4
Assalamualaikum

Terpanggil untuk aku berkongsi kesedihan terhadap Adik Muhammad Syafiq Zhafran ,yang menghidap penyakit Billiary Atresia atau Bengkak Hati.Kanak-kanak istimewa ini adalah anak kepada kawan sekolah aku.Adik Muhammad Syafiq Zhafran disahkan menghidap penyakit Billiary Atresia ini pada Mei 2015 sewaktu berusia 4 bulan lagi.Adik Muhammad Syafiq pernah menjalani pembedahan tahap 1 dan sedang menantikan tarikh pembedahan Transplant.

Ibu kepada adik Muhammad Syafiq sedang berusaha untuk mengumpulkan dana sebanyak mungkin untuk kos pembedahannya.Apa yang diberitahu,Kos untuk transplant ni mencapai 300K untuk pembedahan di luar negara.Sebagai ibu,kita turut merasakan kesedihan yang dilalui oleh ibu adik Muhammad Syafiq ni.Berat Mata Memandang,berat lagi bahu yang memikul.



Apa itu Penyakit Billiary Atresia?

Billiary Atresia atau dipanggil bengkak hati adalah masalah "gastrointestinal" pada bayi-bayi baru lahir yang merosakkan saluran hempedu yang membawa cecair hempedu dari hati ke usus.Penyakit ini adalah kerosakkan berlarutan saluran hempedu dari luar hati(extrahepatic)dan akan bertambah teruk ke saluran hempedu di dalam hati (intrahepatic).Akibat tidak dapat dialirkan,cecair hempedu berkumpul di dalam hati dan menyebabkan hati (cirrhosis)

sumber:kalami80






Kepada rakan blogger yang sudi membantu,amat-amat dihargai.Korang juga boleh Share post entry ni untuk membantu adik Muhammad Syafiq Zhafran.

Jika keraguan,korang boleh call sendiri ibu kepada Muhammad Syafiq Zhafran untuk kepastian seperti tertera di dalam gambar tersebut

Kepada kawanku,moga kau tabah menghadapi segala macam dugaan..Sesungguhnya engkau adalah insan terpilih yang telah Allah swt pilih untuk menerima dugaan ini.Mungkin ada kemanisan di belakang hari.Kepada Insan teristimewa yang dipinjamkan Allah swt,Moga dirimu kuat melawan penyakit yang engkau hadapi ini sayang.




Post a Comment

  1. semoga dipermudahkan...Sally dah share kak...harap-harap dapat membantu :D

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah... Semoga segala urusan dipermudahkan dan sama-sama kita cuba membantu apa yang terdaya.

    ReplyDelete
  3. Alahai syg.
    Moga dipermudahkan usaha parents baby comel ni :-)

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan urusan mereka.Aaminn

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top