11
Assalamualaikum

Rambut panjang??/ kalau boleh itulah yang umi dia nak.Nak panjangkan rambut anak ni bukannya senang.Lagilah dak Si Awfiyah tu.Nak mengikat rambutnya tu,merupakan cabaran emosi bagi umi dia.Apa taknya.Nak ikat rambut yang sebatang pokok kelapa tu,berkejaran tak hengat.Memang nak nampak dia lebih cantik berambut panjang,tapi dah ramai makcik-makcik yang komplen rimas dengan rambut panjang si awfiyah

Merana kejap umi dia,Nak pakaikan headband pun rasa nak bergaduh dengan si fiyah ni.Ni kan pulak nak ikat tocang dua,lagilah sengsara kan.Lagi satu masalah yang utamanya ialah,nur awfiyah cepat berpeluh dan bila rambut dah panjang,belakang leher akan timbul pulak ruam.Tu yang menjadi punca Nur awfiyah terpaksa gunting rambut,

Ahad,semalam,gigihlah ummi dia mencari salon untuk anak dara sorang ni.Just nak repair dan pendekkan sikit sahaja.,Nasib baik tak meragam.Duduk diam je bila auntie tu gunting rambut dia.Patuh segala arahan auntie tu bila dia disuruh untuk tunduk..alahai anak ummi,


Kat atas ni gambar dia masa rambut panjang.di saloon dan selepas make over..hehehe..make over la sangat.

Sangat sakit hati dengan awfiyah sebab dah susah nak ambil gambar...geram sangat-sangat.

Baru lepas gunting rambut.pi ajak dia jenjalan..upah pulak dengan buah strawberry lepas dia teringin sangat nak makan masa nampak kat pasaraya tu.

Layankan jelah anak dara sorang ni.Nasib baik adik Naura dia duduk diam je masa ni.kalau tidak pening ummi nak handle dua orang ..




Post a Comment

  1. Seb baik duduk diam je masa gunting rambut kak.. kalo x jenuh tu nk pujuk. Silap2 balik tgn kosong nnti hihi..

    ReplyDelete
  2. relax aje dia kena gunting ye
    kalau anak saya, tak reti duduk diam

    ReplyDelete
  3. heheheheheh sama jealah dengan anak ena umairah
    wpun dh 7 thn..jgn harap lah nak letak apa2 kat rambut dia...

    ReplyDelete
  4. X pela, kecik2 berambut pndek nnt da bsr blh da bermbut pjg

    ReplyDelete
  5. bagusnya nur awfiyah duduk diam masa gunting rambut.. agaknya dia rasa selesa auntie tu belai rambut dia..

    ReplyDelete
  6. Mmg best ponn sis produk tu..murah2 jer

    ReplyDelete
  7. alololo..baiknye dia dok diam gunting rambut..hehehe...

    ReplyDelete
  8. Wah, bagus la senang nak gunting rambut yer. Setengah anak-anak nie siap nangis kalau nak gunting rambut...

    ReplyDelete
  9. Dah semakin besar dan comel si kecil ni... Bagus sikapnya, hasil didikan dari ibunyalah tu... :)

    ReplyDelete
  10. dah besar sikit boleh simpan rambut panjang..kecik² ni biar pendek nanti xde dia rimas :)

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top