5
Assalamualaikum

Cerita hari minggu yang lepas.dah melapuk cerita baru nak up kat blog.Tapi takpelah...saja nak cerita je.Kalau nak mengadap blog kat rumah memang tak boleh la,melainkan anak dara dua orang tu dah tido.Baru boleh pegang handphone.

Kalau tak awfiyah je yang pegang handphone ummi dia..Hujung minggu yang lepas,buatkan dia Homemade chicken Nugget.Ala...bukannya susah pun buatnya..cuma perlukan kerajinan je buatkan untuk dia.Lagi pulak sekarang ni payah betul nak makan dan menyusu.Badan pun dah nampak susut.

Kalau korang nak resepi boleh scroll kat bawah.Ni pun aku google masa nak buat tu.Saja aku share kat korang jugak macam mana nak buat Homemade chicken nugget ni

  • Isi ayam
  • Tepung
  • Telur putih
  • Garam
  • Lada hitam 
  • Kentang(ikut suka korang nak masukkan apa kat dalam nugget tu)
-Isi ayam tu di kisar halus,aku guna blender je ayam tu.Tapi jangan letak air dalam tu ye.

-Bila dah hancur,keluarkan isi ayam dan letak garam dan lada hitam sikit.Kalau buatkan untuk anak,
  Make sure,letak sikit je.

- Lepas tu korang bentukkan la ikut citarasa korang.mungkin lembik sikit,tapi takpe..biarkan je..

-Dah siap korang bentukkan,masukkan dalam telur putih dan golek-golekkan dalam tepung.

-Siap...samada korang nak simpan dalam peti ais atau terus di goreng

Memang nampak tak kreatif kan ummi awfiyah..Janji ko boleh makan nak!!..ummi tak dan nak beli acuan yang comel-comel.Jadi itulah hasilnya


Taraaaa...Dah siap Homemade chicken Nugget untuk fiyah dan ummi dia..Sodap!!!
Sama dengan chicken nugget yang beli kat luar tu.

ok lah kan untuk anak tersayang..Hari minggu yang lepas pun ummi buatkan dia ice cream..nanti cerita kat lain entry eh!!






Post a Comment

  1. wah...nampak mudah dan sedap...nak try ni

    ReplyDelete
  2. Macam ini sukalah Awfiyah ye.
    Umi dari sehari ke sehari ada saja idea nak buat yg terbaik buat Awfiyah
    Tak lama adik pun boleh syer:)

    ReplyDelete
  3. Salam, amboi rajinnya siap buat nugget sendiri! Tp lebih selamat lah sbb takde bahan2 lain kan..best dan nampak sedap! :D

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top