8
Assalamualaikum

Dari hari selasa malam lagi,mak dengan adik beradik aku berkampung di rumah,Alhamdulillah,bila dah duduk rumah baru ni,adik-adik dapat berkumpul dengan selesa.Eh..yang ni aku belum cerita kan..heheh..Next Entry aku cerita ea.Kalau dulu mungkin diorang tak selesa nak ber gathering kat rumah mak mentua,sekarang ni bila dah ada rumah sendiri tak delah diorang segan.

Plan hari cuti semalam memang nak beriadah dekat Tasik Layang-layang.Kenapa asyik dekat Tasik Layang-layang tu je..hehehe..macam dah takde tempat lain kan.Bagi kami yang biasa-biasa ni,itulah tempat beriadah yang terbaik untuk bawa anak-anak.Kat situ boleh la lepas diorang bermain,lagipun takat cuti satu hari,nak jalan jauh-jauh memang penat kan.Lagi la bawak ramai anak-anak kecil.

Nak ke laut,musim-musim macam ni rasa macam tak sesuai.Nasib baik jerebu berkurangan semalam,dapatlah beriadah.Pagi rabu tu,dah siap-siap bekalan untuk di bawa ke Tasik.Menu simple je pagi tu,Mee hoon,nugget,French fries dan air..tu jelah..lain-lain,kami beli je kat situ.

Seronok tengok awfiyah dan cousin dia bermain-main kat situ.Moh layan mak-mak orang bergambar dari budak-budak


Tak banyak gambar yang aku ambil kat situ..Sibuk berbual-bual dengan adik-adik ngan mak.

Awfiyah dengan cousin Danish..


Awfiyah dan Naura

Kami terpaksa balik tengahari sebab dah nak hujan..Sebelum hujan kena bersiap sedia,yelah risau nanti anak-anak terkena hujan..Takut pulak kena demam nanti.




Post a Comment

  1. Ini dah mula nampak Nura lama-lama kalau tak nampak boleh rindu ni Eda. KaK Awfiyah pun bukan main lagi. Dah pandai berkawan dgn abang Danish ye:)

    Dah gebu dah peha adik. Cepat betul dia mengembang kan Eda. Eda pulak kakak tengok macam dah anak dara balik hihi...

    ReplyDelete
  2. Besar dah Naura.. kemain lagi peha dia.. bulat gebu.. hehe... Awfiyah pun makin comel..

    ReplyDelete
  3. Seronoknya buat mini gathering. Anyway, ur children are cute kak. :)

    ReplyDelete
  4. best dapat beriadah bersama keluarga.. comelnya awfiyah.. :)

    ReplyDelete
  5. Gebunya baby naura mcm awfiyah time kecik2 juga

    ReplyDelete
  6. Beriadah mcm ni bukan shj menyeronokkan tapi menyihatkan minda juga... best.. :)

    ReplyDelete
  7. seronok bawak anak² kat taman...dorang lagilah seronok dapat bermain kat kawasan yang luas

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top