4
Assalamualaikum


Sebelum tu jangan terkejut dengan pembaharuan blog ni ye.Saja nak tukar template.Rasanya dah lama kot tak bersalin baju.Banyak lagi yang nak di ubah..Tapi slow-slow lah kan.Maklumlah,aku ni bukan pakar dalam bab coding ni.Mana yang aku tau tu,aku buat la..At least menjadi jugaklah..Janji ada warna pink sikit-sikit.Banyak lagi tu nak diubah menjadi warna pink.Cuma nak kena tengok coding tu satu-satu..Bukan senang OOOO!!!..

Dah,back to the topic.Masalah jerebu di negara kita ni,aku rasa dah menjadi satu masalah yang serius terhadap kesihatan kita kan.Yang risaunya adalah anak-anak.Kesian kat mereka kalau sakit.Kita pun kena jaga juga kesihatan dengan musim-musim macam ni.Yelah..Bila kita dah sakit,macam mana dengan anak-anak kita kan.Macam mana pulak kita nak menjaga mereka jika kita dah sakit.So,kena lah jaga kesihatan diri kita jugak.

Jom kita ambil langkah-langkah semasa jerebu ni:-
  • Kurangkan aktiviti luar.Dah musim macam ni,tak payah lah nak bersiar-siar di taman atau berkelah di tepi pantai.Lebih baik cari tempat yang terlindung dari cuaca.Kang tak keluar bawak diorang keluar bosan pulak kan..hehehe
  • Kurangkan atau seboleh-bolehnya jangan merokok..Khas untuk kaum adam kot...hehe..yelah..lebih baik perbanyakkan minum air masak dengan musim-musim macam ni kan
  • Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter satu hari.Itu memang perlu,tak dalam keadaan jerebu pun kita dimestikan minum air masak untuk mengelak dari sebarang penyakit dan dehidrasi betul tak.So,kena praktikkan setiap hari mesti lebih dari 1 liter air untuk minum.Sekarang ni anak breastfeeding,aku amalkan 3 liter sehari.Tu pun jenuh nak habiskan sampai 3 liter
  • Sentiasa membasuh tangan setelah selesai melakukan sebarang aktiviti terutamanya aktiviti luar.Betul tu...kena selalu jugak jaga kebersihan diri..Untuk diri kita jugakkan.
  • Gunakan Topeng pernafasan.
  • Sentiasa pastikan persekitaran dalam rumah adalah bersih.Bagi aku nak bersih kena luar dan dalam..barulah bagus..hehe
  • Dapatkan khidmat nasihat perubatan dengan segera sekiranya sakit berlarutan.Wajib!!!takut nanti berlarutan,lagi teruk kan...
sumber : sini

Alhamdulillah..sejak dua menjak ni hujan dah mula turun.Malam tadi pun hujan lebat..at least bleh Nyah jerebu tu secepat mungkin.Kesian anak-anak tak boleh nak bermain kat luar..Nak tepu otak mereka.Kurang aktif  sel-sel otak nak berkembang.

Keadaan pagi kelmarin.Masa ni jam menunjukkan 7.35 pagi sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja.







Post a Comment

  1. sekarang ni tenggelam timbul jerebunya kak..btw, cantik template baru akak :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah berkurang. apa2 pon tetap kena jaga kesihatan lagi. balas bw disini dari www.aswaleyla.com

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Banyakkan minum air..hujan pun kerap turun skrang kan.hope berkuranglah jerebu

    ReplyDelete
  4. Kat cne Sabah alhamdulillah da makin hilang..da juga hujan

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top