11
Assalamualaikum

Rasanya kalender tahun ni lah yang banyak aku conteng..Start pregnant penghujung tahun lepas,sehingga lah dah buat kad pink.Dan seiring itu jugak,kena jumpa pakar,appointment sebulan lebih 4 kali..


Uishhh...Kalau ikutkan penat jugak nak ke hulu hilir membawa badan yang semakin tak larat ni..harap terus diberikan kesihatan yang baik sehingga bersalin nanti.

Sejak Johor dah diperkenalkan cuti Jumaat sabtu ni,Bagi pekerja swasta,dah takde istilah hujung minggu bila terpaksa duduk terperap di hujung minggu.Yelah..kalau anak-anak dah sekolah,mana masanya nak beriadah bersama-sama kan.

Begitu juga appointment dengan doktor sekarang ni.Berkorban hujung minggu untuk betapa kat hospital pepagi buta.Semuanya dilakukan di hujung minggu.Jadi takde istilah nak merehatkan badan pada hujung minggu.Duduk menunggu kat hospital pun dah dekat setengah hari kan..

Baru ingat nak berehat esok,tapi terpaksa gagahkan jugak pepagi buta ke Klinik.Sebenarnya appointment aku melibatkan dua tempat.Satu hospital besar,dan satu lagi klinik kesihatan biasa.Biasanya kalau ada kes,memang kena lah pergi dua² tempat ni.Esok hanya jumpa doktor biasa je.Sebulan dua kali kena jumpa doktor.Kalau korang mengikuti perkembangan aku semasa mengandung ni,mesti korang tau kenapa mesti aku berjumpa dengan doktor pakar di Hospital besar.

Abaikan tulisan aku tu..hehehe...Setiap appointment memang aku akan tulis kat kalender..Jadi senang nak buat rujukan.

Hari ni pulak,apa aktiviti korang.Petang ni nak ke Tesco,Ada sales kat sana..Bukan sales apa pun.Dapat brocher Tesco,tengok pampers dengan susu Nur awfiyah tu murah..So sayang tak grab kan.Masa ni lah boleh beli 2-3 beg susu..Buat simpan.Nanti senang sikit..Yang penting jimat skit.

**Pepagi dengan Bebelan...

Post a Comment

  1. Betullah Eda. Kakak ni pun sama Jumaat/Sabtu abang dgn bebudak cuti tapi kakak kerja (sabtu kadang kakak kerja) Ahad kakak di rumah sendiri jadi supir anak pergi/balik sekolah aje. Masak-kemas habis sehari..

    Macam eda jenuh di hospital ajelah ye. Awifah mesti jadi biasa dgn situasi hospital agaknya dah.. dia pun dah makin cerdik kan:)

    ReplyDelete
  2. Teringat waktu isteri mengandung dulu.. mmg bnyk appointment sampai dah tegal dah.. semoga segalanya dipermudahkan & berjln lancar ye.. :)

    ReplyDelete
  3. ye la kak..time mengandung ni memang banyak sungguh appointmentnye..sampai nak muntah rasa asyik muka yang sama je kat klinik/hospital tu hehe. Tapi apapun demi baby ...sanggup kita hadapinya kan kak. MOga urusan akak dan baby dipermudahkan segalanya..kirim salam kat awfiyah tau :D

    ReplyDelete
  4. sama la kita..masa mengandung memang kalender asyik kena conteng..sebab kat situ je paling senang nak tulis apa2 jadi kat perut..senang nak check balik..hehehe

    ReplyDelete
  5. penuh dengan appoinment..semoga dipermudahkan kak

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak ida, bersabar banyak ye.. semoga dipermudahkan segalanya. insyallah lepas bersalin nanti semuanya kembali macam biasa ~~~

    ReplyDelete
  7. yang penting baby dan ummi sihat :)

    ReplyDelete
  8. Alahai, bnyknye appoiment sis tp xpe la jnji sis & baby sihat k....;-)

    ReplyDelete
  9. Dah lama xde appointment dgn doc or buat buku pink...bila la merasa

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top