10
Assalamualaikum

Rasa macam sekejap je ,usia kandungan dah menjangkau ke 30 minggu,iaitu 7 bulan.Debak debuk jugak jantung ni kalau nak difikirkan pasal bersalin.70% persiapan baby dah pun siap.Tak banyak kot yang aku beli untuk anak kedua ni.Yelah,Nur awfiyah baru lagi dilahirkan,bermakna banyak barangannya yang masih elok dan boleh digunakan lagi.

Ramai kot dok tanya jantina kandungan aku ni.Isk..Aku memang tak tau.Nak tengok,memang dia xnak kasi tengok jantinanya.Sudahnya,aku prefer beli baju yang baby lelaki dan perempuan boleh gunakan dan avoid membeli baju berwarna pink ataupun biru..Tapi biru tua adalah beli.heheh..

Bila dah Masuk ke 30 minggu kehamilan ni,pergerakkan semakin terbatas,terutama dalam menjaga anakanda kesayangan tu..Kesian dia,kecil lagi dah nak dapat adikkan.Begitu juga bila buat kerja rumah,cepat penat.Even duduk kat kerusi ni pun dah cukup penat bagi aku.Rasa nak bercuti awal je pulak.Tak larat dah walaupun ramai kata perut aku ni comel..hehehe...perut je comel.


Masa ni,pergerakkan bayi dah semakin terasa.Isk...kekadang boleh senyum sendiri bila terasa pergerakkan dia.Semakin kerap dan semakin aktif.Nampak dah perut aku berombak-ombak dek penangan sikecil dalam ni.

Cerita pasal set bersalin ni,buat aku pening kepala sebab tak tahu nak pilih yang mana satu.Rata-rata aku baca ramai jugak yang pakai set bersalin yang mahal² belaka.Last-last tak digunakan sebaik mungkin...isk..macam rugi jugak.Dah ler budget ciput je ni.Nak taknak call mak,tanya produk apa yang harus dibeli..Last-last mak kata,dah tak payah fikir,nanti mak uruskan dengan  mak bidan..Alhamdulillah..Mak banyak membantu sepanjang aku mengandung ni.Rasa nak bercuti sekarang ni dan duduk dengan mak je..tsst..^_^

Setiap malam kaki sakit.Rasa betis ni dah rasa terlalu keras.Tak taulah terlalu banyak berjalan ke hapa..Tapi rasanya taklah banyak..Kan ke bagus kalau rajin berjalan kan.Boleh memudahkan proses bersalin.

Rasa dah berat sangat kat perut ni.Tak taulah berapa kilo sekarang ni berat dia..Risau jugak dah nak akhir-akhir ni.Lagi lah kalau difikirkan samada boleh bersalin normal atau sebaliknya.Yelah.seperti yang korang tau,masa pregnacy ni,aku memang ada kes jantung.Tu yang dok ulang alik pi hospital dan klinik desa.Iskk...Apa pun ,walau apa pun cara bersalin nanti,aku harap anak dan diri aku sendiri selamat insya allah...

Post a Comment

  1. Alhamdulillah sis dah masuk 30 minggu ya.. rindunya saat2 mengandung dulu..hehe.. moga dipermudahkan ya sis.. rajin2 buat senaman ringan utk ibu mengandung.. utk mudahkan proses bersalin:)

    ReplyDelete
  2. cepat je masa berlalu ye kak ida..dah 30 minggu..tak lama je lagi si kecil akan lahir..
    pengalaman saya, beli set bersalin beratus2 memang tak guna sangat pon..baik beli jamu buatan sendiri tu..
    kawan-kawan saya pun ramai macam tu.. sebab kalau baby susu badan, tak disyorkan makan jamu2 sangat..

    ReplyDelete
  3. Awfiya memberi rezeki besar buat keluarga Eda.
    Jgn takut bila adik keluar otomatik Awfiya akan lebih berdikari dan bertambah cerdik. Kakak dah banyak pengalaman depan mata kakak. Lagi yg baik bila besar sikit setahun/dua) mereka sgt akrab. Itu yg seronok. Lebih sikit penjagaan masa usia 1-2 tahun aje Eda.

    Banyakkan berdoa moga dipermudahkan sehingga bersalin.

    ReplyDelete
  4. biler orang mengandung rasa sekejap jer..
    tak lama dah tu kak..kena get ready sumer barang..

    ReplyDelete
  5. cepatnya dah 7 bulan.. take care yer..

    ReplyDelete
  6. sabar ye kak..tak lama lagi je tu..semoga dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  7. beza berapa minggu je kita kan..fiqa dah start dah kejang2 kaki bila tido..lagi2 nak jaga anak yang semakin membuas sekarang nie..huhu..betul2 mencabar iman...betul tu kalau beli set bersalin pun x kan guna semua..fiqa beli loose item jer...

    ReplyDelete
  8. sama pulak usia kandungan kita
    aah makin aktif dia sekarang
    excited plus takut gak sbb ni anak 1st..xde pengalaman
    belum terfikir lagi nak pilih set bersalin, yg penting nak jimat n digunakan sebaiknya

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah Aida.. semoga sihat dan dipermudahkan segalanya... aamiin.

    ReplyDelete
  10. X lma lgi tu sis, x dpt gmbrkn prasaaan tu

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top