7
Assalamualaikum

Dapat jugak update blog hari ni setelah semalam blog kesunyian.For your information,kalau korang tak ambil tahu pun,nak jugak aku bagitahu,semalam aku cuti..hahaha..

Cuti ke mana?? Semalam aku ada appointment dengan doktor..hah!! yang tu next entry aku cerita.Disebabkan aku dah letak tajuk makan nasi ayam,of courselah kena cerita tentang nasi ayan kan.

Semalam lepas habis check up kat Hospital,hantar pulak adik aku ke rumah MIL dia,terus cari makan..Uittt..Dari pagi tak makan berat,seingat aku keluar rumah semalam just makan roti je untuk alas perut

Biasalah,kalau appointment dekat Hospital,pergi pagi macam mana pun,setengah hari mesti habiskan masa kat sana..

Balik dari rumah MIL adik tu,terus cari destinasi untuk mengisi perut..Tetiba teringat AEON Jusco sebab dah lama tak pergi.Dah alang-alang on the way nak balik jugak,tu yang menyinggah.Bila masuk je AEON tu,mata dah mula merambang sebab banyak diskaun sehingga 50%.. Uih....geram dah ni!! Sebab memang pasang angan-angan nak cari baju tidur untuk budak berdua tu..Ok..Ni pun cerita kat Next Entry.

Memandangkan perut dah mula menyanyi lagu rock,Jalan-jalan dulu sebelum memilih tempat makan...Tiba-tiba keluar suara dari kami nak makan Chicken rice Shop..Ku akui,sebelum ni memang tak pernah pun masuk Chicken Rice Shop ni...Jakun??? Tak kisah la korang nak kata aku jakun.Memang jarang masuk kedai-kedai macam ni.Bukan apa,kat sini,Kalau nak makan kat kedai-kedai macam ni kena keluar sikit ke bandar.So,masuk lah kami ke CRS ni.

Disebabkan malas nak tengok menu lama-lama dan jugak disebabkan perut kami dah lapar,Kami order terus Set Meals Tripple feast(3 pax) Senang je..Tak payah nak fikir yang bukan-bukan.

Apa yang ada dalam Tripple Feast (3 pax) di Chicken Rice Shop ni

Nyonya Pai Tee (regular)
Gado-Gado or Kerabu mangga
(yang ni kami pilih kerabu mangga)
Quarter Chicken steamed/Roast/Soy Sauce
(kami pilih Chicken Roast)
Prime Honey BBQ chicken/Nyonya Asam Fish/Hainanese Curry chicken
(kami pilih Prime Honey BBQ Chicken)
Pak choy Oyster Sauce
Sai to Fish Ball(regular)
Three bowls Of chicken Rice
Soup Of the day
12oz Soft drink
( Yang ni kami pilih lain-lain sbb semua hidangan minuman Soft drink..Ai tak minum)
Untuk 3 pax ni harganya dalam rm50++

As usual my husband tak masuk dalam ini gambar.

Lepas tu kami tambah Rojak penang..Dah lama wehh tak makan rojak..Takde masa nak pi beli..hehehe..Tapi memang best la rojak dia...Ai suka tau!!

Sesiapa yang nak try boleh la pergi ke Franchise The Chicken Rice Shop Berhampiran korang berhampiran..Sebelum tu boleh belek-belek menu mereka di website mereka di The Chicken Rice Shop




Post a Comment

  1. Last sha makan take away je... tak pernah lepak sini... Ampang ada tapi luar kawasan plak... nasi ayam dia pun best kan kak ida... untunglaaaaa (nada iri hati)

    ReplyDelete
  2. Salam singgah sini sis....sedapnya...

    ReplyDelete
  3. Insaf nak masuk sini lagi... Haha...cukuplah sekali.

    ReplyDelete
  4. sedap..tapi service kurang kat TCRS..selalu pekerja macam malas nak kerja..jadi lambat.

    ReplyDelete
  5. Uishhh sdp sgt ni sis. Sesekali mkn kat tcrs blh la

    ReplyDelete
  6. dah berzaman tak makan kat the chicken rice shop ni

    ReplyDelete
  7. wahhhh.. lama tak pekena the chicken rice shop ni. nanti nak terjah laaaa.. salam perkenalan dr sy

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top