Thursday, May 28, 2015

Luncheon Di SDS Hari Ini

Thursday, May 28, 2015 10 Comments
Assalamualaikum

Petang baru dapat update blog.Pepagi tadi dah update.tu pun lambat atas sebab-sebab kerja office yang perlu disettlekan terlebih dahulu.

Alhamdulillah..Kenyang sampai ke petang lagi.Sebab baru lepas minum petang..hahahaha..Kes makan kat SDS sebab ada seorang officemate ni yang mak buyung macam aku jugak.Nak sangat nak pekena chicken chop hari ni.

Jarang makan kat situ sebenarnya.kalau makan pun kat kedai biasa jelah..Lebih murah..Tapi sesekali layan kan,apa salahnya.

Sampai aku terlupa nak ambil gambar makanan officemate punya.Sebab dah kelaparan sangat-sangat.
Sempat ambil gambar untuk menu pilihan aku je
 SDS Nasi goreng Ikan bilis 

Minuman pula aku order Honey Lemon

Tapi yang tak bestnya Honey Lemon ni,diorang pakai lemon yang tak asli.maksud aku bukan perahan lemon,sebaliknya jus lemon untuk masakkan tu..Korang boleh bezakan kan yang asli dan yang tak.Tu yang buat mood nak habiskan air tu failed.

Tapi aku dah sindir kat pekerja dia tu..Tapi tak taulah samada dia dengar ke tak.Sebab sindiran aku tu kuat dan jelas sangat-sangat..hehehe...Next time guna buah lemon ye dik..baru umppphh rasa air tu..Bayar mahal kot untuk air..Takat pakai jus lemon untuk masakkan..baik tak payah.


Saja nak membebel petang ni



Nuffnang : Colgate 360 charcoal gold

Thursday, May 28, 2015 6 Comments
Assalamualaikum

Semua rasa dah taukan product baru dari Colgate ni..Wah..nampak kemewahan pada produk baru ni..Mana taknya,ia dibaluti dan di pek dengan Emas!!! Apa!! Emas!!!.. uishhh...confirm mahal kan...

Colgate 360 Charcoal Gold ni berfungsi membersihkan dalam mulut secara menyeluruh..So bila sisa makanan terlekat kat celah gigi,korang dah tak perlu nak risau lagi.Kerana Berus gigi ini dicipta khas untuk membersihkan di lorong dan tempat sempit gigi korang.Bukan sahaja gigi,tetapi di bahagian dalam mulut.Tak kiralah pipi dalam ke,lelangit ke,lidah ke..semuanya dibersihkan dengan mudah.Ini kerana berus Colgate ini mempunyai bulu berus  17 kali lebih nipis setiap helainnnya.


colgate 360 charcoal gold

Colgate 360 charcoal gold

Aku memang dah survey tuari,cuma belum sempat nak beli.Nak rembt masa tu tapi sayang berus gigi masih baru aku beli..So rasa tertarik pulak nak mencari Berus gigi ni.Berus gigi ni kalau tak salah aku cuma rm14.90.

Oh ya!!...sebelum aku terlupa..Sesiapa yang membeli Colgate 360 Charcoal Gold ni,berpeluang untuk memenangi The real gold bar bernilai sehingga RM1800 mingguan dengan Game Charcoal gold ni.Mudah je,Jadi pemain terpantas untuk memiliki hadiah tersebut

Colgate 360 charcoal gold


Jika korang membeli 1 unit berus gigi ni,dan menjawab dua soalan mudah hanya di webiste ni
www.ohmygold.com/

Korang juga akan berpeluang untuk memenangi sehingga 360 grm gold bar.Perlu disertakan resit pembelian ok... #OhMyGold !!!

Maklumat lanjut ,korang boleh klik website kat atas ni..Aku pun kena ambil peluang ni kan..bukan susah pun..hehehe...

Sebelum terlambat,baik cepat-cepat beli Berus gigi Colgate 360 charcoal gold


By the way,Thanks Nuffnang coz beri lagi CPUV Colgate 360 charcoal gold








Wednesday, May 27, 2015

Nuffnang:Cpuv Maxis One Plan

Wednesday, May 27, 2015 11 Comments
Assalamualaikum


"More Reason to enjoy MaxisOne Plan"

Share the best things in life with loved ones.
Now you can share all the great benefits of MaxisONE plan. Share your unlimited talk, unlimited text, plus any amount of data with anyone.

maxisone plan


CPUV kali ni datangnya dari Maxis One Plan..Sedang hot iklan ni kat tv..Mudahkan..Beli satu plan data untuk kegunaan satu family...Lebih jimat..




Maklumat Lanjut korang boleh terus ke laman web maxis disini









Tuesday, May 26, 2015

HB Rendah Ketika Mengandung

Tuesday, May 26, 2015 12 Comments
Assalamualaikum



Bila usia kandungan makin bertambah,sekarang ni dah 31 minggu dah pun,Kerisauan tu selalu jugak menghantui aku.Badan pun sekarang ni makin tak bermaya nak hadap semua kerja di rumah dan ditempat kerja.

Lagi satu,bila nak naik tangga,memang sangat² payah lah bagi aku.Selalu sangat kepenatan.Kekadang aku stay dulu dua tiga anak tangga.Amik nafas dulu baru aku teruskan naik tangga.

Ahad minggu lepas,aku gi checkup macam biasa.Kalau ibu mengandung yang bermasalah macam aku ni,kena jumpa doktor setiap kali check up.Lepas tu kena pergi 2minggu sekali.Rasa penat,tapi bila fikirkan kesihatan baby,aku gagahkan jugak.Walaupun kurang masa aku dengan Nur awfiyah,tapi aku bersyukur,sebab mak long dia tolong jagakan dia.

Masa tu aku ada bagitahu tentang kencing kotor ketika hamil, check up kali ni,alhamdulillah bersih.Cuma HB rendah dan terpaksa test banyak kali jugak.Last dapat result 11.0..SIkit lagi nak drop HB aku..iskk.risau jugak..Sebab aku ada baca tentang Bahaya HB rendah ketika Mengandung.

Jom aku share apa yang bahayanya bila HB rendah

Kesan HB rendah pada ibu yang mengandung :-
  • Pitam atau mudah pengsan
  • Keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
Kesan HB rendah pada anak dalam kandungan :-
  • Intrauterine growth restriction(IUGR) atau pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai Premi atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi yang kurang dari 2.5kg
  • Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth
Tercari-cari jugak bagaimana cara nak atasi HB rendah ketika hamil ni.

Cara terbaik untuk meningkatkan Hemoglobin dalam Darah:-

1.Haruslah makan makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti :
  • Daging lembu sebesar kotak mancis
  • Daging ayam iaitu bahagian dada
  • Kerang 20 biji
  • Ikan bilis
2.Jangan sesekali mengambil pil tambah darah dengan air susu kerana ia akan mengurangkan penyerapan          vitamin,sebaiknya diambil bersama air masak atau air buah-buahan.HB akan bertambah  1g/dl jika kita          makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan.

 


Monday, May 25, 2015

Dah Pandai Demand!

Monday, May 25, 2015 16 Comments
Assalamualaikum

Cerita pasal Nur awfiyah,anakanda kesayangan sorang tu..Wah..semakin hari dah semakin demand..Cerita malam tadi.Babah dia ajak pi Mr.DIY yang berdekatan dengan rumah..Aku ada cerita kat entry ni pagi tadi.
dalam entry Si Pulut Mangga tu.

Bawak pi masuk Mr.Diy memandangkan aku tak pernah lagi masuk kedai yang berhampiran dengan rumah tu.Tujuannya nak cari padlock untuk rumah baru aku tu.Jalan-jalan kat tempat mainan,Uih...kemain lagi muncung ikut sekali dengan telunjuk nakkan mainan..Bila tak bagi,amboii..anak dara sorang tu menjerit.Habis satu kedai tu dengar suara dia..Pandai pulak tu memilih...Tapi pilihannya tu takdelah mahal mana pun.Cuma barang mainan tu tak sesuai dengan dia..Kecil sangat-sangat.

So,memang tak berani nak beli,Pilihkan mainan yang lain pulak..Ok..diterima..Lepas tu bila ummi dia pegang mainan lain,terus nak jugak.Tapi mainan yang tadi tetap dalam genggamannya..Tak nak lepas langsung.Uisskk..anak aku dah pandai demand.Nak banyak.Bila aku amik salah satu dari mainan tu terus menjerit..

Last sekali sebelum bayar,nampak pulak bola..Tetiba tangan tunjuk kat bola tu..Hamboiii..Sekali lagi nakkan mainan tu ye..amboi..amboi..Tapi bila fikir mainan tu tak sampai pun rm10,ummi ikutkan jugak la..
Di kaunter pembayaran,nak letak barang mainan untuk dikira,terus taknak letak.Nak pegang semuanya.Hai lah anak,cerdik betul.Tapi cerdik macam mana pun tetap kena tipu dengan ummi dia.Ummi dah siap-siap letak tepi kaunter mtak kasi cashier tu kira..Ada dua jenis mainan je yang ummi dia beli..Sebenarnya taknak biasakan dia dengan mainan pun.

Budak mata sepet...Telepon rumah habis dah dia main..

Sedikit selsema semalam.Dah bagi ubat siap-siap takut melarat.

Sudahnya,bila dah sampai rumah,takdenya dia pandang mainan tu.Dia sibuk dok mengemas laci baju nenek dia.Hah!! bab tu memang dia rajin sangat la.



Si Pulut Mangga

Monday, May 25, 2015 9 Comments
Assalamualaikum

Uihh..Lama dah tak update blog..Start tak sihat tempohari sehinggalah Kenduri Doa selamat yang diadakan beberapa hari lepas.Dan hari ni baru start nak kecoh pasal Entry Si Pulut Mangga ni.

Sape dah merasai Pulut Mangga ni sila angkat tangan ye..Aku baru start rasa semalam.Kekdahnya macam payah je nak jumpa kan..Tapi rasa yang ni berlainan sedikit dari yang aku imagine dan aku tengok kat google ni.

Kelainan terletak pada warna dan juga mengandungi kuahnya tersendiri..Tulah sebabnya ai is nak mencuba.hehehe...

Kebetulan My husband ajak pergi ke DIY berdekatan dengan rumah.Lepas tu,ajak pi makan pulak..Of course la tak lepaskan peluang nak makan..Selalu makan kat kedai yang selalu memang kitorang lepak kalau nak makan yang goreng-goreng ni.

pulut mangga

See....Lain kan dari yang aku expect..Aku ingat macam pulut durian tu.Tak de kuah bagai..And the taste tu oklah..Not bad..Tapi...aku lebih suka pulut durian..Tetap No.1..

Hok ni,anak aku suka makan,nak-nak tang buah tu jelah..Ada ke Pulut mangga yang korang jumpa lebih kurang macam ni,atau lain dari yang lain..cer citer sikit..



Wednesday, May 20, 2015

Tuesday, May 19, 2015

Full Moon cake Dari Officemate

Tuesday, May 19, 2015 9 Comments
Assalamualaikum

Mengikut sumber yang dipercayai,full moon ini disambut apabila anak2 kaum cina yang baru dilahirkan telah mencapai umur satu bulan. Pada ketika ini, anak tersebut akan diraikan dengan memberi nama kepadanya dan memberi sanak saudara makanan tradisional dan juga telur merah. Pada masa sekarang sambutan ini telah diubahsuai mengikut kesesuaian zaman. Aku baca kat blog SINI

So,dapatlah satu department satu kotak kek macam kat bawah ni..Alahaii..comel sangat..Rasa nak ngap je..hehehe


Comel je kan kotaknya...aku suka tengok dekorasi kek tu.

ada 12 biji kek dalam tu..

TAPI!!..aku tak dapat nak makan kek tu sebab rasa macam was-was lak nak makan.Aku dah survey kat google samada Moonlight cake ni ada status HALAL atau tidak.Tengok kat Website dia,memang takde status halal..Adeh...nak makan kek tu!!!!...

Puas google.tapi tak jumpa pun orang melayu cakap halal...iskk..risau je ni..Last-last aku batalkan niat nak makan dan terus bagi kat officemate yang lain..

Teringin pulak hari ni nak cari kek..Tengoklah macam mana nanti...

Monday, May 18, 2015

Usia Kehamilan Dah masuk 30 minggu

Monday, May 18, 2015 10 Comments
Assalamualaikum

Rasa macam sekejap je ,usia kandungan dah menjangkau ke 30 minggu,iaitu 7 bulan.Debak debuk jugak jantung ni kalau nak difikirkan pasal bersalin.70% persiapan baby dah pun siap.Tak banyak kot yang aku beli untuk anak kedua ni.Yelah,Nur awfiyah baru lagi dilahirkan,bermakna banyak barangannya yang masih elok dan boleh digunakan lagi.

Ramai kot dok tanya jantina kandungan aku ni.Isk..Aku memang tak tau.Nak tengok,memang dia xnak kasi tengok jantinanya.Sudahnya,aku prefer beli baju yang baby lelaki dan perempuan boleh gunakan dan avoid membeli baju berwarna pink ataupun biru..Tapi biru tua adalah beli.heheh..

Bila dah Masuk ke 30 minggu kehamilan ni,pergerakkan semakin terbatas,terutama dalam menjaga anakanda kesayangan tu..Kesian dia,kecil lagi dah nak dapat adikkan.Begitu juga bila buat kerja rumah,cepat penat.Even duduk kat kerusi ni pun dah cukup penat bagi aku.Rasa nak bercuti awal je pulak.Tak larat dah walaupun ramai kata perut aku ni comel..hehehe...perut je comel.


Masa ni,pergerakkan bayi dah semakin terasa.Isk...kekadang boleh senyum sendiri bila terasa pergerakkan dia.Semakin kerap dan semakin aktif.Nampak dah perut aku berombak-ombak dek penangan sikecil dalam ni.

Cerita pasal set bersalin ni,buat aku pening kepala sebab tak tahu nak pilih yang mana satu.Rata-rata aku baca ramai jugak yang pakai set bersalin yang mahal² belaka.Last-last tak digunakan sebaik mungkin...isk..macam rugi jugak.Dah ler budget ciput je ni.Nak taknak call mak,tanya produk apa yang harus dibeli..Last-last mak kata,dah tak payah fikir,nanti mak uruskan dengan  mak bidan..Alhamdulillah..Mak banyak membantu sepanjang aku mengandung ni.Rasa nak bercuti sekarang ni dan duduk dengan mak je..tsst..^_^

Setiap malam kaki sakit.Rasa betis ni dah rasa terlalu keras.Tak taulah terlalu banyak berjalan ke hapa..Tapi rasanya taklah banyak..Kan ke bagus kalau rajin berjalan kan.Boleh memudahkan proses bersalin.

Rasa dah berat sangat kat perut ni.Tak taulah berapa kilo sekarang ni berat dia..Risau jugak dah nak akhir-akhir ni.Lagi lah kalau difikirkan samada boleh bersalin normal atau sebaliknya.Yelah.seperti yang korang tau,masa pregnacy ni,aku memang ada kes jantung.Tu yang dok ulang alik pi hospital dan klinik desa.Iskk...Apa pun ,walau apa pun cara bersalin nanti,aku harap anak dan diri aku sendiri selamat insya allah...

Nur awfiyah dan Telefon

Monday, May 18, 2015 8 Comments
Assalamualaikum

"kebusy"an hari ni dok bermain coding.Ni semua gatal tangan punya pasal la,dok konon try and error satu template ni..Kesudahannya lupa nak buat backup template sedia ada.Amek Ko!!...Dah satu kerja pulak nak update coding.Dah ler bab coding ni failed!!..

Kenalah jugak bertabah guna template yang lain.Emmm..tak kisah la..Lagi satu blog dah kena block dek admin..Huishhh..Bertabah la lagi..Nasib baik still boleh nak menaip entry..Kalau tak mau nangis..AKu pun tak  faham,kenapa kena block ni..Sebab ada certain blog yang aku boleh bukak.Actually blog yang banyak kena blok ni semuanya menggunakan domain sendiri..Ok..aku malas nak cerita pasal ni sebab aku tak berapa nak terror bab IT ni..So..aku nak abaikan je selagi aku boleh up entry terbaru kat blog ni.


Moh cerita pasal anakanda kesayangan ummi ni.Semalam seharian dok dengan dia..Banyak la gambar² dan video² yang ummi dok captured..Suka tau ngan budak gendut yang dah semakin banyak ragamnya..Sekarang ni dok sibuk dengan handphone ummi dan jugak telefon rumah.Dah pandai dok hello².Kekadang tu,apa jugak yang ada pada tangan dia,semua nak di Hello kan.Dinding pun jadik.

Pastu pantang kot bila dengar bunyi telefon berbunyi,confirm berebut dengan ummi nak menjawabnya.Last terpaksa mengalah dulu..

Tengoklah tu,Mengalahkan menteri pulak busy dia..Banyak lagi keletah dia yang belum sempat ummi dia bercerita,Nak masukkan video,uisshh..aku pun tak tau apa masalah komputer aku ni tak boleh nak connect to device handphone..Malas nak care dah...Lantak ler..


Friday, May 15, 2015

Menjejak Si Nuffnangers

Friday, May 15, 2015 10 Comments
Assalamualaikum


Dah lama rasanya tak melihat siapa yang telah menjejakkan kaki ke blog ni.Memang di akhir-akhir ini amat kurang rakan blogger yang datang menjengah ke blog ni.Kadar pageviews semakin menurun.

Tapi aku tak salahkan diorang kan..Hak diorang untuk datang dan pergi.Tiada batasan.Mungkin kerana aku kurang menjejakkan kaki seperti dulu.Berblogwalking dan menjoinkan diri dalam segmen.Itu aku akui,sejak kehadiran Nur awfiyah lagi.Masa sangat terbatas,tapi demi kasih sayang seorang ibu,aku pasrah je..Takpe..Mungkin aku boleh perbaikinya sekarang dan akan datang.

Tak perlu nak rushing sangat kan..hehehe...Kalau dlu setiap masa yang ada aku akan berpeluang untuk blogwalking,khususnya waktu malam.Sekarang dah jarang nak dapat berbuat demikian.

By the way,aku amat berterima kasih kepada mereka yang masih sudi menjengahkan diri ke blog ni.Samada sekali lalu atau ada yang terjah memberi komen..




Terima kasih buat

http://yangbaik.blogspot.com/
http://www.azhafizah.com/
http://www.dianarashid.com/
http://www.deqnoor.com/
http://sayepunyebelog.blogspot.com/
http://umikasum.blogspot.com/
http://farhanlavinch.blogspot.com/
http://jnjikita.blogspot.com/
http://www.hajarshikin.com/
http://akukaudansesuatu.blogspot.com/
http://www.riznina.com/
http://tomodachilavendra.blogspot.com/

Ada masa jom kita terjah mereka...Thanks jugak kat uols yang membaca entry ni..

Thursday, May 14, 2015

Dapat Hadiah Dari Blogger

Thursday, May 14, 2015 8 Comments
Assalamualaikum

Isk...Memang tak tahu nak ucapkan terima kasih kat sape bila terima hadiah ni..Aku pun tak ingat mana giveway atau segmen yang aku menang.

Masa dapat Hadiah ni pun,my laki tu lah,dah bukak,Lepas tu aku pun tak tengok plastik poslaju yang dia bagi..Kot la ada note dalam tu ke hapa..adeh...Serious tak tau ni..Tapi masa dlu,ada jugak blogger yang mintak alamat untuk poskan Hadiah.Aku jadi Top komentar kat blog dia.


Ada 3 Barang yang aku dapat dalam tu..Alhamdulillah..

By the way,thanks kerana sudi bagi hadiah ni..Peel Off mask tu aku dah pakai.memang best..Yang dalam kotak kecik tu,aku letak kat opis...hehehe.Dan wallet tu,nanti aku nak gantikan bila wallet aku dah jahanam..Macam sayang pulak nak guna...ehehehe...comel ko!!




Wednesday, May 13, 2015

Marigold Peel Fresh Sedap untuk Dinikmati

Wednesday, May 13, 2015 9 Comments
Assalamualaikum

Entah kenapa dari semalam lagi dok teringin nak makan buah Orange ni.Tapi,Keteringinan itu tak boleh nak dilaksanakan kerana nak beli buah Orange ni,aku nak kena pi pasaraya.Macam malas pulak nak pergi.Inisiatif terdekat adalah terus beli juice ni.

Pepagi,sebelum nak pi ke tempat kerja,sempatlah singgah 7-Eleven.Aku beli yang kecik je..Kang beli yang besar tak habis pulak.Lagipun aku terbaca di blog Dr.Zubaidi,Ibu mengandung tidak di galakkan untuk mengambil lebih dari 300ml Orange juice sehari.Ia kerana selain mengandungi vitamin,,jus buah-buahan juga mengandungi kadar gula yang banyak.

Kandungan gula yang tinggi sangat memudaratkan gigi kerana wanita hamil mudah untuk mendapat kerosakkan gigi.Oleh itu dr.zubaidi mencadangkan agar tidak mencampurkan gula dalam minuman jus limau.Lagi baik kalau kita beli buah,dan buat sendiri just tanpa campur gula...ada faham!!..heheh


marigold peel fresh


Marigold Peel Fresh ni adalah minuman jus buah-buahan dan ia mengandungi 35% atau lebih jus buah.So untuk mengekalkan ianya fresh,korang letak la dalam peti sejuk untuk mengelakkan kerosakkan kepada jus tersebut.Kalau korang nak tau,setiap kotak Marigold Peel Fresh dipasteurkan untuk mengekalkan kesegaran semulajadinya.


Minum Marigold Peel fresh ni sejuk-sejuk memang sedap..Rasa lega je kat tekak ni bila dapat minumkan...
marigold Peel Fresh ni pelbagai perisa ada,salah satunya adalah orange la..yang lain korang boleh cuba Apple,Mangga,Anggur dan pelbagai lagi buahan campuran.







Tuesday, May 12, 2015

Nuffnang:CPUV Panadol Superhero Parents

Tuesday, May 12, 2015 8 Comments
Assalamualaikum

Saja nak share dengan korang tentang CPUV terbaru yang menari-nari dekat blog aku ni..

Memang sekarang ni,rajinlah jugak CPUV Nuffnang Panadol-Superhero parents  ni dok terjah blog.Walaupun tak banyak mana pun dapat,at least bertambah jugaklah amauntnya.Thanks kat #Nuffnang..Bagilah banyak sikit kan..hehehe

Bila sebut pasal panadol ni,sape je yang tak amik kan.Kalau dah sakit kepala teruk sangat,panadol ni lah penyelamatnya.Bila dah sakit kepala ni kan,buat ape pun tak tenang.Rasa nak baring dan rehatkan badan,sampailah sakit kepala ni pulih balik.

Tapi aku bila sakit kepala,lepas makan panadol,mesti nak kena tidur kejap.Kalau tak rasa tak berkesan panadol tu..Rehatkan badan dan minda la katakan.

Tapi pengambilan panadol ni,tak boleh la kerap sangat..Bahaya jugak kan..Kira seadanyalah kalau nak amik pun.

Harapnya CPUV kali ni tinggilah sikit amountnya tu kan..Boleh la cashout hujung bulan ni..Buat duit raya..hehehe

Hadiah Top Komentar Dari Azhafizah.com

Tuesday, May 12, 2015 5 Comments
Assalamualaikum

Nih..nak cerita pasal Hadiah Top Komentar dari Fiza(azhafizah.com) yang aku terima minggu lepas.
Tak sempat kot nak ambil gambar tu.Masa balik kerja my husband bagitau ada barang sampai.Wah..mampat je isi dalam tu.Berfikir jugak,apa yang aku beli online ek!! Rasa tak de beli pape pun online takat ni.

Baru Teringat aku akan dapat hadiah Top Komentar dari Azhafizah.com.Memang tak sempat nak snap gambar,my husband terus bukak dan bagi awfiyah..Wah..Teruja betul awfiyah bila nampak benda baru depan mata dia.

Kemain seronok kan berguling-guling dengan selimut baru dapat tu.Lagi pulak dekat tepi selimut tu,ada tagging.Hah!! itu yang paling digemarinya.Sampai naik lunyai dia kerjakan.

Tengok sajalah apa yang dipegangnya..Sampai dah putus dari selimut tu.Lepas tu habis lunyai dia belek,risau jugak kalau lunyai dalam mulut tu,Yang warna kelabu putih tulah selimutnya...lembut je..

Kemain khusyuk dia dok main kertas tu.Nasib baik la kertas tu jenis yang bukan mudah untuk dilunyai kan.
Bila aku amik selimut tu bukan main marah lagi dia.Dah pandai nak marah ummi dia kalau ummi dia amik apa yang dia pegang.Isk...garang betul anak aku sorang ni.

By the way,thanks kat fiza atas hadiah ni.Dah selamat terima,cuma belum sempat nak update je..Pada korang yang nak jugak hadiah seperti ni,rajin-rajinlah drop komen kat blog fiza.

Moh terjah >>> www.azhafizah.com



Monday, May 11, 2015

Kencing Kotor Ketika Hamil

Monday, May 11, 2015 16 Comments
Assalamualaikum

Sumber:google

"Nurse,tengokkan result kencing saya,ok tak"
"Eh,kencing awak kotor la...air kencing tadi ada lagi tak,awak hantar ke bilik 17(makmal)



Huh!!! tulah ayat yang aku rasa paling takut..semalam lepas ambil tekanan darah tinggi,berat semua,terus pi toilet untuk check air kencing dan jugak BMI..Dah rasa cuak jugaklah bila nurse cakap macam tu kan.Yelah bila kandungan dah masuk trimester ni,macam² boleh jadi.Mana tau kena tahan wad ke,adeh...masak lah...

Kencing Kotor ketika hamil ni sering terjadi kepada ibu mengandung.Bila dah dapat result dari makmal,terus jumpa doktor.Tanya siap-siap dengan doktor,bahaya tak kencing kotor ni.Kalau dah kerap sangat memang membahayakan kata doktor..Doktor tu senyum je bila aku tanya,pastu dia tanya aku,kencing awak kotor ke?of courselah doktor,tadi saya check memang kotor..Dia sengih lagi kat aku,dia bagitau kat aku,tak serius sangat kencing kotor tu..Jadi jangan risau sangat..Fuhhh..Lega beb..Dah la semalam ramai orang,sesak sangat-sangat.nak tunggu nombor aku dipanggil pun lambat..iskk...Kalau boleh aku taknak ada appointment hari Ahad..Lebih suka hari biasa je..Hari bekerja taklah ramai orang sangat.Tak jugak memeningkan kepala aku.Kalau dah kat klinik dekat setengah hari,bila masa pulak aku nak berehat.Tulah masa yang aku ada untuk anak aku.


Apa itu kencing kotor?

Meh kita kongsikan sikit ilmu tentang ni,Hasil pembacaan aku tentang Kencing kotor
Urinary Tract Infection (Jangkitan kuman di saluran kencing)
Jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing,ginjal,salur kencing uterer(yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dan salur kencing urethra(yang menghubungkan pundi kencing keluar tubuh)
Wanita amat mudah untuk dijangkiti penyakit kencing kotor kerana wanita mempunyai urethra yang pendek dan dekat dengan anus berbanding lelaki.

Simptom Kencing Kotor yang kita patut tahu?
  1. Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak
  2. Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil
  3. Air Kencing mengandungi darah,berkabut atau berbau busuk.
  4. Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
  5. Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
  6. Demam da nseram sejuk.
Wanita Hamil dan Kencing Kotor.
Perubahan hormom dikalangan wanita yang hamil selain urethra pendek juga antara sebab mudahnya wanita hamil terkena jangkitan ini.

Tahap Kandungan hormon yang tinggi ketika hamil,menyebabkan kekuatan otot saluran kencing uterer dan pundi kencing bertambah lemah menyebabkan ianya bertambah merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.

Pada masa yang sama,rahim juga semakin mebesar dan menekan salur kencing ureter dari luar menyebabkan pergerakkan air kencing tersekat.Bila otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tidak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing,ini akan memudahkan kuman di pundi kencing membiak.

Selain itu,kuman bakteria mudah membiak dikalangan wanita hamil kerana air kencing wanita jamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula(akibat perubahan hormon) Atas sebab faktor inilah wanita hamil lebih mudah dijangkiti 'kencing kotor'.

Komplikasi kepada masalah ini adalah jangkitan kuman pada buah pinggang(dinamakan pylonephritis) dan boleh merebak ke seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian.Bayi dalam rahim juga mengalami kesan yang teruk jika si ibu mengalami komplikasi ini antaranya risiko kelahiran awal dan bayi yang dilahirkan tidak cukup berat.

Pencegahan kencing Kotor
  1. Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari
  2. Terus buang air kecil jika terasa berbuat demikian.Menangguhkan pembuangan air kencing menggalakkan pembiakan bakteria
  3. Menjaga kebersihan diri
  4. Wanita hamil digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kapas dan longgar.
  5. Buang air sebelum dan selepas berbuat seks bersama suami
  6. Tukar tuala wanita atau seluar dalam sekerap mungkin.
  7. Kurangkan makan makanan manis atau air yang mengandungi kaffein
  8. Mengambil vitamin c,beta-ceratin dan zinc untuk membantu melawan kuman.
Rawatan Susulan
Jika ada tanda kuman di dalam air kencing,maka antibiotik harus diberikan walaupun ketika hamil.Antibiotik tertentu selamat dimakan dan tidak memberi kesan buruk kepada bayi yang dikandung.

Makanlah sehingga habis ubat antibiotik yang diberikan,selalunya antibiotik ni diberikan untuk tempoh seminggu dan perlu dihabiskan.Minum banyak air akan membantu mengeluarkan kuman yang terdapat dalam pundi atau air kencing.

Apabila sudah tamat,buatlah pemeriksaan air kencing bagi memastikan tiada lagi jangkitan kuman.Jika masih terdapat tanda-tanda jangkitan kuman,doktor akan memberikan antibiotik yang lain.Jika ianya bertambah parah(pesakit mendapat demam yang tinggi dan menggigil) pemeriksaan lanjut harus dilakukan di hospital..



Harapnya lepas ni bila buat check up,takdelah lagi masalah kencing kotor.Cuma nak habiskan sebotol air pun payah dah sekarang.Risau jugak,dah makin dekat nak bersalin ni,macam-macam hal pulak..isk...

Info:blog dr.zubaidi

Saturday, May 09, 2015

Teringinkan Cekodok Pisang

Saturday, May 09, 2015 9 Comments

Assalamualaikum

Cerita ni dari pagi tadi.Start dari hidupkan enjin kereta nak ke tempat kerja lagi,otak ni dah ligat nak cari sarapan apa.Tetiba teringat kat cekodok pisang yang pernah aku beli dekat aatu kedai ni dulu..

Tapi malangnya yang dicari takde dah kat kedai tu.Siap tanya kat akak kedai tu.Dia kata dah lama tak buat.Pasrah jelah kan nampaknya.Mybe takde rezeki baby nak makan.

Sampai ke petang pun still ingat lagi kat Cekodok pisang.Tetiba teringat mak ada bagi pisang emas masa balik minggu lepas.

taraaaa....ada sikit lagi tu..Memang cukup sangatkn nak buat


Maka dengan gigih dan tak sampailah berjam jam kat dapur tu,akhirnya siap apa yang diinginkan..


Dah pun selamat masuk dalam perut..Kena pulak dengan teh O panas kan..Memanglah ummmphhh..
itu saja untuk minum petang hari ni.mood ibu mengandung ni memang tak boleh nak di jangka kerajinannya..hehe

Fahrin Dah Selamat Jadi Suami Orang

Saturday, May 09, 2015 8 Comments
Assalamualaikum

Alolo...Tetiba mood kecewa sebab abang sado idaman hati Si Fahrin Ahmad dah pun bernikah hari ni dengan Elena Eleas.Adeh...

Mesti ramai wanita kat luar sana yang dok frust menonggeng sebab abam sado ni dah kawen kan.Mana taknya,Ramai kot dok usha dia,tetiba dia buat kenyataan akan berkahwin hari ni..Uishh..takde ribut,takde ape,tetiba nak kawen..Pandai kot dok sorok pasal hubungan dia dengan wanita pilihan tu,

Tapi alhamdulillah..Dah sampai seru,maka kawen la dia..Sebagai peminat Fahrin Ahmad ni,aku doakan moga perkahwinan yang dibina,akan berkekakalan,bahagia hingga ke Jannah..

fahrin ahmad kahwin
Inilah Wanita yang menjadi pilihan hati  Fahrin Ahmad.Cantik..Tapi biarlah cantik luaran dan dalaman kan..
Aku ambil gambar ni dari page rotikaya.com

Manis jugakkan orangnya..

Jadi lepas ni,Dah tak boleh nak kacau Fahrin Ahmad lagi la..huhu...Da tak boleh nak verangan lagi pasal Fahrin..hahaha..sebab dah ada isteri kat sebelah dia kan..

fahrin ahmad
Wajah gembira abam Fahrin Ahmad kita ni terserlah di hari bahagia Beliau..Yelah gambar ni pun sebelum dia jadi suami orang kan..Mestilah Excited...

Kalau korang nak tengok lagi sekitar gambar pernikahan Fahrin Ahmad boleh la terjah blog ni




Friday, May 08, 2015

Baca Metro: Hilang Nyawa Dalam Tidur

Friday, May 08, 2015 9 Comments
Assalamualaikum
sumber:google 
Permaisuri : Seorang kanak-kanak berusia setahun disedari meninggal dunia oleh bapanya sebaik terjaga dari tidur, pagi kelmarin. 
Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kejadian disedari bapa mangsa Mad Daud Abdul Rahman, 50, kira-kira jam 5.10 pagi ketika pengadu bangun dari tidur.
Katanya, bapa mangsa mendapati anaknya Muhammad Fadhlin berada dalam kain selimut ketika tidur di ruang tamu rumah dan selepas dibuka selimut itu mendapati anaknya tidak bernyawa.
“Mayat kanak-kanak terbabit dibawa ke Hospital Setiu untuk bedah siasat.
“Menurut bapa mangsa, anaknya itu sebelum ini ada menghidap penyakit asma dan mangsa yang juga anak bongsu daripada 12 beradik pernah mendapat rawatan di klinik berdekatan,” katanya.
Beliau berkata, bapa mangsa yang bekerja sebagai pekebun tinggal di Kampung Bintang, dekat sini, membuat laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.38 pagi di Balai Polis Permaisuri dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Permaisuri : Seorang kanak-kanak berusia setahun disedari meninggal dunia oleh bapanya sebaik terjaga dari tidur, pagi kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/49476#sthash.XhhPzFxX.dpuf

Di petik dari Harian metro.Sempat juga aku baca metro online petang² gini kan.Masa aku scroll fb ni tadi,aku dah terbaca tentang seorang bayi yang meninggal dunia tanpa disedari.tu yang aku bukak metro online.

Kalau nak diikutkan kisah seperti ini,aku memang tak boleh nak dengar apatah lagi melihat bayi terseksa atau meninggal.

Kalau di tempat tidur,aku memang tak pernah selimutkan Nur awfiyah.Sebab aku memang takut sangat kalau dia lemas bila pakai selimut.Event alas tempat tidur pun aku tak guna.Hanya tilam yang lusuh tu jelah tempat aku ngan fiyah tidur.Tanpa alas.Janji bersih dari segala kotoran..ngeee.Itu semua memang aku takut.Satu lagi jenis awfiyah,dia memang suka pegang kain waktu tidur.Kalau siang,dalam buai,memang dia pegang kain lampinnya tu.Sekarang ni aku biasakan dia dengan bantal kecil dia.Aku rasa selamat sikit dari kain lampin tu..Biasalah bila memalam buta kita tidur kan,kekadang kita tak perasan..

Tapi itu semua kuasa Allah..Allah swt dah mengkehendakkan bayi itu supaya kembali kepada Nya.Maka kita sebagai ibu bapa harus menerima segala qada' dan qadar dari Nya.

Selain dari tu ,kita kena jugak selalu berwaspada dan berhati-hati dengan persekitaran supaya tiada insiden yang menyebabkan kecuaian kita kan.Harap Nur awfiyah sentiasa dilindungi Oleh Nya...Insya allah


Keletah Dia Buat Ummi Rasa Tenang

Friday, May 08, 2015 14 Comments
Assalamualaikum


Entry cerita Nur awfiyah lagi.Makin membesar,makin keletahnya mencuit hati ummi..Melegakan perasaan marah ummi,menghiburkan hati ummi tatkala dirundung masalah.Memberi ummi kedamaian apabila melihat muka Nur awfiyah ummi ni.

Tapi rasanya setiap ibu akan ada perasaan yang sama seperti aku kan.Nak cepat-cepat balik kerja.Jumpa anak,main ngan anak,gaduh dengan anak..Semuanya lah..hehehe...

Bila dah meningkat dewasa ni,ragam semakin bertambah.Dah pandai menyebut perkataan nak apabila nakkan sesuatu.Mungkin ditakdirkan Nur awfiyah ummi ni lambat berjalan,tapi takpe sayang.Asalkan ada kemajuan lain dalam diri kamu.4 batang gigi dah menghiasi mulut manis kamu tu.Tak taulah dikategorikan kaki gigit orang ke tak.,.hehehe..harapnya taklah macam tu.Makan pun dah memang pantang bila nampak makanan.Semua nak..Tak kira lah makanan tu pedas atau tidak.

Yang paling ummi tak tahan,bila dah berada di tangga..Rasa cepat jantung ummi ni setiap kali nampak kamu ke tangga rumah.Boleh pulak dia duduk ditangga sambil goyang kaki..amboii..kemain lagi kan...Padahnya,terpaksa lah babah duduk dekat tangga tu jaga awfiyah.Ummi memang dah tak larat nak kejar awfiyah sangat.
Masa ni sibuk mintak makanan dari kakak sepupunya..Sempat Maklong hantar gambar ni kat ummi..Thanks sangat kat maklong sebab selalu snapkan gambar awfiyah

Muka comel ni lah selalu sangat buat ummi senang hati.Segala masalah yang datang pada ummi,alhamdulillah..sangat tenang untuk ummi harunginya.

Insyallah..Moga terus membesar menjadi anak yang solehah dan sentiasa ada disisi ummi.


Nuffnang:CPUV Zurich Insurance

Friday, May 08, 2015 9 Comments
Assalamualaikum

Since,aku takde idea nak buat entry pepagi ni,aku just share ngan korang CPUV terbaru yang menari-nari dekat blog aku ni.


Ada cerita tetapi takde idea nak mengarang..tu memang biasa sangat bagi seorang blogger.macam aku ni..tapi tak taulah sesetengah blogger yang lain kan.Tapi tetap jugak nak update walaupun idea tu tak datang.Selalunya aku rajin nak menerjah rakan-rakan blogger untuk mencari idea menulis...heheheh

Oklah..Back to story hari ni..Aku dapat CPUV/BE dari Zurich Inusrance.Untuk Mengetahui lebih lanjut tentang zurich Insurance ni,korang boleh lawati website  http://www.zurich.com.my .


zurich insurance



Harap bertambah cpuv untuk bulan ni..boleh la nanti beli baju raya..hehehe

Wednesday, May 06, 2015

Permainan Nur AWfiyah Yang Baru

Wednesday, May 06, 2015 17 Comments
Assalamualaikum

Pepagi ni saja nak bukak cerita tentang Nur awfiyah,anakanda kesayangan beta ni.Nak cerita apa lagi kan..Baik cerita dia dari cerita benda yang mengarut...heehehe...

Lepas pada baik dari Sakit tuari,alamak...semakin manja pulak si budak gendut sorang ni.Bila fikirkan,kesian pulak dia,kecil² dah kena berkongsi kasih dengan adik dia..Tapi nak buat macam mana kan..Rezeki dia nak dapat adik cepat.Insyallah..Umi akan cuba buat yang terbaik untuk anak-anak ummi..

Sekarang ni taklah banyak meragam,cuma dia suka kalau melepak kat celah kelengkang ummi ni.Pantang ummi duduk dan baring,mesti datang nak menyerang..Ambil bantal busuk dia,terus je baring kat pangkuan ummi bila ummi tengah duduk..alahai anak,dikau buat ummi tak keruan tau..Asyiklah nak balik cepat.Asyiklah jugak sruh Maklong postkan gambar-gambar dia diwaktu ummi tengah kerinduan.

Sekarang ni Nur awfiyah ummi dah ada mainan baru..Bukan baru dibeli.Tapi mainan dari turun temurun kakak sepupu dia yang dijaga masih elok lagi..Syukur,Nur awfiyah tak perlu nak beli yang baru lagi.

1st time naik...teruja sangat dia


Puting tu memang tak lepas kalau dia bermain..Sebab tu kalau leka bermain,ummi akan tarik puting tu keluar


Dah pandai sorong ke hadapan..Lepas ni habis lah diteroka semua daerah dalam rumah maklongnya..

*** Pepagi ni dah terasa mengantuk yang amat sangat.Memang setiap hari macam ni..Pagi dan petang..Masa nilah tangan dijadikan bantal.Dapat tidur sekejap pun jadilah kan..










Tuesday, May 05, 2015

Makan Makan Di Makan Klimaks Chop & Grill

Tuesday, May 05, 2015 22 Comments
Assalamualaikum

Entry ni dah lama kot aku pendam.So,pepagi ni aku saja nak bukak selera korang.Bermula dengan hanya melihat menu-menu yang membuka selera mata pandangan aku ni,sehinggalah rasa keinginan tu meluap-luap untuk cuba makan di Makan Klimaks Chop & Grill.

Akhirnya,En.husband menunaikan impian ibu mengandung ni supaya baby keluar nanti taklah meleleh air liur..hehehe...

Petang Ahad yang lepas,aku and family merealisasikan impian untuk makan disitu.Menu yang dihidangkan memang la menepati citarasa tekak aku ni.So tak salah kalau aku war-warkan tempat makanan yang sedap kan.

Warga Johor,atau yang berdekatan boleh la menyinggah ke Restauran ni.Menu kami pada hari itu adalah :-

Nasi Lemak Hijau Klimaks Beef Steak

Ini adalah pilihan  my husband la...Disebabkan dia lapar nasi,so dia memilih set ni.Untuk aku pulak,yang ni memang aku dah aim kat page MK ni

Cheese Burger Meatball Set

Yang ni memang kena dengan tekak aku..Aku kongsi dengan Nur awfiyah..Dia makan kentang goreng tu je..

Untuk MIL pulak,aku orderkan Chicken chop je..Risau pulak dia tak boleh nak terima makanan yang lain.

Chicken Chop

Memang sedap...Puas hati..Untuk minuman pulak aku order ni

Orange Float + Cola Float

My MIL just order milo je..hehehe..tak payah la nak snap kan. Yang bestnya restoran ni,ada menyediakan khidmat delivery di kawasan yang terdekat di area pasir gudang.So kalau malas nak keluar ke sini,boleh terus call untuk perkhidmatan delivery.Yang penting order mestilah rm30 ke atas ye..


Oklah..Takmo cakap panjang-panjang..Aku bagi alamat untuk korang terjah

Makan Klimaks Chop N Grill
34,Jalan Helang 2,Taman Scientex
Pasir Gudang 
Johor

Korang boleh jugak terjah Facebook mereka untuk meninjau juga lain-lain menu yang lazat 


Waktu beroperasi adalah 4.30 petang sehingga 11.30 malam dan tutup pada hari Isnin

Monday, May 04, 2015

Birthday Celebration Untuk Nur awfiyah

Monday, May 04, 2015 8 Comments
Assalamualaikum

Happy Birthday untuk Anakanda tercinta...Happy Turns 1 sayang..Dalam tak sihat beberapa hari tu,sempatlah jugak buat sambutan kecil-kecilan antara family aku ni.Memang takde niat pun nak buat masa cuti panjang tu ari,Tapi bila dah ramai adik beradik yang balik.My husband pun nak belikan kek untuk anakandanya tu,Maka terhasil lah jamuan hari jadi kecil-kecilan.Memang takde jemput sape-sape pun.Just adik beradik aku je yang balik.Tu pun ada jugak yang tak balik.Yang balik rumah mertua pun ada..

So mana yang ada jelah yang menjadi tetamunya..Itu pun dah riuh rendah rumah.Pepagi sabtu tu,dah pergi carikan kek untuk anakanda nur awfiyah.Memang tak sempatlah kan nak menempah bagai.Beli yang sedia ada.Kebetulan pulak makcik dia,sponsor untuk duit kek..So terpilihlah kek dari Secret Recipe.Ingat nak beli je dekat SDS tu,sedap jugak sebab setiap kali beli kek,aku ngan family memang suka beli kat situ.

Makcik dia pilih Frutilicious kek dari Secret Recipe.Nak beli Choclate Indulgance takut budak² muak pulak..Kalau ikut mak budak ni,suka je.Dengan hidangan yang super simple untuk anak-anak pun dah mencukupi.Hanya buat Mee sup je dah memadai..Sebab itu yang paling simple dibuat dan paling digemari anak-anak buah.Oklah kan.

Masa ni,Nur awfiyah dah baik demam sikit.Cuma tinggal kesan chicken pox sikit-sikit je.Dah timbul hitam-hitam tu kira dah ok lah kan.

Dia dah mula geram dengan kek yang ada depan mata.Masa ni selera makannya pun da terbuka berbanding dari hari sebelumnya..Tu yang buat jamuan tu.

Banyak lagi gambar yang aku tak masukkan dalam ni..Ini pun dah cukup kot..Nama pun jamuan yang simple kan.
Tengok anak buah aku tu pun dah meriah lagaknya.Alhamdulillah..Tertunai sudah impian ayahandanya nak buat jamuan ni..Insya allah..tahun depan.Dah pandai berjalan dan tiup lilin,boleh la ummi ngan babah buat jamuan besaran sikit...




Chicken Pox Kali kedua

Monday, May 04, 2015 7 Comments
Assalamualaikum

Wah...dah dekat seminggu jugak tidak berupdate blog ni.Kurang juga di media social.Kalau korang dah baca tajuk enty aku kali ni,semuanya ada kena mengena dengan kehilangan aku di blog selama seminggu nih..Korang kesah ke..hehehe...almaklum ler..blogger picisan macam aku ni,jarang orang kenal..hua....

Oklah..tak kisah korang kenal ke tidak.Back to our topic hari ni..Nak cerita tentang si anakanda tercinta kena chicken pox kali kedua..What!! kali kedua??? macam tak percaya kan..Orang kata kalau dah sekali kena ni,dah takkan kena lagi.Kalau korang masih ingat lagi,aku pernah up entry pasal nur awfiyah kena chicken pox dalam bulan dua tuari. Korang boleh baca entry Bila Si Kecil kena Chicken Pox.

Hari Isnin Lepas,Aku dah bawak gi klinik swasta pulak,sbb yang 1st tu aku bawak ke klinik kerajaan..Dia cuma bagi ubat demam dan ubat sapu je,berbanding dengan klinik swasta doktor bagi ubat sapu,ubat demam dan ubat antiviral.Doktor dah pesan ngan aku supaya jangan bagi minum air kelapa.Bukan apa,doktor kata air kelapa ni macam membantutkan pengeluaran penyakit tu..So,..Untuk kali ni aku memang tak kasi langsung air kelapa pada dia.

Aku combinekan je gambar-gambar ni..malas dah letak satu-satu

Oklah..Pic yang 1 tu,baru nak jadi..Masa nak jadi tu,aku ingatkan kena gigit nyamuk je.Lepas tu esoknya macam berair pulak..Dalam fikiran,takkan dia naik kali kedua kan.Esoknya aku terus bawak gi klinik sebab malam tu dia dah demam².Memang sah,dia kena chicken Pox kali kedua.

Aku terpaksa ambil cuti jugak sebab demam dia on/off tu menakutkan aku.Makin hari makin banyak sehingga ke dalam mulut dan bibir.Kali ni memang banyak kat bahagian muka dan kepala.Dah jadi risau kalau setiap malam panas badannya memang tinggi.Sampai aku nak tidur pun rasa takut.kali kedua ke klinik,sebab memang risau sangat².Doktor bagitau aku tak perlu risau,dia sruh habiskan ubat tu sahaja.Adeh...Maunya tak kalau demam macam tu kan..Risau denggi ke hapa ke..

Last² aku bawak balik kampung sahaja.Sambil berehat di kampung,Ada jugak yang tolong jagakan Nur awfiyah.Yelah..Ummi dia pun sekarang ni tak larat sangat nak menjaga dia..Tapi bila anak tengah sakit macam ni,walaupun mencabar dengan karenah dia yang sakit tu,semakin sayang,semakin kasih bila setiap masa  dia memerlukan kita.Memeluk diri kita 24 jam.Dengan orang lain memang taknak..Kalau dengan nenek sebelah husband,memang dia taknak..nasib baik dengan Mak aku dia ok.So,boleh la aku berehat sikit.Bila kandungan dah menjangkau 7 bulan ni,semuanya rasa terhad.Tidur pun tak cukup..Makan apa tah lagi..Kurang berselera.

Alhamdulillah.Nur awfiyah dah kembali pulih walaupun ada lagi kesan-kesan chicken pox tu tinggal.Takpelah..Janji dia sihat.Dah boleh makan macam dulu,bermain macam dulu...Jadi baru hari ni ummi start kerja.


Follow Us @aida_yusof81