16
Assalamualaikum

Hari raya memang tak boleh nak dipisahkan dengan Kad raya,Kuih raya,Baju raya dan Duit Raya..hahah..betul tak..

Tu semuanya ada pada hari raya je..Hari biasa memang NON Hado.Benda pertama yang dapat sebelum raya adalah Kad raya..isk..seronok betul mengumpul kad raya ni

Nostalgia dengan Kad raya ni best.Kalau nak diimbaskan kembali masa sekolah dulu..Memang seronok.Masa sekolah dulu,yang paling best dapat kad raya dari rakan-rakan sekolah je..Tu yang best.Bila mak bagi duit belanja,mesti simpan leklok sebab Hasil dah banyak boleh la bagi kat kawan-kawan sekolah.Harga Kad raya dulu murah-murah je.Dapat beli yang harga 50 sen pun dah ok dah..

Bila dah remaja sikit,mulalah cari kad raya untuk ehem-ehem yang siap ada lagu tu..Hak tu memang mahaii sikit la..Tapi kerana buah hati,sanggup dan gigih ler nak kumpul duit banyak sikit.

Dah kumpul banyak kad raya,mulalah bergantungan kad tu kat dalam rumah..Bangga woo bila orang tengok kita dapat banyak kad raya..hehehe

Bila dah bekerja ni,Agak kurang la dapat kad raya.Kawan-kawan pun ramai dah berhijrah..Lama gak aku tak dapat kad raya sehinggalah aku terjebak dalam dunia blogger.

Dah beberapa tahun ni,alhamdulillah,ramai juga rakan blogger yang mengirimkan kad raya.Paling best adalah,Kad raya yang dikirimkan adalah jenis yang Special Edition.Memang takde jual kat kedai atau pasaraya okehh..Semua kad raya yang diorang hantar memang dibuat khas untuk rakan blogger.Sebab tu aku masih simpan lagi kad-kad raya dari rakan blogger,

Untuk tahun ni pula,kad raya yang pertama aku terima adalah dari blogger Khaty.Thanks kat kak Khaty kerana mengirimkan kad raya untuk aku tahun ni ye.

Aku pulak sekali je pernah tempah kad raya dari hazwan hairy..Kalau korang masih ingat la blogger tu kan..Sekarang ni dok sibuk rasanya dengan bisness dia..

Aku ada up entry pasal Kad raya kat sini Kad raya Untuk Tahun ni. Siap tempah khas sampul raya lagi..haha..

Tapi dah tahun kebelakangan ni memang takde la aku tempah.Just beli yang ready made je.
Tahun ni memang takde persiapan dan juga pembelian yang ready made..Maklum la tengah sarat macam ni.Berdebar-debar je tunggu kelahiran yang akan datang ni.


Post a Comment

  1. BESNYE.. AKAK MMG DAH LAMA TAK DAPAT KAD RAYA , KALU KEKECIK DULU TU SIAP WAT POKOK LAGI ..

    ReplyDelete
  2. Sampai juga. Alhamdulillah ... Lega sangat kathy sis..

    ReplyDelete
  3. Bestnya dapat kad raya. Dah susah nak dapat kad raya sekarang nie. Zaman dulu-dulu je meriah dengan kad raya. hehe

    ReplyDelete
  4. wah bestnya dpt kad raya...dah lama ditinggalkan tradisi kirim kad raya sesama rakan kan...

    Jemput join ya
    GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 HADIAH WANG TUNAI BERJUMLAH RM3100!!!

    ReplyDelete
  5. wahhh tahniah tahniah dapat kad raya...ihikss...Farah pun tumpang happy untuk kakak Farah yang sorang ni... la la la la....

    ReplyDelete
  6. Wah, dah dapat kad raya yer... Tunggu kad Zumal pula...

    ReplyDelete
  7. wah awal dapat kad hari raya..hehe.. Salam Ramadhan =)

    ReplyDelete
  8. seronoknya. dah lama tak dapat kad raya :) ...

    Jemput join segmen, Klik Sini.

    ReplyDelete
  9. wah dah dapat kad raya dah..bestnya!

    ReplyDelete
  10. Awalnya dapat kad rasa, bestlaaa :)

    ReplyDelete
  11. saya pun dapat..terharu tau..

    ReplyDelete
  12. Wahh tahniah Aida.. gembira dpt kad raya dari kengkawan blogger kan..:)

    ReplyDelete
  13. aida dpt jugak.
    lom dpt review aje lagi :)

    ReplyDelete
  14. wah kad raya drp kak Kathy la. hehe

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah.. Sama la.. Kad raya dari kak kathy yg dulu dapat..

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top