8
Assalamualaikum

Anakanda yang sorang ni kalau bab makan memang dia suka..Tapi tidak pada Nasi..Nur awfiyah memang dah makan nasi..Makan apa sahaja yang diingingkan..Tak kiralah keras atau tidak,yang sedap pada dia,pasti dia makan.

Kalau suapkan nasi memang dia tak nak.Semua demand nak makan sendiri.iskk...Tapi yang banyaknya terabur kat atas lantai.Umi layankan jelah..janji dia nak makan.Kalau ada geng ramai yang nak makan sekali,lagi ummi suka sangat.sebab bila ramai orang,dia memang suka nak makan bersama-sama.Bab makan,memang bagi kat dia je..Sekarang ni pun,pantang masuk pasaraya,pasti nak ambil apa je yang dia nak.Jenuh la nanti umi dia nak sorokkan dekat kaunter cashier.

Bila bab makan ni,Nur awfiyah memang berkira sikit..Dia tak kasi orang ambil makanan dia,tapi kalau dia ambil makanan orang takpe.


Kalau aku gi mana-mana,aku akan pastikan ada stock makanan untuk dia kunyah di dalam kereta atau di mana-mana,Tujuannya mengelakkan dia mengamuk.Kalau masuk pasaraya pun macam tu jugak,aku kena carikan apa-apa untuk dia pegang.Taklah dia meminta-minta yang lain.

Yang wajib ada kalau pergi ke mana-mana 3 benda ni lah,Puting kosong,susu dan makanan/air masak.Tu jelah yang perlu dan wajib ada bagi memastikan ummi dia tak mengamuk jugak..hehe


Seronok kekadang melayan karenah dia,walaupun kekadang ummi dia naik angin tengok perangai dia..Itu memang lumrah budak kan..Mak budak pun macam tu jugak.



Post a Comment

  1. salam jumaat kak ida.. wah, dah pandai suap makanan sendiri ya.. anak sedang membesar mesti berselera makan..

    ReplyDelete
  2. Umi yg bijak dpt membaca apa kehendak anak. Yg senang pun Umi juga. Kalau anak tak nak makan susah hati tau Eda. Syukurlah Awfiyah jenis yg cerdik dan mudah diurus. Dpt makan senyap hihi...

    Ini buat kakak makin tak sabar nak jumpa ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya allah kak,nanti kita set time ye..heheh

      Delete
  3. Takpela budak2 tgh mmbsr kan sis

    ReplyDelete
  4. ayu pun sama. mesti prepare finger food utk amani. homemade biskut or roti bakar, tu biasanya dlm beg.

    ReplyDelete
  5. Hihii... sedap tu... dia sayang makanan tu... :D

    ReplyDelete
  6. budak kecik mesti tak nak kongsi..ehehe..comel perangai

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top