ikan terhad kepada 12 auns seminggu.Omaii...sikitnya,,hehehe...Berdasarkan kajian oleh P.Hajeb an S.Jinap-Mercury Expose Through Fish and seafood Consumption in the Rural and urban Coastal communities of Peninsular 
Malaysia>>> Nak baca apa kajiannya,korang boleh klik Link Ni

9.Kekacang
~Jika anda,suami atau mana mana anak yang lain,mempunyai sejarah alahan seperti demam alergi,asma atau ekzema,mengelakkan kekacang semasa kehamilan dan penyususan boleh mengurangkan peluang bayi anda untuk mendapat alahan kekacang yang serius.Pasal kacang ni aku n family ok je...

10.Minuman dan Makanan yang Berkafein
~ sesetengah kajian mengatakan jumlah kafein yangf sederhana selamat semasa hamil.Sekiranya anda perlu minuman berkafein,hadkan kepada 200mg sehari(bersamaan dengan 12auns cawan kopi).Tapi harus diingat,kafein turut terkandung dalam minuman bergas,teh dan coklat.Kafein dikatakan boleh menjejaskan berat badan bayi didalam kandungan.Ia juga boleh memberi risiko kelahiran pramatang dan menganggu penyerapan zat besi yang diperlukan ibu .So bab kafein ni memang aku tak amalkan banyak sangat.Tapi bila mengandung ni.Kerap pulak minum ais...

Setakat tu jelah yang aku boleh kongsikan pada korang.Nak tau lebih lanjut pemakanan yang perlu korang elakkan boleh terus membaca di Link ni ye


.

Tuesday, April 21, 2015

Kupon Diskaun Hanya Di iprice.my

Tuesday, April 21, 2015 5 Comments
Assalamualaikum

Berbelanja kini lebih hebat melalui Online.Bukan setakat mudah dan tidak perlu membazirkan masa yang lama di shopping complex,Diskaun juga diberikan hanya apabila korang berbelanja di iprice.my Your One Stop Shopping Destination.


Hanya dengan satu klik korang boleh mendapatkan barangan dari pelbagai jenama yang korang inginkan tidak kira samada  murah ataupun mahal.

Terokai Pilihan yang meluas  dari iprice dengan tawaran  kod voucher  apabila anda berbelanja di sini.

kupon iprice


Di iprice.my korang jugak boleh mendapatkan pelbagai jenis peralatan seperti dibawah ni :-

  • Electronic
  • Clothing 
  • Shoes
  • bags
  • Wacthes
  • Jewellery
  • Kids & Toys
  • Sports & Outdoors
  • Home Living
  • Beauty & Health
  • More
iprice juga memberikan Kupon code  dengan harga yang istimewa apabila anda berbelanja.



Pelbagai Jenis Stores online memudahkan korang untuk menikmati perbelanjaan secara online antaranya adalah :
store
So,sangat mudahkan hanya dengan satu website sahaja,korang boleh meneroka pelbagai jenis barangan dari pelbagai jenis jenama dan online shop

Untuk memudahkan korang mendapatkan Newsletter dari Iprice ni,Hanya perlu Sign up  di website iprice.my

newsletter

Untuk maklumat lanjut tentang iprice dan kupon yang ditawarkan sila klik Link di berikan



Ok jugakkan bila dah ada satu online shop yang berkolabrasi dengan online shopping yang lain macam lazada,zalora,groupon ni..Hanya bukak satu website iprice ni je dah memadai..Tak payah nak bukak banyak² website untuk cuci mata..

Jamu Tekak Dengan Air Asam Jawa

Tuesday, April 21, 2015 8 Comments
Assalamualaikum

Selamat pagi selasa...Heh!!...bila dah gatal tekak ni,asyik nak termuntah je lah kerjanya...Tuari aku ada cerita pasal aku batuk kat entry petua menghilangkan batuk. Rasa dah bape hari aku batuk je..Heh!! batuk² pun aku bedal jugak ais..Itu memang tak boleh nak elak.

Semalam dah pesan kat my husband,bila keluar belikan air asam jawa.Lagi satu aku memang suka asam jawa ni,sejuk je rasa bila sampai ke tekak.Memang mabless...

Aku suka brand ni,sebab dia masam dan sedap...Ada jugak aku pernah beli brand lain,memang tak kena dengan tekak.

Bila batuk minum je air asam jawa ni..Suara pun dah nak hilang ni..aku memang tak suka minum ubat batuk..Nak² yang colour hitam tu.Memang buat aku mengantuk.Walaupun minum malam,bila bekerja still rasa lagi mengantuk..Sebab tu aku tak suka sangat minum ubat batuk tu..Lagipun takut effect apa² kat baby kan..


oklah..nak settlekan kerja yang di pending petang semalam..Kan ke semalam aku half day...Eh...tak tau ea...Korang boleh baca kat entry Cuti Setengah Hari


Monday, April 20, 2015

Ruang Tapak Iklan untuk Disewakan di blog Kisahsidairy

Monday, April 20, 2015 15 Comments
Assalamualaikum



ruang iklan untuk disewa












Hai semua...Ruang Iklan untuk disewa di blog ini dengan harga yang berpatutan.. Sempena dengan bulan kelahiran Nur awfiyah yang pertama, blog ini akan memberikan harga sewaan yang istimewa untuk korang yang berminat.


Sesiapa yang berminat untuk mempromosikan Shopping online/blog atau servis mereka bolehlah emelkan kepada saya di alamat emel :sitirohaida81@gmail.com

Promosi akan tamat sehingga 30 April 2015.

Cuti Setengah Hari

Monday, April 20, 2015 8 Comments
Assalamualaikum

Pagi isnin yang segar..(heheh..segarlah sangat kan) Agak lewat kot up entry dalam keadaan yang kelam kabut ni.terpaksa settlekan dokumen-dokumen penting sebelum halfday hari ni.

Yeay...aku memang suka halfday petang dair halfday pagi..Kalau pepagi nak halfday,better aku cuti terus satu hari.hahaha...Macamlah annual leave tu banyak lagi kan.

Kenapa half day hari ni? Masa Entry minggu lepas Dalam entry Jadual Imunisasi Untuk bayi Berumur 1 tahun, aku ada bagitahu hari ni,Nur awfiyah ada appointment kat klinik.So,hari ni dia kena injection imunisasi untuk umur 1 tahun..Tak dapat nak bayangkan macam mana dia menjerit nanti..adeh...Bertabahlah wahai anak.

Harap dia kuat lah nanti..Dan harapnya takdelah demam lepas kena cucuk nanti..Kerisauan jugak..Biar ummi dia demam,jangan Nur awfiyah..

So,tak boleh nak update panjang-panjang...Kena siapkan kerja dulu sebelum bercuti..heheh..macamlah bercuti lama kan..

Saturday, April 18, 2015

Petua menghilangkan Batuk

Saturday, April 18, 2015 5 Comments
Assalamualaikum

Dah dua hari tanpa entry di blog ni..Gara-gara batuk start hari rabu sampai la berlarutan sehingga ke hari ni..Dah dua hari aku MC..Bila batuk,dada dan perut ni sakit.So rasa tak selesa jugaklah kalau nak kerja...

Last-last aku ambil keputusan untuk berehat di rumah.Memang payah la kan nak baik kalau dah kena batuk ni.Dengan cuaca yang tak menentu dan terlalu panas ni,Patut dielakkan pengambilan ais..Tapi makyong sorang ni,pantang dengan ais sekarang ni.Kalau boleh pagi petang siang malam pun nak minum berais  jugak.

Lastly,dapatlah penyakit ni..adehh...baru padan muka..Nak minum ubat batuk klinik ni pun aku macam ngeri jugak la kan..Takut lah effect ape-ape kat baby..Tapi bila doktor kata ok je,aku ambil sekali je lah..Lepas tu omagot!!!!...ngantuk ya amat...Nasib baiklah Mak datang rumah,boleh jagakan dak fiyah tu untuk aku.Alhamdulillah...

Aku post kat fb..(tu pun nak up status)....hehehe...biasalah masyarakat kita ni,,,,mesti ada yang cakap macam tu kan...heheheh..takpelah..janji aku happy..ada lah rakan-rakan fb yang bagi petua untuk menghilangkan batuk aku ni..

Ada lah rakan fb yang concern tentang batuk aku ni..thanks korang

And petua yang dia bagi kat aku..mana tau kan korang boleh ikut jugak petua ni..
aku lom cuba lagi..Nak ke pasar beli buah tu yang malas tu.
Aku perjelaskan sikit komen kat atas ni..Kawan aku bagitau,kawan kepada kawan dia pun batuk jugak.Kawan cina kawan dia tu,ada bagi petua orang-orang cina la,,,menggunakan buah lai je..
Apa yang korang kena buat adalah,kupas dahulu kulit buah Lai tu,kemudian potong kecil² dan rebus bersama dengan gula batu.Diminum panas-panas...Perghh...mesti legakan tekak korang yang gatal tu..


Korang nak cuba-cubalah..Mana tau berkesan.Aku pun nak cuba jugak kalau masih tak baik lagi..





Wajah Putih Gebu dengan My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skincare

Saturday, April 18, 2015 10 Comments
Assalamualaikum

Setelah Terpilih antara 50 orang blogger yang akan buat Testimoni menggunakan Whitening Intensive Booster Skincare ni.Boleh refer Entry sini.Aku ada up entry pasal terima parcel dari poslajuMaka dengan Ini,terhasillah testimoni penggunaan produk dari Mybeauty Herbs ni selama sebulan.


Alhamdulillah..kesannya amat ketara setelah kulit tidak lagi nampak Kusam dan yang penting tidak berminyak seperti dulu.Whitening Intensive Booster Skincare ini mampu memberikan pembaharuan sel kulit baru dalam 1 minggu.Selain itu jugak produk ini membekalkan Mineral,nutrisi dan asid amino yang diperlukan oleh kulit.

Memang aku suka produk ni sebab ia mampu menyerikan wajah yang kusam..Sejak preggy ni muka nampak kusam je kan..so bila pakai ni,adalah nampak keceriaan sikit..heeee...

Apa yang terdapat pada set Whitening Intensive Booster Skincare ni:
  • Sabun
  • Day Cream
  • Night Cream.
Dalam satu kotak..



Whitening Intensive Booster Skincare dapat melindungi kulit kita dari sinaran UV.Jadi tak risaulah kalau kita berjalan di tengah kepanasan mentari kanSelain itu jugak,ia juga boleh mencerah,menggebu ,melembut dan menegangkan wajah..Bila orang tengok awet muda je kan.Bila korang menggunakan produk ni,kulit akan nampak lebih cerah dan licin kerana produk ini mampu memperbaharui sel-sel kulit mati.

Yang penting,bila menggunkan produk ni,tak payah nak tepek bedak banyak-banyak.Pakai day cream yang sememangnya senang sangat nak apply kat muka.Tampal bedak sikit dah cun..hehehe.Jangan risau tentang pengelupasan kerana produk ini mencerahkan kulit tanpa pengelupasan tau.Jadi takde rasa sakit pada kulit muka pun.




Packaging dia pulak korang boleh tengok kat bawah ni

** Perubahan ketara yang aku suka bila tengok muka aku ni,heeee....dah tak berminyak la macam dlu..Tak payah nak tampal bedak dua tiga kali..Sekali je..Sampai petang..

My Testimoni
My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skincare
Tetiba muka nampak chubby..al-maklum la..perut makin membesar,pipi pun dah makin membesar jugak..





Giveaway Whitening Intensive Booster Skincare : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.


Wednesday, April 15, 2015

Nur Awfiyah Turns One

Wednesday, April 15, 2015 14 Comments
Assalamualaikum

Pepagi lagi ummi dah bangunkan dia.Semangatkan Ummi nak wish Birthday awfiyah pepagi ni..Kenalah umpan bagi susu sebotol.hehe

Alhamdulillah..Genaplah anakanda kami hari ni setahun..Rasa sekejap je masa berlalu..Dan hari ni anakanda kami dah setahun...Sekarang ni dah gigih meniti tepi katil dan juga kerusi sofa tu..Memang ada hati nak berjalan dah..Masuk Walker???? Memang dah taknak pun dia..



Alhamdulillah..Ummi selalu doakan anak ummi menjadi anak yang solehah,berjaya dalam hidup.Tak sabar nak tunggu rambut dia panjang lagi macam ni..uhuk..macam nyesal potong rambut dia,tapi apa kan daya,tak nak anak ummi ni kena ruam.







Tuesday, April 14, 2015

Jadual Imunisasi Untuk Bayi berumur Bawah 1 Tahun

Tuesday, April 14, 2015 11 Comments
Assalamualaikum

Hah!!! tetiba je kan nak bercerita pasal Jadual Imunisasi Untuk bayi berumur bawah setahun.Occay...sebenarnya bulan ni genaplah anak kesayangan hamba tu berumur setahun..Yeayyy..Esok awfiyah dah setahun...Wah..sekejap je setahun dalam jagaan aku kan..

20hb ni dah kena injection la dia..Huaawaa..Ummi tak taulah macam mana nanti dia pekik bila kena inject..Harap dia taklah meragam kan..

So,setiap bayi memang wajib mendapatkan Jadual Imunisasi mengikut aturannya.Imunisasi ni merupakan  satu proses memberi vaksin kepada bayi bertujuan untuk mencegah penyakit² berjangkit Vaksin adalah virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan.

Vaksin membantu menghasilkan imuniti kepada bayi terhadap penyakit² tertentu.Imunisasi boleh diberi secara suntikan(melalui otot atau dibawah kulit) atau melalui mulut.Kesan sampingan Vaksinasi adalah perkara biasa dan pada kebiasaannya adalah ringan dan tidak membahayakan.

Sebenarnya ada beberapa vaksin yang wajib diberikan kepada bayi oleh Kementerian Kesihatan,tetapi sebagai ibu bapa kita perlu juga mengambil kira beberapa Vaksin Tambahan lain untuk bayi iaitu:-


Sumber pembacaan dan gambar di petik dari sini 

So minggu depan awfiyah kena suntikan MMR la..Sebagai ibubapa kita nakkan yang terbaik untuk kesihatan anak kita kan..Kekadang deman sikit pun kita dah risau..So,sepatutnya lah kita tak meninggalkan jadual Imunisasi untuk anak-anak kita kan..




Monday, April 13, 2015

Nuffnang : TGIF Meal For Two

Monday, April 13, 2015 14 Comments
Assalamualaikum

Petang baru bersiaran.Bukan busy atau ape pun.Entahlah..mood ke laut..Oooppsss..Bukan masa nak merayu simpati..Bukan masa nak cerita hal personal dalam blog ni..Ceriakan diri sikit petang-petang ni walaupun sedikit sendu menyelimut..perghh...puitis betul ayat kan.

Oklah..Petang ni,bila dah takde benda aku nak cerita..Actually ada,cuma takde hati nak menulis..hehehe...
Nak cerita pasal BE/CPUV baru yang terbit di dalam blog #Kisahsidairydotcom ni.

Sekali masuk sampai 3..Tapi tak taulah berapa sen yang melekat..hahah..tetap nak update jugak kan.Terima kasih ler kat Nuffnang..Harap banyak la sikit dapat..hahah..boleh kumpul duit nak raya ni..

BE/CPUV datangnya dari Fridays.com yang mempromosikan Meal For two dengan harga yang menarik. 


So,kalau korang ada masa and nak jimatkan duit korang,dah boleh pergi  ke website friday TGI ni


http://www.fridays.com.my/




Friday, April 10, 2015

Bertukar Ke Template Baru Lagi

Friday, April 10, 2015 26 Comments
Assalamualaikum

Salam jumaat semua..Saja nak cerita pasal template baru aku ni.hehe..Biasalah,bila dah bosan dengan template lama,kita Bertukar Ke Template Baru pulak kan.Lepas tu dah bertabur tak tentu pasal segala jenis coding.

Aku ingat saja nak tukar kepada Responsive Template.Tapi tak taulah samada template ni mesra SEO atau tak.Bila aku check,macam takde mesra SEO pun..Arghhh..Sudah...Last-last,lantakkan sajalah..Janji template nampak ok..Cantik?? Entah la..Pada aku x cantik,cuma kemas je.


responsive template


Korang rasa kemas tak blog aku yang berwajah baru ni.Harap lepas ni aku dapat kekalkan template ni dalam setahun dua..hahahaha...

Penat oooo nak main coding ni..Boleh sakit kepala..Ni pun aku rasa sakit kepala dok nak cari coding nak buat itu ini..Tapi alhamdulillah..berkat pertolongang google tolong aku cari blog yang banyak buat tutorial pasal blog ni..Maka terhasil lah blog berwajah baru ni..Masih mengekalkan warna pink..

Cuma aku tak sempat nak buat link untuk tab menu tu..Masih mencari lagi tutorial untuk tu..Tak pandai aku nak buat link-link tu..Tapi masih belajar...kot la ada orang nak tolong..hahaha...

Banyak lagi kot yang aku tak masukkan..nantilah.kalau senang² baru buat,...ada kesempatan untuk buat entry je.Yang lain tu tunggu masa senggang je nanti..hehehe...






Thursday, April 09, 2015

Nuffnang :McDonalds Frozen Fanta

Thursday, April 09, 2015 19 Comments
Assalamualaikum


Alhamdulillah...Nuffnang menjelma lagi..Lepas dari hantar ticket hari tu,maka dapatlah sekupang dua BE dalam blog ni..Haishh...ape daa...Nak kena hantar tiket banyak kali baru lah BE tunjuk muka kan.

mcdonalds frozen fanta


Oklah..BE/CPUV yang melekat di blog ni adalah dari Mcdonalds iaitu Mcdonalds Frozen fanta..Macam best je kan..



Kalau korang masuk kat website Malaysiafreebies.com ni,Mcdonalds akan berikan kupon untuk korang dapat Frozen fanta ni secara percuma.

McDonalds Malaysia Restaurants offers 1,000,000 cups FREE Frozen Coca-cola/Fanta Frozen Giveaway with flash your Mobile Voucher on April 2015 storewide.
Promotion period 1-30 April 2015
Time : 11am-4am
Venue : All mcdonalds restaurants in Malaysia

Untuk Melihat Terma & Syarat korang boleh klik  >> McDonalds 

Kalau korang nak kupon boleh klik sini >> Download free Voucher Here
Segala maklumat korang boleh pergi terus ke website McDonalds..



Wednesday, April 08, 2015

Badam Untuk Ibu Mengandung

Wednesday, April 08, 2015 11 Comments
Assalamualaikum

Bila pregnant ni,banyak info yang dicari.Tapi bukan sebab pregnant je baru tercari-cari info macam ni,Tak pregnant pun boleh juga membaca tentang info-info kebaikkan makanan untuk ibu-ibu mengandung ni kan.

kebaikkan makan badam
source:google

Dulu aku pernah baca pasal kebaikkan Kurma untuk ibu mengandung.Selain tu jugak aku ada kongsikan kebaikkan mengamalkan Jus Delima di Entry INI .Dan satu lagi tadi aku terbaca di Blog Maria tentang kebaikkan Buah kiwi untuk ibu mengandung juga ada,kotlah korang nak baca,boleh klik Link ni.
 Petikan teks dari blog maria..Nak baca penuh boleh terus ke link atas tu ye
  • Untuk Ibu hamil , buah kiwi mengandungi 0.25mg asam folat sehingga sangat baik untuk ibu hamil kerana boleh membantu mencegah kecacatan saraf pada bayi dan juga perkembangan otak.

 Oklah..berbalik kepada Kelebihan Yang ada pada Badam untuk ibu yang mengandung.Sebenarnya wanita yang mengandung ni digalakkan memakan lebih banyak kekacang terutamanya badam,susu dan kurma.Kajian juga menyatakan protein kacang terutamanya Badam amat baik untuk merangsang Pertumbuhan otak bayi..Sebab aku cerita pasal badam ni,kesnya semalam aku pi beli Jus delima,kurma dan kismis.Owner kedai tu bagitau aku,Ibu mengandung ni,bagus kalau makan badam.Anak boleh jadi pandai.Balik tu,terus aku google pasal badam..Ehmmm..Memang betullah..So aku draftkan entry untuk aku share kat korang.Info ni aku dapat dari SINI

Badam mempunyai pelbagai khasiat yang tinggi dan kandungan proteinnya 20 kali lebih banyak berbanding bijirin yang lain.

Kalau korang nak tau lagi,Badam mengandungi kuantiti lemak yang tinggi,Namun 90% dari lemak badam  adalah lemak tak tepu yang badan kita perlukan.Badam ni mengandungi kandungan folat ayng tinggi.Golat ni sangat penting untuk ibu yang mengandung untuk mengelakkan kecacatan pada bayi.Kanak-kanak pun sesuai makan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka,selain membina tulang dan gigi.Badam dapat mengurangkan paras kolestrol,menrendahkan risiko darah tinggi,sakit jantung dan kencing manis.
source:google


Jadi tak salahkan kalau bila kita mengandung,kita dapatkan makanan yang memberikan kebaikkan sepanjang kehamilan kita.

Diam tak diam dah 24 minggu baby dalam perut ummi dia...isk...Nebes sungguh...

Tuesday, April 07, 2015

Shopping Keperluan Nur awfiyah

Tuesday, April 07, 2015 24 Comments
Assalamualaikum

Perihal cerita semalam ni uols...hehehe..sejak bila pulak kan bertukar perkataan uols ni kan..hehehe..Cerita petang semalam,gaji kot!!! Planning balik kerja,amik awfiyah,amik babah kat rumah terus nak pi Maslee terdekat.Shopping barang Nur awfiyah yang dah hampir kehabisan..Setiap kali gaji,memang peruntukkan nur awfiyah diketepikan.Beli beberapa stock seperti pampers,susu,mandian dan juga biskut Nur awfiyah tu.


Itulah rutin setiap sebulan dua kali,mesti berbelanja di Maslee atau Econsave.Bagi aku dua pasaraya tu dah bagi harga termurah untuk pampers dan susu..Satu lagi ada kedai uncle ni yang jual susu awfiyah dengan harga Murah..

Oh..lupa dah nak bagitau,sekarang ni Nur awfiyah dah tak minum susu formula Similac tu..Dulu aku ada cerita pasal susu Nur awfiyah kat sini .Sekarang ni Nur awfiyah dah bertukar menggunakan susu Similac Kepada Dugro 1-3 tahun..Alhamdulillah..serasi dengan dia.

Dia paling suka duduk dalam troli ni..Tapi satu peel dia bila pi pasaraya,cepat sangat mencapai barang-barang yang berdekatan dengan dia

Masa ni dia dok usha mamat kat maslee tu..Sibuk la nak beramah mesra dengan orang..isk...anak dara ni memang tau..




Nak suruh dia duduk diam² dalam tu senang je,bagi je apa² untuk dia pegang,Confirm dia sibuk belek apa yang dia pegang.Cuma mulut je lah yang tak reti duduk diam

Ni masa babah dia dok pujuk supaya tengok kamera..Sekarang ni sungguh demands nak ambil gambar dia..makin suka dia olok² kan ummi dia bila nak amik gambar.


Tapi yang pening masa shopping bila tengok semua paparan GST pada setiap barang.Ada certain barang yang tak dikenakan GST dan ada yang kena.Barang yang dibeli semalam pun,yang perlu je.Yang tak perlu,aku memang tak beli.Cukup untuk makan kami sudah la..Mana yang ada lagi dan banyak kat rumah tu memang kami tak beli.Selalunya dulu,ada jugak buat stock banyak kat rumah.Nak beli lagi tunggu gaji kedua bulan tu pulak.

Bulan ni,tak beli untuk mandian Nur awfiyah memandangkan ada lagi stock 1 lagi kat rumah.
Semalam beli Drypers size M harganyanya Rm35(dalam range macam tulah..aku dah lupa sennya berapa)dan Dugro 1-3 tahun berharga RM25.90(aku beli 2 beg)Selalunya gaji kedua setiap bulan aku beli lagi 2 pack..Satu memang aku standby letak kat rumah SIL.jadi tak perlu bawak balik.Tinggal je kat situ.

Oklah.beli barangan semua semalam tidak lagi melebihi budget yang aku dah asingkan..Alhamdulillah..Lepas keluar dari Pasaraya tu,Misi untuk cari makanan untuk mengisi perut..Waktu ni Nur awfiyah dah mula buat perangai.Maklumlah,sekarang ni sehari sekali je tidur.Lepas maghrib dah waktu dia tidur pun.Bila kat kedai makan,lagi la dia buat perangai..Last² mintak my husband bungkuskan makanan aku,aku pulak pi dalam kereta melayan dia.Isk...Sampai rumah,tukar pampers,terus tidurkan dia.Memang sekejapan je,Terus tidur lena..






Nuffnang : ExpediaBPG MATTA Media

Tuesday, April 07, 2015 10 Comments
Assalamualaikum


Alhamdulillah..Akhirnya melekat jugak satu CPUV melekat dekat blog ni.Lama tu Tunggu..Iskk..Nuffnang ni,Aku dah report banyak kali,baru nak respon..heheh

#ExpediaBPG [MATTA] Media



Maklumat lanjut Tentang #ExpediaBPG [MATTA] Media ni,korang boleh ke webiste ini
                                                         Expedia.com.my




Harap Nuffnang bermurah hati nak bagi lagi CPUV kat aku..hehehee...Wah..entry pepagi ni tentang Nuffnang la pulak kan,..hehehe..saja nak refresh supaya tak lemau macam semalam..ngeeeee


Monday, April 06, 2015

Isnin yang Lemau

Monday, April 06, 2015 18 Comments
Assalamualaikum

Hari isnin yang aku rasa lemau sangat..Pepagi sedang mengarang entry ni pun aku rasa dah lemau jugak.Ngantuk semacam je..Semalam lepas pada ABPBH 2014,terus tidur je memandangkan hari dah lewat malam.Memang enjoy je tengok ABPBH,walaupun aku rasa pengacara kurang menyengat..hehehe...Pendapat masing-masing..Nak komen keseluruhan cerita pasal ABPBH ni aku malas skit..Just tengok je..hehe
sumber:google


Bila dah seharian semalam,dok tidur,makan,tengok tv,melayan si awfiyah kat rumah nenek dia,wah..kemain suka lagi minah tu..Haish!! sebenarnya hari sabtu lepas,aku decide nak balik kampung.Balik dengan awfiyah je memandangkan my husband tu bekerja hari ahad.So terpaksalah mintak tolong adik temankan balik kampung,.Nak harapkan Nur awfiyah je balik dengan aku,confirm minah tu tak reti duduk dalam car seat..Tu yang paling aku risau kalau nak pi mana-mana dengan dia.Sebab dia jenis memang tak reti dok diam dalam kereta,Dia memang jenis orang yang cepat bosan.So,kalau lama sangat dalam kereta takut dia merengek je lah...Alhamdulillah..dapat jugak balik kampung..Bila mengandung ni,memang teringin sangat nak makan masakan mak sendiri.Bukan kata masakkan MIL tak sedap,cuma kekadang tak kena dengan tekak orang johor macam aku ni..hehehe..ok..part tu aku malas nak cerita...sebab takut terkeluar dari landasan.heheheh

Semalam petang aku dah balik ke jb semula.Selalunya aku balik lepas maghrib,tapi memandangkan aku yang drive,so risau lah kan malam-malam nak driving.Mak pun dah pesan jangan balik malam-malam..Yelah,dia risau sebab aku berbadan dua..Bila duduk rumah dengan mak,macam-macamlah permintaan makanan yang aku request..hehehe..Saja nak memanja dengan mak kan..Dah kawen ni nak memanja dengan mak ni dah terbatas..Maklumlah tak duduk sebumbung dengan dia..

huwaaa!!! mengantuk tahap gaban...heheheh...ayat tak boleh nak blah kan,.Apa taknya pepagi buta aku dah makan mee hoon.Selalunya bila aku beli sarapan,aku akan makan 9.45 nanti..maksudnya waktu rehat.Tapi disebabkan anak dalam perut ni dah menggodam,terpaksalah makan jugak.hehehe...Lepas tu,lapar balik..ya anak,...sabar ye...Kita makan tengahari pulak..heheh..

Oklah...Nak buat kerja apa yang patut dulu..ok bye..

Saturday, April 04, 2015

Training ISO Pagi Ni

Saturday, April 04, 2015 8 Comments
Assalamualaikum

Hemm...Teringat pulak pagi ni ada training ISO..Isk...dah ler malesss sangat nak attend Training ni.Tapi nak buat macam mana kan...Terpaksa  lah jugak..janji dapat Sijil..

Walaupun Training ni habis petang,tapi aku mintak kelonggaran untuk balik awal..Yelah..hari ni kan separuh hari..So tak boleh nak attend sampai petang la..Kesian si Awfiyah tu pulak.Lagipun hari ni My husband and MIL yang jaga..Risau pulak dia merengek nanti..Satu hal pulak aku kena balik.

Lagipun Awfiyah dengan MIL kureng sikit..Tak taulah kenapa..Off record jelah..hahahaha....Jadi,kalau ada my husband ok lagi lah..Hari ni Babysitter aka My SIL memang tak jaga..

Apa itu ISO?? emmmm....better korang google jelah ye...siapa yang bekerja tu taulah kan pasal ISO..so tak perlu aku nak explain pasal tu ye..

hehehe..dasar pemalas kan..!!!ooopsss..bukan pemalas,cuma tak berkesempatan nak berceloteh panjang kat sini.Training start pukul 9 pagi ni..Uhukk..time aku tido tu..hehehe...

Harap ada tenaga untuk menghadap training tu ek..Mau taknya,sejak preggy ni,ada  time² yang begitu buat aku mengantuk!!!

oklah...see u ols nanti..rasa nya tak dapat nak blogwalking..Esok pun sama juga..Nak spend time dengan anakanda tercinta..So,dilarng sentuh gadget..update status je takpelah..ok or not...hehehe



Friday, April 03, 2015

Bila Nur Awfiyah semakin Aktif

Friday, April 03, 2015 11 Comments
Assalamualaikum


Tengoklah...lepas baik dari sihat tuari,dah semakin aktif ..Isk...Asyik nak berdiri walaupun tak pandai lagi nak berjalan..Spot utama adalah di sofa.Memang dia paling suka kat situ..Bila dah dapat berdiri ,nak duduk tak pandai.Mulalah cari sesiapa yang terdekat dengan dia,mintak turunkan..Bila takde,huh!!!dengar je dia menjerit..

Lagi satu peel dia sekarang ni,bila nak tidur,macam-macam aksi dia tunjuk untuk boleh ke tidur tu.Tengoklah aksi dia dalam buai tu..Ada video,tapi aku tak boleh nak masukkan...hehehe...

Nanti dah puas dok terguling dalam buai tu,barulah dia mintak tolong betulkan posisi dia..haishhh minah ni..Semakin aktif..Kekadang,ummi pulak tak larat nak layan dia.Lagi satu kesukaan dia,bila aku baring,Mulalah dia nak memanjat..Setiap malam pulak,perut ummi dia mesti kena tendang dengan dia..Haishhh...Penat ummi betulkan posisi dia bila tidur,Pasti lepas dari tu,dia ubah balik posisi dia tu..Suka hatilah nak oooii,,janji ko tak terhantuk dekat sofa kayu tu dah ler...


Dah dua hari perasan awfiyah dah tumbuh gigi sebatang,takpe,nanti dah nampak sikit,ummi close up sikit gambar gigi tu ye..hehehe...


Thursday, April 02, 2015

Prize On Hold Di Reader Digest

Thursday, April 02, 2015 11 Comments
Assalamualaikum

Aku pun tak tau dari mana si Reader Digest ni dok dapat alamat company aku nih..Iskk..bahaya sungguh kan.Tengok ni

Kalau aku ni menang betul takpe..Ni nak bagi hadiah bagai,tapi kena on hold dulu..Sebenarnya aku memang tak percaya pun dengan reader digest ni..menipu je kan..AKu dah banyak jugak google benda ni..Rata-rata diorang kata menipu..SCAM!! SCAM!!

Ada lagi yang ditawarkan,kalau la aku ni jenis yang percaya benda-benda karut ni,confirm kena tipu..
Konon dapat kete bagai...Huh!!kalau betul,takkan lah orang simply nak bagi hadiah macam tu banyak kan,,

Kalau betul la nilai yang aku dapat banyak ni,FUhhhhhh!!! banyak tu!!

Akan aku belanja kaum kerabat aku..Sedekah kat mana-mana yang patut...Aku buat banglo besar bak hang dah..

Tapi itu cuma khayalan semata-mata..Tiada kena mengena antara yang hidup dan yang mati..hahahaha...SO aku abaikan je surat tu...Dalam erti kata lain,ke bakul sampah je lah,,





ABC Kampung Melayu Yang Superb

Thursday, April 02, 2015 26 Comments
Assalamualaikum

Hai korang...Semalam without any entries dalam blog ni..Uhuk...Kesekian kalinya bertapa di Hospital Sultanah Aminah Untuk Rawatan susulan Pregnancy aku ni.

Alhamdulillah,Doktor sahkan baby dalam perut ok2 je..Sihat dengan degupan jantung yang normal dan terletak elok dalam perut Ummi dia.Hari Ahad tuari pun bertamu kat sini jugak,tapi untuk check Jantung baby samada ok or tak.lepas tu aku lupa apa lagi dia check.Oh ye..semalam aku sempat jugak masuk ceramah Penyusuan susu ibu selama 30 Minit(Update:adik manis sally yang tegur aku tulis 30 jam) ..Banyak juga lah input yang aku dapat dari ceramah tu..

Selesai sahaja jumpa doktor,perut pun dah lapar.Selalunya aku just makan kat kantin hospital tu.Tapi disebabkan nak jugak cari ABC kampung Melayu yang dah bertahun aku tak jamah,so decide ngan husband nak ke sana..Selesai check up pun dah pukul 1 lebih..Nasib baik Nur awfiyah tak meragam.Elok tidur dalam stroller dia.

Alhamdulillah..Sampai kat kedai ABC tu,taklah ramai orang.Cuma cuaca panas tu yang kurang selesa..Mungkin nak hujan..So order 2 abc,satu my husband and 1 lagi aku punya..Nenek cuma minum air sirap je.Makanan pulak kami order nasi ayam,nasi goreng ayam,and soto untuk nenek..Nampak satay mabless,so order 10 cucuk satay je..Takut kang tak habis lak order banyak-banyak kan..

hehehe...Nampak badan sikit pun oklah ye..

Nasi ayam ni memang ringkas..so,rasa pun ringkas jugak

Slurppp....Ni yang best...Memang dah lama mengidam nak makan ni...Akhirnya dapat jugak..
Siapa orang johor,pasti tau tempat ni kat mana..Oh ye..Just nak bagitau,kedai ni terletak di Kampung melayu Johor.Berdepan dengan Masjid

ABC dia ni memang terkenal di sekitar Johor.So kalau korang datang jb,bolehla singgah kan.

Memang syok ,lepas makan hujan turun dengan lebatnya..So terpaksa lah kitorang tunggu hujan redha baru balik.Ingat nak tapau satu lagi,tapi fikir nanti mesti ABC ni cair kan..So terpaksalah cancel tapau..heheh


*** Abaikan wajah blog baru yang belum dikemas kini..



Follow Us @aida_yusof81