Wednesday, September 30, 2015

Permainan Yang Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak

Wednesday, September 30, 2015 6 Comments
Assalamualaikum


Dekat entry sebelum ni aku pernah bagi tau kan,aku nak cari aktiviti atau permainan macam mana yang boleh merangsang tumbesaran kanak-kanak ni.
gambar ihsan cik google

Puas dok menggoogle dan baca tentang tu,akhirnya aku berjumpa jugak.Then,aku nak sharelah jugak kat blog ni,mana tau di masa hadapan aku perlukan maklumat tentang ni lagi.

Permainan dengan kanak-kanak ni memang tak boleh dipisahkan,takde kat dunia ni,kanak-kanak tidak bermain.betul tak..Alat permainan ni sebenarnya penting untuk Perkembangan otak dan sistem saraf khususnya bayi yang berumur 0 hingga 5 tahun.

Bila anak kita bermain atau membuat sesuatu aktiviti,kita perlu pastikan faktor seperti fokus,pergerakkan,penyelesaian masalah dan kebolehan mengingat menjadi ukuran pertama alat permainan.Aktiviti seperti mengenal dan mengasingkan barang mengikut warna,saiz,bentuk,aktiviti melibatkan pergerakan tangan dan kaki secara terperinci seperti tarik,tolak,picit,genggam,cubit,tekan,pijak dan sebagainya.

Pakar Psikologi di jabatan Psikologi Perkembangan pendidikan dan kaunseling Universiti Malaya(UM).Prof.Madya Dr.Mariani Mohd Nor berkata,perkembangan kanka-kanak boleh dibahagikan kepada tiga fasa.

Fasa Pertama : Satu setengah sehingga 3 tahun

Pada usia ini mereka mula mengenali sisi sebenar dunia menerusi lima deria mereka iaitu bau,sentuhan,rasa,dengar dan lihat.Beliau menyarankan supaya anak-anak ini diperkenalkan dengan permainan yang merangsang deria,berwarna-warni,bertekstur,bersaiz besar agar selamat dan sentiasa dipantau ibu bapa.Pada ketika ini,Mariani mengakui kanak-kanak perlu didedah permainan yang melatih fungsi perkembangan mental dan fizikal.

Antaranya ialah alat permainan yang berbunyi apabila ditekan,berjalan apabila diputar dan sebagainya.Agen perangsang,ini menjadikan kanak-kanak itu boleh berfikir sekali gus meningkatkan skil motor mereka.

Fasa Kedua ialah usia empat hingga enam tahun.

Pada masa ini,mereka akan masuk alam fantasi.Ini dinamakan peringkat praoperasi iaitu mereka boleh mewakili sesuatu secara simbolik.

"sebagai contoh.permainan blok seperti Lego,bongkah kayu,replika bilik dapur dan sebagainya.

Pada waktu ini juga kanak-kanak dilihat meniru apa sahaja yang dilakukan oleh roang dewasa.Sebagai melatih mereka dan menunjukkan dunia dewasa,permainan seperti ini juga sama penting didedahkan.

Fasa Ketiga: Sekitar Umur 7 tahun.

Kepada kanak-kanak yang lebih matang iaitu sekitar usia tujuh tahun pula,mereka lebih cenderung kepada alat permainan dengan karakter kartun seperti Ultraman,superman,spiderman dan sebagainya.

Insya allah nanti,nak jugak belikan mainan yang boleh merangsang tumbesaran Nur awfiyah dan adiknya.Dari kecil ni lah kan kita nak ajar anak-anak kita tentang perkara-perkara macam ni.Semuanya bermula dari diorang kecil lagi.












Nur Awfiyah dan TV

Wednesday, September 30, 2015 5 Comments
Assalamualaikum

Pepagi dah up cerita pasal anak dah kan..Well,tu je cerita yang menarik yang nak aku kongsikan kat blog ni..Insya allah..akan ada lagi cerita-cerita tentang anakanda berdua tu..heheh..

Selalunya Nur awfiyah ni memang tak berminat dengan tv.Masa dia baru beberapa bulan tu,memang dia minat nak tengok tv,apatah lagi kalau iklan.memang dia suka tengok.Tapi bila dah masuk umur setahun ni,dia kurang berminat dengan tv.Dia suka sangat dengan aktiviti lasak,contohnya memanjat,berlari-lari..sakat ummi dia,ha!!tu yang memang dia sukai..

Tapi lately ni,perubahan baru anakanda nur awfiyah,suka tengok cerita-cerita robot la pulak..haishh..ummi dia belikan Play Tent,Anak patung,dan yang terbaru piano siap sekali dengan cermin.Entah ape ke nama dia.Taklah pulak dia minat sangat..Buat perhiasan je..Lebih suka main pinggan mangkuk ummi dia kat dapur tu.Nasib baiklah ummi dia beli semua yang plastik..taklah risau sangat terbarai kaca bagai.

Tengok ler tu,ralit sungguh tengok robot tu..Kalau cite upin ipin,dia tak kisah pun.Kalau dia suka,confirm ummi dia boleh upload banyak-banyak.

Kalau boleh aku nak beli permainan yang boleh merangsang minda anak-anak aku.Barulah sel-sel boleh berhubung kan..

Tengah meng"google tentang permainan yang merangsang minda anak-anak.Kalau dah jumpa nanti aku share..

Monday, September 28, 2015

Breast Pump Rosak!!

Monday, September 28, 2015 11 Comments
Assalamualaikum


Memang serba tak kena bila breast pump rosak.Bukan rosak ape pun,cuma suction dia tu je problem.Jadi susu payah nak keluar.Bunyi je lebih.

Memandangkan Nur Naura Auni fully breastfeed,jadi bonda tersangatlah susah hati.Yelah,stock memang sangat-sangat berkurangan dan tak boleh nak supply..Uih..jenuh jugak pakai manual tangan je.Kalau dulu pakai Breast pump elektrik ni,sambil buat kerja pun boleh pam dan buat stock.Ni nak kena amik masa ke surau nak perah susu bagai.

Nak pi servis jauh la jugak,kena tunggu hari cuti baru dapat ke servis center di Bandar Baru Uda.Actually Breast pump Elektrik tu masih ada warranty lagi.Jadi sayang jugak aku biarkan macam tu.Lagipun bukan murah hoii harga tu walaupun aku beli atas tangan.Yelah nak beli sesuatu tu kena ikut kemampuan.So aku beli ikut kemampuan aku.Lagipun owner lama tu nak jual sebab dia takde susu dah.Lagipun baru sebulan je kot dia pakai.So why not kan aku beli dengan dia.Harga pun berkurangan.

Huwaaa....Memang susah hati mak ni bila tak boleh nak supply susu kat anak.Si Naura pulak,kalau bagi susu tepung,memang dijuih je susu tu.Lepas tu dia muntahkan balik susu tu..Ko ghase!!!..Of course la kan kesian kat anak tu.Lagipun memang ummi nak BF dia sampai 2 tahun insya allah.Kalau ada rezeki nak je sambar Madela double pump tu..Tapi korang faham2 ler harga dia tu..iskk..seriously sebulan gaji aku tu.Nak beli spare part di online shopping,kita tak tau pulak apa problemnya kan..Ada yang pam manual,tapi tak boleh digunakan lagi sebab valve yang cetoet dalam tu hilang..Kalau tak boleh jugak guna..


Hadoiii..ada ke mak2 yang ada problem macam aku ni..Nak tunggu sabtu lambat lagi.Nak pergi masa balik kerja memang tak menyempat nya.Jammed ke sana kena amik kira jugak la.Kedai tutup pukul 7 malam.Aku balik pulak pukul 5 petang.Memang tak sempat mana kan.

Dah ngadu kat husband..Rasa nak nangis bila tak dapat nak pam seharian tau..Rasa tak lengkap hidup ni.Husband dah bagitau dia nak ke area tempat servis center rabu ni,Nanti dia bawak sekali untuk hantar servis..Alhamdulillah..sedikit lega bila dengar macam tu.Untuk anakanda tersayang,ummi sanggup buat apa je walaupun jari jemari ni dah berasa lenguh nak mengePam..




Nur Awfiyah Dah Gunting Rambut

Monday, September 28, 2015 11 Comments
Assalamualaikum

Rambut panjang??/ kalau boleh itulah yang umi dia nak.Nak panjangkan rambut anak ni bukannya senang.Lagilah dak Si Awfiyah tu.Nak mengikat rambutnya tu,merupakan cabaran emosi bagi umi dia.Apa taknya.Nak ikat rambut yang sebatang pokok kelapa tu,berkejaran tak hengat.Memang nak nampak dia lebih cantik berambut panjang,tapi dah ramai makcik-makcik yang komplen rimas dengan rambut panjang si awfiyah

Merana kejap umi dia,Nak pakaikan headband pun rasa nak bergaduh dengan si fiyah ni.Ni kan pulak nak ikat tocang dua,lagilah sengsara kan.Lagi satu masalah yang utamanya ialah,nur awfiyah cepat berpeluh dan bila rambut dah panjang,belakang leher akan timbul pulak ruam.Tu yang menjadi punca Nur awfiyah terpaksa gunting rambut,

Ahad,semalam,gigihlah ummi dia mencari salon untuk anak dara sorang ni.Just nak repair dan pendekkan sikit sahaja.,Nasib baik tak meragam.Duduk diam je bila auntie tu gunting rambut dia.Patuh segala arahan auntie tu bila dia disuruh untuk tunduk..alahai anak ummi,


Kat atas ni gambar dia masa rambut panjang.di saloon dan selepas make over..hehehe..make over la sangat.

Sangat sakit hati dengan awfiyah sebab dah susah nak ambil gambar...geram sangat-sangat.

Baru lepas gunting rambut.pi ajak dia jenjalan..upah pulak dengan buah strawberry lepas dia teringin sangat nak makan masa nampak kat pasaraya tu.

Layankan jelah anak dara sorang ni.Nasib baik adik Naura dia duduk diam je masa ni.kalau tidak pening ummi nak handle dua orang ..




Saturday, September 26, 2015

Darah Tinggi?

Saturday, September 26, 2015 5 Comments
Assalamualaikum


Alhamdulillah,diberikan lagi kesihatan yang lebih baik dari semalam walaupun keadaan hari ni tak membolehkan aku drive ke tempat kerja.Bukan apa,masih lagi rasa macam melayang-layang je badan ni.Nak sambung MC,MC pun dah habis.uihh...Dahsyat kan,

Apa kena mengena tajuk entry aku dengan cerita aku hari ni.Start dari hari selasa tuari sakit kepala yang berterusan menyebabkan aku terpaksa jugak gagahi diri ni pi klinik.Ikutkan hati nak je makan panadol dan tidur.Tapi disebabkan perlu mc untuk bukti kenapa aku tak datang kerja hari rabu lepas,terpaksalah jugak kan.

Bila sampai klinik,doktor check tekanan darah,tup-tup doktor kata darah awak naik.140/90..Omaiiii...terkejut den..awat la boleh pulak naik macam tu kan.Selama aku pregnant,takde lah pulak naik.Ni dah bersalin,dah ok semua,datang pulak satu penyakit.Tapi Doktor tu takdelah bagi aku pil turunkan darah ke hape ke..Cuma bagi ubat pengaliran darah je..ok..aku terima

Meh serba sedikit aku share tentang penyakit darah tinggi ni.

Tekanan Darah Tinggi

Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak di rawat.Di Malaysia,kajian kesihatan dan Morbiditi kebangsaan lll menunjukkan penyakit ini adalah 32.3%.

Tekanan Darah.
 Jantung kita bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat,Tekanan darah dalam dua bacaan contohnya 140/75.Orang cakap satu bahagian atas badan,dan satu lagi bawah.
  • Tekanan sistolik-nombor yang di atas(dalam contoh ini 140)
  • Tekanan diastolik-nombor yang bawah(dalam contoh ini 75)
Tekanan Darah Abnormal

Apa pula penyebab Darah Tinggi ni
  • Penyakit buah pinggang
  • Ubatan seperti steroid,ubat antiradang bukan steroid
  • Faktor keturunan 
  • Alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi hypertensi(termasuk penyakit jantung dan strok/angin ahmar)

Tanda dan Gejala
  • Selalunya ,hypertensi tidak menunjukkan tanda dan gejala.
  • Kadang-kadang pesakit mungkin mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala.
  • Periksa tekanan darah anda  secara berkala di Klinik kesihatan berdekatan.Doktor akan menasihatkan anda tentang kekerapan untuk memeriksa tekanan darah.
Ada banyak lagi info tentang darah tinggi yang boleh korang baca..Boleh dapatkan info kat sini


Harap penyakit ni berkurang lah hendaknya.Risaukan anak-anak yang kurang perhatian umi dia 2-3 hari ni.Nasib baik nenek dan makcik2 tolong tengokkan.



Terpaksalah bergantung pada ubat dua-tiga hari ni.Nak pulih sepenuhnya..huwaa...Ada pulak entry yang hanya di draft sahaja tanpa di publish..dah terlambat nak post..blog ke laut lately ni...






Sunday, September 20, 2015

Saturday, September 19, 2015

Misi Mencari Play Tent Nur awfiyah Tercapai

Saturday, September 19, 2015 13 Comments
Assalamualaikum

Takde dah mainan untuk Nur awfiyah!!..Bukan ape.Macam nampak dia tak berminat nak main permainan² tu.Dia lebih suka mengemas,menyepah tu je..Tapi dari kecil ni lah kita kena ajar anak-anak kita.Permainan Nur awfiyah memang aku dah letakkan dalam satu bakul.Bila dia dah puas menyepah,aku pujuk dia untuk kemas balik..Walaupun mulut membebel,mata menjeling,dia tetap jugak buat.hehe..Buat ummi dia tak jadi marah.

Masa aku jenjalan kat blog rakan blogger,terjumpa tentang entry dia beli anak dia Play Tent ni.So,aku menggoogle la kat mana nak beli Play Tent ni.Moh aku senaraikan harga yang aku survey.

Lazada- Rm57.90
11street -Rm40.90
Mr.DIY-RM38.00

So,agak-agak korang ,kat mana Play Tent ni aku beli.Nasib baik husband dok survey dan bagi cadangan nak pi MR.DIY.Of course la kat Mr.DIY kan aku beli..Murah dan boleh tambah apa lagi yang berkenan kat kedai tu

Bila pi Mr.DIY ni,bukan setakat Play Tent ,aku beli dia buah-buahan untuk letak dalam Play tent ni.Ingat nak beli bola-bola kecil,tapi disebabkan takde dan bola tu terlalu kecil,so tak jadi.Tulah aku beli buah-buahan.

Tada....................
Tetap ummi dia nak cari warna pink.Ada banyak jenis,tapi ummi dia berkenan kat ni.
Dekat Mr.DIY tu,aku ingat nak beli Play Doh.tapi bila fikir nur awfiyah akan makan benda tu,terus tak jadi.Mybe tak sesuai untuk kanak-kanak usia dia.

play tent
Nampak tak,segala jenis mainan aku letakkan dlam Play Tent.Jadi senang dia main kat dalam ni.Takdelah dia mengacau pinggan mangkuk ummi dia kat dapur.

Nasib baik masa pindah tu,aku beli set pinggan mangkuk plastik.Pakai tu je dah.Anak kecil,memang tak boleh nak berhias bagai.

Nanti adik dia dah besar,adalah dia kawan gaduh..tak sabar nak tunggu Naura besar..hehe




Friday, September 18, 2015

Nur awfiyah Kedekut Tentang Makanan?

Friday, September 18, 2015 8 Comments
Assalamualaikum

Anakanda yang sorang ni kalau bab makan memang dia suka..Tapi tidak pada Nasi..Nur awfiyah memang dah makan nasi..Makan apa sahaja yang diingingkan..Tak kiralah keras atau tidak,yang sedap pada dia,pasti dia makan.

Kalau suapkan nasi memang dia tak nak.Semua demand nak makan sendiri.iskk...Tapi yang banyaknya terabur kat atas lantai.Umi layankan jelah..janji dia nak makan.Kalau ada geng ramai yang nak makan sekali,lagi ummi suka sangat.sebab bila ramai orang,dia memang suka nak makan bersama-sama.Bab makan,memang bagi kat dia je..Sekarang ni pun,pantang masuk pasaraya,pasti nak ambil apa je yang dia nak.Jenuh la nanti umi dia nak sorokkan dekat kaunter cashier.

Bila bab makan ni,Nur awfiyah memang berkira sikit..Dia tak kasi orang ambil makanan dia,tapi kalau dia ambil makanan orang takpe.


Kalau aku gi mana-mana,aku akan pastikan ada stock makanan untuk dia kunyah di dalam kereta atau di mana-mana,Tujuannya mengelakkan dia mengamuk.Kalau masuk pasaraya pun macam tu jugak,aku kena carikan apa-apa untuk dia pegang.Taklah dia meminta-minta yang lain.

Yang wajib ada kalau pergi ke mana-mana 3 benda ni lah,Puting kosong,susu dan makanan/air masak.Tu jelah yang perlu dan wajib ada bagi memastikan ummi dia tak mengamuk jugak..hehe


Seronok kekadang melayan karenah dia,walaupun kekadang ummi dia naik angin tengok perangai dia..Itu memang lumrah budak kan..Mak budak pun macam tu jugak.



Thursday, September 17, 2015

Beriadah Lagi Di Tasik Layang-Layang

Thursday, September 17, 2015 8 Comments
Assalamualaikum

Dari hari selasa malam lagi,mak dengan adik beradik aku berkampung di rumah,Alhamdulillah,bila dah duduk rumah baru ni,adik-adik dapat berkumpul dengan selesa.Eh..yang ni aku belum cerita kan..heheh..Next Entry aku cerita ea.Kalau dulu mungkin diorang tak selesa nak ber gathering kat rumah mak mentua,sekarang ni bila dah ada rumah sendiri tak delah diorang segan.

Plan hari cuti semalam memang nak beriadah dekat Tasik Layang-layang.Kenapa asyik dekat Tasik Layang-layang tu je..hehehe..macam dah takde tempat lain kan.Bagi kami yang biasa-biasa ni,itulah tempat beriadah yang terbaik untuk bawa anak-anak.Kat situ boleh la lepas diorang bermain,lagipun takat cuti satu hari,nak jalan jauh-jauh memang penat kan.Lagi la bawak ramai anak-anak kecil.

Nak ke laut,musim-musim macam ni rasa macam tak sesuai.Nasib baik jerebu berkurangan semalam,dapatlah beriadah.Pagi rabu tu,dah siap-siap bekalan untuk di bawa ke Tasik.Menu simple je pagi tu,Mee hoon,nugget,French fries dan air..tu jelah..lain-lain,kami beli je kat situ.

Seronok tengok awfiyah dan cousin dia bermain-main kat situ.Moh layan mak-mak orang bergambar dari budak-budak


Tak banyak gambar yang aku ambil kat situ..Sibuk berbual-bual dengan adik-adik ngan mak.

Awfiyah dengan cousin Danish..


Awfiyah dan Naura

Kami terpaksa balik tengahari sebab dah nak hujan..Sebelum hujan kena bersiap sedia,yelah risau nanti anak-anak terkena hujan..Takut pulak kena demam nanti.




Monday, September 14, 2015

Sepetang Bersama Cinta Hati Kami

Monday, September 14, 2015 16 Comments
Assalamualaikum


Petang sabtu punya cerita.Membawa anak-anak ke tempat rekreasi untuk beriadah.Hari sabtu je boleh bawak anak-anak ke sini.Hari Ahad babah dia pulak yang bekerja..Walaupun sedikit kepenatan,tapi demi anak-anak aku gagahi jugak.

Masa ni Awfiyah suka sangat dilepaskan.Maklumlah orang dah dapat kaki.Pantang lepas,mesti dah kemana je dia pergi.

Sepatutnya aku lepaskan dia kat padang,Tapi tetiba babah dia park betul-betul kat Tasik.DIsebabkan malas nak cari parking lagi,Lepak la kitorang kat tepi tasik tu.Satunya aku kat situ,terbatas jugak awfiyah nak main.Lepas kan gitu pun tak boleh jugak,sebab betul-betul dekat dengan parking dan kereta lalu lalang..Kalau kat padang tu,takdelah sesak dengan kenderaan..Jadi kalau awfiyah jatuh bermain pun tak kisah sebab rumput-rumput kat situ.

Tasik layang-layang


Bila tengok keletah dia,tak sabar pulak nak tunggu adik dia membesar.Ada jugak la awfiyah kawan bermain.Sebab usia mereka pun tak jauh beza.
Memang kegemaran dia untuk cium adik dia..Moga hubungan mereka erat sehingga ke besar nanti

WIth auntie Fatin

Awfiyah dan ummi..Orang cakap ummi nampak kurus...Terus kembang semangkuk..hehe

Insya allah..minggu depan ummi bawak awfiyah dan Naura lagi ke Tasik..Taklah awfiyah terperap je kat rumah..




Saturday, September 12, 2015

My Breastfeeding Journey-Power Pumping

Saturday, September 12, 2015 15 Comments
Assalamualaikum

Ho lah!! bila bukak fridge,terkejut tengok bila hasil stock EBM dah tinggal sikit.apa itu EBM?? of courselah mama² yang breastfeed baby tau pasal ni kan..

Bila masuk anak kedua ni,dah memang niatkan dalam hati ni nak bagi susu badan,sampai anak dua tahun..Insya allah..Moga Allah permudahkanlah niat aku ni.

Oh ye!! Naura da semakin kerap nak susu..Kalau dulu 2oz tu memang cukup dia minum 3 jam sekali.Jadi ummi dia boleh buat stock lagi untuk Naura.Sekarang ni 2oz 2jam sekali..uisshhh..ngeri mak!!...Masa dalam pantang nak buat stock memang tak boleh sebab masa tu susu kurang sangat.Memang cukup² untuk Naura minum..

Sekarang ni dah mula jugak risau sebab susu pun memang cukup-cukup je..Bukan takde terus...Baru sekarang dah mula nak belajar tentang ilmu penyusuan.Banyak jugak supplement di pasaran yang terjual.Tetapi macam tak berani nak beli.
Masa dalam pantang memang aku takde makan apa² jamu untuk orang bersalin..Yelah..bersalin Czer kan..Semua tak boleh.Padahal nak jugak rasa orang berpantang yang minum air akar kayu,tepek yang kat dahi tu,,entah ape ke nama...Berurut pun macam ala kadar je..Kesian kan..huhu...

Nilah baru start makan jamu.Jamu rahsia bidan kampung  aku baru try dua hari..Tak taulah macam mana...Nak badan bertenaga sebenarnya..Sekarang ni memang cepat letih.Biasalah..anak bertambahkan..So mencubalah aku dengan jamu baru ni.

Ilmu baru yang aku belajar adalah teknik Power Pumping.Orang kata kalau susu merudum,perlu buat kaedah ni.Ni dah 3 kali aku buat,alhamdulillah..nampak berhasil la jugak..Meningkat la jugak pengeluarannya...amin..
power pumping

Power Pumping ini adalah satu teknik yang digunakan untuk meningkatkan susu ibu dan memperbanyakkan susu badan.Kita tidak memerlukan Milk booster atau vitamin tambah susu semata-mata untuk meningkatkan penghasilan susu,malah boleh mencuba teknik ini.


Bagaimana nak buat Power Pumping
Sebelum membuat Power pumping,kita kena mengenalpasti jenis pam yang kita guna kerana kaedahnya beza sikit antara single pum dan double pump.Kalau ikut hati nak beli yang double pump tu senang.


Teknik Power Pumping menggunakan Single Pump
Kalau korang memilih untuk menggunakan single pam,make sure korang pam 10 minit di bahagian kiri dan 10 minit di bahagian kanan dan ulangi proses ini sehingga cukup 1 jam.(Waktu yang paling bagus adalah tengah malam.Selalunya aku buat time anak-anak dah tido,dan aku di dalam keadaan yang tenang.Sambil tu boleh ler korang boleh tengok TV,tengok FB,bukak bacaan-bacaaan suci al-Quran.Dan sesekali korang jeling ler anak yang sedang tidur dengan kasih sayang..hehehe...

Teknik Power Pumping menggunakan Double Pump
Kalau korang menggunakan double pump.korang pump selama 10 minit dan 10 minit lagi diperlukan untuk rehat.Selepas itu korang ulang la balik teknik yang sama tu selama 1 jam.Nampak simple kan.Tapi itu memerlukan sokongan mental dan fizikal.Kalau boleh buang la sikap M tu..Macam aku ni..ada jugak la sikap tu..isk..mohon dijauhkan untuk anakanda tercinta.


Kekadang tu aku memang tak sempat nak buat power pumping.Ada pun dapat la buat setengah jam..Itu pun dah tak tenang sebab Naura dah merengek.Dia bukan nak susu pun,tapi dia nak aku ada kat sebelah dia..Biasalah kan baby,nak bau badan mak dia jugak.

Bila masa sesuai untuk buat Power Pumping ni
Power pumping ni boleh dilakukan bila-bila masa sahaja,terutamanya bila kita rasa susu badan semakin merundum.Namun,waktu yang paling sesuai adalah di waktu pertengahan malam kerana waktu itu hormon prolaktin adalah tinggi.Ianya perlu dilakukan sekerap mungkin.Ambil masa 1 jam di malam hari untuk buat power pumping ni jika tak mahu susu merundum..hehehe...Nilah masalah aku..kekadang dah kepenatan,memang tak sempat nak buat.Tapi aku selalu pastikan sentiasa beri susu pada Naura.

Kalau kita konsisten buat ni,insya allah..susu akan cukup untuk anak kita.Janganlah pulak kita membandingkan susu badan kita dengan orang lain,sebab setiap orang berbeza.Bersangka baik sahajalah jika susu badan yang keluar tak sama dengan orang lain.,Selain tu,kenalah berdoa moga Allah swt permudahkan urusan kita dalam breastfeed baby ni..amin..

hasil pembacaan disini





.







Friday, September 11, 2015

Keletah Nur Awfiyah Bila Dapat Adik

Friday, September 11, 2015 15 Comments
Assalamualaikum

Asyik cerita masalah dunia,sesekali selit jugak cerita pasal anakanda² ummi ni kan.Banyak sebenarnya cerita yang nak diceritakan tentang anak syurga ummi ni.Tapi disebabkan tak sempat nak snap gambar mereka berdua untuk dijadikan cerita.Yelah,kang tak letak gambar ,bosan pulak korang membaca.Bila ada gambar ni,ada sikit mood nak membaca tu kan.

Masa 1st time jumpa adik dia,memang takde respons apa-apa.Mungkin Awfiyah terlalu kecil untuk memahami erti adik kan.Masih lagi manja dengan ummi dia.Selama 5 hari dia tak bersama dengan ummi dia,kerinduan tu sangat-sangat menebal.Bila pandang muka ummi dia masa balik dari hospital tu,terus je nak suruh ummi dia berdokong.Kalau ikut hati nak je dokong fiyah.Lagi satu tido pun tak boleh nak tido dengan ummi dia.Kesian pulak dia,Bila tengah malam,bunyi suara dia nak susu,rasa sebak je sebab ummi dia tak boleh buatkan.Semuanya nenek dia buatkan.

Bila ummi berkurung dalam bilik,dia ketuk-ketuk pintu bilik panggil ummi dia..Bukan taknak kasi dia masuk,tapi bila masuk habislah dia kerjakan adik dan barang² adik dia

Sampai sekarang,adik dia dah dua bulan pun,still tak boleh nak ngam..Tapi dah panggil baby..Maklum la dah pandai nak bercakap..
Lagi satu,suka tengok keletah dia nak pegang baby.
Korang tengok jelah video ni..


Dah semakin membesar dia,dah boleh disuruh walau kadang kala tu menyakat ummi dia.Dah pandai sebut beberapa patah perkataan.Dia dengan adik naura tak boleh nak bersama,habislah dia kerjakan adik dia.Dah banyak kali jugak adik dia kena tepuk ngan dia..isk..kakak..tamo..tamo

Menu Breakfast Berpantang hingga sekarang

Friday, September 11, 2015 14 Comments
Assalamualaikum

Siapa kat sini suka makanan berpantang.Sila angkat tangan!!...Ha..aku tau ada antara korang yang tak suka menu berpantang kan..Macam aku jugak la,ada jugak makanan berpantang yang aku kurang suka..Yelah..bila lauk yang sama je,mau tak jemu..hehehe

Masa dalam pantang,alhamdulillah,adik ipar rajin masakkan menu yang tidak menjemukan aku.Ikan haruan memang menjadi menu wajib.Tapi kalau dah setiap hari masak sup,muak jugak.Resepi orang kemboja dalam berpantang sedap jugak wehhh!!..ikan haruan tu bukan saja buat sup,di salai dan dibakar,kemudian ada jugak menu masak halia..Sup dia memang terbaik la..bukan macam sup kita..Sup dia letak daun ketumbar dan perahan asam limau je..memang aku boleh masuk..

Untuk breakfast dan makan petang merangkap jugak makan malam,aku memang baham roti keping bersama air milo je.Kalau roti sebungkus tu boleh tahan 3 hari untuk aku sorang je.sekali makan dalam 4-5 keping..hahah..Yelah..ibu menyusu ni,memang lapar sepanjang masa,Kalau dulu 1 liter air pun susah nak habis kan..Sekarang ni maintain 3 liter air sampai ke malam.Risau sebab nanti susu sikit pulak bila kurang minum air.

Nak dijadikan cerita,bila dah habis pantang ni,roti dan milo memang menjadi menu utama aku.Mesti nak cari roti dengan milo bila pagi dan malam..uishhh..Gemok!! takdelah..ibu yang breast feeding ni jarang jugak badan naik..So far badan tetap maintain macam dulu..Lagi kurus ada la..


Lagi la operation ni kan..banyak nak kena pantang.Telur,kacang dan makanan yang boleh membuatkan bekas operation ni gatal-gatal..iskk..dah pernah kena da..hehehe...Dia punya bisa,,aduhaiii...


Oklah..nak sambung kerja kejap...Banyak kerja tertangguh.entry pun banyak juga tertangguh..hehehe..blogwalking dah buat sikit-sikit walaupun taklah banyak..tu pun aku singgah mana yang ada publish entry je..


Thursday, September 10, 2015

Mohon Bantuan Kepada Adik Muhammad Syafiq Zhafran

Thursday, September 10, 2015 4 Comments
Assalamualaikum

Terpanggil untuk aku berkongsi kesedihan terhadap Adik Muhammad Syafiq Zhafran ,yang menghidap penyakit Billiary Atresia atau Bengkak Hati.Kanak-kanak istimewa ini adalah anak kepada kawan sekolah aku.Adik Muhammad Syafiq Zhafran disahkan menghidap penyakit Billiary Atresia ini pada Mei 2015 sewaktu berusia 4 bulan lagi.Adik Muhammad Syafiq pernah menjalani pembedahan tahap 1 dan sedang menantikan tarikh pembedahan Transplant.

Ibu kepada adik Muhammad Syafiq sedang berusaha untuk mengumpulkan dana sebanyak mungkin untuk kos pembedahannya.Apa yang diberitahu,Kos untuk transplant ni mencapai 300K untuk pembedahan di luar negara.Sebagai ibu,kita turut merasakan kesedihan yang dilalui oleh ibu adik Muhammad Syafiq ni.Berat Mata Memandang,berat lagi bahu yang memikul.



Apa itu Penyakit Billiary Atresia?

Billiary Atresia atau dipanggil bengkak hati adalah masalah "gastrointestinal" pada bayi-bayi baru lahir yang merosakkan saluran hempedu yang membawa cecair hempedu dari hati ke usus.Penyakit ini adalah kerosakkan berlarutan saluran hempedu dari luar hati(extrahepatic)dan akan bertambah teruk ke saluran hempedu di dalam hati (intrahepatic).Akibat tidak dapat dialirkan,cecair hempedu berkumpul di dalam hati dan menyebabkan hati (cirrhosis)

sumber:kalami80






Kepada rakan blogger yang sudi membantu,amat-amat dihargai.Korang juga boleh Share post entry ni untuk membantu adik Muhammad Syafiq Zhafran.

Jika keraguan,korang boleh call sendiri ibu kepada Muhammad Syafiq Zhafran untuk kepastian seperti tertera di dalam gambar tersebut

Kepada kawanku,moga kau tabah menghadapi segala macam dugaan..Sesungguhnya engkau adalah insan terpilih yang telah Allah swt pilih untuk menerima dugaan ini.Mungkin ada kemanisan di belakang hari.Kepada Insan teristimewa yang dipinjamkan Allah swt,Moga dirimu kuat melawan penyakit yang engkau hadapi ini sayang.




Wednesday, September 09, 2015

Bercerita tentang penyusuan Naura pulak

Wednesday, September 09, 2015 12 Comments
Assalamualaikum

emmm...Anak kedua aku ni fully breastfeeding.Masa Naura dapat susu badan ummi dia,terus demand taknak susu formula dari hospital.Masa aku dimasukkan diwad biasa,dan masa tu aku dah pun boleh bergerak,doktor arahkan nurse supaya letak baby tepi katil aku.So aku kena BF naura.Masa 1st time tu,aku kekok jugak la kan..yelah selama ni tak pernah ada experience pun...dengar orang cerita je sebelum ni.Masa pagi tu iaitu hari keempat Naura di sebelah aku,nurse dah suruh BF dia.Aku try sebaik mungkin untuk BF dia..Tapi x sure masa tu susu banyak atau tidak untuk dia minum.Risau dia lapar.Tapi masa tu Naura memang tido je.Tak bangun menyusu pun takpe.Tapi aku kejutkan dia jugak untuk BF.Sampai nipple aku sakit  dan melecet.Yelah 1st time kan..Sampailah malam,aku tak sure aku anak aku tu kenyang or tak.

Lastly aku panggil nurse.Bagitahu kat dia yang aku tak sure samada anak aku tu kenyang ke tidak.Then dia tolak Naura masuk bilik baby untuk disusukan.Baru aku nak lelap,dia da tolak Naura tepi aku.,terus dia bagitau kat aku Naura taknak susu tu..Dia muntahkan balik susu yang nurse bagi.Lorhh..Demand anak aku ni.So,malam tu Naura tido tepi aku sambil aku cuba jugak untuk susukan dia.

Hari kedua penyusuan Naura,alhamdulillah..Dah nampak susu keluar,tapi satu masalah Naura pulak taknak menyusu sebab dia tidur je..Puas dah kejutkan dia,Hari ketiga doktor check Naura kena jaundice.Isk...dah mula risau..Sebab takut duduk wad semakin lama kan.Hari ke5 masa aku nak keluar,doktor check lagi Naura takut kuning dia meningkat.Tapi alhamdulillah...boleh jugak balik walapun aku terpaksa ulang alik ke klinik kesihatan untuk sambung check kuning Naura.

So,bermulalah sesi aku mengepam setiap hari supaya susu aku banyak.Bermula jugak pencarian breast pump untuk memudahkan aku bila bekerja nanti.Mula-mula aku guna pump manual je..Memang mudah,tapi sedikit penat la sebab menggunakan tangan untuk pam.Survey pump kat fb semua mahal-mahal.Di luar kemampuan aku.Aku ada survey yang murah iaitu yang single pump jelah.Harga pun tak sampai rm200 ke atas.

Memang berkenan Malish lifestyle pump sebab berwarna pink..hehehe...Tapi bila aku dapat offer dari hamba allah untuk menjualkan pada aku dengan harga yang lebih murah,.alhamdulillah..Dapat jugak kurangkan kos beli yang kt fb tu.Dia jual hanya rm150.Baru pakai dua kali katanya sebab susu dia tak keluar.Lagi satu semua free gift dia bagi pada aku..Then,why not aku tolak kan.Urusan pembelian dah berlangsung,tetiba husband belikan yang brand Fiffy punya.Electric pump jugak.rm140 tapi tak dapat apa-apa free gift..lagi satu suction dia sakit sikit masa mengepam..uih...seriau..

Ni yang husband beli..Memang pump electric,tapi aku tak suka suction dia sakitkan nipple aku ni..
Ni yang dia jual tu.Semua free gift tu dia bagi aku..,alhamdulillah..aku berpuas hati.
Dia pun beli dekat Pump On The Go jugak

Sebelum aku kerja,ada jugaklah aku buat stock untuk Naura.Walau tak banyak,tapi cukup untuk keperluan seharian dia.alhamdulillah..moga tak putus bagi kat Naura

Sekarang ni ke tempat kerja,tambah lagi satu beg untuk dibawa.Beg pump..hehehe..1st time pump kat tempat kerja memang la jadual nya berserabut.1st aku pump kat surau..hari kedua aku pump dalam office je..hehehe...nasib baik orang tak perasan..maklum ler department aku banyak lelaki.kena cover betul-betul la.


Makanan Ready To eat Untuk Warga Johor Bahru

Wednesday, September 09, 2015 5 Comments
Assalamualaikum

Seronoknya aku nak bercerita pasal makanan ni.Apatah lagi makanan tu sedap untuk di makan dan tidak menghampakan.Alhamdulillah..

Sekarang ni,kalau terasa nak makan apa-apa ataupun tak sempat untuk masak apa yang kita nak makan,amat mudah,just google sahaja perkhidmatan penghantaran makanan "Ready to Eat" atau yang frozen...Bukan cerita frozen tu ocayy!!

Meh nak cerita,Masa tu teringin nak makan spaghetti carbonara.Nak memasak memang malas,nak ke pizza hut kang! banyak pulak yang aku order.Solution nya,aku just call owner ICEANDBOX untuk delivery spaghetti carbonara.Disamping tu alang-alang aku order la spaghetti bolognese,Laksa Johor,satay yang super sedap dan juga kek batik yang ohsem!!


Yang bestnya lagi harga yang dijual amatlah berpatutan dan rasanya memang tidak menghampakan
Nak tau harganya....Meh aku senaraikan untuk tatapan korang!

Spaghetti bolognese(beef)-rm5/pack
Spaghetti Carbonara cheese(beef)-rm5/pack
Laksa Johor-rm5/pack
Pecal-rm5/pack
Sate(daging/ayam)-rm0.60/pcs
Sate Frozen(daging/ayam)-rm0.50/pcs

Kalau untuk penghantaran haruslah minimum order rm25 ye.


Kalau korang ada buat majlis apa-apa dan memerlukan makanan yang ready to eat atau frozen,korang boleh la contact person ni.satgi aku bagi details 

Memang recomended untuk gunakan perkhidmatan dia ni tau.Korang boleh COD and self-collet.Kot lah warga jb yang nakkan pendapatan sampingan tu,boleh la jadi agent mereka..

Untuk warga jb yang nak mencuba tu boleh la contact person ni

Ubaidah-0177353159
Instagram : https://instagram.com/iceandbox/
atau korang boleh like JB HOME FOOD DELIVERY untuk melihat penghantaran mereka mengikut kawasan..jadi korang boleh selit order...yummy sangat!!

Korang cari kat instagram tau!!






Tuesday, September 08, 2015

Zalora Menampilkan Gaya Tudung Terkini

Tuesday, September 08, 2015 5 Comments
Assalamualaikum


Tudung dan wanita muslim itu amatlah sinonim sekali.Bagi Muslimah,tudung adalah antara item penting buat mereka terutamanya apabila berada di luar rumah,Bagi wanita yang beragama islam,Mereka di tuntut untuk menutup aurat dalam keadaan tertentu.Oleh itu tidak hairanlah jika dilihat pasaran tudung terkini semakin meluas kerana permintaan yang cukup tinggi dalam kalangan wanita yang berhijab atau kini turut dikenali sebagai hijabista.

So,bagi wanita di Malaysia yang bertudung dan berhijab ni tidak membataskan mereka untuk bergaya kan.Bagi aku dengan pemilihan corak,warna dan rekaan yang sesuai ianya dapat menambahkan keserian kepada si pemakai.Tengok jelah artis-artis di Malaysia ni,walaupun mereka berlakon dan menyanyi,mereka masih lagi boleh menjaga aurat mereka apabila mereka bekerja.

Jika dahulu wanita memakai corak yang biasa atau sekadar 'plain',namun kini terdapat variasi rekaan yang boleh dipilih di pasaran seperti tudung ala syria,tudung satin,tudung bawal dan macam-macam lagi.Sentuhan yang diberikan  membuat headscarf kini lebih popular dan trendy.

Pemakaian tudung sangat sesuai untuk dipakai bila-bila masa sahaja.Tak kiralah samada untuk majlis seperti kenduri kahwin,majlis formal malah sesuai juga untuk dipakai ke pejabat.Pada masa yang sama tudung sangat versatile dan boleh dipakai untuk dipadankan dengan top atau bottom yang sesuai.Kita boleh jugak padangkan tudung dengan muslimah dress seperti baju kurung moden atau kaftan untuk penampilan yang menarik.Ianya juga boleh juga dipakai dengan blouse serta skirt labuh agar penampilan kita nampak lebih santai tapi elegan...haaa...barulah tertarik..menarik kau memang dabomm!!!

Dalam dunia yang semakin moden ini semakin mudah untuk mendapatkan sesuatu benda.Contohnya sekarang ni yang semakin popular di kalangan masyarakat kita adalah pembelian melalui online.Buat hijabista di luar sana,korang boleh membeli pelbagai jenis tudung terbaru online yang ada di internet.Malah dengan wujudnya semakin banyak butik fesyen Muslimah online di Malaysia ini bermakna kita mempunyai lebih banyak pilihan yang boleh di buat kan...Best ooo..Semuanya sekarang ni di Hujung jari je.

Dapatkan koleksi terbaru dari Zalora


Pengalaman bersalin Czer

Tuesday, September 08, 2015 11 Comments
Assalamualaikum

Alhamdulillah..Dua bulan sudah berlalu.Baru nak update pasal pengalaman bersalin czer ni.
Kot ler korang tak tau pasal czer ni,meh aku tolong ringkaskan Bersalin Czer ni.

Pembedahan Caesarean adalah  pembedahan di mana pakar bedah akan membuat potongan pada perut dan rahim(uterus) agar bayi anda bleh dilahirkan.Of course la pembedahan ini adalah biasa bagi wanita yang mengandung,

sumber dari babycenter

Ini saja aku nak share pasal pengalaman aku bersalin secara Czer.

Pada Hari raya keempat aku dah bersalin kan Si Naura.Tepat jam 12 malam pada 20hb Julai aku dah rasa tak selesa.Jantung dah berdegup-degup.Si Naura kat dalam dah macam mengeras.Tapi takdelah rasa sakit ya amat.Biasa-biasa je.Rasa tak selesa je nak tido.Aku cakap kat husband rasa tak sedap hati.Husband pun cakap,dah nak bersalin ke.Tapi aku pun tak tau macam mana rasa nak bersalin memandangkan ini kali pertama aku bersalin.

Meh tengok diary aku ni

20/7/2015

12.00am :mula rasa tak sedap hati.Tak boleh nak tido.Jantung berdebar-debar dan rasa macam baby mengeras walau tak lama.Call mak nakkan kepastian.Mak suruh pi hospital.Tapi sanggup tunggu mak dari kampung

12.30 am : Mak sampai untuk ambil Nur awfiyah.tapi bila sampai rumah aku,mak decide nak teman aku pi hospital dengan husband.Awfiyah bawak balik kampung dengan adik aku

1.30 am : Sampai Hospital Sultanah Ismail.Terus masuk ke tingkat 2 bagi ibu2 yang nak melahirkan anak.Tunggu doktor sampai.Doktor check tengok dah bukak 4cm..uitt..masa ni terkejut bak hang.Tak sangka dah bukak sampai 4cm.Terus masuk ke labour room.Uihh..Perasaan ngeri ketika ni Allah swt je yang tahu.

2.00 am : .Masa dalam labour room terus lost contact dengan husband and my mom.Nak panggil diorang pun dah payah ketika ni.Datang doktor seluk lagi tengok bape cm.Sekali doktor kata 3cm..aikk..pelik pulak.tadi kat luar kata 4cm..uishhh...Doktor dah buat persediaan.Dari ujian  CTG sampailah masukkan Dip kat dua belah tangan.Ambil darah dua tiga kali..uihh..sakit tau!!Masa tu memang tak selesa sebab tak boleh nak mengiring.Aku pun tak tau nak panggil apa dua belt yang aku pakai tu.Tapi yang pasti untuk dengar heartbeat baby..hahaha.

3.00 am : Masuk doktor pakar tengok buku pink aku.Memang dalam buku pink ada tulis yang aku boleh bersalin normal tetapi dengan bantuan epidural.seriau tau!! sebab aku dah banyak dengar perkara negatif tentang epidural ni.Tapi disebabkan terpaksa,abaikan jelah.Demi kepentingan baby,
Lagi satu.Doktor pakar kata kena tunggu siang baru boleh buat.Harapnya aku tak bersalin masa sekarang ni.Penggunaan epidural hanya siang sahaja.
So menunggu la aku sampai pukul 8 pagi.

 Suntikan Epidural adalah kaedah yang paling popular untuk melegakan kesakitan ketika bersalin.Lebih dari 50% wanita yang melahirkan anak di hospital menggunakan epiduralanestesia.Ibu hamil harus mempelajari sebanyak mungkin tentang pilihan melegakan kesakitan supaya anda akan lebih bersedia untuk membuat keputusan semasa proses kelahiran.Anda harus memahami
suntikan epidural


Apakah Suntikan Epidural? 
Suntikan Epidural bius tempatan akan melegakan kesakitan di bahagian  badan tertentu sahaja.Epidurals menghalang saraf impuls dari segmen tulang belakang yang lebih rendah, ia akan menurunkan  sensasi pada bahagian separuh bawah badan.Ubat epidural dikelaskan dalam ubat-ubatan yang dikenali sebagai anestetik tempatan, seperti bupivacaine,chloroprocaine,atau lidocaine.

sumber bayi.ibu.com


8.00 am : Doktor pakar lain pulak masuk.Aku pun tak sure pakar apa..Mybe pakar sakit puan kot.Dia kata aku tak boleh nak bersalin normal.mybe kena operate sebab risaukan jantung aku..Arghhh..sudah..Kena tunggu pulak doktor HSI tanya Doktor pakar HSA tentang kes aku..waduh!!!lagi stress..Tapi masa tu aku tak sakit apa pun.Biasa je.Cuma sakit sebab terbaring je.

9.00 am : Doktor pakar dari unit lain pulak datang.Lagi aku tak sure status.yang penting ramai doktor pakar masuk waktu ni.Breifing kat aku ngan husband tentang kenapa aku tak boleh nak bersalin normal.Doktor terpaksa x-ray jantung aku pulak sebab doktor suspect aku kena paru-paru berair..time ni memang sedih.Dugaan datang tanpa di undang..sebelum aku kena x-ray tu.doktor ada  bagi tau la kat aku kalau aku,berkemungkinan effect pad bby nanti.Tapi dia kata jarang berlaku perkara sebegini.Tapi aku takde choice untuk berkata tidak.Demi keselamatan baby dan aku,terpaksa jugak aku x-ray.

11.00 am : Unit x-ray datang untuk meng X-ray aku..Masa tu memang redha jelah.

1.00 pm: Datang lagi pakar menerangkan tentang kaedah yang aku kena lalui dan risiko yang aku akan aku hadapi nanti.Tu lagi la sedih kan.Tapi husband banyak beri support ketika ni...

2.00 pm : Aku di tolak ke OT sebab dah tiba giliran aku masa ni.Masa ni(tanpa aku ketahui) Doktor ada bagi borang kat mak aku sign sebab masa ni husband takde kat OT tu.Borang ni untuk mak aku setuju jika terpaksa selamatkan salah sorang.Masa ni mak aku sedih sangat sebab dia risau pasal anak dia.Habis sampai adik beradik aku dia call suruh datang..Oh mak!!.Masa masuk OT tu memang dia menangis sambil cium-cium aku.Kali kedua dia tengok aku buat operation.Masa 1st time tu umur aku 13 tahun.

2.30 pm: Bila masuk labour room,macam-macam perasaan ada..Masa ni diorang tengah prepare untuk operation.sampailah aku tak dapat rasa separuh dari badan aku bila aku kena cucuk epidural tu kat belakang badan aku

3.00 pm: Aku dapat jugak rasa macam mana diorang belah perut aku.Masa diorang keluarkan baby tu,terasa jugak kesakitan tu.Dapat rasa diorang goncang perut aku untuk keluarkan baby.ada jugak kesakitan kat situ.Tapi bila dengar baby nangis,mengalir jugak air mata

5.00 pm: Aku dimasukkan ke icu.Masa ni badan memang lemah semacam.Nak bangun tak boleh sebab kesan bius tu ada lagi.Aku dimasukkan ke ICU sebab diorang nak pantau kesakitan yang aku alami takkan  menjejaskan jantung aku.

21/7/2015
Satu hari aku di ICU dan satu lagi aku dimasukkan semula ke labour room.Masa ni barulah dapat jumpa husband ngan mak aku.Masa ni mak aku dok cium-cium aku.Ayat dia "mak sayang eda tau" pehhh....Masa ni air mata tak boleh nak di tahan-tahan lagi..tersedu sedan jugak aku dibuatnya.

22/7/2015
Seriously aku dapat tengok baby sekejap je masa kat OT.Lepas tu dah tak tengok langsung.

23/7/2015
Hari ni barulah aku dimasukkan ke wad biasa.Tapi masih tak boleh bergerak kemana-mana disebabkan ubat bius tu masih lagi berjalan.lama jugak kan.

24/7/2015
Ubat bius dah hilang.So baru nilah dapat susukan baby..Pengalaman paling berharga untuk aku.Cuma doktor tak kasi aku keluar wad sebab masih perlukan dua hari lagi untuk pantau keadaan jantung aku.Alhamdulillah..Masih diberikan kesihatan yang baik ketika ni

25/7/2015
Alhamdulillah..dah boleh keluar wad.So..selamat berpantang!!!


Nak tengok baby kita??? boleh terjah entry sini http://www.kisahsidairy.com/2015/07/lahirnya-puteri-di-dalam-keluarga-kami.html


Monday, September 07, 2015

Kembali Bekerja

Monday, September 07, 2015 11 Comments
Assalamualaikum




Hari ni adalah 1st time bekerja setelah 2 bulan bercuti.Semuanya rasa kekok bila nak tekan keyboard pun dah tak selancar dulu..heheh...Maklum la kan..dua bulan dok kelek anak je..

Yelah,kita sebagai ibu ni,bila 1st time tinggalkan anak,mesti rasa kelainan tu.Masa nak pergi ke kerja tadi pun,rasa sedih bila tengok wajah-wajah kesayangan hamba.Tapi apa kan daya,demi nak membesarkan anak,terpaksa la ummi mengharunginya.

Dapatlah ummi kembali berblog.Ada jugalah masa nak membelek blog.Bukan kat rumah takde masa untuk berblog.Cuma bila tengok budak berdua tu,ada je kerja nak di buatnya.

Banyak sebenarnya yang ingin diperceritakan dalam blog ni..cuma kena ambil masa.Nak ceritakan saat-saat melahirkan Nur Naura Auni tu.


Oklah...Nak settlekan kerja-kerja yang tertangguh ni.Sat lagi boleh blogwalking..rindu weh...

Follow Us @aida_yusof81