15
Assalamualaikum

Asyik cerita masalah dunia,sesekali selit jugak cerita pasal anakanda² ummi ni kan.Banyak sebenarnya cerita yang nak diceritakan tentang anak syurga ummi ni.Tapi disebabkan tak sempat nak snap gambar mereka berdua untuk dijadikan cerita.Yelah,kang tak letak gambar ,bosan pulak korang membaca.Bila ada gambar ni,ada sikit mood nak membaca tu kan.
video

Masa 1st time jumpa adik dia,memang takde respons apa-apa.Mungkin Awfiyah terlalu kecil untuk memahami erti adik kan.Masih lagi manja dengan ummi dia.Selama 5 hari dia tak bersama dengan ummi dia,kerinduan tu sangat-sangat menebal.Bila pandang muka ummi dia masa balik dari hospital tu,terus je nak suruh ummi dia berdokong.Kalau ikut hati nak je dokong fiyah.Lagi satu tido pun tak boleh nak tido dengan ummi dia.Kesian pulak dia,Bila tengah malam,bunyi suara dia nak susu,rasa sebak je sebab ummi dia tak boleh buatkan.Semuanya nenek dia buatkan.

Bila ummi berkurung dalam bilik,dia ketuk-ketuk pintu bilik panggil ummi dia..Bukan taknak kasi dia masuk,tapi bila masuk habislah dia kerjakan adik dan barang² adik dia

Sampai sekarang,adik dia dah dua bulan pun,still tak boleh nak ngam..Tapi dah panggil baby..Maklum la dah pandai nak bercakap..
Lagi satu,suka tengok keletah dia nak pegang baby.
Korang tengok jelah video ni..


Dah semakin membesar dia,dah boleh disuruh walau kadang kala tu menyakat ummi dia.Dah pandai sebut beberapa patah perkataan.Dia dengan adik naura tak boleh nak bersama,habislah dia kerjakan adik dia.Dah banyak kali jugak adik dia kena tepuk ngan dia..isk..kakak..tamo..tamo

Post a Comment

  1. Lama tak singgah sini, Awfiyah dah jadi kakak yer ^-^

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Nanti adik dah besar, boleh jadi kawan dia

    ReplyDelete
  4. Hihi.... bukan tak ngam Eda tapi belum faham. Awfiyah masih kecik sangat. Sebenarnya akan timbul sayang secara otomatik. Tunggulah tak lama lagi kalau org nak ambil adik dia pun dia tak bagi. Umi, abah dan nenek aje boleh pegang adik. Lagi satu umur dekat lebih mesra sebab sama idea. Nanti main masak-masak pun sama-sama...

    ReplyDelete
  5. Tapi sementara ini tak boleh cuai bimbang dia buat kat adik apa yg dia nampak org lain buat kat adik. Contoh pakaikan lotion, pakaikan bedung dsb. Hati-hati...

    ReplyDelete
  6. Ada sedikit cemburu kot dalam hati... tu yang tak ngam lagi... InsyaAllah cik piyah boleh terima & sayang adik baby dia... <3 cute sangat...

    ReplyDelete
  7. alololo... kesian fiyah... tak pe la.. lama2 nanti dia biasalah tu....

    ReplyDelete
  8. may Allah bless u ,a happy mommy :)

    ReplyDelete
  9. Memang masa ni dia mc jeles kot.
    Dia lom reti kan...
    Later on slowly dia akan syg adik.
    Kena tunjuk kat dia :-)

    ReplyDelete
  10. Sikit masa lgi awfiyah fhm la tu sis msh trlalu baru kan

    ReplyDelete
  11. memang kena tengok² dia kalau dekat dengan adik..

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top