9
Assalamualaikum
sumber:google 
Permaisuri : Seorang kanak-kanak berusia setahun disedari meninggal dunia oleh bapanya sebaik terjaga dari tidur, pagi kelmarin. 
Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kejadian disedari bapa mangsa Mad Daud Abdul Rahman, 50, kira-kira jam 5.10 pagi ketika pengadu bangun dari tidur.
Katanya, bapa mangsa mendapati anaknya Muhammad Fadhlin berada dalam kain selimut ketika tidur di ruang tamu rumah dan selepas dibuka selimut itu mendapati anaknya tidak bernyawa.
“Mayat kanak-kanak terbabit dibawa ke Hospital Setiu untuk bedah siasat.
“Menurut bapa mangsa, anaknya itu sebelum ini ada menghidap penyakit asma dan mangsa yang juga anak bongsu daripada 12 beradik pernah mendapat rawatan di klinik berdekatan,” katanya.
Beliau berkata, bapa mangsa yang bekerja sebagai pekebun tinggal di Kampung Bintang, dekat sini, membuat laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.38 pagi di Balai Polis Permaisuri dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Permaisuri : Seorang kanak-kanak berusia setahun disedari meninggal dunia oleh bapanya sebaik terjaga dari tidur, pagi kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/49476#sthash.XhhPzFxX.dpuf

Di petik dari Harian metro.Sempat juga aku baca metro online petang² gini kan.Masa aku scroll fb ni tadi,aku dah terbaca tentang seorang bayi yang meninggal dunia tanpa disedari.tu yang aku bukak metro online.

Kalau nak diikutkan kisah seperti ini,aku memang tak boleh nak dengar apatah lagi melihat bayi terseksa atau meninggal.

Kalau di tempat tidur,aku memang tak pernah selimutkan Nur awfiyah.Sebab aku memang takut sangat kalau dia lemas bila pakai selimut.Event alas tempat tidur pun aku tak guna.Hanya tilam yang lusuh tu jelah tempat aku ngan fiyah tidur.Tanpa alas.Janji bersih dari segala kotoran..ngeee.Itu semua memang aku takut.Satu lagi jenis awfiyah,dia memang suka pegang kain waktu tidur.Kalau siang,dalam buai,memang dia pegang kain lampinnya tu.Sekarang ni aku biasakan dia dengan bantal kecil dia.Aku rasa selamat sikit dari kain lampin tu..Biasalah bila memalam buta kita tidur kan,kekadang kita tak perasan..

Tapi itu semua kuasa Allah..Allah swt dah mengkehendakkan bayi itu supaya kembali kepada Nya.Maka kita sebagai ibu bapa harus menerima segala qada' dan qadar dari Nya.

Selain dari tu ,kita kena jugak selalu berwaspada dan berhati-hati dengan persekitaran supaya tiada insiden yang menyebabkan kecuaian kita kan.Harap Nur awfiyah sentiasa dilindungi Oleh Nya...Insya allah


Post a Comment

  1. betul tu..malang tidak berbau..moga anak kita dilindungi

    ReplyDelete
  2. Allahurobbi ...al fatihah buat arwah

    ReplyDelete
  3. sedihnya, bahaya jugak penggunaan selimut kat budak kecik
    info berguna buat yumida yg bakal jd ibu

    ReplyDelete
  4. Itulah... Allah lbih sygknnya... Kita pun tak thu cmne sbnrnya...

    ReplyDelete
  5. Al fatihah...sedih baca berita macam ni..

    ReplyDelete
  6. kadang-kadang walau mcm mana kita berhati-hati, kalau dah ajal tetap pergi jugak kan..semoga rohnya aman..insyaAllah

    ReplyDelete
  7. Kesiannya.. sedih pula baca.. Al Fatihah buat arwah..

    ReplyDelete
  8. Apa pun sntiasa kna brwaspadala kan

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top