18

Assalamualaikum

Lama kan tak bercerita pasal puteri sulung kami tu.Alhamdulillah...dia dah jadi kakak.Korang boleh baca entry aku yang lepas.

La ni nak bercerita pasal kakak nur awfiyah pulak..Kesian dia..mungkin orang cakap awfiyah terlalu kecil untuk ada adik.Tapi anugerah dan hadiah dari Allah swt aku tak boleh pertikaikan.Itulah namanya rezeki untuk family kami.Anak tu Allah swt dah berikan rezeki untuk mereka.Sebagai ibu bapa kita harus terima dengan hati yang terbuka.

Sangat bersyukur dengan kehadiran puteri kedua kami tu.At least awfiyah ada adik untuk bermain.Kan..kan...hehe..

Sejak ada adik ni,memang kurang menempek dengan ummi dia.Takut pulak diterjah tempat operation aku tu,maunya masuk hospital lagi ummi dia.Masa aku duduk dalam wad tempohari pun dah rindu kat dia tahab gaban.hehe..Sampai menangis nangis ummi teringat kat dia.Nak jumpa dia masa kat wad memang tak boleh sebab budak kecil tak dibenarkan masuk wad.

Tapi bila doktor dah benarkan balik,memang rasa nak lompat lompat je.Tapi masa tu dok risau gak takut adik dia tak boleh keluar sebab terkena jaundice.Tapi alhamdulillah..akhirnya dua dua boleh keluar.

Sampai rumah,dia peluk ummi.Gaknya terlalu rindu dengan ummi dia.Rasa nak tido dengan dia je malam tu.Tapi ummi pun tak larat nak bangun hari tu.Eh..panjang panjang ni,ada ke orang nak baca..ke nak tunggu next entry korang baca lagi eh.

Meh belanja gambar nur awfiyah dan nur naura auni..

Next entry aku cerita lagi ea..Macam nak rest dulu.Mengantuk pulak.

Post a Comment

  1. Wah.. lawa nama baby naura.. insyaAllah akak baik2 je semua tu.. ada hikmah apa saja yg berlaku kalau kita pandai kendalikan keadaan yg ada..

    ReplyDelete
  2. betul tu kak anak tu rezeki Allah... btw tahniah ya kak moga family akak terus bahagia.. :)

    ReplyDelete
  3. betul tu kak anak tu rezeki Allah... btw tahniah ya kak moga family akak terus bahagia.. :)

    ReplyDelete
  4. salam singgah sini sis...Alhamdulillah dan tahniah sis....anak adalah rezeki dari Allah...bersyukur dengan rezeki yang telah d kurniakan...

    ReplyDelete
  5. saling tak tumpah ikut muka ummi dedua ni.... sorang cik piya... sorang lagi cik uya lah.... hahahaha....

    ReplyDelete
  6. singgah syawal ida. chomelnya baby. moga sentiasa dilindungi allah swt. selamat hari raya ida

    ReplyDelete
  7. comelnya kakak.....syok nanti bb dah besar boleh main sama dengan kakak:)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. Smoga mnjadi ank solehah yee.. Aminn

    ReplyDelete
  9. alahaiii..kakak adik sama comel.... =) seronok juga rapat2 ni..membesar sama2..mesti dah besar ni hubungannya rapat

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..anugerah yang sangat bernilai :) take care kak..selamat berpantang

    ReplyDelete
  11. mesti kakak ni sayang sangat kat adik dia ni kan..

    ReplyDelete
  12. bila baca pengalaman akak ni..saya teringat kat anak dara sorang tu nanti..
    terbayang masa saya kat wad nanti

    ReplyDelete
  13. Masa anak sulung dapat adik dulu dia pun pelik macammana ada baby sebab dia pun masih kecil lagi kan...hihi

    ReplyDelete
  14. Tahniah lewat Lya wish..dua2 comel

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah.. Jaga adik ye kakak.

    ReplyDelete
  16. insyallah Awfiyah akan jadi kakak terbaik untuk adik baby =)

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top