6
Assalamualaikum


Sedih ni!!..tak tau nak describe macam mana perasaan hampa bila apa yang dicari tu tak jumpa.Apatah lagi nak pergi ke sana tu macam jauh jugak la..Mengadap jerebu yang makin teruk kat jb ni.Tapi demi untuk anak,gagahkan juga untuk ke sana.
Amik dari luar je..Sebab kat dalam tak sempat nak amik.Pegang Naura masa kat dalam..Rugi pulak tak amik gambar kat dalam...boleh share dengan kawan²..Mana tau ada yang nak gi

Aku ada cerita kat entry Breast Pump Rosak . Tapi kecewanya hanya Allah swt je tahu.Bila datang sana,penjual tu kata diorang takde jual spare part..Korang rasa!!Tapi kedai tu adalah kedai yang menjual Breast pump.Sepatutnya adalah jugak jual spare part kan.Sebelum tu puaslah aku dok menggodek google untuk cari spare part.Sebab aku tau,motor pump tu tak rosak,yang rosak mungkin peralatan macam valve or mambran je..hehehe..mak-mak yang guna breast pump ni mungkin tau kot.

Memang best masuk kedai tu,kita boleh tengok banyak jenis pump yang diorang jual.Boleh jugak nak try.Ada yang mahal dan ada jugak yang murah.Ikut kemampuan kita sebagai pembeli la kan.

Pump On The Go! Siapa pernah ke sini atau melihat mereka kat facebook.Aku beli pun dari diorang melalui Online jugak.Masih ada warranty setahun.Paling best beli dengan Pump on the go ni,tulah,warranty setahun,boleh service bila pump dah tak ok.Cumanya,diorang takde spare part je.Kalau aku sebagai pengguna,bagi cadangan kat diorang supaya jual sekali dengan spare part.Jadi ramai la pelanggan yang datang bila ada masalah macam aku ni.

Tapi layanan mereka memang terbaik la..At least ada jugak solution diorang nak tanye kan supplier dan akan call aku nanti.Tenang sikit jiwa aku ni.

Tapi tetap jugak tak puas hati sebab risaukan stock susu kehabisan..Kesian Naura.Nak tak nak aku terpaksa jugak la pergi cari kat kedai-kedai baby..Mana tau diorang jual spare part.Aku pergi kedai baby berdekatan dengan kawasan rumah.Pun takde stock.Tapi diorang cari solution untuk aku.Nasib baik adik tu tolong aku.Akhrinya jumpa jugak dengan spare part yang boleh masuk kat pump aku.Walaupun brand spare part tu tak sama,tapi masih boleh masuk lagi..Alhamdulillah..

Boleh la sambung buat stock untuk anak tersayang.Kalau korang nak survey Breast Pump boleh tengok website PumpOnTheGo.




Eh..suka tengok butik-butik yang ada kat BBU tu...Raya nanti boleh shopping kat sana jugak la...Butik aidijuma ada,Radiusite ada,ehh..macam-macam la...

Post a Comment

  1. Walaupun kakak tak perlu nak cari pump tapi kakak dah pernah masuk kedai ini Eda.
    Masa tu kakak jenjalan beli baju anak-anak dara kakak kat UDA lepas keluar dari Angsana merayap sampai kedai-kedai baju &tudung yg banyak kat sana tu.
    Kalau masa kakak pregnant dulu susah nak cari pump macam-macam jenis.
    Syukurlah dah dpt spare-part walau tak sama brand janji boleh guna ok juga..

    ReplyDelete
  2. Saya tak pernah masuk lagi..terkejut sebenarnya bila akak cerita pam akak rosak...emm..cepat sangat rosaknya..
    Apa pun semoga akak cepat dapat spare partnya..demi Naura

    ReplyDelete
  3. Syukurla kan msh blh guna semntara nak tunggu spare partnya

    ReplyDelete
  4. Nasib baik dah jumpa....happy bf ye mama naura

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah ada yang sepadan spare parts tu.

    ReplyDelete
  6. Salam, senang ke kak guna breast pump tu ek? xsakit ke? haha neves lah pulak nak tempoh zaman parenting akan dtg nt insyaAllah...
    owh area BBU tu mmg banyak gila butik kan...kalau time raya g sane mmg meriah dan duit habis! hahaha

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top