Wednesday, July 29, 2015

Lahirnya Puteri Di Dalam Keluarga Kami

Wednesday, July 29, 2015 27 Comments

Assalamualaikum

Blog dah berhabuk ditinggalkan.Da semakin hampir nak expired domain.Insya allah..akan terus menggunakan domain yang ada.Expired pun bulan lapan nanti.

Dekat sebulan jugak tak update blog.Bukan tiada cerita yang nak diceritakan,tapi kedatangan syawal yang bermakna tahun ni membuatkan kesempitan waktu untuk update blog.Update pun menggunakan handphone je.

Alhamdulillah..setelah 38 minggu berada di dalam kandungan,puteri kami telah selamat dilahirkan masuk sahaja minggu ke 39 bersamaan dengan 4 syawal.Syukran..Allah swt permudahkan semua urusan walaupun pada mulanya banyak babak airmata antara kami.Nanti aku ceritakan.

Pengalaman melahirkan anak bukan secara normal memang terlalu perit untuk dikenang.Tapi itulah pengalaman2 yang perlu seorang ibu lalui bila terpaksa memilih untuk bersalin secara czer.

Nanti ada masa akan aku ceritakan kat kirang.Cuma ingin berkongsi kegembiraan di blog kesayangan tentang kehadiran orang baru pada 4 syawal,3.15pm.


bayi seberat 3.6kg tanpa kusangka lahirnya sungguh sihat..alhamdulillah...Ambil masa untuk berpantang pula.Banyak lagi nak cerita walaupun ambil masa yang lama untuk update cerita baru..alhamdulillah..dah pun menjadi ibu kepada dua orang puteri..

Sunday, July 19, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sunday, July 19, 2015 10 Comments

Assalamualaikum

Wah..wah..kemain lagi puan blog ni kan..Mentang mentang bercuti,blog pun ikut cuti jugak..

Bukan takde idea nak menulis,tapi disebabkan keadaan yang semakin dekat nak bersalin ni,badan hanya nak baring je.Tapi sebelum raya tu,ada jugalah pi shopping last minit.Tu pun sebab teringin nak jugak pakai baju raya.Eh!!masih ada saki baki mood nak beraya tau.Walaupun persiapan ala kadar sahaja,tapi dah cukup meriah.Janji persediaan untuk suami dan anakanda tercinta siap semua.

Hari raya ketiga ni,hanya duduk dirumah je melayan tetamu yang datang.Rasa tak larat pulak nak pergi beraya..

Meh belanja 1gambar di pagi syawal.

Di kesempatan ni.walaupun lambat nk wish kat korang,tetap jugak nak sebut
"Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin

Friday, July 10, 2015

Moeder Susu Untuk Ibu Hamil

Friday, July 10, 2015 15 Comments
Assalamualaikum


Moeder Susu untuk Ibu hamil. Satu produk makanan tambahan dimana membantu ibu-ibu hamil  atau bakal ibu di luar sana  untuk menjaga kesihatan mereka serta cahaya mata mereka yang dikasihi.


Moeder Susu Untuk Ibu Hamil

Moeder Susu Untuk Ibu Hamil


Moeder juga merupakan salah satu perangsang susu badan di mana kebanyakkan ibu-ibu di Malaysia mengalami masalah kurang susu badan,letih,sakit-sakit badan,kulut kendur selepas bersalin,payudara kendur dan masalah kulit.

KEBAIKKAN MOEDER BUAT IBU DAN ANAK

Khasiat buat ibu hamil :
  • Mencerahkan kulit
  • Mengatasi masalah rabun malam
  • Meningkatkan daya tubuh dan stamina serta tenaga semasa hamil.
  • Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan rendah ketika hamil.
  • Mengatasi masalah depressi(stress)
  • Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan.
  • Mengelakkan sembelit bagi ibu hamil.
  • Menguatkan pernafasan(mengurangkan asma dan lelah bagi ibu hamil)
  • Memperbanyakkan darah(pengganti kerang seperti tradisional)
  • Meningkatkan produksi susu ibu(Banyakkan susu ibu)
  • Melembabkan kulit.
  • Mengurangkan kesan selulit pada perut
  • Mencegah ostoporosis
  • Mencegah sakit pinggan dan tulang belakang ketika hamil kerana membaca kandungan.
  • Menguatkan kandungan bagi ibu baru hamil
  • Memberi lebih tenaga ketika proses bersalin.
  • Mengatasi masalah mual.
  • Menormalkan Metabolisme
  • Mencegah kegemukan selepas bersalin
  • Rasa Vanila berlemak tanpa menyebabkan rasa loya.
Khasiat buat kandungan atau bayi :

  • Mengurangkan risiko demam kuning.
  • meningkat daya tahan tubuh bayi(Selseam demam)
  • Melebatkan rambut.
  • Menghitamkanrambut dan bersinar terhadap bayi.
  • Memutih dan melicinkan kulit bayi,
  • Membantu menguatkan sistem paru-paru bayi,
  • Mencegah asma dan lelah.
  • Mencegah rabun ketika besar
  • Membantu pembentukan otak,sarah,plasma darah dan organ pembiakan.
  • membantu kecergasan otak bayi(Anak pintar)
  • Membantu sistem percernaan bayi yang menyusu badan ibu yang mengamalkan Moeder.


Khasiat buat Ibu selepas hamil atau menyusu bayi atau bayi menyusu :
  • Membanyakkan dan memekatkan produksi susu
  • mencegah kegemukan
  • Mencerahkan dan melembabkan kulit
  • Membantu hilangkan selulit ketika hamil
  • Membantu merawat luka dalaman semasa bersalin dengan cepat.
  • Memberi tenaga terutama ketiak berpuasa tetapi menyusukan bayi.
  • Mengurangkan stress.
  • Mengatasi atau mencegah rabun.
  • Mengenyangkan bayi dan atasi masalah sedu.
  • Menguatkan sistem pernafasan bayi.
  • Membantu daya ingatan bayi.
Kandungan yang terdapat pada Moeder

Susu Kaminbg,Estrak Tomato,Habbatussauda,Madu,Ekstrak anggur,Lutien,Bird nest,Kurma.Manna,Billberry,Aloe vera,lobak merah,brokoli,Omega 3,betik,stevia,vanilla dan non diary creamer

Cara Minum :
Bancuh menggunakan air suam (200ml) 1 scoop.1 scoop siang dan juga 1 scoop malam sebelum tidur.Elakkan makan kaffein.
cara minum moeder



Antara Testimonial Pengguna Moeder.

Testimoni Moeder



Harga

RM159/169ss termasuk postafe
Promosi : RM129 termasuk postage seluruh Malaysia sah sehingga  31/7/2015.




Bagi mereka yang mendapatkan Moeder  boleh menghubungi :
017-3340343

Atau maklumat lanjut boleh kunjungi :







Wednesday, July 08, 2015

Hadiah Dan Kad Raya

Wednesday, July 08, 2015 14 Comments

Assalamualaikum

Baru dapat update pasal kad raya yang aku dok mention tuari kat fb.Bila dah balik rumah,barulah tau siapa pengirim kad raya tu.

Alhamdulillah,selain kad raya,aku dapat juga hadiah lampu meja yang comel dari blogger azhafizah.Kenapa aku dapat hadiah tu?.Of course kerana aku orang yang paling banyak komen kt blog fiza..Memang aku dok aim nak lampu tu sebab comel sangat..Cer korang tengok gambar ni...

comel kan...
Disebabkan tulah aku berusaha untuk mendapatkannya..Aku pilih yang warna pink tu..

Tunjuk bukti sikit.hihi
Nak bukak sayang pulak..Ni aku nak guna untuk rumah baru.so, sebab tu taknak buka lagi..sayang sangat.


Oklah..cerita kedua pulak tentang kad raya dari rakan blogger.Ada dua keping kad raya yang aku terima iaitu dari fiza jugak dan blogger fuza musa.Thanks bagi kita kad raya eh!!
Onsyaallah..tahun depan baru balas..hehe

Monday, July 06, 2015

Durian kampung vs Musang King

Monday, July 06, 2015 15 Comments

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. Menu berbuka yang sederhana hari ni.Tak payah nak pergi ke bazar hari ni.Cukup menu mee hailam,betik masak air,ikan goreng,ayam masak merah dan air durian belanda yang fresh dari ladang.

Berbuka apa korang hari ni..Pastinya korang pun menu yang simple kan.Itu lebih menyelerakan dan di samping tu boleh la berjimat.

Oh ya!!Bila bulan puasa ni,banyak betul musim buah yang ada.Antaranya tentulah rambutan dan juga raja buah iaitu Durian.

Mungkin paling glamour orang akan pilih Musang King .Tapi aku tetap pilih durian kampung..sedap..Lagi pulak kalau dapat Durian Kucing tidur. Maksudnya dalam satu belah tu ada seulas je duriannya..Tu yang mablesnya..

Tadi nak dijadikan cerita,mak dah pun tempah durian kampung.Itu lagi bagus dari beli kat kedai.Bukan apa..lebih puas hatilah dari beli,lepas tu banyak busuk.Dapatlah 15 biji dengan harga rm50..oklah kan..isi pun puas hati..Nasib baiklah aku tak boleh makan banyak..Kalau tak dah baham dua tiga biji dah.

Takut pulak bila da banyak makan ,kepanasan pulak.Risau pulak effect kt baby nanti.Sempat my sil buat lempuk.Bubur durian da biasa buat.Makan dengan durian lagi sedap.Tadi tak sempat nak beli pulut.Just makan dengan roti je..

Oklah..sampai sini untuk entry ni..Selamat menikmati durian ni..hihi

percutian Ramadhan

Monday, July 06, 2015 7 Comments

Assalamualaikum

Lama sungguh blog tak berupdate.Sedang menanti masa selepas sahur ni,sempatlah mengupdate blog barang seketika.

Seronok bercuti di kampung..Sehinggakan lupa tentang blog.Memang keindahan kampung ni terapi yang terbaik untuk aku menghilangkan segala stress yang ada.Kedamaian di kampung yang tak ada di mana mana bandar..betul tak..

Nur awfiyah orang yang paling seronok kerana keluasan dia untuk meneroka rumah nenek yang luas ni..Lagilah kalau dapat main kat tanah.

Cuma dua hari ni,batuk dan selsema menyerang dia..Merengek tu perkara biasa bagi budak yang tak sihatkan.
Sempat bawa dia ke klinik desa di kampung ni.Walau dalam keadaan tak sihat pun.Tapi aktif meneroka.Itulah bila sel sel otak semakin berkembang.Sudahnya kepenatan.Tertido sementara no.di panggil..

Atas meja pun jadi untuk lelapkan mata..


Oh ye..aku da mula bercuti awal bulan ni lagi..Tu yang jarang untuk update blog..

Wednesday, July 01, 2015

Tanda-Tanda Nak Bersalin

Wednesday, July 01, 2015 13 Comments
Assalamualaikum

Bila kita ibu mengandung pertama kali ni,mungkin kita takkan tahu apakah tanda-tanda nak bersalin.Termasuklah aku ni.Banyak juga yang aku google dan pertanyaan-pertanyaan kepada rakan dan jugak adik beradik yang pernah ada pengalaman melahirkan anak.

Bila kita dah ada sedikit pengetahuan tentang tu,at least tidaklah kita menggelabah tak tentu pasal pulak nanti..Bila dah cari dan baca hasil menggoogle tu,apa salahnya aku share kat blog aku kan..At least nanti senang nak cari kat blog sendiri.

Oklah..since pregnancy dah hampir sangat dengan kelahiran ni,kena amik tau pasal tu kan.Meh aku share serba sedikit tentang Tanda-Tanda bersalin Semakin hampir tu.

Antaranya adalah :-

1. Kontraksi Braxton - Hicks
-Kontraksi membantu menipis,memendek dan membuka serviks sebagai persediaan awal kelahiran bayi nanti.Kebiasaannya sakit kontraksi ini seperti cramp semasa datang haid dan ia kebiasaannya berlaku 1-2 minggu sebelum kelahiran.

2.Sakit Belakang Bahagian Bawah
-Ianya berlaku kerana kedudukan bayi lebih rendah dan terasa sangat berat.Memang dah terasa pun sekarang ni.Dah rasa baby duduk kat bawah sangat ni.

3.Pecah Air Ketuban
-Hanya 1/10 ibu-ibu mengandung pecah air ketuban sebelum kelahiran.Selebihnya doktor yang akan pecahkan semasa didalam bilik bersalin.

4.Lendir Pekat Bercampur Darah(Bloody Show)
-Lendir ini merupakan pluk yang melindungi bayi daripada sebarang jangkitan.Bila pluk mula keluar,bayi anda sudah bersedia untuk bergerak ke bawah secara perlahan-lahan dan kepala akan masuk ke dalam rongga pelvis.Masa ni orang kata,kena bersedia untuk ke Hospital

5.Kerap Kentut
-Sesetengah wanita akan kerap terkentut kerana kedudukan baby semakin rendah.Buat masa ni aku rasa normal je aku kentut..hehe


6.Kerap Ke bilik Air
-Ibu -ibu akan kerap ke bilik air kerana saluran kencing dah ditekan oleh baby yang sudah mula bergerak ke bawah.Ini memang aku akui..Setiap masa akan ke tandas je.

7.Perut rasa memulas seperti nak buang air besar.
-Tekanan kepada saluran untuk buang air besar semakin terasa kerana kedudukan baby semakin ke bawah.Lately ni aku asyik sembelit je..Tapi untuk buang air besar selalu tu belum ada lagi

8.Cirit-Birit
-Hormon kelahiran akan menyebabkan pergerakkan usus yang kerap untuk mengosongkannya bagi memberi lebih banyak ruang laluan untuk kelahiran bayi nanti.Ia jugak akan membuatkan ibu-ibu terasa loya.


9.Keputihan
-Lelehan keputihan semakin terasa..Ini aku dah mula terasa..Adakah ini bermakna ianya dah semakin hampir?

10.Berat Badan berkurangan

-Berat badan ibu-ibu akan sedikit berkurangan atau tidak naik bila kelahiran baby semakin hampir..Patut la..Aku ingatkan alat penimbang kat klinik dan hospital tu ada masalah..

Itu sahaja info dari pembacaan aku kat sini.


Aku harap Allah swt akan permudahkan proses bersalin aku nanti.Ada jugak aku amalkan doa-doa supaya memudakan aku bersalin nanti..

doa supaya mudah bersalin
sumber:google







Follow Us @aida_yusof81