11
Assalamualaikum


Memang serba tak kena bila breast pump rosak.Bukan rosak ape pun,cuma suction dia tu je problem.Jadi susu payah nak keluar.Bunyi je lebih.

Memandangkan Nur Naura Auni fully breastfeed,jadi bonda tersangatlah susah hati.Yelah,stock memang sangat-sangat berkurangan dan tak boleh nak supply..Uih..jenuh jugak pakai manual tangan je.Kalau dulu pakai Breast pump elektrik ni,sambil buat kerja pun boleh pam dan buat stock.Ni nak kena amik masa ke surau nak perah susu bagai.

Nak pi servis jauh la jugak,kena tunggu hari cuti baru dapat ke servis center di Bandar Baru Uda.Actually Breast pump Elektrik tu masih ada warranty lagi.Jadi sayang jugak aku biarkan macam tu.Lagipun bukan murah hoii harga tu walaupun aku beli atas tangan.Yelah nak beli sesuatu tu kena ikut kemampuan.So aku beli ikut kemampuan aku.Lagipun owner lama tu nak jual sebab dia takde susu dah.Lagipun baru sebulan je kot dia pakai.So why not kan aku beli dengan dia.Harga pun berkurangan.

Huwaaa....Memang susah hati mak ni bila tak boleh nak supply susu kat anak.Si Naura pulak,kalau bagi susu tepung,memang dijuih je susu tu.Lepas tu dia muntahkan balik susu tu..Ko ghase!!!..Of course la kan kesian kat anak tu.Lagipun memang ummi nak BF dia sampai 2 tahun insya allah.Kalau ada rezeki nak je sambar Madela double pump tu..Tapi korang faham2 ler harga dia tu..iskk..seriously sebulan gaji aku tu.Nak beli spare part di online shopping,kita tak tau pulak apa problemnya kan..Ada yang pam manual,tapi tak boleh digunakan lagi sebab valve yang cetoet dalam tu hilang..Kalau tak boleh jugak guna..


Hadoiii..ada ke mak2 yang ada problem macam aku ni..Nak tunggu sabtu lambat lagi.Nak pergi masa balik kerja memang tak menyempat nya.Jammed ke sana kena amik kira jugak la.Kedai tutup pukul 7 malam.Aku balik pulak pukul 5 petang.Memang tak sempat mana kan.

Dah ngadu kat husband..Rasa nak nangis bila tak dapat nak pam seharian tau..Rasa tak lengkap hidup ni.Husband dah bagitau dia nak ke area tempat servis center rabu ni,Nanti dia bawak sekali untuk hantar servis..Alhamdulillah..sedikit lega bila dengar macam tu.Untuk anakanda tersayang,ummi sanggup buat apa je walaupun jari jemari ni dah berasa lenguh nak mengePam..




Post a Comment

  1. Ibu mna yg x risau klau bekalan susu x cukup utn c Ank kan..

    ReplyDelete
  2. Sabar kak...saya punya brand lacte duet, mahu?

    ReplyDelete
  3. sabar kak ida.. tak dapat aiza tolong.. terpaksa kak ida tunggu pergi servis la kot..

    ReplyDelete
  4. akak dulu memang pakai manual je...tak pe la kot sebab akak tak kerja..tapi kalau kerja memang susah la nak pam..kena ada jugak yang lektrik..

    ReplyDelete
  5. Anim dulu pun manual kak, melecet jari mengepam. Pastu pakai bateri punye hehe

    ReplyDelete
  6. nak komen. tapi tak tahu nak komen apa. ahha sebab belum mencapai ke arah ada anak. mampu berhuhu jela. boleh tak?

    ReplyDelete
  7. Kasihan juga...boleh sakit jadinya kalau tak pam kan...

    ReplyDelete
  8. Kena ada yg manual juga kalau macam tu Eda. Picit/urut dgn tangan memang tak banyak dapatnya. Anak dara comel tu pulak dah bijak merasa dia tahu yg mana dari umi punya dan mana dari tin hihi.... tak apa harap hari ini dah oklah pump tu.

    ReplyDelete
  9. sya guna manual je. avent.
    tp tu pon dh lama x mengepam.sbb rania nk direct maklum la dia tahu umi dia x kerja..

    in shaa Allah semoga dipermudahkan hendakNya.aamiin

    ReplyDelete
  10. harap kembali okay..memang susah hati kan.

    ReplyDelete
  11. saperlar tak sayang anak ,tp ada mak kann ;p

    bertabahlah

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top