9
Assalamualaikum

Alhamdulillah..Dua bulan sudah berlalu.Baru nak update pasal pengalaman bersalin czer ni.
Kot ler korang tak tau pasal czer ni,meh aku tolong ringkaskan Bersalin Czer ni.

Pembedahan Caesarean adalah  pembedahan di mana pakar bedah akan membuat potongan pada perut dan rahim(uterus) agar bayi anda bleh dilahirkan.Of course la pembedahan ini adalah biasa bagi wanita yang mengandung,

sumber dari babycenter

Ini saja aku nak share pasal pengalaman aku bersalin secara Czer.

Pada Hari raya keempat aku dah bersalin kan Si Naura.Tepat jam 12 malam pada 20hb Julai aku dah rasa tak selesa.Jantung dah berdegup-degup.Si Naura kat dalam dah macam mengeras.Tapi takdelah rasa sakit ya amat.Biasa-biasa je.Rasa tak selesa je nak tido.Aku cakap kat husband rasa tak sedap hati.Husband pun cakap,dah nak bersalin ke.Tapi aku pun tak tau macam mana rasa nak bersalin memandangkan ini kali pertama aku bersalin.

Meh tengok diary aku ni

20/7/2015

12.00am :mula rasa tak sedap hati.Tak boleh nak tido.Jantung berdebar-debar dan rasa macam baby mengeras walau tak lama.Call mak nakkan kepastian.Mak suruh pi hospital.Tapi sanggup tunggu mak dari kampung

12.30 am : Mak sampai untuk ambil Nur awfiyah.tapi bila sampai rumah aku,mak decide nak teman aku pi hospital dengan husband.Awfiyah bawak balik kampung dengan adik aku

1.30 am : Sampai Hospital Sultanah Ismail.Terus masuk ke tingkat 2 bagi ibu2 yang nak melahirkan anak.Tunggu doktor sampai.Doktor check tengok dah bukak 4cm..uitt..masa ni terkejut bak hang.Tak sangka dah bukak sampai 4cm.Terus masuk ke labour room.Uihh..Perasaan ngeri ketika ni Allah swt je yang tahu.

2.00 am : .Masa dalam labour room terus lost contact dengan husband and my mom.Nak panggil diorang pun dah payah ketika ni.Datang doktor seluk lagi tengok bape cm.Sekali doktor kata 3cm..aikk..pelik pulak.tadi kat luar kata 4cm..uishhh...Doktor dah buat persediaan.Dari ujian  CTG sampailah masukkan Dip kat dua belah tangan.Ambil darah dua tiga kali..uihh..sakit tau!!Masa tu memang tak selesa sebab tak boleh nak mengiring.Aku pun tak tau nak panggil apa dua belt yang aku pakai tu.Tapi yang pasti untuk dengar heartbeat baby..hahaha.

3.00 am : Masuk doktor pakar tengok buku pink aku.Memang dalam buku pink ada tulis yang aku boleh bersalin normal tetapi dengan bantuan epidural.seriau tau!! sebab aku dah banyak dengar perkara negatif tentang epidural ni.Tapi disebabkan terpaksa,abaikan jelah.Demi kepentingan baby,
Lagi satu.Doktor pakar kata kena tunggu siang baru boleh buat.Harapnya aku tak bersalin masa sekarang ni.Penggunaan epidural hanya siang sahaja.
So menunggu la aku sampai pukul 8 pagi.

 Suntikan Epidural adalah kaedah yang paling popular untuk melegakan kesakitan ketika bersalin.Lebih dari 50% wanita yang melahirkan anak di hospital menggunakan epiduralanestesia.Ibu hamil harus mempelajari sebanyak mungkin tentang pilihan melegakan kesakitan supaya anda akan lebih bersedia untuk membuat keputusan semasa proses kelahiran.Anda harus memahami
suntikan epidural


Apakah Suntikan Epidural? 
Suntikan Epidural bius tempatan akan melegakan kesakitan di bahagian  badan tertentu sahaja.Epidurals menghalang saraf impuls dari segmen tulang belakang yang lebih rendah, ia akan menurunkan  sensasi pada bahagian separuh bawah badan.Ubat epidural dikelaskan dalam ubat-ubatan yang dikenali sebagai anestetik tempatan, seperti bupivacaine,chloroprocaine,atau lidocaine.

sumber bayi.ibu.com


8.00 am : Doktor pakar lain pulak masuk.Aku pun tak sure pakar apa..Mybe pakar sakit puan kot.Dia kata aku tak boleh nak bersalin normal.mybe kena operate sebab risaukan jantung aku..Arghhh..sudah..Kena tunggu pulak doktor HSI tanya Doktor pakar HSA tentang kes aku..waduh!!!lagi stress..Tapi masa tu aku tak sakit apa pun.Biasa je.Cuma sakit sebab terbaring je.

9.00 am : Doktor pakar dari unit lain pulak datang.Lagi aku tak sure status.yang penting ramai doktor pakar masuk waktu ni.Breifing kat aku ngan husband tentang kenapa aku tak boleh nak bersalin normal.Doktor terpaksa x-ray jantung aku pulak sebab doktor suspect aku kena paru-paru berair..time ni memang sedih.Dugaan datang tanpa di undang..sebelum aku kena x-ray tu.doktor ada  bagi tau la kat aku kalau aku,berkemungkinan effect pad bby nanti.Tapi dia kata jarang berlaku perkara sebegini.Tapi aku takde choice untuk berkata tidak.Demi keselamatan baby dan aku,terpaksa jugak aku x-ray.

11.00 am : Unit x-ray datang untuk meng X-ray aku..Masa tu memang redha jelah.

1.00 pm: Datang lagi pakar menerangkan tentang kaedah yang aku kena lalui dan risiko yang aku akan aku hadapi nanti.Tu lagi la sedih kan.Tapi husband banyak beri support ketika ni...

2.00 pm : Aku di tolak ke OT sebab dah tiba giliran aku masa ni.Masa ni(tanpa aku ketahui) Doktor ada bagi borang kat mak aku sign sebab masa ni husband takde kat OT tu.Borang ni untuk mak aku setuju jika terpaksa selamatkan salah sorang.Masa ni mak aku sedih sangat sebab dia risau pasal anak dia.Habis sampai adik beradik aku dia call suruh datang..Oh mak!!.Masa masuk OT tu memang dia menangis sambil cium-cium aku.Kali kedua dia tengok aku buat operation.Masa 1st time tu umur aku 13 tahun.

2.30 pm: Bila masuk labour room,macam-macam perasaan ada..Masa ni diorang tengah prepare untuk operation.sampailah aku tak dapat rasa separuh dari badan aku bila aku kena cucuk epidural tu kat belakang badan aku

3.00 pm: Aku dapat jugak rasa macam mana diorang belah perut aku.Masa diorang keluarkan baby tu,terasa jugak kesakitan tu.Dapat rasa diorang goncang perut aku untuk keluarkan baby.ada jugak kesakitan kat situ.Tapi bila dengar baby nangis,mengalir jugak air mata

5.00 pm: Aku dimasukkan ke icu.Masa ni badan memang lemah semacam.Nak bangun tak boleh sebab kesan bius tu ada lagi.Aku dimasukkan ke ICU sebab diorang nak pantau kesakitan yang aku alami takkan  menjejaskan jantung aku.

21/7/2015
Satu hari aku di ICU dan satu lagi aku dimasukkan semula ke labour room.Masa ni barulah dapat jumpa husband ngan mak aku.Masa ni mak aku dok cium-cium aku.Ayat dia "mak sayang eda tau" pehhh....Masa ni air mata tak boleh nak di tahan-tahan lagi..tersedu sedan jugak aku dibuatnya.

22/7/2015
Seriously aku dapat tengok baby sekejap je masa kat OT.Lepas tu dah tak tengok langsung.

23/7/2015
Hari ni barulah aku dimasukkan ke wad biasa.Tapi masih tak boleh bergerak kemana-mana disebabkan ubat bius tu masih lagi berjalan.lama jugak kan.

24/7/2015
Ubat bius dah hilang.So baru nilah dapat susukan baby..Pengalaman paling berharga untuk aku.Cuma doktor tak kasi aku keluar wad sebab masih perlukan dua hari lagi untuk pantau keadaan jantung aku.Alhamdulillah..Masih diberikan kesihatan yang baik ketika ni

25/7/2015
Alhamdulillah..dah boleh keluar wad.So..selamat berpantang!!!


Nak tengok baby kita??? boleh terjah entry sini http://www.kisahsidairy.com/2015/07/lahirnya-puteri-di-dalam-keluarga-kami.html


Post a Comment

  1. rindu pulak kenangan di bilik bedah tu ... huhu

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. tahniah sis dapat baby.. selamat semua nya yee... Alhamdulillah.... :")

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah semuanya selamat/..nadtengah tunggu masa je ni

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah,,,,tahniah pengalaman melahirkan untuk setiap wanita tu amat berharga kan?

    ReplyDelete
  5. Tahniah akak harungi dgn sbr, x smua org dpt mrasai pglmn brsalin..

    ReplyDelete
  6. ish seriau plak bila ad mslh mcm ni..sory bertanya, sis ada sakit jantung ke apa?? kenapa mmg wajib amk epidural??

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada sakit jantung..tu yang kena amik epidural

      Delete
  7. aida alhamdulillah 3 kali bersalin = normal.
    seriau tiap kali baca / dgr citer pasal czer :(

    ReplyDelete
  8. I feel u :( xpela rezeki masing2 mungkin Allah permudahkan awak & anak dgn jalan czer..Janji dua2 selamat alhamdulillah:)

    Btw, sy dh follow sini:) klu sudi jom singgah & follow me here https://hyheejabs.blogspot.my

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top