Friday, October 30, 2015

Cara Jahit Baju Kurung Tradisional

Friday, October 30, 2015 6 Comments
Assalamualaikum


Sekarang ni,semuanya mahal.Nak bayar itu ini,semua memerlukan duit.Nak tempah baju pun makin mahal.Mungkin kos benang semakin mahal,maka tempahan untuk buat baju kurung pun mahal..Baju kurung je kot.Dan mungkin juga anda ingin menjadi seorang tailor.Nak menjadi seorang tukang jahit pun kena perlu tahu ilmu jahitan.Kalau tak nanti pelanggan lari..

Nak belajar menjahit,tetapi pelbagai halangan termasuk Kos yang mahal dan masa yang terhad membantutkan keinginan anda?

Tak perlu susah untuk menggoogle cara menjahit baju kurung kerana ada satu cara mudah,cepat dan praktikal.

Tapi bila kita sedari,kita mampu untuk membuat dengan sendiri baju kurung tu dengan panduan E-book.Sekarang sudah ada cara mudah ,cepat dan praktikal untuk kita belajar sendiri cara menjahit baju kurung.

Cara Jahit Baju Kurung
Inilah Penyelesaiannya.
Apa isi kandungan Ebook ini?

Ebook Jahit Baju Kurung Tradisional-Panduan langkah demi langkah ini dilengkapi dengan ilustrasi,gambar sebenar dan teks keterangan yang amat mudah difahami dan diikuti secara praktikal.Kepada anda yang ingin belajar menjahit tetapi tidak pasti bagaimana ingin memulakan minat tersebut,inilah panduan yang bertepatan dengan anda.Mari mulakan dengan belajar menjahit baku kurung,Ebook ini secara dasarnya menunjukkan cara menjahit baju kurung dan asas-asas tersebut juga dapat digunakan untuk membuat lain-lain jenis baju.


Modul 1 : Pengenalan
Anda akan didedahkan dengan asas menyiapkan baju kurung.Penerangannya disertakan dalam setiap Modul yang berkaitan.Pentingkah bahagian ini? Ya,ini bagi memastikan proses keseluruhan dalam menyiapkan sepasang baju kurung lebih mudah.Apabila anda semua memahami asas baju kurung,anda bebas mengubah saiz-saiz tertentu kepada saiz yang disukai.Anda juga bebas mengabaikan langkah-langkah tertentu dalam menjahit baju kurung apabila anda sudah yakin dan mahir kelak.

Modul 2 : Teknik Mengambil Ukuran
Ketahui teknik-teknik mengambil ukuran berdasarkan ukuran badan dan baju contoh.Belajar cara mengambil ukuran semua bahagian baju kurung untuk menentukan  ukuran termasuk ukuran pesak,kekek dan lain-lain lagi.Apabila ingin memastikan baju yang dijahit selesa dipakai,ukuran yang diambil perlulah betul.

Modul 3 : Teknik Melukis Pola
Secara asasnya,pola diperlukan untuk menghasilkan sehelai baju.Pola digunakan untuk memudahkan proses memotong kain dan mengelakkan kesilapan.Di dalam panduan cara menjahit baju kurung ini anda akan mempelajari secara terperinci bagaimanakah cara melukis Pola yang betul dari mula hingga akhir.Belajar cara mudah melukis pola untuk semua bahagian baju.

Modul 4 : Teknik Memotong kain
Bagaimana cara memotong kain menggunakan pola? Bagaimana memastikan kain dipotong dengan ukuran yang tepat? Anda akan diajar teknik-tekniknya.Bagaimana memotong kain yang licin dan lembut untuk mendapatkan bahagian-bahagian potongan baju kurung yang sama dan selari? Teknik rahsia memotong kain jenis ini saya berikan secara percuma.Memotong kain yang lembut dan licin adalah sukar.Tetapi dengan cara ini,anda boleh memotongnya dengan mudah dan cepat.

Modul 5 : Teknik Menjahit Kain
Bagaimanakah cara menjahit bahagian-bahagian baju yang sudah di potong?Bagaimana mencantum pesak dengan kekek baju kurung? Bagaimana mencantum lengan baju kurung? Bahagian mana yang perlu disambung terlebih dahulu? Pesak, kekek , lengan atau bahagian-bahagian badan yang lain? Ketahuinya disini.Anda juga akan diajar teknik menjahit kain susun tepi,teknik memasang zip,teknik menentukan saiz kain dan juga cara membuat susunan kain kemas dan selesa dipakai.

Modul 6 : Teknik Menjahit Poket Baju
Baju kurung yang mempunyai poket di bahagian tepi baju menjadi pilihan sesetengah pemakai,Poket pada baju kurung sangat sesuai untuk baju kurung kanak-kanak.Bagi orang dewasa, Ini memudahkan mereka meletak dompet dan telefon bimbit tanpa perlu membawa beg tangan.Kemahiran individu yang mahu poket pada baju mereka.Anda akan belajar cara menjahit poket baju kurung disini.

Modul 7 : Teknik Menjahit Leher Baju
Bagaimanakan menentukan saiz lubang leher?Bagaimanakan caranya menebuk lubang leher? Anda akan belajar menjahit lubang leher baju kurung daripada mula sehingga akhir.Amat mudah untuk anda memahaminya kerana disertakan dengan ilustrasi dan gambar sebenar.Hanya ikuti arahan yang ditunjukkan untuk menghasilkan leher baju yang cantik dengan saiz yang tepat.


Modul 8 : Teknik Menjahit Pinggang Kain
Bagaimana ingin memastikan bahagian pinggang kain baju kurung yang dijahit dengan getah ataupun pengeras menjadi kemas dan selesa dipakai? Anda akan belajar tekniknya.Anda akan diajar dua cara menjahit pinggan kain iaitu dengan menggunakan getah sahaja dan dengan menggunakan getah yang dicampur pengeras.Setiap langkah ditunjukkan satu persatu dan amat mudah untuk anda mengikutinya secara praktikal.

Modul 9 : Teknik Menjahit Span Bahu
Anda akan ditunjukkan cara mudah bagi menyiapkan span untuk dijahit pada bahagian bahu.Teknik yang salah akan menyebabkan baju yang dijahit tidak selesa dipakai.Pastikan cara menjahit span pada bahagian tersebut betul bagi memastikan keselesaan apabila baju dipakai

Modul 10 : Teknik Menyiapkan Kemasan Akhir
Anda akan diajar cara menjahit kemasan-kemasan akhir di bahagian lengan,bawah baju dan leher baju kurung.Teknik bagi memastikan kemasan akhir yang dilakukan mendapat hasil yangkemas dan selesa dipakai ditunjukkan disini.

Anda berjaya menyiapkan sepasang baju kurung yang sedia untuk dipakai selepas menyiapkan bahagian ini


So,Jangan berlengah lagi untuk mendapatkan Ebook dengan Harga yang cukup Istimewa

Anda cuma perlu melaburkan RM50 RM60 RM70 sahaja jika anda mendapatkan ebook ini sekarang. Berapa banyak yang anda perlu belanjakan untuk mengikuti kelas menjahit baju kurung? Dan berapa banyak pula yang anda boleh jimatkan dengan membeli ebook ini sekarang? Bandingkan harganya.. Harga istimewa ini akan tamat pada bila-bila masa. Ingat! Tawaran ini mungkin hanya sekejap sahaja..




Thanks kerana membaca entry Cara Jahit Baju Kurung Tradisional  Disini





















Homemade Chicken Nugget Untuk Awfiyah

Friday, October 30, 2015 5 Comments
Assalamualaikum

Cerita hari minggu yang lepas.dah melapuk cerita baru nak up kat blog.Tapi takpelah...saja nak cerita je.Kalau nak mengadap blog kat rumah memang tak boleh la,melainkan anak dara dua orang tu dah tido.Baru boleh pegang handphone.

Kalau tak awfiyah je yang pegang handphone ummi dia..Hujung minggu yang lepas,buatkan dia Homemade chicken Nugget.Ala...bukannya susah pun buatnya..cuma perlukan kerajinan je buatkan untuk dia.Lagi pulak sekarang ni payah betul nak makan dan menyusu.Badan pun dah nampak susut.

Kalau korang nak resepi boleh scroll kat bawah.Ni pun aku google masa nak buat tu.Saja aku share kat korang jugak macam mana nak buat Homemade chicken nugget ni

  • Isi ayam
  • Tepung
  • Telur putih
  • Garam
  • Lada hitam 
  • Kentang(ikut suka korang nak masukkan apa kat dalam nugget tu)
-Isi ayam tu di kisar halus,aku guna blender je ayam tu.Tapi jangan letak air dalam tu ye.

-Bila dah hancur,keluarkan isi ayam dan letak garam dan lada hitam sikit.Kalau buatkan untuk anak,
  Make sure,letak sikit je.

- Lepas tu korang bentukkan la ikut citarasa korang.mungkin lembik sikit,tapi takpe..biarkan je..

-Dah siap korang bentukkan,masukkan dalam telur putih dan golek-golekkan dalam tepung.

-Siap...samada korang nak simpan dalam peti ais atau terus di goreng

Memang nampak tak kreatif kan ummi awfiyah..Janji ko boleh makan nak!!..ummi tak dan nak beli acuan yang comel-comel.Jadi itulah hasilnya


Taraaaa...Dah siap Homemade chicken Nugget untuk fiyah dan ummi dia..Sodap!!!
Sama dengan chicken nugget yang beli kat luar tu.

ok lah kan untuk anak tersayang..Hari minggu yang lepas pun ummi buatkan dia ice cream..nanti cerita kat lain entry eh!!






Thursday, October 29, 2015

Susu Dugro Awfiyah kehabisan stock!!

Thursday, October 29, 2015 3 Comments
Assalamualaikum

Hi korang...saja-saja petang ni update entry pasal fiyah pulak..Sape kat tempat korang takde Maslee..Angkat tangan..hehehe..Rugi!! Lagi rugi bila pergi,stock dah habis!!

Tapi masa tu memang rezeki awfiyah,susu yang dia minum tu ada..Meh aku cerita sat!!
Tuari,Maslee ada buat promosi Susu Dugro berharga RM20.99..Murah Oittt...Murah sangat ler tu..Biasanya kalau tak offer mau capai rm26.90.Tapi aku selalu beli kat kedai uncle dekat dengan rumah aku tu,harga RM23.90.Bila dah dekat pasaraya takde sales,memang kat situlah aku cari.Selalu tiap kali gaji aku akan beli 2 pack susu,2 pack pampers.

Tapi bila maslee dah buat promosi dengan harga yang terlajak murah tu,haruslah cepat-cepat pergi maslee kan..Cepat pun tak cepat sangat la...Dah terlepas dua hari lepas promosi tu,baru nak terhegeh-hegeh pergi situ.Bukan apa,aku lupa yang maslee tu ada buat promosi macam tu.

Bila nampak flyers Maslee promotion,barulah dengan terhegeh-hegehnya aku pi membeli.
Tengok kat deretan susu tu,banyak yang rongak.Ramai jugak masa aku pergi tu,yang dok mencari-cari susu pilihan mereka..Terutamanya DUGRO..Masalahnya,Dugro 1-3 tahun ASLI memang dah banyak sold out.Kalau dah sorang-sorang dok rembat 3-4 pack,maka takdelah yang tinggalkan.Yang perasa lain macam vanilla,madu dan coklat tu adalah.

Cari punya cari,puas dah selak satu satu..risau jugak takde...Tapi akhirnya memang betul-betul rezeki awfiyah..memang betul ada 3 pack je kat belakang sekali..Tak taulah samada disembunyikan ataupun staff kat situ main kemas semacam je kot..

Tengok tu..bodyguard ummi tu,masa tu ummi cari pampers awfiyah...pun dah kehabisan sebab harga pampers drypers murah..
Tapi bukan nak tunjuk ummi,nak tunjuk susu dugro yang dah lompong tu.Yang lompong tu sebenarnya 1-3 tahun Dugro Asli..Yang tinggal tu,yang berperisa sahaja.



Susu yang aku jumpa untuk fiyah tu,betul betul belakang tanda harga tapi paling belakang sekali..Alhamdulillah...bulan depan harap ada promosi lagi.Sekarang ni sebulan dah 4-5 pack..uih..kemain minah tu



Food Review : D' DU VANN CAFE Bukit Dahlia Pasir Gudang

Thursday, October 29, 2015 15 Comments
Assalamualaikum


Malam Minggu yang lepas,husband ajak makan luar.Konon nak repeat makan kat Revert Cafe,tapi tak jadi sebab Revert cafe tutup malam tu.So,kami decide nak jalan-jalan sekitar Taman bukit Dahlia je.Jenjalan sambil tengok restoran mana yang memikat hati, sampailah kitorang nampak Cafe ni kat hujung jalan.Memang rasa dah 2-3 kali lalu cafe ni,tapi tak pernah nak menyinggah.

Nampak pulak kat situ menyediakan makanan Western.Jadi ada peluang nak makan spaghetti lagi malam tu. D'Du Vann Cafe menyediakan makanan western dan makanan yang terbaik menikut citarasa para pelanggannya.
Setiap hari menu recommended by chef akan tertera di papan hitam di luar restoran ni..Memang sangat menarik.

Antara Menu yang disediakan di D' DU VANN CAFE

Western :
  • Beef Stick
  • Lamb Chop
  • Chicken Chop
  • Mushroom Soup
  • Carbonara
  • Spaghetti
  • Roasted Chicken
  • Pizza
  • Lasagna
  • Mandy
  • etc

Asian
  • Nasi lemak
  • Roti Leleh
  • Kuey Teow
  • Sotong Tepung
  • Chicken Cashew Nut
  • Sizzling Tauhu
  • Butter Prawn
  • Sayur Goreng
  • Tomyam
  • Siakap
  • Ginger Beef
  • etc


Menu kami malam tu
- Mushroom soup
- Spaghetti carbonara
-Fish n Chip
-Chicken grill


Minuman kitorang,air tembikai gelas besar and white coffee..Actually white coffee tu aku punya..Yang dua tu adik ngan en.husband.Tapi si awfiyah dah konker dulu air tu..Sedap je dia minum air tu..isk...tak bagi kang ,meraung pulak.

Saja nak menyelit gambar family..As usual,husband memang tak suka gambar dia di tepek kat blog ni..Tapi nak jugak letak..heheh...Harus kena kecam balik nanti ni.Nasib baik masa makan tu Naura duduk diam-diam dalam baby seat.Bila Naura bangun je,sempat ummi berselfie sekejap..hehehe.

Lepas ni kalau nak makan western,boleh la lepak kat sini lagi...

So far,bagi aku ok je restoran ni...Meh aku bagi rate... 7/10 untuk restoran ni..Cuma kalau boleh banyakkan lagi baby chair..Tengok tu,terpaksa nur awfiyah duduk atas meja..Kalau duduk kat kerusi,harus ditakuti jatuh dek kerana awfiyah ni tak reti duduk diam.

Untuk korang yang ingin nak merasai kenikmatan makanan restoran ni,boleh follow alamat ni

D'DU VANN CAFE
No.1,Jalan Semerbak 20,
Taman Bukit Dahlia,
81700 Pasir gudang

D'Du Vann Cafe ini juga menerima tempahan buffet Western dan Asian untuk majlis
- Perkahwinan
-Doa Selamat
-Jamuan Perayaan
-Sambutan Hari Lahir Di premis Mereka
-Jamuan B.B,Q 

korang boleh hubungi Outlet Manager di:-
017-7577092 / emel : fairefrire@gmail.com







Saturday, October 24, 2015

Si kakak Awfiyah dan Si adik Naura

Saturday, October 24, 2015 13 Comments
Assalamualaikum

Masih lagi berjerebu.Masih lagi perdebatan hangat tentang Budget 2016 kan.Sana sini orang dok pung pang bercerita pasal budget 2016 ni.Bagi aku,bukan taknak amik tau langsung pasal Budget tu,tapi Budget tu macam takde kena mengena orang yang bekerja swasta macam aku ni.Diorang bertepuk tangan pun tentang kenaikkan gaji,Gaji orang kerajaan yang naik,bukan gaji orang swasta.BR1M bertambah??? Takat mana tambahnya kalau lepas ni harga barang akan naik lagi.Harga barang naik berulang kali,tapi gaji kita yang bekerja di sektor swasta ni,tetap tahap tu,Berpulunlah overtime baru nak merasa senang sikit.Orang kata,kalau dapat penuhkan barang makanan kat dapur tu pun dah bersyukur.Bukan kais pagi,makan pagi,kais petang makan petang.

Apa nak jadi dengan Malaysia,,,Bukan dengan Malaysia,tapi orang yang mentadbir Malaysia,Tetapi bersyukur,Malaysia masih aman,

Oklah,Malas dah nak ulas lanjut pasal ni.Buat sakit hati je.Kerjalah bagai nak mati untuk sara kehidupan kita.

Awfiyah dan Naura

Bila berjalan di shopping complex,ummi memang letak adik Naura dalam stroller.Kakak pulak ummi biarkan dia berjalan.Tapi bila dia tengok adik Naura naik stroller,dia pun nak naik jugak,Nasib baiklah ummi ni kurang kemampuan,kalau tidak,nak jugak beli stroller yang boleh naik untuk dua orang.Macam ni..Tapi disebabkan harga stroller ni separuh dari gaji ummi,memang tak kemampuan la ummi nak beli kan

Ihsan google..

Stroller idaman hati..Tapi mampu tengok je.Jadi share lah awfiyah dan Naura dalam stroller yang kecil.Takpelah anak-anak ummi..Moga erat kasih sayang antara kamu berdua.

Bila dah semakin membesar,awfiyah dah pun boleh terima dan faham sikit-sikit tentang adiknya.Cuma dia suka sangat menyakat adiknya.Ummi memahami,awfiyah masih tak faham apa itu adik kan..Lama-lama mungkin dia faham.Ambil masa jugak lah kan.

Sekarang ni memang tak boleh lepa lagi adik dan dia,Takut tetiba je adik dia meraung.Dia paling suka tarik baju dan bantal adik Naura.Bila adik Naura guna bantal,cepat-cepat dia tarik bantal tu.Semua bantal kecik,dia yang punya,Kekadang tu,dia memang saja-saja je,hisap susu dan baring sebelah adik dia..

Lagi pulak sekarang ni,dah pandai nak bercakap,ada je keletah dia yang membuatkan ummi tersenyum.

Bila dah ada dua anak dara ni,mulalah ummi dia berimaginasi tinggi apabila melibatkan pakaian,permaian dan bilik.Sebabnya,hehehe..bila bab baju,ummi da pun membeli baju yang sama untuk adik dan kakak.Memandangkan diorang berdua ni rapat je umurnya,jadi senang ummi nak beli pakaian diorang,Masa kat AEON tuari,memang seronok beli baju budak-budak ni.Baju-baju lama awfiyah yang masih elok pun,dah turun pada adik dia..So,ummi memang tak beli banyak baju.Cuma untuk akak dia je ummi kena beli memandangkan dia semakin besar.Banyak kot baju yang tak muat untuk dipakai kakak.

Permainan pulak,menjimatkan okeh!!!..Tak payah la nak beli sorang satu toy,kongsi je.Tapi tak taulah pulak bila si Naura dah pandai nak demand nak satu jugak macam kakak dia,

Buat masa sekarang ni,ummi lebih selesa tidur depan TV,Sebabnya..Tidur atas katil sangat-sangat bahaya untuk mereka ni.Yelah..Kakak awfiyah memang dah lasak.Naura pun sama.Bangun pagi dah berpusing 360 darjah.Belum lagi kakak dia tu.Kekadang dah terkeluar tilam.Dah ke penjuru,Banyak kali jugak ummi bangun untuk betulkan dia,Itu kalau ummi terbangun.Kalau tak,memang ke pagi la tidur atas lantai..

Ummi memang berangan nak hias cantik-cantik bilik puteri² ummi ni.Itu kena tunggu diorang dah besar sikit lah nampaknya.

Ummi harap hubungan adik beradik ni akan akrab dan penuh dengan kasih sayang sehingga ke besar.
Oklah get to go now!!!Hari ni bekerja halfday,Balik dari kerja,misi nak mencari cermin mata..Nanti cerita kat next Entry.


Friday, October 23, 2015

Food Review : Revert Cafe & Bakery Taman Air Biru Pasir Gudang

Friday, October 23, 2015 9 Comments
Assalamualaikum

Entry Jeruk!!..Hari selasa lepas aku and the geng nak mencuba satu tempat cafe yang menghidangkan makanan-makanan Western dan Dessert.Asyik makan nasi je kan,sekali sekala tu pekena jugak tekak omputeh..Katanya!!!

Revert Cafe And Bakery terletak di Taman Air Biru Pasir Gudang Johor.Ini adalah cawangan kedua selepas Dessert Queen.Aku pernah tulis cerita pasal Dessert Queen.Nak baca Entry ni,Makan-makan di Dessert Queen

Signboard besar Untuk Revert Cafe And Bakery

revert cafe
Menu yang ada di Revert Cafe And Bakery

Lunch selasa lalu,kami berempat ke sana dan pada hari selasa ada potongan RM3 for Pasta deals
Of course la ambil peluang untuk menikmati pasta kegemaran aku.

Meh tengok apa yang kami order untuk hari tu:-

revert cafe
Chicken Parmigiana


revert cafe taman air biru
Creamy Pasta With Salmon
(Ni pilihan aku)

revert cafe pasir gudang
Chicken Chop

makanan western sedap
Fish and Chips

Masa tu tak order dessert kerana kekenyangan..Alhamdulillah...Next time boleh repeat pergi Revert Cafe & Bakery ni.

So far bagi aku not bad la..Harga pun boleh tahan..Dessert tu yang tak menahan..Kalau ikut hati nak side order je..Tapi taknak melayan nafsu makan yang bergelora sekarang ni.
Sesiapa yang teringin nak makan Western boleh la menyinggah di sini.

Alamat

Revert Cafe & Bakery
No.8 Jalan 9/23 
Taman Air Biru
Pasir gudang

Hotline : 012-2501526
Lagi bagus kalau korang call dulu,pesan mana yang korang nak makan waktu lunch.Jadi taklah lama menunggu kan.macam tulah yang kitorang buat masa tu.,

Sebelum tu belanja gambar Wefie kitorang sebelum makan!!

Geng Officemate..Ni ada lagi yang tak ikut kitorang masa lunch tu..


Luncheon Di Chicken Rice Shop

Friday, October 23, 2015 7 Comments
Assalamualaikum

Dapat jugak update blog hari ni setelah semalam blog kesunyian.For your information,kalau korang tak ambil tahu pun,nak jugak aku bagitahu,semalam aku cuti..hahaha..

Cuti ke mana?? Semalam aku ada appointment dengan doktor..hah!! yang tu next entry aku cerita.Disebabkan aku dah letak tajuk makan nasi ayam,of courselah kena cerita tentang nasi ayan kan.

Semalam lepas habis check up kat Hospital,hantar pulak adik aku ke rumah MIL dia,terus cari makan..Uittt..Dari pagi tak makan berat,seingat aku keluar rumah semalam just makan roti je untuk alas perut

Biasalah,kalau appointment dekat Hospital,pergi pagi macam mana pun,setengah hari mesti habiskan masa kat sana..

Balik dari rumah MIL adik tu,terus cari destinasi untuk mengisi perut..Tetiba teringat AEON Jusco sebab dah lama tak pergi.Dah alang-alang on the way nak balik jugak,tu yang menyinggah.Bila masuk je AEON tu,mata dah mula merambang sebab banyak diskaun sehingga 50%.. Uih....geram dah ni!! Sebab memang pasang angan-angan nak cari baju tidur untuk budak berdua tu..Ok..Ni pun cerita kat Next Entry.

Memandangkan perut dah mula menyanyi lagu rock,Jalan-jalan dulu sebelum memilih tempat makan...Tiba-tiba keluar suara dari kami nak makan Chicken rice Shop..Ku akui,sebelum ni memang tak pernah pun masuk Chicken Rice Shop ni...Jakun??? Tak kisah la korang nak kata aku jakun.Memang jarang masuk kedai-kedai macam ni.Bukan apa,kat sini,Kalau nak makan kat kedai-kedai macam ni kena keluar sikit ke bandar.So,masuk lah kami ke CRS ni.

Disebabkan malas nak tengok menu lama-lama dan jugak disebabkan perut kami dah lapar,Kami order terus Set Meals Tripple feast(3 pax) Senang je..Tak payah nak fikir yang bukan-bukan.

Apa yang ada dalam Tripple Feast (3 pax) di Chicken Rice Shop ni

Nyonya Pai Tee (regular)
Gado-Gado or Kerabu mangga
(yang ni kami pilih kerabu mangga)
Quarter Chicken steamed/Roast/Soy Sauce
(kami pilih Chicken Roast)
Prime Honey BBQ chicken/Nyonya Asam Fish/Hainanese Curry chicken
(kami pilih Prime Honey BBQ Chicken)
Pak choy Oyster Sauce
Sai to Fish Ball(regular)
Three bowls Of chicken Rice
Soup Of the day
12oz Soft drink
( Yang ni kami pilih lain-lain sbb semua hidangan minuman Soft drink..Ai tak minum)
Untuk 3 pax ni harganya dalam rm50++

As usual my husband tak masuk dalam ini gambar.

Lepas tu kami tambah Rojak penang..Dah lama wehh tak makan rojak..Takde masa nak pi beli..hehehe..Tapi memang best la rojak dia...Ai suka tau!!

Sesiapa yang nak try boleh la pergi ke Franchise The Chicken Rice Shop Berhampiran korang berhampiran..Sebelum tu boleh belek-belek menu mereka di website mereka di The Chicken Rice Shop




Tuesday, October 20, 2015

Happy 3rd Monthsary Nur Naura Auni

Tuesday, October 20, 2015 9 Comments
Assalamualaikum

Hampir terlupa ummi akan kesibukkan hari ni.Rupanya hari ni genap anak ummi 3 bulan..Sekejapan je dah masuk 3 bulan sayang...Rasa baru je ummi melalui saat-saat getir tatkala memegang gelaran ummi kepada dua orang puteri.

Kakak awfiyah dah pun setahun 6 bulan.Menerima kamu walau dalam waktu terdekat,amat-amat dialu alukan.Walau apa yang doktor bagitahu ummi tu sedikit menakutkan,tapi demi kamu sayang,ummi tetap tabah dan kuat untuk mengharunginya.

Bila dua puteri di depan mata,alangkah bahagianya hati ummi ni.Hari-hari yang ummi lalui,sangat-sangat menggembirakan hati ummi.Alhamdulillah..Menganjak lagi sebulan umur anakanda ummi bernama Nur Naura Auni

Terima kasih hadir dalam hidup ummi,babah dan kakak..Kelak kakak akan menjadi teman yang rapat denganmu sayang.

Happy 3rd Monthsary for you..Ummi sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Naura dan kak Awfiyah.Menjadi anak yang solehah dan menjadi anak yang berguna bukan sahaja untuk ummi dan babah,tapi juga untuk masa depan kamu sendiri.


























Monday, October 19, 2015

Resepi Apam Susu Mudah

Monday, October 19, 2015 14 Comments
Assalamaulaikum

Hoh!! Hari minggu tak kemana-mana..Melayan Puteri-puteri bonda kat rumah je.Mengemas rumah sementara ahad tu air keluar.Basuh mana yang patut.Bersihkan apa yang perlu.Itu jelah..

Cuma ahad tu ada  mood untuk buat apam susu sebab tu pun terbaca kat fb resepi sheila rusly.Sementara barang semua ada kat rumah.Maka terhasillah Apam susu yang simple..

Meh aku bagi resepi apam susu ni.Bukannya susah sangat nak membuatnya.Korang pun boleh buat..Nak warna cantik-cantik beli la pewarna yang berwarna -warni macam aku..Tapi Apam susu by Me tu ada semangat JDT..hehehe

Resepi Apam susu Mudah
  1. 4 Biji Telur
  2. 1 Sudu teh Esen Vanilla
  3. 1 cawan gula pasir
  4. 4 sudu besar susu pekat
  5. 2 cawan tepung gandum
  6. Pewarna

Cara Membuatnya
 Sebelum tu korang panaskan la dulu pengukus ye.Jadi senang bila dah siap adunan tak payah nak tunggu lama-lama sangat.

Bahan 1-5 tu diblend/mix sampai betul-betul kembang.

Then,masukkan la tepung sedikit demi sedikit.Lastly asingkan ke beberapa bahagian dalam mangkuk lain,dan letak pewarna yang korang suka

.Oles kan sedikit marjerin ke dalam loyang dan letakkan bancuhan secara selang seli .
Nak cantik lagi,lepas dah letak selang seli warna tu,korang lorekkan mengikut kreativiti korang..

Disebabkan aku tak berapa nak kreatif,terhasillah corak yang entah pape tu.Lepas tu dah boleh letak dalam kukus dan kukus selama 45 minit.
See..dah siap Apam susu aku..Dan habis dimakan pada hari tu jugak.Warna tu mengancam kan..hehehe...Tapi langsung tak kreatif lorekkan warna tu..muahaha...

Buat apam ni tak ambil masa yang lama pun.So untuk minum petang tu boleh la segera untuk disiapkan..Cuba jangan tak cuba...hehehe..





Saturday, October 17, 2015

2 Aktiviti Yang Disukai Nur awfiyah

Saturday, October 17, 2015 16 Comments
Assalamualaikum

Malam tadi,aku dedahkan dia kepada aktiviti menabung.AKu keluarkan duit dari tabung aku,dan aku suruh dia masukkan semula di dalam tabung tu.

Tajuk ni bagitahu ada dua aktiviti yang nur awfiyah suka buatkan,tapi dia lebih cenderung kepada aktiviti menabung..Suka tengok cara dia fokus untuk buat tu.

Jom kita tengok aktiviti pertama dia buat

Sensory bag

By the way,nak buat sensory bagi ni bukannya susah dan tidak memerlukan modal yang besar pun untuk buat.
Korang hanya perlukan :-
~Ziplock
~Eyelet or korang boleh letak pemadam yang kecil/mainan alphabet or macam-macam yang korang boleh masukkan dalam tu
~Gel rambut/Baby oil..(tapi lebih bagus kalau guna gel rambut,xdelah berminyak macam guna baby oil)
~korang boleh jugak masukkan pewarna makanan kalau korang guna baby oil

>> buat masa ni aku just letak mata je dalam sensory bag tu.So aku ajar awfiyah untuk tolak mata-mata tu mengikut warna mata tu..Tapi awfiyah pulak sekejap je dia tolak-tolak.Tapi lepas tu dia bosa,terus angkat ziplock tu bawak ke mulut.Main sensory bag ni nak kena kita main sama-sama dengan dia.Kalau tak,habislah dia bawa kemana-mana beg tu.Yang tak bestnya dia bawak masuk ke mulut dan oil tu macm terkeluar dari beg tu.

Sensory Bag

Menabung

Yess...Aktiviti ni dia memang suka,ralit dia masukkan duit dalam tabung.Aktiviti menabung boleh asah skill dia memegang dengan betul.Dan juga skill otak dia macam mana nak masukkan duit dalam tabung tu.Aku pun ikut sama masukkan duit dalam tabung tu.Dia menunjukkan minat ke arah menabung ni.Memang melekat kat tabung tu,siap mintak lagi duit untuk dia masukkan dalam tabung tu,tapi aku tak bagi banyak,takut dia bosan dengan aktiviti tu.So aku limitkan berapa ringgit sehari untuk dia masukkan dalam tabung.
Tekun betul kan dia masukkan duit dalam tabung.
Jom kita tengok video dia masukkan duit dalam tabung ni

                       See....hehehe...nampaknya aktiviti ni aku akan bagi dia buat hari-harilah 







Friday, October 16, 2015

Nescafe White Coffee Oh so creamy

Friday, October 16, 2015 12 Comments
Assalamualaikum


Peneman apabila mengantuk kan,haruslah Nescafe.Masa beli barang-barang untuk office ni,pandang Nescafe white coffee ni macam best.Alang-alang dah duit yang di share dengan officemate,apa kata cuba sebungkus ye dak!!..Tengok mengancam or tak rasa dia.

Sepeket untuk dirasa,memang masyuk rasanya,tak rugi aku beli kan.Sememangnya coffee tu memang pebret aku,cuma sejak mengandung dan selepas itu menyusukan baby ni,haruslah kurangkan pengambilan Nescafe ni sebab kafein dia banyak kan.Minuman yang aku selalu ambil adalah Horlicks,milo dan susu kambing je.Tapi sesekali datang gian tu,hah!! amik ko!!..Rasa nak setiap hari.Tapi kukuhkan iman di dada supaya tak mengambilnya setiap hari..Oh tidak!!


Oklah berbalik pada Nescafe White Oh so creamy ni,harga untuk satu beg tu kalau tak salah aku rm13.90 kot.Dah tak ingat sebab dah lama peram entry ni.Nak update blog,mood kelaut sebab sakit kepala yang masih tak hilang-hilang lagi..Mybe darah naik lagi kot.Iskk..malas kot nak pi check!!

Just minum air masak banyak-banyak je.Dah tetapkan kena minum 3 liter satu hari..Jenuh ler nak teguk 3 liter tu.
Nescafe White Coffee Oh so creamy
Packaging Nescafe White coffee ni

Nescafe White Coffee Oh so creamy
Sepeket ni bole buat mata yang ngantuk menjadi terang..hahaha


Aku tak taulah samada ini keluaran terbaru atau tidak..Tak sure..So bagi aku rasa memang umpphh!!
Tu yang rasa nak minum hari-hari

Korang boleh cuba jugak


Thursday, October 15, 2015

Aktiviti Mengajar untuk bayi sehingga 6 tahun

Thursday, October 15, 2015 19 Comments
Assalamualaikum

Bila dah ada anak ni,banyak input yang kita kena masukkan pada anak-anak.Of courselah benda yang baik-baik kan.Antaranya pendidikan yang berunsurkan ilmiah dan agama.Sebab kalau kita silap mengajar,anak akan cepat bosan.Nak-nak pulak anak yang super duper aktif ni.Banyak ilmu yang perlu kita cari gali untuk anak-anak ni.Bila masuk Homeschooling Genius Syurga ni,membuka mata aku sebagai parents,untuk memberikan pendidikan sejak mereka bayi lagi.

sumber:google

Aku pun masih belajar,walaupun sedikit terlambat tapi takpe kan.At least kita dah mencuba yang terbaik untuk kita dan anak-anak.


Lagilah bila dah ada anak dara dua orang tu,nasib baik lah sorang lagi tu belum pandai bermain.hehehe..Ini semua sebab sel-sel otak ummi dia pun nak berkembang setelah masuk Homeschooling Genius syurga.Ada je terlintas untuk membuat sesi pembelajaran untuk awfiyah.

Aku ada terbaca schedule aktiviti  untuk anak-anak mengikut umur.Itu pun aku dalam proses pembelajaran jugak..Meh aku share sikit ye

Aktiviti Mengajar / Memasukkan Al-Quran Bagi bayi baru lahir sehingga 6 tahun








Nilah perkongsian pagi ni untuk korang.Sumber ni aku dapati di Homeschooling Genius Syurga.
Moga sama-sama memberi manfaat untuk korang dan juga anak-anak syurga kita kan

Tuesday, October 13, 2015

Group Homeschooling Genius Syurga Banyak Memberi Inspirasi

Tuesday, October 13, 2015 16 Comments
Assalamualaikum


Sejak rakan masukkan aku ke group Homeschooling Genius syurga ni,rasa sangat excited kot nak ajar si awfiyah tu belajar macam-macam.Yelah..nak mengajar anak ni kena ikut tahap umur mereka.Kenalah ikut pembelajaran mengikut peringkat kan.

Dah banyak jugak aktiviti yang aku buat untuk awfiyah,contohnya memberi arahan pada dia,bagi dia pegang senduk dan mangkuk yang berwarna warni.yelah..budak-budak ni suka dengan warna-warni kan..Selain tu aku ajar dia masukkan duit dalam tabung..isk..banyak lagi la..Walaupun kekadang ada jugak tahap kemarahan ummi nak mengajar,tapi tetap seronok.Apa taknya,kekadang tu,bila disuruh,dia buat sambil lewa,ataupun langsung tak endahkan apa yang ummi dia cakap..Nama pun budakkan..Banyak nak main..hehehe...ummi dia je yang kekadang emo..Sayangnya,ummi dia tak pandai menjahit.Jelous sangat bila tengok mommy yang pandai jahit.Rajin buatkan anak mereka flashcard..Soft Book dan bermacam lagi..Macam kita yang tak pandai ni,kenalah beli...Nasib baik harga yang mommy bagi tu berpatutan..alhamdulillah..masih mampu ummi dia nak membeli.

Bila tertarik dengan bahan pembelajaran yang dikongsi dalam group tu,haruslah ummi dia excited nak bagi kat anak saudara yang lain..Yang paling dekat la kan duduk dengan makngah dia ni.Ada sorang anak saudara yang bakal bersekolah tahun depan.Rajin kot makngah dia buatkan buku tu untuk dia.


Siap da satu buku...Ada dua jenis pembelajaran yang aku masukkan dalam tu iaitu Joining dots dan Maze..

Macam aku pulak teruja nak buat.hehehe...tapi takde masa nak buat semua tu..Dah pun sampai buku tu ke tangan pemiliknya

Tekun membuatnya..Malam tadi buku ni sampai ke tangan dia,Ibu dia cakap,tido pun peluk buku..

If korang berminat nak bahan pembelajaran tu boleh la masuk group ni..ataupun aku ada satu website yang boleh korang amik bahan pembelajaran dari situ.

Kat sini lah aku ambil bahan rujukan selain dari file sharing dari group Homeschooling Genius Syurga tu


Moga bermanfaat untuk ibu-ibu dan bapa di luar sana...And,kalau korang ada bahan pembelajaran dari mana-mana website boleh la share kat sini..Moga anak-anak kita happy dengan pembelajaran yang diberikan oleh ibu bapa dari rumah lagi..Jadi bila dah masuk sekolah takdelah mereka terkejut...hehehe...

Kalau korang nak lagi bahan pembelajaran untuk anak-anak,boleh mintak kat aku..emel je kat sitirohaida81@gmail.com





Monday, October 12, 2015

Susu segar Berperisa Untuk Dinikmati

Monday, October 12, 2015 18 Comments
Assalamualaikum


Ramai kot yang memperkatakan Susu Segar Berperisa ni kat mana-mana.Sedap oo minum sejuk-sejuk.1 botol ni macam tak cukup je nak minum.

Ni semua gara-gara masuk dalam  JB Home Food Delivery kat facebook tu.Apa taknya,sejak masuk group tu,macam-macam jenis makanan terlintas di wall facebook aku ni.Semua ada jual..semua delivery depan rumah dan office..Jimat masa kalau yang bekerja tu.Kalau yang suri rumah tu kan.kalau takat teringin kat tekak.beli jelah..hehehe..Tapi kena tengok jugak..kadang-kadang ada je customer complain tak sedap penjual tu beli..So far takat ni memang semua yang aku beli..sedap belaka okeh!!

Ok..berbalik pada Susu segar berperisa ni,aku tak ingat dulu aku pernah minum ke tak.Dah tak ingat tu,memang tak boleh nak refresh balik otak aku ingat benda tu semua.Orang kata masa zaman-zaman aku dulu ada jual..hehehe..cepat betul  lupa kan..Tapi bila dah lalu lalang kat feeds facebook berulang kali,terasa nak mencuba jugak kan..

Sebotol harga susu segar berperisa ni adalah rm2.50..Murah ke mahal??? Aku tak sure lah..Nak cari penjual lain dan nak membandingkan harga sangat ler malas..oklah tu kan rm2.50..


Bila dah rasa buat kali pertama,diikuti dengan botol kedua,haruslah sedap..Memang tak cukup kalau takat 1 botol,Nasib baik beli banyak.Malam tadi dapat,pagi tadi jugak habis..Balik tengahari tadi,tengok dah habis pun..hahaha...beli 10 tu..Aku tak minat sangat dengan choclate..Aku suka strawberry dan jagung..sedap ko!!

Ada rezeki lagi,boleh repeat order..Awfiyah suka..tapi aku tak bagi sangat la sebab ada campuran gula.Kena jugak tapis makanan dia tu.kecil-kecil dah terdedah pada masakkan manis dan masin ni tak baik untuk budak-budak kan..Tapi si awfiyah tu dah demand,sikit-sikit nak bukak peti ais ummi dia..Haiiii lah anak..

Susu segar Berperisa ni terdapat 7 perisa tau
  • Original
  • Coklat
  • Strawberi
  • Jagung
  • Pisang
  • Oren
  • Anggur

Takat ni aku baru try 3 jenis je lah..Jagung,strawberry dan coklat.Nanti nak try perisa lain pulak
Kalau korang nak try jugak,boleh je google..Banyak dah penjual Susu Segar Berperisa ni







Malam Hujung Minggu di Pizza Hut

Monday, October 12, 2015 12 Comments
Assalamualaikum
Begitulah kekdahnya bila tak sempat nak taip entry pada masa kejadian.Terpaksalah peram entry ni sampai hari ni.Yelah,bila dekat rumah memang tak sempat mana nak update blog.Bila sorang dah tidur,sorang terjaga kan..Last-last ummi dia yang takde masa nak update blog.


Cerita malam hujung minggu.Nak reedem vaucher Pizza hut yang ada dalam tangan berharga RM30..alah rm30 je.bukan banyak mana pun.Yang lebihnya kena keluar duit sendiri la.Ingat nak try la kan pizza yang terbaru Signature series tu,tapi tak boleh sebab nak ambil set makan untuk 4 orang..Kena order pizza yang biasa je..hua hua..

Kitorang order set meal ni..

Add on Tempura King Prawns & Seafood Lasagna
Pizza pulak aku pilih Chicken Supreme & Hawaiian Supreme

Nur awfiyah kemain seronok sebab combo yang aku amik tu ada ais krim,jadinya ais krim ummi dia jadi milik dia la...

Adik Naura duduk diam-diam dalam stroller..Nasib baik mood ok..
Kakak awfiyah pulak dapat minum ice lemon tea,memang tak pandang kiri kanan pun.
Luck kat awfiyah dapat balloon dari auntie sebelah.Husband auntie tu suprisekan dia,dapat balloon dengan sejambak coklat..wahhh..ummi pulak yang jelous..Las-last masa lalu sebelah fiyah,dia bagi kat fiyah balloon tu..sangat suka fiyah...terus dok main dengan balloon tu sensorang dia..Kalau tak,asyik nak duduk atas meja saja kejenya..

Dah pun habis vaucher tu digunakan..Lepas ni harap dapat lagi la kan..hehehe..Stay situ sampai pukul 10.30 malam..Lepas tu chow balik sebab Naura nak nenen..Ramai orang,so ummi tak boleh nak bagi direct..Dalam kereta je boleh..Maklumlah..Naura fully breastfeeding...Alhamdulillah...





Friday, October 09, 2015

Aksi Dia Kekadang Mencuit Hati

Friday, October 09, 2015 14 Comments
Assalamualaikum

Bila anak dah semakin membesar ni,ada je keletah dia yang membuatkan ummi dia terhibur.Bak kata orang,bila ada masalah macam mana pun,bila pandang anak,hilang segala masalah.Lupa seketika..

Begitulah bila adanya Nur awfiyah dan adiknya Nur Naura Auni.Ummi dia semakin tenang bila ada mereka berdua ni.Kadang kala perlakuan diorang kekadang buat ummi sesak nafas,tetapi bila dikenangkan balik,mereka cuma budak,tak tahu apa-apa pun.Walaupun kenakalannya ada membuatkan orang tak suka dengan dia,tapi tidak pada mereka yang bernama ibu kan.Kenakalan budak itu normal.Ada satu masa,dia akan berubah dengan sendirinya mengikut umurnya jugak.

Paling tak suka bila adalah seseorang tu,bila bercerita dengan orang tentang nur awfiyah,mesti bangkitkan perkataan"budak ni nakal ni..Nakal betul".Korang rasa,sebagai ibu,sedih tak.Orang tu sepatutnya mendoakan yang baik-baik pada budak macam ni.Tak perlu kot nak hebahkan pada semua orang yang dia jumpa,tentang sifat anak syurga ni.Aku yang mendengarnya pun rasa sakit hati.Rasa nak tonjol je kepala dia tu..Tapi aku masih lagi hormat dia sebagai orang tua.

Takpelah anak ummi,walau nakal macam mana pun,ummi tau,anak ummi taklah nakal..Bagi ummi nakal tu dah lumrah pada insan yang bernama budak.Orang tak suka tak apa,tapi tak suka bila suka nak menjaja cerita pasal anak ummi ni..Ohohoho..tetiba ummi terEmo jap.
Susah da sekarang ni nak amik gambar dia..Ada je yang dia nak buat..dah terpaksa ummi terambil banyak gambar yang blurr...

Bagi ummi,ada je keletah dia yang membuatkan ummi terhibur.Ada je perlakuan dia yang membuatkan ummi tak jadi nak marah..Kekadang ada je perlakuannya yang membuat ummi rindu kat dia walaupun tidaklah berjauhan.Bila awfiyah ikut mak long dia balik kampung,ummi lah orang yang sedih,yang hiba,yang tetiba rasa kekosongan dek kerana awfiyah takde depan mata.

Ummi selalu mendoakan agar anak ummi nanti menjadi anak yang berguna,yang boleh membuatkan ummi bangga dengan awfiyah..

Thursday, October 08, 2015

Naura Dah Meniarap!!

Thursday, October 08, 2015 15 Comments
Assalamualaikum

Wah..Pepagi mengantuk sangat..Tak taulah kenapa lately ni badan memang cepat letih..Nak buat kerja rumah pun dah malas..Apatah lagi nak lipat baju.Lagi lah sekarang ni air on/off je adanya..Kena catuan ni,rasa penat pulak.Yelah..bila dah ada air ni,nak kena rushing pulak untuk simpan air,basuh segala baju.Kemas rumah,mop lantai,bilik air semua bersihkan.Kang dah takde air ,payah la nak buat kerja tu semua kan..

Sebenarnya entry pagi ni bukan lah sebab nak cerita pasal catuan air,Nak bercerita pasal anakanda kedua dalam rumah kami.Bulan ni dah pun 3 bulan.Tapi dia punya progressive sangat la cepat..Itu yang aku rasa la..orang lain tak rasa..hehehe..Dah nak meniarap Oiii...Memanng dia dah start mengereng dari umur dia dua bulan lagi.Tapi pagi tadi terkesima jugak,bila keluar dari bilik air tengok Naura dah terlungkup..ayoyo!!!..Manyak takut.Takut dia lemas kalau ummi dia takde.Lupa nak letak bantal di kedua belah badan dia.Tapi kesian pulak kalau letak bantal,dia tak boleh nak gerak-gerak.Ini pun kalau tido,bantal entah ke mana.

Masa dia terlungkup tu,tak sempat lak nak snap gambar...Selamatkan anak tu lebih penting dari semua tu..Lepas dah betulkan balik,aku tengok balik samada dia buat balik atau tidak..Yess...dia dah mula mengereng dengan jayanya sebelum berjaya menelungkupkan diri dia kembali...ececeh..Nak besar cepat nampaknya kan..Nak cepat gaduh dengan kak Fiyah la tu.

See!!! dia berusaha untuk meniarap dah..wah..tak sangka anak ummi dah boleh buat semua tu..kipidap bebeh..

Ummi pun tak sabar nak tunggu Naura besar macam kakak..sweet kan..Boleh beli baju sama,kasut sama,mainan main sama-sama lah..tak beli sorang satu pun...

Wednesday, October 07, 2015

Scott's Emulsion Untuk Nur Awfiyah

Wednesday, October 07, 2015 10 Comments
Assalamualaikum

Semalam pergi belanja barang-barang Nur awfiyah dan Nur Naura Auni.Biasalah rutin setiap setengah bulan..Al-maklum la gaji sebulan dua kali.Terpaksa beli stock pun dua kali sebulan.

Dapat tau ada kedai baru yang menjual susu dan Diapers yang murah.So,as a mommy kan,kenalah mencuba beli kat kedai baru.Dah lama nak survey kedai tu,cuma belum berkesempatan.Selalu aku lalu lalang je kedai tu..Dari jauh lagi dah nampak susu Nur awfiyah ada jual kat kedai tu.

So,semalam berpeluang la membeli barangan Fiyah dan Naura kat sana.Not bad la kan bila tengok harga kat sana.Drypers harga RM32.90 and susu dugro harganya RM22.90.Tapi aku beli dua dia bagi harga Rm45.00 ...Murah la kan..

Sesambil tu,nampak pulak Scott's Emulsion.Rembat satu.Harganya RM12++.Dah lama nak cari Scott's Emulsion ni,Asyik lupa je.Tu dah ada depan mata,Terus beli..Nanti lupa lagi..
scott emulsion

Aku beli ni pun sebab tengok antibodi si awfiyah ni macam kurang je,tu yang beli.Lagipun dia kerap selsema.Kalau sepupu atau orang terdekat dia selsema,memang kenalah dia jawabnya.

Serba sedikit tentang Scott's Emulsion Ni.
Oren Scott's Emulsion mengandungi minyak ikan kod,satu sumber yang kaya dengan Vitamin A,D serta Kalsium Hipofosfit.Tambahan jus oren asli dan ramuan -ramuan lain telah menghasilkan barangan yang halus dan licin dengan warna dan perasa yang tersendiri.Vitamin A danD di dalam minyak ikan kod adalah dalam bentuk emulsi yang lebih mudah dihadam.Barangan untuk kankak-kanak yang berumur 1 tahun ke atas dan juga orang dewasa.

Kebaikan Oren Scott's Emulsion
  • Oren Scott's Emulsion membantu membina daya tahan diri dari jangkitan.Minyak ikan kod dan Vitamin A membantu sel-sel epithelial di ruang pernafasan supaya sentiasa sihat dan mengurangkan risiko jangkitan organisma di dalam badan.
  • Oren Scot's Emulsion mengandungi vitamin dan zat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang sempurna.Vitamin A adalah perlu untuk pertumbuhan otot dan memainkan peranan penting dalam pemiliharaan kesihatan dan kecergasan kanak-kanak (dan juga orang dewasa) .Vitamin D adalah perlu untuk pertumbuhan dan pemeliharaan tulang dan gigi yang kuat.Juga mengandungi khasiat yang penting untuk pencegahan penyakit tulang lemah.
  • Oren Scott's Emulsion mengandungi kalsium dan Fosforus yang membantu memastikan pertumbuhan tulang dan didi yang sempurna.
  • Oren Scott's Emulsion adalah mujarab untuk membantu tubuh mendapat keperluan harian Vitamin A,D Kalsium dan Fosforus.
  • Ia juga membantu memelihar dan mencegah kekurangan Vitamin A dan D akibat dari pemakanan yang tidak seimbang ataupun apabila keperluannya meningkat.
  • Oren Scott's Emulsion membantu menyempurnakan kesihatan dan melindungi diri dari kekurangan khasiat yang diperlukan

So,apa yang aku nak tu dah ada dalam Scott's Emulsion..Harap Awfiyah lepas ni dah boleh bebas bermain.Semalam dah bagi sesudu untuk dia...Pffttt...Nak lagi..Nangis-nangis suruh bukak peti ais...adehh...anak ooo..anak/.


Tuesday, October 06, 2015

Permainan yang paling diminati Awfiyah bila ke Shopping Complex

Tuesday, October 06, 2015 7 Comments
Assalamualaikum


Memang seronok sebenarnya melayan anak dara sorang ni bermain.Niat hati dia nak main kereta yang pakai remote tu,memandangkan ia akan menyusahkan ummi dia dan dia pun tak lah memandai lagi nak main.so batalkan jelah niat tu ye nak!!

Satu permainan yang paling awfiyah suka dan cari bila ke shopping complex atau di mana-mana sahaja ada.

Apa bendalah pun aku tak tau nak cakap benda ni.Alah..yang masuk duit 50 sen tu..meh aku tunjuk gambar.

Hah! nilah yang aku maksudkan..
Cuma tak pandai nak sebut ape benda ni..hahaha...Kalau dia jumpa benda ni,confirm dalam 3-4 ringgit malaysia ummi kena spend kat sini.Duit syiling ummi sentiasa ada dalam beg duit.Kot la kat pasaraya dia terjumpa ni,ha!!meraung la ko nak cari duit syiling takde..So,kena simpan siap-siap..Jadi babah tukang layankan kat sini sementara ummi pi cari barang dengan Naura...hehehe...Jimat duit babah kan..Tak ler kena Pau ngan ummi.

Jom Layan Video Si Driver cantik manis ni




Malaika Oil Rawatan Minyak Muka Semulajadi

Tuesday, October 06, 2015 7 Comments
Assalamualaikum


Ramai yang nak kulit cantik,tetapi masih tidak menjumpai produk semulajadi yang berkesan untuk kulit wajah dan mampu membersihkan kulit secara mendalam seterusnya menghilangkan jerawat dan jeragat yang degil.


Malaika Oil mampu menanggalkan minyak kotor dari muka anda terutamanya dari alat solek dan bahan kimia yang terdedah setiap hari.
Malaika Oil jugak boleh dijadikan serum untuk menghilangkan parut jerawat dengan cara menyapukannya pada kawasan bermasalah.


Antara bahan yang terkandung di dalam Malaika Oil adalah Extra Virgin Olive Oil,Lemoin Oil,Castor Oil,Temu lawak Powder,herba dan bunga-bungaan.Kesemua bahan ini mempunyai kegunaan dan khasiat tersendiri dalam membantu memulihkan wajah.


malaika oil

Kelebihan menggunakan Malaika Oil ini

Malaika Oil berkesan seawal sapuan pertama,menghilangkan jerawat seawal 3 hari

  • Menghilangkan Jerawat
Malaika Oil membantu membersihkan pori yang tersumbat dan mengecilkan liang pori di samping membunuh bakteria punca jerawat

  • Menghapuskan Jeragat
Malaika Oil meresap jauh ke dalam liang kulit dan mampu membuang bintik hitam dan putih dengan sangat berkesan.

  • Memudarkan Parut
Malaika Oil membuang tisu mati di wajah dan menggalakkan pertumbuhan semula tisu yang baru.Hasilnya parut menjadi semakin pudar.

malaika oil




Apakah Fungsi utama Malaika Oil?
Malaika Oil merupakan rawatan minyak muka yang mampu membersihkan kulit wajah secara mendalam seterusnya menghilangkan jerawat dan jeragat degil


Adakah Malaika Oil ni Serum?
Malaika Oil juga boleh dijadikan sebagai serum untuk menghilangkan  parut dengan cara menyapukannya pada kawasan bermasalah sebelum tidur.

Malaika Oil boleh putihkan Kulit?
Malaika Oil tidak menjamin boleh memutihkan kulit tetapi Malaika Oil mampu bertindak kulit secara total dan menghilangkan sel kulit mati serta menjadikan kulit anda sihat dan berseri-seri sepanjang hari tanpa jerawat dan jeragat.

Adakah Malaika Oil sesuai untuk muka berminyak?
Sudah semestinya kerana Malaika Oil membersih muka secara mendalam dan mampu menanggalkan minyak kotor dari muka terutamanya dari make up dan bahan kimia.Minyak semulajadi Malaika Oil akan menggantikan minyak kotor itu.

Boleh tak nak pakai dengan produk lain?
Boleh digunakan dengan mana-mana produk yang bersesuaian dengan kulit muka anda.Tapi seelok-eloknya elakkan produk yang dibuat dari bahan kimia berbahaya.



Pengasas Malaika Oil


Malaika Oil merupakan rawatan minyak yang diformulasi sendiri oleh pengasasnya,cik Humaira Hasnan.
Pada asalnya Malaika oil hanya diperkenalkan kepada rakan-rakan terdekat,namun atas permintaan yang tinggi beliau telah mengkomersialkannya untuk berkongsi rahsia kejelitaan ini.

Produk ini dikilangkan di Kota Bharu dan disahkan selamat dengan kelulusan KKM bernombor pendaftaran NOT150403152K.


Testimoni Pelanggan Malaika Oil
testimoni malaika oil




Cara Penggunaan
  • Malaika Oil sesuai dipakai dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur.Selain itu Malaika Oil juga boleh dijadikan serum untuk menanggalkan parut dengan menyapukannya pada kawasan bermasalah dan biarkan semalaman.
Baru dua kali mencuba produk ni..Bila apply kat muka dan urut-urut muka,cuci,rasa soft sangat kulit muka ni..Harap-harap bekas-bekas jerawat ni boleh la hilang kan..hehe.

Untuk Mendapatkan Produk Malaika Oil

Web: Malaikaoil.com
Facebook : www.facebook/Malaikaoil
Instagram : Malaikaoilofficial







Follow Us @aida_yusof81