24
Assalamualaikum

Perihal cerita semalam ni uols...hehehe..sejak bila pulak kan bertukar perkataan uols ni kan..hehehe..Cerita petang semalam,gaji kot!!! Planning balik kerja,amik awfiyah,amik babah kat rumah terus nak pi Maslee terdekat.Shopping barang Nur awfiyah yang dah hampir kehabisan..Setiap kali gaji,memang peruntukkan nur awfiyah diketepikan.Beli beberapa stock seperti pampers,susu,mandian dan juga biskut Nur awfiyah tu.


Itulah rutin setiap sebulan dua kali,mesti berbelanja di Maslee atau Econsave.Bagi aku dua pasaraya tu dah bagi harga termurah untuk pampers dan susu..Satu lagi ada kedai uncle ni yang jual susu awfiyah dengan harga Murah..

Oh..lupa dah nak bagitau,sekarang ni Nur awfiyah dah tak minum susu formula Similac tu..Dulu aku ada cerita pasal susu Nur awfiyah kat sini .Sekarang ni Nur awfiyah dah bertukar menggunakan susu Similac Kepada Dugro 1-3 tahun..Alhamdulillah..serasi dengan dia.

Dia paling suka duduk dalam troli ni..Tapi satu peel dia bila pi pasaraya,cepat sangat mencapai barang-barang yang berdekatan dengan dia

Masa ni dia dok usha mamat kat maslee tu..Sibuk la nak beramah mesra dengan orang..isk...anak dara ni memang tau..




Nak suruh dia duduk diam² dalam tu senang je,bagi je apa² untuk dia pegang,Confirm dia sibuk belek apa yang dia pegang.Cuma mulut je lah yang tak reti duduk diam

Ni masa babah dia dok pujuk supaya tengok kamera..Sekarang ni sungguh demands nak ambil gambar dia..makin suka dia olok² kan ummi dia bila nak amik gambar.


Tapi yang pening masa shopping bila tengok semua paparan GST pada setiap barang.Ada certain barang yang tak dikenakan GST dan ada yang kena.Barang yang dibeli semalam pun,yang perlu je.Yang tak perlu,aku memang tak beli.Cukup untuk makan kami sudah la..Mana yang ada lagi dan banyak kat rumah tu memang kami tak beli.Selalunya dulu,ada jugak buat stock banyak kat rumah.Nak beli lagi tunggu gaji kedua bulan tu pulak.

Bulan ni,tak beli untuk mandian Nur awfiyah memandangkan ada lagi stock 1 lagi kat rumah.
Semalam beli Drypers size M harganyanya Rm35(dalam range macam tulah..aku dah lupa sennya berapa)dan Dugro 1-3 tahun berharga RM25.90(aku beli 2 beg)Selalunya gaji kedua setiap bulan aku beli lagi 2 pack..Satu memang aku standby letak kat rumah SIL.jadi tak perlu bawak balik.Tinggal je kat situ.

Oklah.beli barangan semua semalam tidak lagi melebihi budget yang aku dah asingkan..Alhamdulillah..Lepas keluar dari Pasaraya tu,Misi untuk cari makanan untuk mengisi perut..Waktu ni Nur awfiyah dah mula buat perangai.Maklumlah,sekarang ni sehari sekali je tidur.Lepas maghrib dah waktu dia tidur pun.Bila kat kedai makan,lagi la dia buat perangai..Last² mintak my husband bungkuskan makanan aku,aku pulak pi dalam kereta melayan dia.Isk...Sampai rumah,tukar pampers,terus tidurkan dia.Memang sekejapan je,Terus tidur lena..






Post a Comment

  1. montel dia, dah berapa bulan, macam baya ainul jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulan 4 ni awfiyah dah turns 1 auntie..

      Delete
  2. Seronoknya dudok lam troli tu..kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang minat dia setiap kali shopping...

      Delete
  3. hahaha...laju je capai ye..capai2 masuk troli ke tu??.nak tolong shopping sekali la ye...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu sudah semestinya auntie..nasib baik belum pandai nak pilih jajan dia lagi

      Delete
  4. Tak lama lagi shopping nk kluar troli le tu hihii.. :) :)

    ReplyDelete
  5. Samalah anak-anak saya dulu.. Capai mana yang dapat je. Nak makan pun terus telan.. kunyah lambat.. hahaha.. pengalaman beranak kecil memang begitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah..kekadang seronok jugak melayan diorang ni kan ain..

      Delete
  6. Awfiyah nak shopping sendiri tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. shopping sendiri tunggu dh besar uncle zumal..

      Delete
  7. Anak kita pun dah tukar susu..minum dugro 1-3 juga...

    ReplyDelete
  8. Ahhh montelnya. Minum susu banyak2 biar montel lg. Suka tengok gelagat anak kecil duduk dalam troli. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejak dah tukar susu ni,makin banyak dia menyusu...hehhe

      Delete
  9. dapat gaji tak panas lagi dalam akaun terus keluar balik kan kak? hahahaaa nak buat camaner..

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tulah zee,nak tunggu duit tu beranak dalam bank memang takkan boleh punya..

      Delete
  10. memang ada certain susu x sesuai dengan baby ke kak? amboi anak dara, bukan main peramah. hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semua susu boleh sesuai dengan setiap bayi amy..hehe

      Delete
  11. sama la mcm anak saya dh mula suka bila ltk atas troli mcm tu. hihi

    macam ddk di jb j ni.pasaraya maslee sy pernah oergi skali j kat area pasir gudang kalau x salah
    kalau tmpt lain x pasti la pulak ada ke tak pasaraya maslee ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang dduk kat pasir gudang... :)

      Delete
  12. letak dalam troli senang ehehe.. pastu jauh sikit dari rak.. kalo dak mama papa kena extra working hour.. susun balik barang2..

    ReplyDelete
  13. Salam. Hee dh pegi mydin taman rinting kak ., ;p

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top