16
Assalamualaikum

Cerita pasal Nur awfiyah,anakanda kesayangan sorang tu..Wah..semakin hari dah semakin demand..Cerita malam tadi.Babah dia ajak pi Mr.DIY yang berdekatan dengan rumah..Aku ada cerita kat entry ni pagi tadi.
dalam entry Si Pulut Mangga tu.

Bawak pi masuk Mr.Diy memandangkan aku tak pernah lagi masuk kedai yang berhampiran dengan rumah tu.Tujuannya nak cari padlock untuk rumah baru aku tu.Jalan-jalan kat tempat mainan,Uih...kemain lagi muncung ikut sekali dengan telunjuk nakkan mainan..Bila tak bagi,amboii..anak dara sorang tu menjerit.Habis satu kedai tu dengar suara dia..Pandai pulak tu memilih...Tapi pilihannya tu takdelah mahal mana pun.Cuma barang mainan tu tak sesuai dengan dia..Kecil sangat-sangat.

So,memang tak berani nak beli,Pilihkan mainan yang lain pulak..Ok..diterima..Lepas tu bila ummi dia pegang mainan lain,terus nak jugak.Tapi mainan yang tadi tetap dalam genggamannya..Tak nak lepas langsung.Uisskk..anak aku dah pandai demand.Nak banyak.Bila aku amik salah satu dari mainan tu terus menjerit..

Last sekali sebelum bayar,nampak pulak bola..Tetiba tangan tunjuk kat bola tu..Hamboiii..Sekali lagi nakkan mainan tu ye..amboi..amboi..Tapi bila fikir mainan tu tak sampai pun rm10,ummi ikutkan jugak la..
Di kaunter pembayaran,nak letak barang mainan untuk dikira,terus taknak letak.Nak pegang semuanya.Hai lah anak,cerdik betul.Tapi cerdik macam mana pun tetap kena tipu dengan ummi dia.Ummi dah siap-siap letak tepi kaunter mtak kasi cashier tu kira..Ada dua jenis mainan je yang ummi dia beli..Sebenarnya taknak biasakan dia dengan mainan pun.

Budak mata sepet...Telepon rumah habis dah dia main..

Sedikit selsema semalam.Dah bagi ubat siap-siap takut melarat.

Sudahnya,bila dah sampai rumah,takdenya dia pandang mainan tu.Dia sibuk dok mengemas laci baju nenek dia.Hah!! bab tu memang dia rajin sangat la.



Post a Comment

  1. amboi anak dar ni,pandai sangat dia tu

    ReplyDelete
  2. hui......anak dara...samalah dengan si bujang kita ni...tapi masih belum pandai lagi nak jerit2 guling..masih boleh disabarkan!





    Nak free vitamin tak?
    Jemput singgah ke blog saya:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/free-vitalea-untuk-ahli-baru-shaklee.html

    ReplyDelete
  3. eceh poyonya cik piyah.... beli tapi tak pandang... hahahhaa ! muka makin besar makin iras ummi gamaknya... cium sketttt....

    ReplyDelete
  4. kih kih kih...dak comel ni...dah pandai pau ibunya last x main eh...sib baik mainan tu murah eh

    ReplyDelete
  5. rasanya dia ni memang minat shopping ni ahaha

    pstt, kalau sempat, jom lah sudi-sudi kan diri join giveaway saya, ehehe saya nak tambah hadiah ni :3

    ReplyDelete
  6. good job cutie! lepas ni mintak mahal2 pulak tau. haha

    ReplyDelete
  7. hihi dia excited tgk mainan byk sgt
    aah budak kecik suka tolong kemas rumah, especially baju pandai dia susun n lipat. sgt kemas dlm laci..hihiihi

    ReplyDelete
  8. Haaa... nampak dah Eda kan. Semakin cerdik anak dara ni
    Tunggulah dapat adik kelak tahulah macam mana dia main dgn adik dia.
    Masa tu semua mainan utk dia dan adik aje. Org lain tak boleh sentuh:)

    ReplyDelete
  9. dah pandai sakat umi ye..dah pandai mintak mainan ni habis le..kopak..
    kalo Aisyah saya ajar..satu je..tapi redha 1 dia je tu kalo kena yang mahal..hukhuk

    ReplyDelete
  10. Redha je la kan sis, sbr dgn karenahnya..nnt jdi krinduan bila awfiyah da bsr nnt

    ReplyDelete
  11. Hihihii.. dah semakin comel diaaa.. :) :)

    ReplyDelete
  12. bijak fiyah dah pandai memilih tu

    ReplyDelete
  13. dah pandai meminta yer awfiyah amoiii!!! makin comel dia..=D

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top