5
Assalamualaikum

Dah dua hari tanpa entry di blog ni..Gara-gara batuk start hari rabu sampai la berlarutan sehingga ke hari ni..Dah dua hari aku MC..Bila batuk,dada dan perut ni sakit.So rasa tak selesa jugaklah kalau nak kerja...

Last-last aku ambil keputusan untuk berehat di rumah.Memang payah la kan nak baik kalau dah kena batuk ni.Dengan cuaca yang tak menentu dan terlalu panas ni,Patut dielakkan pengambilan ais..Tapi makyong sorang ni,pantang dengan ais sekarang ni.Kalau boleh pagi petang siang malam pun nak minum berais  jugak.

Lastly,dapatlah penyakit ni..adehh...baru padan muka..Nak minum ubat batuk klinik ni pun aku macam ngeri jugak la kan..Takut lah effect ape-ape kat baby..Tapi bila doktor kata ok je,aku ambil sekali je lah..Lepas tu omagot!!!!...ngantuk ya amat...Nasib baiklah Mak datang rumah,boleh jagakan dak fiyah tu untuk aku.Alhamdulillah...

Aku post kat fb..(tu pun nak up status)....hehehe...biasalah masyarakat kita ni,,,,mesti ada yang cakap macam tu kan...heheheh..takpelah..janji aku happy..ada lah rakan-rakan fb yang bagi petua untuk menghilangkan batuk aku ni..

Ada lah rakan fb yang concern tentang batuk aku ni..thanks korang

And petua yang dia bagi kat aku..mana tau kan korang boleh ikut jugak petua ni..
aku lom cuba lagi..Nak ke pasar beli buah tu yang malas tu.
Aku perjelaskan sikit komen kat atas ni..Kawan aku bagitau,kawan kepada kawan dia pun batuk jugak.Kawan cina kawan dia tu,ada bagi petua orang-orang cina la,,,menggunakan buah lai je..
Apa yang korang kena buat adalah,kupas dahulu kulit buah Lai tu,kemudian potong kecil² dan rebus bersama dengan gula batu.Diminum panas-panas...Perghh...mesti legakan tekak korang yang gatal tu..


Korang nak cuba-cubalah..Mana tau berkesan.Aku pun nak cuba jugak kalau masih tak baik lagi..





Post a Comment

  1. tak pernah dengar petua ni..try lah sis, pastu share result ye.moga sembuh dengan izin Allah.get well soon :)

    ReplyDelete
  2. Batuk mmg tak best.. kacau kerja especially klu yg melibatkan meeting hmmm.. Semoga cepat sembuh Aida. Saya pun baru tau petua ni...

    ReplyDelete
  3. oo..boleh diamalkan petua ni.get well soon ida.

    ReplyDelete
  4. sesuai dengan keadaan CT skrang.. dah selsema batuk lak ehehe..

    ReplyDelete
  5. kalau akak biasanya bila batuk cuma pantang bab makan je..tak makan benda ada minyak dan kekacang.biasanya dalam 2 hari dah ok..

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top