13
Assalamualaikum

Bila kita ibu mengandung pertama kali ni,mungkin kita takkan tahu apakah tanda-tanda nak bersalin.Termasuklah aku ni.Banyak juga yang aku google dan pertanyaan-pertanyaan kepada rakan dan jugak adik beradik yang pernah ada pengalaman melahirkan anak.

Bila kita dah ada sedikit pengetahuan tentang tu,at least tidaklah kita menggelabah tak tentu pasal pulak nanti..Bila dah cari dan baca hasil menggoogle tu,apa salahnya aku share kat blog aku kan..At least nanti senang nak cari kat blog sendiri.

Oklah..since pregnancy dah hampir sangat dengan kelahiran ni,kena amik tau pasal tu kan.Meh aku share serba sedikit tentang Tanda-Tanda bersalin Semakin hampir tu.

Antaranya adalah :-

1. Kontraksi Braxton - Hicks
-Kontraksi membantu menipis,memendek dan membuka serviks sebagai persediaan awal kelahiran bayi nanti.Kebiasaannya sakit kontraksi ini seperti cramp semasa datang haid dan ia kebiasaannya berlaku 1-2 minggu sebelum kelahiran.

2.Sakit Belakang Bahagian Bawah
-Ianya berlaku kerana kedudukan bayi lebih rendah dan terasa sangat berat.Memang dah terasa pun sekarang ni.Dah rasa baby duduk kat bawah sangat ni.

3.Pecah Air Ketuban
-Hanya 1/10 ibu-ibu mengandung pecah air ketuban sebelum kelahiran.Selebihnya doktor yang akan pecahkan semasa didalam bilik bersalin.

4.Lendir Pekat Bercampur Darah(Bloody Show)
-Lendir ini merupakan pluk yang melindungi bayi daripada sebarang jangkitan.Bila pluk mula keluar,bayi anda sudah bersedia untuk bergerak ke bawah secara perlahan-lahan dan kepala akan masuk ke dalam rongga pelvis.Masa ni orang kata,kena bersedia untuk ke Hospital

5.Kerap Kentut
-Sesetengah wanita akan kerap terkentut kerana kedudukan baby semakin rendah.Buat masa ni aku rasa normal je aku kentut..hehe


6.Kerap Ke bilik Air
-Ibu -ibu akan kerap ke bilik air kerana saluran kencing dah ditekan oleh baby yang sudah mula bergerak ke bawah.Ini memang aku akui..Setiap masa akan ke tandas je.

7.Perut rasa memulas seperti nak buang air besar.
-Tekanan kepada saluran untuk buang air besar semakin terasa kerana kedudukan baby semakin ke bawah.Lately ni aku asyik sembelit je..Tapi untuk buang air besar selalu tu belum ada lagi

8.Cirit-Birit
-Hormon kelahiran akan menyebabkan pergerakkan usus yang kerap untuk mengosongkannya bagi memberi lebih banyak ruang laluan untuk kelahiran bayi nanti.Ia jugak akan membuatkan ibu-ibu terasa loya.


9.Keputihan
-Lelehan keputihan semakin terasa..Ini aku dah mula terasa..Adakah ini bermakna ianya dah semakin hampir?

10.Berat Badan berkurangan

-Berat badan ibu-ibu akan sedikit berkurangan atau tidak naik bila kelahiran baby semakin hampir..Patut la..Aku ingatkan alat penimbang kat klinik dan hospital tu ada masalah..

Itu sahaja info dari pembacaan aku kat sini.


Aku harap Allah swt akan permudahkan proses bersalin aku nanti.Ada jugak aku amalkan doa-doa supaya memudakan aku bersalin nanti..

doa supaya mudah bersalin
sumber:google







Post a Comment

  1. Terkenang zaman anim nak beranak dulu haha ... sakit sana lenguh sini tapi bila dah beranak terasa rindu pulak nak mengandung balik hehehe :D

    ReplyDelete
  2. Tak dpt nak lupa saat nak bersalin ...hehehe...smg dipermudahkan

    ReplyDelete
  3. Even dah penah bersalin,mengelabah juga bila brsalinkan anak ke-2..huhu..kita dua2 anak pecah air ketuban dulu...

    ReplyDelete
  4. byk tnda2nya ea.. moga dipermudhkan ya kak..

    ReplyDelete
  5. tringat ms bsalin taun lpas. smuge dpermudahkan ya :)

    ReplyDelete
  6. saya, keluar tanda darah selama 4 hari, kemudia baru sakit, pergi hospital, sebelum bersalin air ketuban pecah..tolak masuk LR..
    berdebar rasanya kan kak..semoga kak ida selamat bersalin..

    ReplyDelete
  7. Saya pun berpengalaman melalui saat getir nak bersalin ni.. 4 kali huhu.. bukan saya tapi isteri hehee.. Alhamdulillah, semua lahir depan saya & menjadi kenangan berharga buat saya sbg seorang bapa.. :)

    ReplyDelete
  8. Doa banyak² semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT.

    ReplyDelete
  9. part ke tandas tu jgn kira la...selang 20 minit mesti nak buang air
    hari ni sembelit lagi, takut jugak nak teran, dah hospital jauh
    pengalaman pertama kali ni, mmg berdebar sgt yumida rasa
    moga akak dan yumida dipermudahkan bersalin kelak n berada dlm kedaaan sihat walafiat termasuk baby

    ReplyDelete
  10. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  11. hadui!
    x dpt nak aida kenang!
    sakit nyer tak terkata & tak tergambar dek akal kalau nak diceritakan hu hu hu...

    p/s: nanti komen kat entry bagi aida alamat ye. nak kirim kad raya kat semua dlm gmbm :)

    ReplyDelete
  12. Ank kedu tiada tanda... ikit naluri dan gerak hati je.. pergi hospita
    .tak g sekolah..masuk hospital tgh hari.. lepas asr bersalin..alhamdulillah. . Moga dipermudahkan segala urusan akak...

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top