13
Assalamualaikum

Alhamdulillah...Usia kandungan dah masuk ke minggu ke 36 minggu.Sedikit perkongsian apabila kandungan 36 minggu ni 

Pada usia fetus(bayi) 36 minggu,ibu mengandung akan merasakan seakana-akan bayi hendak terkeluar dan menjadikan anda rasa kerap untuk ke tandas.Saiz bvayi di minggu 36 minggu kehamilan adalah 45sm dari kepala ke jari kaki dengan beratnya hampir 2.7kg.Ibu hamil mula merasakan tekanan di bawah abdomen dan sedar bayi sudah mula merasakan tekanan di bahagian bawah abdomen dan sedar bayi sudah mula menurun kepala posisi ke bawah.Penurunan kepala bayi menyebabkan ibu hamil menjadi lebih selesa untuk bernafas dan ketika makan,(sumber sini)
Perkembangan bayi dalam kandungan hamil 36 minggu, perkembangan fetus bayi ibu mengandung 36 minggu, wanita mengandung 9 bulan, hamil trimester tiga, tanda mengandung usia 36 minggu, keadaan ibu mengandung 36 minggu, cara mengandung, gambar bayi dalam kandungan 36 minggu, pakaian dan diet makanan ibu mengandung, tips menjaga kesihatan kehamilan, kehamilan trimester akhir
sumber :google

Masa ni bayi akan keluar bila-bila masa sahaja.Bercuti awal? yup...akan bercuti awal iaitu pada awal bulan tujuh ni.Disebabkan kesihatan selalu terjejas,cepat penat,sebab tulah aku ambil cuti awal.

Bila dah berapa tahap macam ni,rasa perasaan takut,gementar dan pada waktu yang sama sangat teruja nak menyambut orang baru.Setiap ibu kat dunia akan merasakan perasaan yang sama kan.

Macam-macam fikir kan..Bila nak tidur ni,ada je benda yang terlintas dalam kepala ni.Walaupun due date aku selepas raya,tapi disebabkan kes-kes yang terdapat pada diri aku ni,aku dinasihatkan untuk bercuti awal.

Berhenti blog buat seketika??Mungkin...Tengok kepada keadaan..Insya allah..kalau takde aral melintang,aku akan update tentang orang baru tu kat korang.

Nak settlekan kerja-kerja yang pending hari ni.Esok hari last untuk aku settlekan kerja-kerja yang pending sebelum mengagihkan kerja-kerja pada officemate aku..

Moga Allah swt permudahkan urusan aku bila bersalin nanti..Doakan yang terbaik untuk aku dan baby ye..

Post a Comment

  1. salam ramadhan, semoga selamat semuanya., aminnn ;p

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan...semoga kedua2 sihat dan selmat

    ReplyDelete
  3. Btl tu..kena alert tanda2 lah,mcm fiqa pun sama gak bsalin awal 36w..bsalin hari pertama puasa lak tu..now 12hari brpantang..Insyaallah semoga dipermudahkan..

    ReplyDelete
  4. Selamat bercuti kak..yang penting jaga diri ye kak..semoga dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  5. semoga proses bersalin dipermudahkan and baby dan mam die panjang umur.. iqa plak dah 34 weeks.. yg 34 weeksni pun nervous inikan yg dah 36 weeks kan.. ape pun moga semuanya selamat ye

    ReplyDelete
  6. harini dah last kerja kan..? huhuhu...

    Sally dokan semuanya selamat ye kak! :)

    ReplyDelete
  7. semoga di permudahkan insya allah

    ReplyDelete
  8. aida doakan semua dipermudahkan.
    semua selamat...
    aminn...

    ReplyDelete
  9. Moga dipermudahkan dan selamat semuanya..

    ReplyDelete
  10. Semoga dipermudahkan...semoga kedua2 sihat dan selmat

    ReplyDelete
  11. semoga dipermudahkan kak ida...tak sabar nak tunggu baby keluar..

    ReplyDelete
  12. Selamat bercuti.. semoga segalanya berjln lancar dan dipermudahkan... aamiin.

    ReplyDelete
  13. moga Allah permudahkan urusan mommy & baby. selamat bercuti :) jaga diri

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top