6
Assalamualaikum


Dekat entry sebelum ni aku pernah bagi tau kan,aku nak cari aktiviti atau permainan macam mana yang boleh merangsang tumbesaran kanak-kanak ni.
gambar ihsan cik google

Puas dok menggoogle dan baca tentang tu,akhirnya aku berjumpa jugak.Then,aku nak sharelah jugak kat blog ni,mana tau di masa hadapan aku perlukan maklumat tentang ni lagi.

Permainan dengan kanak-kanak ni memang tak boleh dipisahkan,takde kat dunia ni,kanak-kanak tidak bermain.betul tak..Alat permainan ni sebenarnya penting untuk Perkembangan otak dan sistem saraf khususnya bayi yang berumur 0 hingga 5 tahun.

Bila anak kita bermain atau membuat sesuatu aktiviti,kita perlu pastikan faktor seperti fokus,pergerakkan,penyelesaian masalah dan kebolehan mengingat menjadi ukuran pertama alat permainan.Aktiviti seperti mengenal dan mengasingkan barang mengikut warna,saiz,bentuk,aktiviti melibatkan pergerakan tangan dan kaki secara terperinci seperti tarik,tolak,picit,genggam,cubit,tekan,pijak dan sebagainya.

Pakar Psikologi di jabatan Psikologi Perkembangan pendidikan dan kaunseling Universiti Malaya(UM).Prof.Madya Dr.Mariani Mohd Nor berkata,perkembangan kanka-kanak boleh dibahagikan kepada tiga fasa.

Fasa Pertama : Satu setengah sehingga 3 tahun

Pada usia ini mereka mula mengenali sisi sebenar dunia menerusi lima deria mereka iaitu bau,sentuhan,rasa,dengar dan lihat.Beliau menyarankan supaya anak-anak ini diperkenalkan dengan permainan yang merangsang deria,berwarna-warni,bertekstur,bersaiz besar agar selamat dan sentiasa dipantau ibu bapa.Pada ketika ini,Mariani mengakui kanak-kanak perlu didedah permainan yang melatih fungsi perkembangan mental dan fizikal.

Antaranya ialah alat permainan yang berbunyi apabila ditekan,berjalan apabila diputar dan sebagainya.Agen perangsang,ini menjadikan kanak-kanak itu boleh berfikir sekali gus meningkatkan skil motor mereka.

Fasa Kedua ialah usia empat hingga enam tahun.

Pada masa ini,mereka akan masuk alam fantasi.Ini dinamakan peringkat praoperasi iaitu mereka boleh mewakili sesuatu secara simbolik.

"sebagai contoh.permainan blok seperti Lego,bongkah kayu,replika bilik dapur dan sebagainya.

Pada waktu ini juga kanak-kanak dilihat meniru apa sahaja yang dilakukan oleh roang dewasa.Sebagai melatih mereka dan menunjukkan dunia dewasa,permainan seperti ini juga sama penting didedahkan.

Fasa Ketiga: Sekitar Umur 7 tahun.

Kepada kanak-kanak yang lebih matang iaitu sekitar usia tujuh tahun pula,mereka lebih cenderung kepada alat permainan dengan karakter kartun seperti Ultraman,superman,spiderman dan sebagainya.

Insya allah nanti,nak jugak belikan mainan yang boleh merangsang tumbesaran Nur awfiyah dan adiknya.Dari kecil ni lah kan kita nak ajar anak-anak kita tentang perkara-perkara macam ni.Semuanya bermula dari diorang kecil lagi.












Post a Comment

  1. Thnaks a lot.....info yg sgt membantu

    ReplyDelete
  2. Thnaks a lot.....info yg sgt membantu

    ReplyDelete
  3. nice info ... perkongsian yang bermanfaat :)

    ReplyDelete
  4. pilih permainan yang setaraf dengan usia kanak² :)

    ReplyDelete
  5. Goods tips...kanak2 cpt tngkap apa yg d ajar.elok pelbagaikn cara prmainan setaraf dgn usianya kan

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top